Selamat Hari Raya Aidilfitri


 

 

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat wal ‘afiat disamping keluarga tercinta dalam suasana keberkatan ramadhan dan kemeriahan syawal yang kian terasa.

Sedar tak sedar hari ini kita telah pun berada pada 24 Ramadhan. Ini bermakna minggu ini adalah minggu terakhir kita berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Dalam kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada anda semua selama kita berkenalan di alam maya ini. Manalah tau ada penulisan saya yang menyinggung perasaan anda semua sebagai pembaca setia blog ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa tempahan cellfood akan saya tutup untuk sementara waktu ini, bermula dari hari khamis ini iaitu 16.8.2012 hingga hari ahad minggu depan iaitu 26.8.2012. Jadi sekiranya ada diantara anda samada mereka yang baru ingin mencuba atau sudah pernah mengamalkan cellfood dan melihat perubahan yang positif, bolehlah membuat tempahan sebelum hari khamis ini.

Untuk blog ini pula saya akan offline bermula sabtu malam 18.8.2012 sehinggalah  hari ahad 26.8.2012. Ini bermakna setiap komen samada melalui blog, emel, laman sosial facebook atau twitter saya akan saya balas pada hari Isnin. Jadi kalau ada yang menghantar komen atau pun pertanyaan dan saya tidak membalasnya saya harap anda faham ye.

Baiklah. Saya rasa cukup sekadar ini sahaja update terkini dari saya. Mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada kita semua dengan keberkatan bulan Ramadhan dan Syawal ini. Teruskanlah usaha mencari lailatul qadar kerana kebaikan yang dilakukan pada malam tersebut akan mendapat ganjaran yang lebih baik dari seribu bulan.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal pula janganlah kita lupa menjaga kesihatan. Berhati-hati juga dalam memasukkan makanan ke dalam perut kita, terutamanya mereka yang memang sedia mempunyai masalah buah pinggang. InsyaAllah sekiranya dipanjangkan umur kita akan bertemu dalam artikel terbaru saya.

Sekian, wassalam.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang