Berjaya Akhirnya


Assalamualaikum pembaca sekelian,

Alhamdulillah,setelah lama berkira-kira untuk membina satu blog yang khusus untuk sesuatu topik,akhirnya saya mengambil keputusan untuk membina sebuah blog yang khusus tentang buah pinggang.

Mengapa buah pinggang?

Ada beberapa sebab yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk membina blog yang khusus tentang buah pinggang.Antaranya ialah:

1) Untuk berkongsi serba-sedikit pengetahuan yang saya ada tentang peri pentingnya menjaga kesihatan buah pinggang.Ini kerana saya sendiri mempunyai pengalaman menghidapi penyakit buah pinggang iaitu Neprotic Syndrom.

2) Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan kita tentang apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah pinggang.

3) Saya sendiri dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang penyakit-penyakit buah pinggang,tip-tip menjaga buah pinggang dan sebagainya yang berkaitan dengan buah pinggang.Ini kerana sebelum saya hendak berkongsi apa-apa maklumat,saya sendiri mesti mempunyai ilmu yang berkaitan melalui pembacaan dan sebagainya.

Kesimpulannya,banyak lagi faktor yang menyebabkan saya hendak menulis tentang hal-hal yang berkaitan dengan buah pinggang yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu di sini.

Jadi ini adalah artikel saya yang pertama di blog ini.Ianya lebih kepada menjelaskan secara umum mengapa saya membina blog ini.Jadi dengan membaca artikel ini,para pembaca akan dapat mengetahui adakah mereka sebenarnya berada di tempat yang betul atau tidak.

Dan yang terakhir,saya amat menggalakkan agar anda melanggan artikel blog saya melalui RSS atau pun melalui pendaftaran emel.Dengan melakukan ini,anda pasti tidak akan tertinggal semua artikel yang saya tulis.

Ok,berjumpa lagi kita pada tulisan saya yang akan datang.Mudah-mudahan kewujudan blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian,wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: