Apakah Kesan Prednisilone Kepada Bayi?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diantara ubat yang akan diberikan kepada pesakit buah pinggang ialah ubat prednisilone. Saya sendiri dahulu ketika mula-mula mendapat penyakit ini telah diberikan ubat prednisilone sebanyak 12 biji sehari. Dan kebetulan ada satu komen berbentuk pertanyaan yang dihantar kepada saya bertanyakan apakah kesan terhadap bayi apabila mengambil ubat prednisilone.Jadi saya berusaha sedaya-upaya mencari maklumat berkaitan dengannya dan artikel kali ini saya kongsikan dengan anda semua.

Risiko mengambil ubat prednisilone ketika sedang hamil masih lagi tidak jelas sepenuhnya. Oleh kerana ianya ubat yang mengandungi steroid, terdapat potensi risiko kecacatan pertumbuhan serta risiko interaksi dengan ubat lain atau keadaan perubatan yang berbahaya. Ubat prednisolone akan dikumuhkan ke dalam susu ibu, jadi ada juga risiko yang berbahaya kepada kanak-kanak selepas mereka lahir.

Prednisolone dikelaskan sebagai ubat dibawah pemantauan FDA (United States Food and Drug Administration) kategori C. Ubat kategori ini mewakili ubat yang boleh mendatangkan risiko kepada janin semasa dalam kandungan. Kategori C diklasifikasikan bahawa tidak terdapat sebarang kajian manusia yang tersedia untuk menentukan faktor risiko. Kategori ini juga boleh membawa maksud bahawa adanya kajian-kajian ke atas haiwan yang telah menunjukkan kesan-kesan bahaya dadah semasa mengandung. Ubat yang diklasifikasikan dalam kategori C juga akan memberitahu doktor untuk menetapkan ubat tersebut untuk wanita hamil hanya apabila tiada alternatif lain dan potensi keuntungan bagi membenarkan potensi risiko kepada janin.

Sehingga tahun 2011 belum lagi dapat dipastikansama ada mengambil prednisolone ketika sedang hamil boleh mendatangkan bahaya kepada janin. Ini kerana tidak terdapat kajian terkawal manusia yang menunjukkankesan prednisolone pada janin. Beberapa data yang bercanggah hasil daripada kajian terhadap haiwan telah menunjukkan kesan-kesan buruk terhadap janin. Walaubagaimanapun, prednisolone masih boleh menimbulkan risiko kepada kehamilan jika ia mencetuskan reaksi dari ubat lain atau keadaan kesihatan yang wujud terlebih dahulu.

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Apakah Kesan Prednisilone Kepada Bayi?

  1. Pingback: Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang