Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang




Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit buah pinggang mungkin pada peringkat awalnya tidak menunjukkan sebarang tanda dan simptom. Kemungkinan petanda awal yang dapat dikesan oleh doktor ialah melalui ujian darah dan urin yang dilakukan secara kerap. Dan untuk mengesan penyakit buah pinggang, doktor mungkin akan melakukan ujian-ujian perubatan di bawah dan prosuder diagnostik.

Melakukan Pemeriksaan Tekanan Darah

Seperti juga penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada peringkat awalnya. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang anda. Selain itu, ianya juga boleh menjadi petanda bahawa buah pinggang anda sudah terganggu. Menjalani ujian tekanan darah adalah satu-satunya jalan untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi atau berada pada tahap yang normal.

Keputusan daripada ujian tersebut akan dinyatakan dengan dua jenis bacaan. Contohnya 120/80. Bacaan di atas merupakan tekanan ketika jantung sedang berdenyut. Keadaan ini dinamakan tekanan sistolik. Bacaan yang di bawah, yang dipanggil sebagai tekanan diastolik, merupakan bacaan ketika jantung berehat diantara denyut. Tekanan darah dianggap normal apabila bacaannya tetap berada pada bacaan 120/80. Dicadangkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang berusaha untuk memastikan agar bacaan tekanan darah mereka sentiasa di bawah 130/80.

Ujian Untuk Mikroalbuminuria & Protinuria

Istilah mikroalbuminuria menunjukkan satu keadaan di mana sejumlah kecil albumin telah bocor ke dalam urin. Ini menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah pun terganggu secara perlahan-lahan. Biasanya buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh dan meninggalkan protin. Namun buah pinggang yang telah terganggu fungsinya tidak dapat memisahkan kandungan protin di dalam darah yang dipanggil albumin daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. Doktor mungkin akan melakukan ujian pada urin dengan menggunakan satu batang kecil di dalam sedikit sampel urin.

Ujian lain yang lebih sensitif untuk protin atau albumin termasuklah ujian makmal dan perhitungan nisbah protin kepada kreatinin atau albumin kepada kreatinin. Para doktor telah menyarankan agar ujian ini mesti dilakukan untuk mengesan penyakit buah pinggang kepada mereka yang berisiko tinggi, terutamanya yang mengidap penyakit diabetis. Jika ujian pertama menunjukkan kandungan protin di dalam urin tinggi, maka ujian susulan perlu dilakukan selepas seminggu atau dua minggu kemudiannya. Persistent protein adalah satu istilah yang menunjukkan bahawa ujian yang kedua ini juga masih mengeluarkan kandungan protin yang tinggi di dalam urin. Sekiranya ini berlaku, ujian dan prosuder tambahan perlu dilakukan bagi menentukan fungsi buah pinggang.

Tahap Penapisan Glomerulus Berdasarkan Pengukuran Kreatinin

Tahap penapisan glomerulus atau GFR(Glomerulus Filtration Rate), ialah satu bentuk ujian pengiraan untuk mengukur sejauh mana kecekapan buah pinggang menapis bahan-bahan buangan dari darah. Perkiraan GFR memerlukan pengukuran kreatinin dalam sampel darah bersama-sama dengan berat badan, umur dan nilai-nilai yang telah ditetapkan untuk jantina dan juga bangsa.

Kreatinin adalah sejenis bahan sisa buangan yang terhasil dari pemecahan sel-sel otot sepanjang berlakunya aktiviti di dalam tubuh badan. Kebiasaannya buah pinggang yang normal akan mengeluarkan bahan buangan ini dari darah dan membuangnya bersama dengan urin. Walaubagaimanapun, apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi dengan baik, kreatinin akan berkumpul di dalam darah. Ujian perkiraan GFR adalah lebih tepat bagi menentukan apakah seseorang itu mengalami gangguan pada buah pinggangnya.

Blood Urea Nitrogen(BUN)

Urea ialah satu sebatian yang mengandungi nitrogen, adalah sisa buangan yang dihasilkan setelah sel menggunakan kandungan protin. Kebiasaannya, buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan urea dari darah dan memasukkannya ke dalam urin untuk dibuang dari tubuh badan. Jadi, kandungan urea akan berkumpul di dalam badan apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.

Sebuah desiliter darah mengandungi 7-20 miligram urea. Jika ujian BUN menunjukkan lebih dari 20 mg/dl, maka ia menjadi tanda bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu. Penghidratan dan juga kegagalan jantung boleh menyebabkan BUN menjadi tinggi.

Ujian Tambahan Untuk Penyakit Buah Pinggang

Ujian tambahan untuk penyakit buah pinggang mungkin diperlukan oleh doktor bagi membantu mengenalpasti apakah punca masalah sekiranya ujian urin dan darah menunjukkan penurunan pada fungsi buah pinggang.

Pengimejan buah pinggang : Doktor akan menggunakan ujian ini untuk mengambil gambar dari buah pinggang. Ianya termasuk ultrasound, magnetic resonance imaging (MRI), dan juga computed tomography (CT) scan. Ujian-ujian pengimejan ini sangat membantu untuk menemukan sebarang pertumbuhan yang luar biasa atau berlakunya penyumbatan pada aliran urin.

Biopsi buah pinggang : Biopsi buah pinggang merupakan satu prosuder di mana sample buah pinggang diperlukan untuk dianalisa di bawah mikroskop. Doktor mendapatkan sampel buah pinggang tersebut dengan cara memasukkan sejenis jarum khas melalui kulit pesakit di belakang buah pinggang. Ujian biopsi ini akan dapat membantu doktor untuk mengenalpasti sebarang masalah pada tahap sel.

Apa pendapat anda tentang artikel kesihatan  ini? Berikan komen membina anda.

Sumber rujukan semula untuk artikel di atas boleh didapati melalui  pautan ini.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia. Dapatkan makluman terkini dengan pantas dari beliau melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini beliau yang pastinya mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

68 thoughts on “Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang

    1. admin Post author

      Wassalam,

      Kenapa? Abg zul ada sakit pinggangke? Kalau saya mula-mula dulu takde rasa sakit pada pinggang. Tanda-tanda ketika saya mula-mula kena penyakit buah pinggang dulu ialah kencing tak lawas, kencing berbuih, kaki dan muka menjadi bengkak. Tapi kalau ragu-ragu saya cadangkan buat pemeriksaan di hospital. Itu yang terbaik.

    1. admin Post author

      Betul tu. Contohnya macam kencing manis. Kalau ujian kencing manis arah akan diambil dua kali. Yang pertamanya diambil ketika sedang berpuasa dan keduanya selepas makan. Ini untuk mendapatkan bacaan dengan tepat. Mungkin juga disebabkan makanan boleh mempengaruhi ketepatan ujian yang dilakukan.

    1. admin Post author

      Kalau tak sure kena pergi buat pemeriksaan. Jangan pandang ringan dengan tanda-tanda macam tu. Penyakit sekarang ni bukan boleh dipandang ringan,

        1. admin Post author

          Salam TE,

          Tekanan darah dah cantik dah tu. Tentang sugar-BLUE tu, saya pun kurang pasti. Tapi insyaAllah saya akan dapatkan maklumat tentang perkara tu nanti, dan saya akan balas komen ni ye.

  1. makcik

    saya tk ada darah tinggi tapi bila mencapai usia lima puloh,saya mengidap kencing manis,kalau ikut dari keturunan memang aruah bapa ada k/manis dan termasok sedaramara belah bapa.ada kah bole sembuh sakit kencing manis,tahap gula saaya mula2 19,tapi bila makan ubat ada turun juga lah,cuma ada masa turun naik nya.

    1. admin Post author

      Salam makcik,

      Saya tidak benar-benar pasti apakah penyakit kencing manis boleh sembuh sepenuhnya atau pun tidak. Yang saya yakin ialah penyakit ini boleh dikawal agar tidak menjadi lebih teruk. Penyakit kecing manis boleh dikawal dengan mengamalkan pemakanan yang kurang kandungan gula, sentiasa melakukan senaman, kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat. Dan pastikan selalu membuat pemeriksaan gula dalam darah.

      Tetapi sekiranya makcik ingin mencuba, saya mencadangkan pengambilan produk yang saya sedang amalkan iaitu cellfood. Ini kerana penyakit buah pinggang saya semakin nampak perubahan ke arah yang positif sejak saya mengamalkannya. Berdasarkan testimoni yang diterima dari pesakit kencing manis juga menunjukkan respon yang positif. Makcik boleh melihat testimoni berikut melalui pautan di bawah:

      http://goo.gl/Z9y1i
      http://goo.gl/s3u6Z
      http://goo.gl/BcApv

      Dan banyak lagi terstimoni yang diterima daripada pengguna cellfood. Untuk melihat semua testimoni makcik boleh lihatnya melalui pautan di bawah:

      http://goo.gl/flriz

    1. admin Post author

      Tanda-tanda paling umum bagi penyakit buah pinggang ialah kerap berasa nak kencing tetapi tidak keluar air, kaki dan muka bengkak air(edema), urin mengandungi protin, badan lemah, hilang selera makan dan air kencing berbuih. Kalau ada tanda macam ni, cepat-cepat buat pemeriksaan.

    1. admin Post author

      Boleh juga. Sebab ada sesetengah sakit pinggang tu memang disebabkan urat. Jadi dengan mengurut dapat memulihkan kembali urat tersebut. Selepas itu kalau tiada perubahan, buatlah pula pemeriksaan. Takut mungkin disebabkan penyakit.

  2. mohd

    salam, sy ade buat test ultrasound ni, result menunjukkan ada pros, tapi doktor x cakap ape2 then buat temujanji bln depan. masalahnye ape tu pros dlm result ultrasound tu? pros tu sebelah kiri.

  3. tini

    salam,sy bru mengalami mslh kencing kotor..sblm ni pnh kna time peknen..yg tbru kena 2 3hr lpas.kali ni mmg menakutkan sy coz air kencing dh btukar darah..then sy g kinik dr suh sy surekn smada btl2 darah biasa atau darah haid..dr bg sy injection utk tahan sakit..blik dr kinik bla sy nk buang air..btapa tkejutnye bla darah sepekatnyer kuar dgn byk skali..sy hnya truskn mkn ubt dr hggalah hr ni dh ok..warna air kncg pn dh jernih tp spnjg kn tu mmg xlalu mkn dan asyik muntah.adakah sy berisiko kna pnykt b.pinggang?

  4. rafiee

    Salam. Saya ingin pendapat tuan…saya pengidap darah tinggi..bacaan 130/90, ujian darah creatin 134 mmol/L. Dr kate nak buat ujian RP. Bg pendpt tuan ..tahap ginjal saya tahap mane ye? dah serius ke? Kalu yg normal berapa? sekian.

    1. admin Post author

      Mengikut pengalaman saya kalau bacaan kreatinin 134 mmol/L,ianya menunjukkan yang buah pinggang anda sudah bermasalah.Bacaan normal sepatutnya lebih kurang 60 ke 100 mmol/L sahaja.Tapi ianya masih lagi belum terlewat untuk dirawat.Yang penting jaga tekanan darah anda.

  5. Pingback: 8 Cara Bagaimana Anda Mencegah Penyakit Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. syukur

    salam, admin.. sebelum ni ad wat medical check-up dr ckp ada darah dalam urin,kemudian after 3 month wat check up semua stabil darah negatif, protein negatif.. so boleh percaya ke result, sy tanya jgk dgn Dr, then dia jwb nih test mikroskop xmungkin silap….

    1. admin Post author

      Wslm, sememangnya ujian dengan menggunakan mikroskop boleh dipercayai keputusannya. Selepas doktor mengesahkan tiada darah,apakah anda ada merasa sebarang perubahan atau rasa sakit ketika membuang air kencing?

  7. norhaniza

    sy terseliuh pinggang, lepas tu ade kesan2 sakit, kadg2 xbleh nak bongkokkan badan. adakah sy alami sakit buah pinggang.

  8. norhaniza

    semasa mendukung anak dan meletkkannyer di bawah..sampai skrg rs sakitnyer…adkah akan membawa kesan lain pada ms akan datang..

    1. admin Post author

      Saya tak pasti akan kesannya pada masa akan datang,tapi kalau setakat dukung anak tak sampai menjejaskan buah pinggang.Yang terbaik buatlah pemeriksaan.

  9. noor ahmad

    Assalam admin… ujian darah creatin saya 60 mmol/, iaitu paras Low..
    nape bleh jadi macm tu…? kekadang air kencing saya pun berbau…. TQ…

    1. admin Post author

      Wslm,setahu saya selain dada dan penyakit buah pinggang,ujian air kencing dilakukan untuk melihat tanda-tanda batu karang,jangkitan pada pundi atau saluran kencing dan banyak lagi.

  10. an-nur

    salam…tahun lalu sya mengalami mslh batu karang dlm buah pinggang kanan…namun batu karang tu dah berjaya di keluarkan…tp mslhnya sya mngalami bengkak pda jari tangan kiri…terutamanya bila duduk lama..dan berdiri terlalu lama…bahagian badan yg lain x bengkak…cuma jari tangan je…adakah ini tanda2 sya mengalami kerosakan buah pinggang…?

    1. admin Post author

      Pengalaman saya sebagai pesakit buah pinggang tak pernah mengalami sakit di jari.Dah buat pemeriksaanke pada jari tu?

  11. Syerah

    Assalamualaikum..
    3 taon lps, sy dmsokkn ke hsptl sbb gastrik n doktor dh bwt pmeriksaan buah pnggng pd sy. Wktu tu sy bru 12 taon. Seingt sy dlm report ksihtn sy ad tlis mslh proteinuria. Dktr pn kte sy ad mslh buah pnggng. Tp sy brenti bwt ujian susuln sbb dh nk upsr. Skang sy 15 taon, still sket pnggng n urin sy mmg brbuih, keruh n sikit. Sy igt nk g check kt hsptl blek. Tp klau bwh 18, prlukn ap2 dokumen utk checkup x? Bleh jlskn cmne nk g check kt hsptl? Klau check kt BP lab bleh x? N pnykt ni bleh smboh ke? Patient yg mnghidp pnykt buah pnggng cm sy bleh hidop bpe lme? Klau smp thp sy ni, buah pnggng sy dh rsak trok ke??
    Tlg bg pndgn n cdgn kt sy
    Time kseh. :)

    1. admin Post author

      Wslm,terima kasih kerana banyak soalan yang ditanya. Jawapan kepada semua soalan yang ditanya ialah pergi ke mana-mana klinik atau hospital dan minta buat pemeriksaan darah dan urin.Kemudian anda boleh bertanyakan kepada doktor yang memberikan keputusan tersebut bagaimana fungsi buah pinggang anda.Untuk buat pemeriksaan tiada had umur.Tidak perlu apa-apa dokumen melainkan mungkin maklumat peribadi seperti nama,no kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

      1. Syerah

        OK, trima kasih admin utk bantuan dn info yg brguna~ :)
        Hny Allah swt yg boleh mmbls jasa admin
        Insyaallah sy akn buat pmeriksaan secepat mngkn. Skali lg, terima kasih..:)

      2. fadzilah muhamad ali

        adik syerah,

        bawalah surat sokongan dari sekolah. Jika ada buat ujian Lab insyaALLAH bayaran tak tinggi.

  12. aayzack

    salam admin,
    sy baru saja membuat urin test. sy pun tak tahu tentang bacaan @ julat normal bg ujian tersebut, setelah berjumpa dengan doktor, beliau pun tak melihat hasil ujian itu…mahu tak mahu sy terpaksa menunggu 3 bln lagi untuk temujanji yg akan datang….apa yg merisaukan sy ialah, walaupun sy tak memahami figure pd slip keputusan itu tp ada satu perkataan yg bertulis “abnormal” di bahagian bwh slip berkenaan… apakah yg perlu sy lakukan, adakah sy perlu membuat ujian ulangan…TQVM

  13. non

    salam admin..

    bayi sy berusia 7 mggu mengalami masalah buah pinggang kanan bengkak. detect sejak dr dlm kandungan 33 mggu. masa usia bayi 6 mggu dah buat DTPA scan. mmg terbukti buah pinggang kanan dia tersumbat. skrg kami folo up dgn doc di hospital. soalan sy..
    1. boleh kah buah pinggang kiri shj berfungsi dgn baik utk hidup? menurut doc buah pinggang kiri dia berfungsi 60% dan kanan 40%.
    2. adakah bhgn kiri juga akan terjejas disebabkan perlu ‘bekerja’ lebih?
    3. perlu kah bayi sy dibedah utk membuang / membetulkan saluran yg tersumbat?
    4. ada x cara lain selain pembedahan utk mengatasi masalah ni?

    sy nk dptkan pendapat admin.. sbg ibu sy risau kan anak sy. x sanggup tgk dia dibedah. tp apakan daya jika itu yg terbaik utk dia..

    1. admin Post author

      Wslm,

      Salah satu dari tanda buah pinggang berkemungkinan mengalami masalah ialah apabila air kencing berbuih atau urine foaming.Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya kandungan protein di dalam urin.Dalam keadaan begini bermakna anda perlu buat pemeriksaan dan menjalani rawatan dengan segera.

  14. mummy

    slm. Ank sy ditahan di wad krn kuman dlm buah pgg since 18 jan yg lalu. Bacaan kreatinin lbh dr 400 n urea 28. Adakah finjalnya sudah rosak? Adakah cara @ petua utk menurunkan kreatini n urea? Tq.

    1. admin Post author

      Wslm,berdasarkan keputusan tersebut kemungkinan masalah buah pinggang anak puan di peringkat awal,tetapi perlu dirawat dengan segera sebelum ia bertambah parah.Ianya berlaku disebabkan infection yang berlaku.Untuk menurunkan kreatinin ialah dengan merawat punca kerosakan buah pinggang anak puan.Dalam kes ini kuman yang menjangkiti anak puan perlu dihilangkan.Apabila buah pinggang berfungsi dengan normal,insyaAllah bacaan kreatinin akan normal.Harap penjelasan ini dapat membantu.

  15. ira

    salam…..
    sy da 1 tahun 2bln mlhirkn anak n smase preggy urin sy sllu prob,
    doctr kate ade microscopic blood presence, = kncing kotor,
    skrg pggang blh knn sy sllu sakit….mncucuk2,
    risau sgt nk pegi cek sbb sy bru dpt kje gov n bjauhan dr kluarga….
    soaln sy,1) jika kite nk buat blood test,adakh perlu dberitahu utk cek buah pgg?
    2) adakah kit utk cek protein dlm urin d jual d frmsi luar?
    trima kasih….

    1. admin Post author

      Wslm,bila kita buat blood test kita boleh minta untuk tujuan apa.Contohnya kalau buat blood test untuk tengok gula dalam dalam darah jadi keputusan untuk gula sahaja akan dilakukan.Untuk soalan kedua jawapannya ada.Boleh pergi ke farmasi dan minta kepada pegawai farmasi protein urin tester.

  16. Hafiz Fazil

    Slm admin.. sy memang tgh susah hati bro, kencing berbuih, muka baru jaa bengkak sebelah,kekadang sakit jugak pinggang.. gi check urine di hospital diaorg ckp ok.. sebelum ni sy amalkan minum susu kambing ada effect ke?? Tlong bantu sy apa yg patut.. ;(

    1. admin Post author

      Wslm,kalau dah cek urine pun ok,saya tak pastila macam mana.Biasanya kalau urin berbuih tandanya ada protin yang bermaksud buah pinggang bermasalah.

  17. ram

    Salam, sy sakit batu karang..dah “tembak” batu dah keluat, tapi rasa sakit buah pinggang masih ada (wpun dah setahun berlalu)doktor check dah takda batu karang…agak-agak ada kemungkinan buah pinggang sy rosak ke..? lagi satu sy selalu rasa gatal-gatal terutama sebelah malam..?

    1. admin Post author

      Ada tak cek darah dan urin untuk lihat fungsi buah pinggang? Setakat ni pengeluaran urin adakah normal atau sebaliknya?

  18. Awie Ghazali

    Salam Admin, bacaan Urine FEME (Chemistry) sy menunjukkan protein: + , adakah itu petanda mengalami masalah buah pinggang yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: