Assalamualaikum pembaca sekalian,
Terima kasih kerana masih setia untuk terus membaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang di blog ini.Artikel kali ini adalah sambungan dari artikel saya yang lepas.Sekiranya anda merupakan pembaca baru di blog ini,anda boleh membacanya di sini.
Antara tip-tip lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol ialah:
- Gunakan jeli atau madu sebagai pengganti mentega atau marjerin pada roti bakar,muffin atau penkek.
- Pastikan anda baca dulu label pada makanan yang anda beli.Jangan tertipu dengan kenyataan bahawa makanan tersebut bebas kolestrol,tetapi mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi.Ini kerana tubah anda akan menukarkannya kepada kolestrol.
- Cuba gantikan kesukaan anda memakan aiskrim dengan jus buah-buahan atau susu ais.
- Gunakan 2 gram stanol atau sterol tumbuhan,iaitu sejenis zat dalam tumbuhan yang dapat membantu menahan penyerapan kolestrol.Anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi di mana anda boleh mendapatkannya.
- Gunakan minyak zaitun sebagai ganti kepada minyak masak yang anda gunakan ketika memasak.
Ok pembaca sekalian.Saya dah pun kongsikan dengan anda beberapa lagi tip untuk mengurangkan paras lemak dan kolestrol dalam diet harian yang diambil.Mungkin ada sesiapa lagi yang ingin menambah.Bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini di ruangan komen di bawah.
Pada artikel akan datang insyaAllah saya akan kongsikan pula tentang kesan tekanan darah tinggi pada buah pinggang anda.Dengan membaca artikel ini anda akan mengetahui bagaimana penyakit tersebut akan memberikan kesan buruk pada fungsi buah pinggang.
Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca artikel tersebut pada entri saya yang seterusnya.Jumpa lagi!
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************


aduh,baru pagi tadi bantai majerin..
hahaha, cepat pegi bersenam

dnoBiz recently posted..Remaja Khalwat – Sawan Ketika Ditangkap
err..suka makan ice cream
nampak gaya kena minum jus selalu la lepas ni
hehehe.Apa nak buat.Takleh dah le nak minum ais.Kadang-kadang okla.
yup, kekadang tak pe
cth.. minuman berkabonat byk gula
tapi sekali sekala intake tak pe..
lagi variety makanan kita makan lagi bagus utk badan
yang jarang jarang tu susah sikit tu
, tah terbiasa dengan ais
dnoBiz recently posted..Diskaun Saman Trafik 2010 – Potongan 50 Sehingga Hujung Tahun
Ais kalau dah biasa memang payah dah nak tinggal.
lau minum susu, ambil yg rendah lemak…
Betul tu.Sekarang ni banyak dah dijual susu yang rendah lemak.
tapi aku still prefer susu penuh krim..nak tambah berat

nash recently posted..Tips Untuk Menjadikan Blog Kelihatan Profesional dan Cantik
Kalau nak tambah berat badan ok juga.Tapi pastikan paras kolestrol tak tinggi,sebab ada juga yang kurus tapi kadar kolestrol dalam darah still tinggi.
Ambil susu rendah lemak tapi high kalsium sepaya tulang kuat terutama wanita
akubiomed recently posted..Bila anak orang bandar mandi sungai
kebanyakkannya bro memang susu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.
jem pun ok tak?? kaya ker…
zik recently posted..Cara untuk merawat cirit birit
Ok juga.Kurangkan mentega dan marjerin.
Peanut butter pun tidak baik untuk kesihatan masalahnya ia terlalu sedap untuk di tolak
akubiomed recently posted..Bila anak orang bandar mandi sungai
Kena pilihlah bro nak utamakan sedap ke atau kesihatan?
Insya Allah akan cuba amalkan pemakanan yg sihat ni
etomyam recently posted..How To Claim Your Blog in PayPerPost Program
Semoga semua dapat beramal.
kalau nak guna jeli atau madu mmg susah kot nak cari n may expensive rather than margarine…i prefer margarine bcoz it may help my body gain weight

nash recently posted..Tips Untuk Menjadikan Blog Kelihatan Profesional dan Cantik
Kesihatan kita lebih mahal dari jeli dan madu,betul tak?Boleh juga selang-selikan dengan jem dan sekaya.
Kalau dapa madu tualang memang lagi bagus cuma harganya tak menahan
akubiomed recently posted..Bila anak orang bandar mandi sungai
Harganya mahal adakah kualitinya bagus bro?Mungkin harganya mahal disebabkan susah untuk mendapatkannya.
singah lagi…
ada juga beli madu, tapi bagi untuk anak je…lepas ni nak cuba bkn dgn roti atau letakkan sikit pada masakan…madu pon bagus kan??
intankuterpilih recently posted..Cinta Itu Membunuhnya
Madu kan makanan sunnah.InsyaAllah baik untuk kesihatan.
jus buah-buahan kat supermarket pun ade pengawet, pewarna dan perasa..senang perah sendiri je..haha..tu pun kalau rajin
fitri recently posted..Tips Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash
Betul tu fitri.Yang sebaiknya ialah kita buat sendiri jus buah di rumah.
Baru aku tahu tentang lemak tepu, hmm…helah peniaga tu.

Hadi Rofiee recently posted..Asal-usul perkataan DUIT
Betul tu bro.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Walaupun Malaysia dikritik habis-habisan kerana menjadi mengeluar utama minyak sawit yang berkolesterol, tapi apa yang masyarakat tak tahu, tahap kolesterol dalam minyak sawitt akan berkurang sebaik kita memasak. Menghasilkan kolesterol yang lebih rendah dalam makanan berbanding minyak jagung, dll. Minyak sawit adalah minyak premium dengan harga agak murah untuk pasaran eropah dan US, sebab minyak sawit buat makanan lagi sedap tapi atas kos buruh yang rendah, minyak sawit sepatutnya boleh mendominasi pasaran (tapi mereka dengki, nak jaga market minyak domestik, jadi buat dokumentari semua kutuk minyak sawit). Lagi, dari segi ekologi, penanaman sawit menghasilkan minyak berganda lebih banyak berbanding pokok untuk buat minyak masak yang lain per hektar, jadi minyak sawit lebih mesra alam dan lebih berkualiti dalam segala hal. Mentaliti memandang elok minyak mahal keluaran barat harus ditolak.
Shahiran recently posted..KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit
Kalo korang nk tau, minyak sawit tak pernah ada kolestrol pon… Minyak sawit berupaya mengurangkn kolestrol ada la…
yeke…saya pon baru tau..=)
yekew…
ok2
Pingback: Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com