Panduan Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ini saya telah mendapat satu maklum balas dari seorang ibu yang menyatakan bahawa anaknya baru sahaja disahkan mengidap penyakit nefrotik sindrom.Sama seperti saya,antara masalah dan persoalan yang timbul dikalangan pesakit dan juga ahli keluarga yang menjaga pesakit ini,apakah yang boleh dimakan dan apakah yang sepatutnya dikurang atau ditinggalkan oleh pesakit nefrotik sindrom?

Jadi dalam artikel kali ini,saya akan kongsikan bersama anda semua panduan diet khusus untuk pesakit nefrotik sindrom.Harapan saya agar sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat.

Panduan Umum

  • Tujuan utama dari pengurusan nutrisi bagi pesakit nefrotik sindrom ialah untuk menggantikan kehilangan protin dengan cara mengambil sumber protin yang mencukupi.Namun begitu,pengambilan sumber protin yang berlebihan juga mesti dijauhkan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan tabung pada buah pinggang yang disebabkan oleh penapisan protin yang berlebihan.
  • Pengambilan sodium di dalam diet haruslah dikurangkan
  • Pengambilan lemak juga harus dikurangkan di dalam diet
  • Pengambilan cecair haruslah dihadkan seperti yang disarankan oleh pakar perubatan

Antara makanan yang boleh diambil ialah:

  • Susu lembu,susu skim
  • Yogurt
  • Gandum,bijirin,pucuk-pucuk,
  • Telur,ikan,ikan kering,ayam,daging tanpa lemak dan lain0lain
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Sup,sos,minuman bercoklat,jus dan juga lain-lain(tetapi dengan kandungan sodium yang rendah)
  • Wafer,bertih jagung,acar buah-buahan yang disediakan dengan penggunaan garam yang sedikit.
  • Biasakan untuk mengurangkan pengambilan minyak sayuran,mentega dan juga mayonis.
  • Mi,spagetti,penkek dan lain-lain.

Makanan yang sepatutnya dielakkan oleh pesakit nefrotik sindrom ialah:

  • Pesakit nefrotik sindrom mestilah mengelakkan berlakunya kelebihan protin.Ini kerana dengan mengambil diet yang tinggi kandungan protinnya boleh menyebabkan berlakunya kerosakan tiub ke buah pinggang kerana buah pinggang perlu melakukan penapisan protin yang berlebihan tadi.
  • Pesakit buah pinggang juga mestilah mengelakkan diet yang tinggi kandungan lemak kerana mereka ini selalunya telah sedia tinggi kandungan kolestrol dan trigliserida.Oleh itu diet yang diambil mestilah tinggi kalori sehingga dapat menyimpan protin,namun rendah kandungan lemak.
  • Kandungan sodium di dalam diet mestilah dikurangkan sebanyak mungkin bagi mengelakkan berlakunya pengumpulan cecair atau dipanggil sebagai edema.Oleh itu makanan tinggi kandungan sodium yang mesti dielakkan atau dikurangkanĀ  ialah:
    • Wafer masin,bertih jagung,biskut masin,makanan ringan,kerepek dan lain-lain.
    • Jeruk masin,acar buah,serbuk kari(yang disediakan untuk tujuan komersial)
    • Salad komersial untuk perhiasan dan juga sos.Kiub untuk penyediaan sup.
    • Produk yang dihasilkan di tempat pembuatan roti,roti dan juga biskut.
    • Biji gajus masin,kacang pistasio,walnat dan kacang tanah.
    • Keju yang dikormesialkan,makanan yang mengandungi pengawet,mi campuran dan juga pasta.
    • Daging yang masin atau ditinkan.
    • Makanan yang mengandungi serbuk penaik dan juga ajinomoto.

Itulah dia pembaca sekalian sedikit panduan yang dapat dikongsikan.Harapan saya agar panduan ini dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit nefrotik sindrom atau pun ahli keluarga mereka yang mempunyai penyakit tersebut.

Jumpa lagi & semoga sihat selalu :-)

Sumber rujukan artikel di sini.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 thoughts on “Panduan Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom

  1. hafizmd

    alhamdulillah, dapat 1 ilmu baru pasal nefrotik sindrom ni..mmg tak tahu apa2..bila dah baca ni, kena lebih peka dan paling tidak, boleh sarankan pada mana2 teman yg ada masalah ni…

    terima kasih saudara KE

  2. maktok

    waalaikumsalam, terimakasih atas keperihatinan incik krn sudi bertanya kbr. sememangnya saya ingin meminta incik perjelaskan tentang rawatan altenatif yg dpt membantu saya mengatasi masaalah peningkatan darah kritinin saya sekarang.bacaan pd 14.4.2011 adalah 4.2 berbanding 3.8 pd 13.12 2010, ini sangat merisaukan,manakala tekanan darah normal..rawatan yg saya terima ialah ubat darah tinggi dan kalsium kabonat.

          1. mama ilyasharis

            ok,saye link kat blog admin nanti yek.tapi saye bukan bro.akak agaknye kot..hehehe

          2. admin Post author

            Ok,terima kasih akak.Dah letak link ke blog saya bagitahulah ye.Saya akan letak link ke blog akak di blog saya pula.

    1. admin Post author

      Saya juga seperti tuan. Kita jadi begitu sebab tiada panduan dan maklumat yang dapat membantu. InsyaAllah, kalau ada apa-apa tanyalah pada saya dan saya akan cuba membantu.

  3. lenovo

    salam…saye suke blog nie..terbaek..nak tny sket…klu mcm cirit2..slalu buang air besar…kerap buang air kecil lepas minum air dengan bnyak..tue tanda2 nefrotic syndrom ka??

    1. admin Post author

      Wslm,sama-sama.Terima kasih kembali kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni.Mengikut pengalaman saya itu bukanlah tanda-tanda nefrotik sindrom.Air kencing ada buih tak?Buih dia banyak.Kalau ada banyak buih itu salah satu tanda nefrotik sindrom.

  4. Gina

    Assalam.. Sy pesakit NS sjak tahun 2002.. Tp sy msih blum fhm tntang pnykt ni.. Wpun doc ckp sy xblh mengndung, tp sy dah jd ibu pd sorang anak pd tahun lpas.. Sy xpernah pantang tntang mknan.. Semua sy mkn.. Dan sy xmkn ubt yg doc suruh mkn. Skg ni sy amk nutrisi herbalife, kndungan protein tinggi.. Sy xtau sy blh truskn produk tue atau x sbb sesetengah doc ckp blh dan ada ckp xblh.. Camne pndangan tuan dgn produk yg sy ambil ni?

    1. admin Post author

      Wassalam,

      Sama juga dengan saya.Saya ,mengidap nefrotik sindrom sejak 2002. Tetapi alhamdulillah saya sekarang semakin faham tentang penyakit ini.Cuma saya nak katakan bahawa anda tidak perlu terlalu ikut apa yang dikatakan doktor,sebabnya mereka katakan berdasarkan teori semata.Saya dulu jaga makan sampai tak tau dah apa yang nak dijaga,sebab masih bengkak-bengkak badan.Ubat doktor saya ikut waktu makan.Tetapi keadaan masih sama.

      Saya juga ada mengambil pemakanan kesihatan dan doktor melarang saya makan suplemen tersebut.tetapi selepas mengambil suplemen tersebut buah pinggang saya semakin berfungsi dengan baik hingga sekarang.Ujian arir kencing dan darah semuanya baik tanpa saya perlu mengambil ubat.Pandangan saya tentang produk yang anda ambil ialah anda cuba lihat keputusan darah dan air kencing setelah mengambil suplemen tersebut.Bandingkan dengan sebelum anda mengambilnya.Kalau lebih baik,teruskan saja pengambilannya.

      Itu apa yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya.

  5. meg

    Salam. Suami saya baru sahaja menjalani rawatan bulanan diebetes dan hypertension pada bulan lepas. Doktor mendapati bacaan untuk buah pinggang suami saya telah meningkat sehingga 260 (bacaan 500 lebih kena buat hemodylasis). Saya ingin tahu mengenai produk pemakanan kesihatan yg tuan ambil. Sekian.

    1. admin Post author

      Wslm, kemungkinan suami puan mengalami masalah buah pinggang disebabkan oleh penyakit diabetis dan juga hypertension. Diabetis merupakan punca paling utama kerosakan buah pinggang yang berlaku di Malaysia. Baiklah,pemakanan kesihatan yang saya amalkan hingga sekarang dikenali sebagai cellfood. Hingga sekarang saya mengamalkannya,alhamdulillah banyak perubahan yang saya alami.Antaranya kesan paling ketara ialah saya tidak lagi perlu bergantung kepada ubat hospital yang boleh mengundang masalah yang lebih buruk.

      Baiklah untuk mengetahui lebih lanjut,puan boleh klik pautan di bawah:

      http://buahpinggangsihat.com/produk-utama/

      Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah emelkan pada saya di abdullahidris1982@gmail.com. Ataupun melalui laman facebook saya iaitu http://facebook.com/buahpinggangsihat.

  6. Muhd Syahir

    Salam…
    saya salah seorang pesakit nefrotic syndrom,,,
    Saya aingin bertanya ada tak mana-mana produk yang boleh membantu
    memulihkan penyakit ini?

    1. admin Post author

      Wslm,saya juga seorang pesakit nefrotik sindrom dulu.Dah 9 tahun sekarang.Memang ada produk yang boleh menyembuhkan penyakit ini insyaAllah,tetapi kenalah jadi amalan.Produk ni memang saya amalkan hingga sekarang.Nama produk tu cellfood.Dan saya memang ada jualnya di blog ini.

        1. admin Post author

          RM200 termasuk kos penghantaran.InsyaAllah berbaloi demi kesihatan.Saya masa mula-mula rasa agak berat,tapi bila ada kesan kepada kesihatan saya,saya tak kisah,asalkan sihat.

          1. admin Post author

            Dengan buat pemeriksaan darah dan urin di hospital.Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan doktor pakar buah pinggang.Alhamdulillah ujuian darah dan air kencing menunjukkan tiada lagi protin dan kreatinin dalam ujian tersebut.

          2. Zul

            Salam admin,

            Adakah tuan masih meneruskan pengambilan prednisolone sekarang ini ? ataupun pengambilan cellfood tue sahaja ? Dan berapa lama kah tuan sudah mengambil cellfood itu ?

          3. admin Post author

            wslm,sekarang ni saya hanya mengambil cellfood sahaja.Doktor dah stopkan prednisilone.Saya dah amalkan cellfood kalau tak silap dah lebih 3 tahun.Alhamdulillah,dah tak relapse,xde bengkak,urin ok,darah ok.

  7. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  8. nurul

    klu ikan pulk ape ikn yg die xleh mkn yer,ad org ckp cam ikn caru,ikn yg brbisa xleh mkn gak….tq tntang info siang tdi…

  9. Tasya

    Saya ada bertanya doktor ape yg bole dn x bole dimakan oleh pesakit Nephrotic n adakah adakah sy perlu mengawal pengambilan air, protin n garam? Ktennye x perlu terlalu mengawal, ambil dalam jumlah yg sederhana n mknlh secara sihat seperti sayur n ayam organik, kurangkn mkn mknan yg diproses n kurangkan mkn di luar…supplement spt vitamin boleh diambil, tp ubat2an tradisional spt jamu n air akar kayu mmg diharamkan sama sekali…

    1. admin Post author

      Ambil dalam jumlah yang sederhana tu mksdnya kena kawalah.Anda perlu mengawal pengambilan ptotein,garam dan kalau berlakunya edema,anda perlu kawal jumlah pengambiln air.

  10. ina ciken

    saya baru saja dpt tau saya ada penyakit ni…. sekarang kaki saya sedang membengkak…. berapa liter air yg patut saya minum sehari

    1. admin Post author

      Apabila anda sedang mengalami edema (bengkak) disarankan pengambilan air sekadar 1 botol air mineral kecil untuk sehari.Jumlah ini termasuklah jika anda ada makan sup.Ada doktor bagi ubat kencing tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: