Assalamualaikum pembaca sekalian,
Apabila anda telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang peringkat akhir atau pun disebut sebagai kegagalan buah pinggang,soal pemakanan amatlah perlu diperhatikan kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting.
Dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan panduan diet yang boleh anda gunakan sebagai rujukan sehinggalah doktor anda menyediakan satu diet yang khusus untuk anda.
Sebagai permulaan anda memerlukan:
- Makanan yang lebih tinggi kandungan protinnya.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang terlalu tinggi kandungan garamnya, potasium dan makanan yang tinggi kandungan fosforus contohnya seperti usus,limpa,kacang dan juga minuman berkarbonat.
- Pelajari berapa banyakkah jumlah air yang selamat untuk anda minum setiap hari.Ini termasuklah kopi,teh dan minuman kegemaran yang lain.
Garam Dan Sodium
- Gunakan sedikit garam dalam makanan anda dan kurangkan memakan makanan yang masin rasanya.Ini dapat membantu mengawal tekanan darah dan dapat mengurangkan berat badan diantara sesi dialisis.
- Gunakan herba,rempah-ratus dan penambah perisa yang rendah kandungan garamnya sebagai menggantikan garam.
- Elakkan menggunakan garam yang dibuat dengan potasium.
Daging dan Protin
Sekiranya anda menjalani rawatan dialisis,maka anda perlu lebihkan pengambilan makanan berprotin.Protin boleh membantu mengekalkan tahap protin dalam darah dan akan meningkatkan kesihatan.
Makan makanan yang yang berprotin tinggi seperti daging,ikan dan juga telur pada setiap kali anda makan,atau sekitar 8 hingga 10 auns makanan berprotin tinggi setiap hari.
3 auns = saiz sebesar satu set kad,satu potongan sederhana daging,1/4 pai kecil hamburger,1/2 dada ayam dan satu potongan fillet ikan.
1 auns = 1 biji telur atau 1/4 cawan pengganti telur,1/4 cawan tuna,1/4 cawan keju dan juga 1 potong lunchmeat yang rendah kandungan sodium.
Nota:Walaupun mentega kacang,kacang,biji-bijian kacang kering dan lain-lain jenis kacang tergolong dalam makanan berprotin,tetapi ianya tidak digalakkan kerana kedua-duanya tinggi kandungan potassium dan fosforus.
Biji-bijian,Gandum & Roti
Kecuali anda memerlukan untuk menghadkan pengambilan kalori anda untuk menurunkan berat badan dan/atau menguruskan pengambilan karbohidrat untuk kawalan gula dalam darah,maka anda boleh makan sebanyak yang anda inginkan dari kumpulan makanan di atas.
Ini kerana biji-bijian,gandum dan roti adalah merupakan sumber kalori yang baik.Bagi kebanyakan orang mereka memerlukan 6 hingga 11 hidangan setiap hari dari kumpulan makanan ini.
Jumlah yang sama dengan satu hidangan:
- 1 keping roti
- 1/2 muffin
- 1/2 bagel
- 1/2 roti hamburger
- 1/2 roti hotdog
- 1 hingga 6 inci tortilla
- 1/2 cawan pasta yang dimasak
- 1/2 cawan nasi putih
- 1/2 cawan bijirin yang dimasak(seperti bubur gandum)
- 1 cawan bijirin sejuk (seperti kerepek jagung atau beras rangup)
- 4 keropok tawar
- 1 setengah cawan bertih jagung tawar
- 10 wafer perisa vanilla
Elakkan pengambilan gandum dan makanan tinggi serat seperti roti gandum,bijirin dan beras merah untuk membantu anda mengawal pengambilan fosforus.Dengan mengawal pengambilan makanan dari hasil tenusu,anda telah melindungi tulang dan pembuluh darah anda.
Oklah pembaca sekalian.Itulah sedikit perkongsian saya setakat ini tentang panduan diet untuk pesakit hemodialisis.InsyaAllah pada artikel akan datang saya akan sambung lagi panduan diet ini.Jangan lupa ye untuk terus melawat blog saya.
Selamat mencuba panduan ini
kredit gambar:bakkem08.blogspot.com
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Ketat juga diet pesakit positif buah pinggang
akubiomed recently posted..2010 melabuhkan tirainya 2011 membuka lambaran baru
Biasalah bro.Sebenarnya orang yang sihat pun perlu berjaga-jaga pengambilan diet,apatah lagi kepada mereka yang bermasalah buah pinggang.
berapa jumlah air yg selamat bg pesakit Hemodialisis? (air kosong)
tengkorak emas recently posted..What is more important than rule
Kalau macam saya doktor suruh minum sebanyak 1000 ml je,tapi itu kalau masa saya sakit.Tapi kalau masa sihat,takde masalah.Kalau untuk mereka yang menjalani dialisis,saya tak pasti.Bolehlah bertanya kepada doktor yang merawat.Mungkin tak sama untuk semua orang,bergantung pada keadaan seseorang.
bergantung kepada berat kering (dry weight) pesakit…pesakit berbadan agak gempal dinasihatkan minum air 500ml sehari termasuk air kegemaran lain contoh kopi, teh. kalau pesakit berbadan terlalu kurus dia digalakkan mengambil makanan yg mengandungi banyak air seperti tembikai dalam kuantiti yang sedikit..
Info menarik. elok ambik point nie.Tq
Kamal Mustafa recently posted..Bicara Kamal – Selamat Tahun Baru 2011
diet yang seimbang.. memerlukan disiplin yang tinggi.. dan sokongan orang yang terdekat..
zik recently posted..Transformasi zikrihusainicom 2011
Bila dah jadi macam ni hilang nikmat makan yang selama ni kita sesalu sah guna
dnoBiz recently posted..Bila Bapa Bangap – Mungkin dia hanya pandai Buat
banyaknye pantang-larang..sebab tu la kena jaga buah pinggang bebaik
fitri recently posted..Asean Pun Ada Domain Sendiri
Buah pinggang kalau dah bermasalah memang pemakanan kena jaga betul-betul.Sebab badan kita akan sangat sensitf.Silap makan je mesti akan mendatangkan masalah.
Pingback: Kegagalan Buah Pinggang:Apa Yang Patut Dimakan & Dielakkan l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Diet: Yang Perlu anda Tahu | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13