Assalamualaikum pembaca sekalian,
Buah pinggang kita berfungsi untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah kita. Untuk memantau fungsi buah pinggang, doktor akan mengukur paras serum kreatinin, yang terhasil melalui pecahan fosfat kreatin daripada otot. Buah pinggang yang sihat akan menapis kandungan kreatinin. Tahap serum kreatinin yang tinggi menunjukkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Apabila berlakunya situasi ini, doktor anda akan menetapkan diet buah pinggang yang sesuai untuk anda. Oleh kerana beban kerja buah pinggang anda diringankan dan kadar kerosakan dilambatkan, tahap kreatinin anda akan menjadi lebih rendah. Diet buah pinggang memberi tumpuan kepada pengawalan protein, potassium, fosforus, natrium dan cecair. Ikut arahan yang ditetapkan oleh doktor dan jangan lakukan sebarang perubahan diet atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor anda.
Protin
Badan anda menggunakan protin untuk membina dan membaiki tisu dan otot dan juga untuk melawan jangkitan. Apabila protin dipecahkan, sepertimana makanan yang lain, ia menghasilkan bahan buangan tertentu. Salah satunya ialah urea, yang mana buah pinggang yang rosak mempunyai masalah untuk menapis bahan buangan ini dari saluran darah. Kebanyakan diet untuk pesakit buah pinggang akan menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protin. Doktor, pakar diet atau pakar pemakanan akan memberitahu anda berapa banyak dan apa jenis protin yang anda boleh makan. Anda mungkin dibolehkan untuk mengambil dalam jumlah tertentu kandungan protin lengkap dari sumber haiwan (contohnya daging lembu tanpa lemak dan ayam) dan juga jumlah protin tidak lengkap dari sumber tumbuh-tumbuhan (contohnya kekacang dan lentil) yang tertentu.
Potassium
Apabila buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, paras potassium boleh menjadi terlalu tinggi. Ini boleh menjadi satu masalah yang serius dan juga boleh menyebabkan berlakunya kegagalan jantung secara tiba-tiba. Potassium boleh didapati dalam banyak makanan, dan anda mesti berhati-hati terhadap pengambilan potassium apabila merancang diet buah pinggang. Anda mungkin akan dinasihatkan oleh doktor atau pakar diet untuk menghadkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, pisang, kentang, oren dan aprikot, semua bahan makanan yang tinggi potasium, dan digalakkan untuk memilih makanan yang lebih rendah kandungan potassium seperti timun, lobak merah, salad, epal, cranberry, anggur dan beras.
Fosforus
Badan anda menggunakan fosforus dan kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan untuk menjaga otot dan saraf anda agar berfungsi secara normal. Kalsium dan fosforus mesti kekal dalam keadaan seimbang. Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, badan anda juga akan menghadapi masalah untuk mengekalkan keseimbangan ini. Badan anda akan seringkali menghadapi masalah kalsium terlalu sedikit dan terlalu banyak fosforus. Keadaan ini menyebabkan badan anda mengambil kalsium daripada tulang kerana untuk mengembalikan keseimbangan yang betul, dan tulang menjadi lemah dan rapuh. Anda juga mungkin akan mengalami sakit di tulang dan sendi kulit gatal. Makanan yang tinggi fosforus termasuk sardin, kacang, keju, hati dan mentega kacang. Kemungkinan juga anda akan diminta untuk mengelakkan telur dan produk tenusu.
Sodium
Kita memerlukan sodium, tetapi kebanyakan daripada kita mengambil lebih daripada apa yang kita perlukan. Elakkan makanan yang ditambah garam, seperti kacang, bacon, jeruk, buah zaitun, sauerkraut dan juga daging yang dimasak untuk sesuatu majlis. Baca kandungan garam dalam produk makanan yang diproses termasuk sup dalam tin, sayur-sayuran dalam tin, sos campuran dan kiub air kaldu. Pantau dengan berhati-hati jumlah sodium yang anda makan. Mengawal pengambilan garam juga boleh membuat ia lebih mudah untuk anda mengawal pengambilan cecair.
Cecair
Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, tubuh anda akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan. Doktor mungkin akan mengehadkan pengambilan cecair untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, bengkak dan sesak nafas. Pastikan anda masukkan sup, ais, ais krim, jus dan gelatin ketika menyukat jumlah pengambilan cecair anda.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Adakah pengambilan supplement Transfor Factor boleh mengubati penyakit buah pinggang ? adakah supplement tersebut boleh diambil oleh pesakit buah pinggang ?
juma recently posted..Segalanya Ada Dalam Al-Quran
Assalamualaikum,
Saya tidak berani memberi sebarang komen tentang supplement tersebut.Ini kerana saya tidak pernah mencubanya.Dan tidak semua supplement sesuai untuk semua orang.Anda hanya boleh mengetahuinya dengan mencuba sendiri produk tersebut.Boleh juga rujuk pada testimoni mereka yang pernah menggunakannya.
Adakah sakit buah pinggang ada kaitannya dengan sakit pinggang ? dalam bahasa pasar agar lebih senang difahami … apa sintom2 yang senang dikenal pastu jika kita mengamali sakit buah pinggang ?
b3njy recently posted.."KENAPA PILIH SYARIKAT ITU ? …."
Berdasarkan pengalaman saya sakit buah pinggang tiada kaitan dengan sakit pinggang.Tanda-tanda sakit buah pinggang yg mudah untuk dikenalpasti ialah:
1) Sukar membuang air kecil
2) Air kencing berbuih
3) Kerap rasa nak terkencing
4) Air kencing mengandungi kandungan protin
5) Kreatinin di dalam darah tinggi
lagi info tentang diet di SIHAT SELALU – Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR