Air kencing anda berdarah?Wajib baca ini!


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Ketika saya mula-mula mengalaminya dulu,saya menjadi agak panik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada saya.Jadi,pada artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing mengandungi darah.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?

Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.

Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.

Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.

Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.

Apakah penyebabnya?

Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:

  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.

Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.

Diagnosis

Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.

Rawatan

Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

206 thoughts on “Air kencing anda berdarah?Wajib baca ini!

  1. bagi merawat boleh menggunakan bekam, refleksologi dan akupunktur..
    sambil itu pesakit perlu amalkan herba yang dapat merawat buah pinggang seperti Malac yang diperbuat daripada lalang (lalang yang dikawal penanaman bukan tepi jalan punya ;))

    akan tetapi sifatnya memperbanyakkan air kencing
    selain itu perlu juga pesakit mengamalkan minum air dengan cukup
    lagi2 air berpH tinggi untuk buang asid dalam badan

    • Sekarang ni terdapat pelbagai rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit.Malah menjadi pilihan ramai kerana ianya kurang kesan sampingan berbanding ubat hospital kerana ubat hospital berasaskan bahan kimia.Salah satu yang menjadi pilihan ialah rawatan kaedah homeopati.Rawatan kaedah ini tak kurang juga hebatnya.

  2. ouwh..tak terfikir pulak kencing boleh ada darah..sebab tu cara istinjak yang betul harus diamalkan bagi mengelak penyakit pada saluran kencing (untuk kes yang jangitan pada salur kencing)..kalau yang lain2 tu kena jumpa doktorlah untuk kepastian..

    • Itulah cantik dan sempurnanya Islam fitri.Sampaikan cara beristinjak pun diajar.Nabi mengajarkan kepada umatnya supaya kencing duduk dan beratkan kaki sebelah kiri.Kemudian mestilah berdehem supaya air kencing keluar habis dan tak kena penyakit kencing tak lawas.

      • Saya amat bsetuju dgn apa yg dikatakan oleh saudara kita. Malangnya boleh dikatakan seramai 80% kaum muslim adam yg tdk memperlecehkn sunah nabi. Ayuh,sedarlah muslimin dan muslimat. Ajaran Islam adalah yg terbaik sbg pedoman hidup kta.

    • Betul tu bro.Saya dulu pun tak pernah ambil berat tentang perkara ni.Ingatkan rajin bersukan tu tak kenalah sebarang penyakit,tapi tidak begitu sebenarnya.

      Yang sebaiknya rajin-rajinlah buat pemeriksaan darah untuk pastikan tahap kesihatan kita.

    • Tak sama bro.Kencing kotor adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing adalah tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing terdapat kesan-kesan jangkitan di ‘urinary tract’. Air kencing kotor juga boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.

      Kalau kencing berdarah pula kandungan air kencing ada darah di dalamnya yang mungkin disebabkan adanya batu di dalam karang.

  3. apakah sama batu dlm buah pinggang dengan batu karang??

    batu karang ni biasanya menyerang kaum lelaki kan??nape yer?

    • Ye,sama.Batu karang tu ialah apabila terdapatnya batu dalam buah pingganglah.Tak taulah napa.Mungkin dia batu karang ni jantinanya wanita kot,hehehe,lawak jer :-).Memang benar lelaki lebih berisiko mempunyai penyakit batu karang berbanding wanita,tapi saya tak pasti sebabnya.

  4. hmm..saya rasa la kan..ikut logik saya je la kan..lelaki lebih berisiko kena batu karang ni sebab pundi urine lelaki kan lebih besar sikit pd perempuan..jadi mungkin pembentukan tu lebih jugak kot..hehe

  5. Pernah jugak kena dulu, masa tu panik giler… Nak jumpa doktor tu yang paling takut, apa yang kluar dari mulut doktor tu nnt Jai rasa lagi takut, so x jumpa doktor, x lama tu ilang..hu3
    decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-4My Profile

        • Dari pengalaman saya ada sesetengah darah yang keluar kita tak nampak secara mata kasar,tetapi dapat dikesn bila diperiksa di bawah mikroskop.Apabila bro pernah lihat darah dalam air kencing ditakuti ianya akan berulang,atau pun mungkin darahnya masih ada tapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

          Jadi terpulanglah pada bro samada nak buat pemeriksaan atau tidak.

  6. cm mane kalau husband sya, dia pnah bgtau yg dia kencing then ade 2 3 titik darah.. boleh serius juga ker?

  7. hai… suami sy pernah mengadu dia gatal2 bahagian saluran kencing.. tp bila pergi jumpa doctor, doctor ckp x ada apa2, cuma doctor kasi 2 jenis antibiotik,selepas 2hr suami sy makan ubat.. dia dah tak rasa gatal2 lagi. selepas itu suami terus stop ubat. selepas 1 minggu suami ada mengadu yang nak kencing sakit. dan keluar mcm lendir berdarah… so apa sy perlu lakukan utk suami.

    • Kadang-kadang walaupun air kencing tidak menjadi warna merah, darah masih boleh wujud.Cumanya tidak nampak dengan mata kasar.Hanya boleh nampak di bawah mikroskop.

  8. saya mcm ade ura2 nk jadi…sakit di bhagian kanan pinggang…dan warna air kencing agak kemerahan..die bkn darah yg pekat tu…die cair keluar bersama air kencing… pe yg menjadi masalah nye saya takut untuk bertemu doktor…

    • Jangan takut bertemu doktor. Hanya lakukan pemeriksaan sahaja. Sebelum ianya menjadi lebih parah, dan akhirnya kita terpaksa juga bertemu doktor.

  9. salam saya nak tanya……bapak mertua saya kencing berdarah dan ada keluar batu adakah iti tanda2 batu karang……selain berjumpa dktr……ada x cara2 sampingan untk berubat…..betul ker saya dengar minum air bali boleh mungurangkan sakit tersebut

    • Ye, itu tanda penyakit batu karang. Walaupun ada cara-cara alternatif untuk mengeluarkan batu tersebut seperti banyakkan minum air lobak putih dan air bali, saya cadangkan buatlah pemeriksaan kerana penyakit batu karang adalah penyakit berulang. Dengan melakukan pemeriksaan kita akan tahu apakah punca terjadinya batu karang dan doktor boleh memberikan rawatan yang sesuai.

  10. Saya pernah kena masa zaman sekolah menengah dulu disebabkan ada dikesan batu karang..lepas buang batu karang dulu baru rasa lega sikit dan air kencing kembali normal..tapi nak tanya bro, adakah sakit batu karang ni sat penyakit keturunan? ada org kata tak, ada org kata ya…tapi ayah saya tak der sakit ni, tok adalah…
    BroZooL recently posted..Lajukan Blog Dengan Link Yang BetulMy Profile

    • Faktor keturunan pada penyakit batu karang ni adalah berdasarkan kajian sahaja. Tetapi bukanlah sesuatu yang pasti. Ada sesetengah pesakit tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit batu karang tetapi mengidap penyakit tersebut dan ada sesetengahnya pula yang ada ahli keluarga yang kena, tetapi dia tidak pula kena penyakit tersebut. Saya sendiri pernah kena penyakit ni walaupun keluarga saya tida yang pernah mempunyai penyakit batu karang ni.

  11. pg ni sampailah ke saat emel ni dipost saya mengalami kencing berdarah….tak ler darah pekat tapi air kencing + darah…panik giler….coz tak penah jadi cam nih. perlu ke jumpa doktor coz tgk komen2 di sini ada yg cakap kencing berdarah tu akan hilang dengan sendirinya….lagi satu, saya suka minum produk berasaskan herba,mcm manjakani, kacip fatimah , untuk beri tenaga…saya juga kerap bersenam 3x seminggu…..adakah ini salah satu penyebabnya?

    • Pada saya saya, meminum minuman berasakan herba seperti manjkani, kacip fatimah dan sebagainya tu bukanlah penyebab berlakunya kencing berdarah, tapi tak pastilahkan. Saya juga suka minum minuman herba seperti kopi radix, tetapi buat masa ni tak pernahla lagi jadi kencing berdarah tu. Dah pergi buat pemeriksaan doktor?

  12. saya nak tanyalah.. sebelum ni saya penah mengalami pundi kencing bengkak, saya mula sakit ketika habis kencing 2-3 hari lepas, saya dah gi jumpa doktor (sebelum kencing berdarah) doktor bagi ubat cloxacillin dan metronidazole.. then semalam kencing saya berdarah dan sakit perut dibahagian bawah kiri. nak berjalan pun rasa sakit.. kenapa ek…??

  13. Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com

  14. Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com

  15. helo semua saya baru je mengalami kencing berdarah umur saya skrg 45 tahun panik memang panik lah berlaku semalam tapi setakat ni dah tak ada lagi mungkin betul lah di sebabkan senaman berat sebab saya pertang-petang bermain futsal dengan budak lebih muda dari saya..apakah ini akan berterusan saya tak tau lagi.jika berulang lagi adakah saya patut berhenti bermain futsal?..

    • Saya cadangkan pergi buat pemeriksaan untuk mendapatkan lebih kepastian tentang mengapa anda mengalami kencing berdarah. Daripada itu dapatlah dipastikan apakah patut anda teruskan aktiviti bersukan anda setiap petang. Atau mungkin anda perlu menukar aktiviti senaman kepada yang lebih ringan.

  16. saya dah 3 kali experienced urine with blood. Semua saya dapatkan rawatan doktor. 1st time jadi tahun 2008, keluar batu sebesar biji tembikai. Then sekali lagi tahun nie excessive blood dlm urine sewaktu saya di Bandung. Thought disebabkan aktiviti jungle tracking menyusur turun dari Gunung Tangkuban Perahu, tapi still dapatkan rawatan doktor. Semalam, saya noticed my urine ada blood lagi dan saya terus buat full medical check-up walaupun saya tak rasa sebarang kesakitan. Those yang ada simptom kencing berdarah, the best is to seek for treatment from a doctor dan jgn biarkan. InsyaAllah selamat kita.

  17. salam..
    sy sudah mengalami kencing berdarah sebanyak 2 kali..dan sudah pun membuat pemeriksaan doktor…doktor memberi rawatan ubat cuci air kencing dan antibiotik utk menghentikan pendarahan tersebut..doktor memberitahu mungkin penyebab kencing berdarah ini adalah jangkitan kuman / infection dan kekurangan minum air….selepas mkn ubat, air kencing sy kembali normal dan lawas seperti biasa…dan sy kini mengambil langkah menjaga pemakanan dan banyak minum air masak…untuk pengetahuan,sebelum ini sy suka sgt minum air manis memandangkan sy kerja dan byk mkn di luar…adakah sy perlu membuat follow up lg selepas ini?ataupun hanya menjaga pemakanan shj??

    • Cadangan saya tidak perlu buat follow-up tetapi buatlah pemeriksaan darah dan urin secara kerap,sekurang-kurangnya 6 bulan atau setahun sekali.Pemakanan paling penting untuk dijaga.Doktor ada bagitahu tak apa bentuk diet yang sesuai?

      • ada…kurangkan mkn seafood dan makanan/minuman yg manis2…tetapi doktor juga memberitahu terdapat glukose dlm air kencing sy…adakah sy mngidap kencing manis?

    • Yang saya tahu alat sulit idak perlu diperiksa. Kenapa? Kalau perlu juga untuk diperiksa mintalah doktor yang sama jantina. Tak pun tanya dulu apa perlunya alat sulit dperiksa.

  18. oooo…juz tanya kdg segankan kalau snth ttg alat sulit ni apatah lagi ngan dktr lain jantina. thanks..

  19. Bagi wanita kencing berdarah dan kencing kotor tu adakah benda yang sama? Kalau kencing kotor selalu terjadi kat wanita (ini kata doktor yang sy tanya). Salah satu faktornya adalah kebersihan dan blh juga terjadi disebabkan kekurangan air dalam badan. So, kebersihan memang amat-amat kena jaga. Betul tak?

    • Kencing berdarah dan kencing kotor adalah dua masalah yang berbeza. Kencing berdarah ni selalunya dikaitkan dengan penyakit batu karang. Manakala kencing kotor pula dikaitkan dengan jangkitan bakteria pada saluran pundi kencing.

  20. salam admin,

    semalam saya makan buah naga, kemudian bermula smlm kencing saya warna kemerahan sampai hari ini walaupun saya tak makan buah tu lagi..kerap kencing pulak tu.risau nyer saya lgpun saya ni suka mkn benda manis dan kerap tahan kencing…

      • dah buat urine test, doctor kata mmg ada darah..utk tempoh ini cuma amik antibiotik dan air cuci urine..pas tu dtg follow up blk..masuk hari dua after check up, urin msh nampak warna yg sama walaupun air suam byk saya minum..

  21. salam…saya nk tnye sy nie kdang2 sakit blkang yg truk smpai dh pg fifio terapi 11 kali mcm 2 la…tp sakit blkng saya nie tak hilang2,kadang2 2 smpai nk tdo pn tak boleh,skg nie saya sakit kt sebelah kiri bkn kat luar tp kat dalam(mcm buah pinggang)terlalu sakit..nk tunduk pn sakit.. bila saya tekan lg sakit boleh saya tahu ape pnyakit saya nie?n adakah saya sakit sakit blakang disebabkan buah pinggang?saya buntu skg nie…sy prnah jugak mngalami kencing brdarah n kalu kencing hanya sedikit tetapi sakit sangat…prnah membuat ujian air kencing d klinik (kerajaan) tetapi doktor mcm endah tak endah je…apa yg prlu saya lakukan? saya dah tak tahan lg sakit mcm nie.

    • Kalau buat pemeriksaan di hospital GH tak dilayan,cubalah usahakan buat pemeriksaan di tempat berbayar.Biarlah keluarkan sedikit duit demi kesihatan kita.Masalah hanya dapat dipastikan dengan membuat pemeriksaan urin dan darah sahaja.

  22. sy pun kencing bdrah tpi xtau nape sakit sgt..air kencing seakan2 bdrah n susah nk kencing..knp boleh jdi mcm nie??

  23. b4 nie saya gie chck kat doc saya sakit bawah perut sebelah kiri..doc buat ultrasound xde masalah buah pinggang, ovari,batu karang pun xde n sumer bhgn bawah perut la..tapi urine saya xlepas ada blood.so kena followup repeat urine.td saya baru lepas balik follow up chckup repeat urine sebab ada darah tapi hanya nampak melalui mikroskop..still ada blood dlm urine..9hb ni kena admit spital utk teropong nape ada blood dlm urine..hanya Allah je tahu betapa bedebar nak tunggu pada aritue..hopefully xde apa2 yang buruk..

    • Saya dulu ada juga mengalami masalah sedemikian.Tetapi saya yakin apabila ada darah di dalam urin mesti ada sesuatu yang tidak kena.Tanyakan dengan lebih lanjut pada doktor setelah mengetahui keputusannya nanti.

    • saya pun penah kene mcm akak. da bnyk minum air masak pn still ader darah lg time test urine. mmg cuak giler. bln 12 ni kne g check up kt doktor lg. kne buat urine test, x-ray buah pinggang ngan buat ujian darah lg. risau sgt2 skrg ni. pe masahnya pun sy xpsti…

  24. Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan (sejak 2006), doktor selalu mengesahkan air kancing saya ada unsur darah. Terakhir, saya lakukan pemeriksaan sebulan yang lepas dan sekali lagi di dapati masih ada unsur darah.

    Apa yang saya hairan, saya tidak pernah berasa sakit ketika buang air kecil, ataupun sakit di daerah-daerah sekitar. Apakah ini bahaya untuk kesihatan saya pada masa yang akan datang?

    • Apabila adanya darah di dalam air kencing bermakna ada sesuatu yang tidak kena samada pada buah pinggang atau pun pada sistem perkencingan anda. Lebih baik buat pemeriksaan dan tanyakan kepada doktor anda apakah sebenarnya masalah yang anda hadapi dan bagaimana menyelesaikannya.Dibimbangi akan meningkatkan risiko penyakit-penyakit kronik di masa akan datang terutamanya buah pinggang.

  25. salam..suami saya baru je dapat masalah ni 3-4 hari yg lepas. dah buat urine test dan memang confirm ada drh dalam urine. masalahnya doc tu tak suggest apa2 pun dan tak bagi apa2 ubat langsung. dia cuma bgtahu, kena buat further investigation & jumpa specialist. Kami contact hospital lain utk jumpa Urologist. suami saya tak merasa sakit pun dan kencing pun lawas. adakah berpuasa boleh menyebabkan masalah ni terjadi sbb kekurangan air?ataupun kami kena try alternatif dulu sebelum berjumpa urologist? tau2 sajalah..kalau specialist swasta ni kan..harga pun tinggi..ada nasihat?

    • Selalunya kalau ada darah dalam urin menunjukkan 2 kemungkinan,samada suami mengalami masalah buah pinggang atau pun batu karang.Saya cadangkan pergi ke klinik swasta dahulu.Buat pemeriksaan urin,lihat samada ada protin dalam air kencing atau tidak.Kalau ada maknanya buah pinggang suami bermasalah.

  26. saya pernah diberitahu doktor bahawa saya batu karang saya baru nak menjadi..makan ubat insyaAllah dia akan hilang..sekarang air kencing saya bercampur ngan darah..adakah batu karang tersebut ada kembali?..

    • Ye,batu karang boleh kembali berulag.Selalunya kalau boleh doktor nakkan sampel batu karang.Dengan mengkaji batu karang dapat mengetahui puncanya.

  27. ayah saya berumur 68 thn,mengalami kencing tak lawas, malam hari kerap berulang ke toilet buang air kencing tapi pagi ni ayah kencing berdarah, darah berketul-ketul keluar. saya risau dan bimbang dengan keadaan tu. adakah ianya merbahaya, sekarang ni ayah dhospital buat pemeriksaan. belum tahu keputusan dari doc

  28. salam bro….smlm pg medical check up ntuk kerja…sekali dieorg jumpe small presence of blood in urine…saya suspect yg microscope type…mcm bro ckap tuh, tak nmpk dgn naked eyes….so dieorg request buat urine test sekali lg…mcm mana saya nk avoid benda2 ni?…saya kencing mcm normal…tak sakit….urine pon color tak merah/coklat unless saya minum kopi dan sebagai nye..yg pekat2…tu pon jd kuning pekat sikit…mntak pendapat bro…

    • Selalunya bila ada kandungan darah dalam air kencing mesti ada something yg tak kena pada buah pinggang bro. Bila buat ujian urine sekali lagi cuba tanya ada tak kandungan protin dalam urin.

      • salam admin,boleh terangkan kpd saya apa yg dimaksudkan dengn kencing berbuih?…adakah buih pada air kencing banyak seperti air sabun atau jumlahnya hanya sedikit?…kalau sy kencing berdiri memang ada beberapa buih yg akan muncul apabila air kencing jatuh ke lantai bilik air…tp warna air kencing saya mcm biasa je…warna putih kdg2 warna kuning cair kalau kurang minum air…tp kalau sy kencing mencangkung,buih tidak pula timbul…kencing tidak rasa sakit…harap admin sudi bg penerangan

      • nk tnya, ape kaitan protin dlm air kencing ngan kencing berdarah ni?doktor ade bgtau gk tp xingat. kalo protin tu tinggi,ade masalah apa pulak?

  29. Saya berumur 19 thun . Baru2 ini saya ade kncing berwarna
    merah seperti kncg berdarah . Saya tak tahu ape puncanya
    secara tibe2 saya berasa loyer seperti nak muntah n then saya
    berasa kurang selera makan seterusnya tiba2 air kncg bertukar merah
    iaitu kncg berdarah . Apakah masalah saya?

  30. salam, sabtu baru ni panik di buatnye bila tiba2 kencing berdarah….tp mmg terus ke klinik amek urine test….masa kena tu mmg takde le sakit sgt…..doktor kata mmg kandungan darah dlm kencing tahap maximum kena tunggu urine result dulu…..sementara tu doktor bg ubat antibiotic, ubat lawas kencing(kencing saya lawas je….cuma bila nak kencing terasa sakit)dan ubat tahan sakit…..dari pagi tu sampai ke ptg kencing saya mmg merah gelap….bila ke mlm baru beransur2 menjd normal….lega…tp sakit pd ari2 & pinggang masih ada tp ada ubat2 yg di beri tak le tension sgt….hari ni isnin doktor call bgtau result menunjukkan cuma jangkitan tp kena dtg ke klinik utk tukar ubat antibiotic agar jangkitan tidak melarat ke buah pinggang…..
    Nasihat saya pada yg mengalami kencing berdarah atau apa jua sakit dalaman, tolong jgn ambil mudah, segera lah berjumpa doktor……

    • Betul tu.Sebarang perubahan pada air kencing cepat-cepat buat pemeriksaan.Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

  31. saya keliru akan sakit saya sbb saya penah alami sakit mcm batu karang ,tp bila di check tak ade ,kemudian saya diserang henia (angin pasang )alhamdulillah dah kembali pulih ,tp yg membuatkan sya bertambah keliru dimana dlm 2-3 nie ,saya mengalami kencing berdarah ,bukan merah tp berwarna coklat ,adakah itu dinamakan kencing berdarah juga? saya tak alami sakit apabila kencing cuma sblm tu saya alami sakit di bahagian tapak kaki ,bila waktu pagi .ade jugak rasa sakit belakang ,boleh terangkan pada sya ,ape yg saya alami ini ? oh ya ! sekarang nie saya minum monav.vie .adakah ia tindak balas dari produk itu ? sejenis minuman kesihatan tambahan yg berasaskan buah-buahan .

  32. salam hi.

    just nk tny, my bf pn kdg2 ade kena kencing berdarah ni & da jumpa doktor. tp doktor dia ckp still tak tau ape punca, means sama ada kena infection or batu karang ke.. dr tu ckp kena tunggu sampai bdarah balik. so, mmg mcm tu ea? ke kena tunggu sampai da teruk ? ok, logically, mmg kena tunggu kencing brdarah tu kuar blk so dat da doctor can analysis tp kebanyakan klinik ckp biasa je.biasa2 tp still kena lg.ape tu? btwn, credit to da blogger, info yg sgt clear n sng fhm for normal people. lg 1, ade tips penjagaan tak? permakanan ke? thanx

    • Selalunya kalau kencing berdarah ni menunjukkan tanda kemungkinan ada masalah buah pinggang atau pun batu karang.Dan ianya dapat dikesan dengan melakukan ujian darah dan urin.Saya tak pasti kenapa hospital mengatakan perlu tunggu sampai kencing berdarah balik.Tentang penjagaan pula,kita kena tau dulu penyakit dan puncanya,dari situ baru kita boleh rancang kaedah penjagaan,contohnya dari segi pemakanan.

      Terima kasih,harap jawapan ini membantu.

  33. saya hari ini dah masuk 4 hari kencing berdarah/air kencing bercampur dengan darah…saya dah buat x-ray dan ultrasound tetapi semuanya normal dan tiada apa-apa yang menyebabkan pendarahan tersebut…Ujian darah pun normal..doktor cakap dalam air kencing hanya ada darah dan bukan kencing kotor..jd doktor sekarang pening dan dia bagi 1 bulan tarikh untuk saya jumpa pakar…sekarang saya masih menderita sakit-sakit perut macam memulas dan air kencing masih ada darah…adakah penyakit appendix juga boleh menyebabbkan kecing keluar darah?

    • Setakat yang saya tahu appendix tidak menyebabkan kencing mengeluarkan darah.Kebiasaannya kalau kencing berdarah mesti menyebabkan masalah yang berkaitan dengan buah pinggang.

  34. saya ada masalah ini..tapi jika saya minum teh atau makan makanan laut seperti udang. jika sotong dan kerang dan ketam, tidak ada masalah. saya dapat konfirm perkara ini sebab saya pernah buat ujikaji sendiri..jika tidak minum teh dan jauhi makanan laut..memang tidak ada masalah lansung.tetapi lepas mnum teh.. memang air kencing akan bewarna merah.tapi ianya bukanlah serta merta..akan memakan masa beberapa jam.

  35. saya baru hari ini pagi semasa saya kencing dan saya melihat air kencing saya berwarna merah dan abmin bolehkah saya tahu apa cara yang baik dan selamat dapat mengatasi masalah saya ini sekian terima kasih..

    • Cara terbaik ialah pergi buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengesan apakah masalah sebenarnya.Kemudian baru boleh ambil langkah rawatan bila dah tahu apa puncanya.

  36. kalo sy lain pula..,sy megandung anak pertama dan kerap sakit perut dn sy mgmbil kputusan tu bjumpa doktor slh mbuat test air kencing doktor tesebut ckp air kencing sy ada kandungan darah..,tp xde jangkitan kuaman..,dan doktor pn tak ada pulak buat rawatan susulan tehadap sy..,tu yg mgenliru kn sy..,adakah ianya tidak bahya?

    • Kalau kencing ada kandungan darah mungkin buah pinggang ada masalah lain kalau tiada jangkita kuman.Cuba buat pemeriksaan khusus untuk buah pinggang pula.

  37. Sy nak bertanya..sy berusia 27 tahun..sy mengalami sakit in baru juga..keadaan saya apabila sy kencing,mula-mula ok,setelah selesai kencing Atau pehujung kencing mesti Ada menitis darah,beberapa titik agak pekat jugalah.keluar darah apabila penghujung kencing Sahaja…selepas terjadi perkara tersebut shawat sy mula menjadi Lemah..tidak rasa seperti sebelumnya.apakah harus sy buat?

  38. saya juga nak bertanya…syawal ke 7 baru2 ni…terdapat 3 dot darah kecil dalam air kencing saya….dan saya hanya mengalami keadaan ni hanya sekali dan baru kali pertama…..tetapi saya pernah merasa sakit di bahagian pinggang kanan dalam awal tahun ini…saya cuma rasa selepas bersukan….boleh pastikan sakit buah pinggang ke batu karang……

    • Saya cadangkan cara terbaik ialah buat pemeriksaan air kencing dan darah.Hanya ini sahaja satu-satunya cara dapat menegsan samada buah pinggang anda bermasalah atau tidak. Tetapi apabila wujudnya darah di dalam air kencing ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

  39. pada raya ke3 baru2 ni saya mengalami kencing berdarah.tapi x berlarutan.kencing saya x lawas dan terasa ngilu.baru2 ni saya sakit pinggang pulak.oleh kerana bimbang ada jangkitan dalam pundi kencing,saya pun berjumpa dengan Dr.Dr menyatakan yg memang ade kehadiran darah dalam kencing,dan batu karang ada tanda2 nak menjadi.Dr bg ubat antibiotik dan glukos untuk lawas kencing.kalo x baik jugak Dr suruh dtng semula buat xray.harap2 xde benda lain lak jadi.buat pengetahuan sehari sebelumnya saya dan keluarga pergi bermandi manda di sungai.boleh jadikah kesan kencin berdarah adalah sebab berendam dlam sungai?apa pendapat anda?

    • Pada pendapat saya tak mungkin hanya dengan berendam boleh menyebabkan kencing berdarah.Seperti yang telah diberitahu oleh doktor,hasil pemeriksaan menunjukkan adanya tanda-tanda akan wujudnya batu karan dan ini saya rasa tidak mustahil boleh berlaku.Kebiasaannya kencing berdarah adalah disebabkan oleh batu karang.

  40. salam..saya ada masalah (myB kencing berdarah)..saya x pasti bila..sy sapat tahu pn bila my wife bertanya kenapa seluar sy ada kesan darah? adakah ini satu penyakit?

    • Kebiasaannya apabila kencing mengandungi darah,ia menunjukkan gejala kepada masalah.Boleh jadi menunjukkan batu karang atau ada jangkitan.Sila buat pemeriksaan segera di hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang