what is hematuria

Air kencing anda berdarah?Wajib baca ini!


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Ketika saya mula-mula mengalaminya dulu,saya menjadi agak panik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada saya.Jadi,pada artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing mengandungi darah.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?

Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.

Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.

Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.

Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.

Apakah penyebabnya?

Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:

  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.

Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.

Diagnosis

Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.

Rawatan

Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

186 thoughts on “Air kencing anda berdarah?Wajib baca ini!

  1. rizal

    Assalamualaikum, saya baru2 ini berasa sakit2 kat bahagian bawah perut, saya kencing terasa tak puas pulak, semalam saya kencing, air kencing saya agak kuning kemerahan bila dekat habis last sekali saya agak terkejut ada darah keluar, apakah puncanya penyakit saya ni?

    Reply
    1. admin Post author

      Wslm,mungkin anda mengalami masalah batu karang atau ada jangkitan pada saluran kencing.Buat pemeriksaan dengan segera di hospital.

      Reply
  2. saye..

    baru2 ini dpati apabila saya buang air terdapat sedikit darah yg seakan2 benang..dan baru2 ini juga saya kerap sakit perut di bahagian kiri. mungkin kah buah pinggang saya bermasalah?

    Reply
    1. admin Post author

      Berkemungkinan anda mengamali masalah buah pinggang atau pun batu karang.Buat pemerikasaan di hospital untuk memastikannya.

      Reply
  3. eddi

    saya mengalami masalah kencing yang mengandungi kandungan darah dan protien. Pada peringkat sekarang saya dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil antibiotik sebagai permulaan rawatan. Hasilnya kandungan protien berkurangan dan kandungan darah kekal tiada perubahan.
    Apa cadangan pihak admin dan sekiranya perlu pemeriksaan lanjut di hospital manakah saya patut rujuk?
    Sekian.

    Reply
    1. admin Post author

      Cuba dapatkan maklumat dari doktor apakah punca yang menyebabkan kencing anda berdarah?Dari situ bolehlah cuba rawatan untuk merawat puncanya.Selalunya kalau kandungan protein ada dalam darah,ia menunjukkan buah pinggang bermasalah.Cuba buat pemeriksaan darah untuk melihat fungsi buah pinggang.Buat di klinik swasta pun boleh,cuma kena bayarlah.

      Reply
  4. Ergiliah Ela

    Saya mengalami pyakit ini sejurus saya demam..sya begtu terkejut skali mdapti kencing sya berdarah..tp sya tidaj ada merasa sakit bhgian sluran.kencing atau bawah perut..sda 3 hri mengalaminya dan warna kencing saya seperti darah yang cair spt warnanya sdg berkurangan..adakah ini serius??

    Reply
    1. admin Post author

      Apabila air kencing kita mengandungi darah,takut ada sesuatu yang tidak kena.Nasihat saya buat pemeriksaan dengan segera.

      Reply
  5. belukang

    apabila sy ingin membiang air kecil sy terasa amat perik sekali dan air kencing sy berwarna merah..apakah tindakan sy

    Reply
    1. admin Post author

      Anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu untuk doktor jalankan pemeriksaan kesihatan.

      Reply
  6. esemar

    saya nak tanya bagi pihak suami, dia terlalu kerap kencing, kecuali kalau duduk, tapi bangun saje dia terus ke bilik air. Kalau tak minum banyak air, kencing jadi warna cokelat kehitaman, ada pernah sekali tu sampai demam keesokan harinya, kerana setengah hari tak minum kerana menghadiri satu ceramah. Baru-baru ni, pula dia cepat lapar tidak seperti kebiasaannya.

    Apa pendapat anda?

    Reply
  7. Faris

    Saya cuma nak berkongsi pengalaman,

    Saya juga penah mengalami air kencing keruh dan berdarah.
    Pergi klinik, first time doktor tengok sample air kencing dia suspek batu karang,
    Dua hari kemudian pergi klinik untuk lakukan scan n xray buah pinggang, hantar sample air kencing dan ujian darah ke makmal

    Alahamdulillah hasil nya buah pinggan saya ok dan sihat.
    Problem nya cuma saluran air kencing di jangkiti bakteria E Coli dan doktor cuma bagi makan antibiotik.

    selalu nya kalau kencing berdarah dan ada protein dlam air kencing, salah satu tanda buah pinggang mula rosak.

    saranan buat pemeriksaan awal, jaga pemakanan, kawal kolestrol.

    Thanx
    Faris recently posted..Apakah Punca Batu Karang Anda Berulang?My Profile

    Reply
  8. titania

    saya pernh mengalami 2x , terasa sakit bila mau buang air
    kecil, dan last2 keluar darah dn terasa amat sakit, tp setelh sy
    minum air jus cranberry tk lama Langsung stop,
    kencing dah normal lg,
    dn baru2 ini saya mengalami sakit kembali bila habisbuang air
    kecil tp tiada keluar darah dn tk terlalu sakit ,
    tetapi sy hairan knapa kali ini kalo sy mau buang
    air kecil rasa tk dpt di tahan, dan dulu saya jarang
    kencing pada malm hari, tp sekarng dah hampir
    seminggu setiap malm saya terasa mau buang air
    kecil terus, tolong kasih saran, thanks

    Reply
    1. admin Post author

      Selalunya kalau kerap buang air pada waktu malam merupakan gejala kencing manis.Mungkin juga nada mengalami masalah batu karang atau kencing manis.Saya sarankan buat pemeriksaan darah terlebih dahulu.

      Reply
  9. Ty

    Maafkan saya,saya ada soalan.Berkemungkinankah seseorang yang mengalami kencing berdarah itu disebabkan oleh luka dalaman? dan pernahkah terjadi kes buah pinggang bocor?Terima Kasih.

    Reply
    1. admin Post author

      Boleh jadi juga.Contohnya kalau batu karang,batu tu boleh meyebabkan pundi kencing luka dan menyebabkan kencing berdarah.Kalau ada kandungan protin dalam air kencing itu tanda buah pinggang bocorlah.

      Reply
  10. kitty

    Salam, Sya bru je mgalami kncing brdarh mula2 agk trkejut tpi biar je ngtkn dtg buln. Tpi mlm tu saya pki pad. Dan d pad saya kosong tpi sya kncing brdrh. Bru saya tahu. Sewktu mmbuang saya rasakn tidak puas amat sprti ad lg yang tidak kluar. Apkah puncanya ini?

    Reply
    1. admin Post author

      Wslm,

      Ketika membuang air kencing ada tak kitty rasa sakit?Dikhuatiri kitty mengalami masalah batu karang.Dah buat ujian urin?

      Reply
      1. kitty

        Blom lg tpi insyaAllah akn prgi tpi tdi saya kncing kua biase tpi last2 air yg keluar air drah melitik2 saya akn prgi klinik wt sementara ini. Thanks

        Reply
  11. pamek

    salam..

    baru2 ini saya mengalami kencing berdarah..ketika kencing terasa sangat ngilu dan sakit..darah akan keluar pada 1@2 titisan terakhir..apakah penyebab pnyakit ini??saya telah berjumpa doktor dan dia memberikan antibiotik..bagaimanakah bentuk/rupa protein yang akan keluar bersama darah ketika kencing?

    Reply
    1. admin Post author

      Dikhuatiri masalah tersebut disebabkan oelh penyakit batu karang.Apabila protein keluar melalui air kencing,urin akan berbuih dengan banyak.

      Reply
  12. nor aini

    Saya hari ini kencing berdarah dan masa habis buang kencing rasa nak kencing lagi tapi tiada apa patut yang saya makan kerana saya di hongkong dan akan balik ke malaysia 23 mac nanti baru saya akan ke doktor ssebelum ini saya selalu kencing pekat dan kuning dan telah buat pelbagai ujian dan scan tidak didapati apa apa penyakit mohon nasihat tuan

    Reply
    1. admin Post author

      Selalunya kalau kencing berdarah ni boleh juga disebabkan jangkitan atau pun batu karang.Tapi batu karang ni akan sakit bila kencing diikuti dengan darah.

      Reply
  13. roselan

    Saya mengidap air kencing berdarah. Seluruh air kencing saya berwarna merah. Bila di bawa berjumpa doktor. Doktor mengatakan yang saya tidak ada penyakit. Apa patut saya buat….?

    Reply
    1. zila

      Jika anda mengalami kencing berdarah banyak kan minum air suam. Sy juga kerap mengalami kencing berdarah dan bila berjumpa doktor mereka kata sy sihat cuma kurang air. Alternatif lain adalah bnyk kan mkn buah tembikai sbb tembikai mengandungi bnyk air. Slmt mencuba…(^_^)

      Reply
  14. Michelle

    Sy tgah menghadapi air kencing berdarah … Darah akan keluar time kencing jer…. Tapi kn klu sy kencing tak ada rasa sakit tp sy rasa sakit kepala (pening) terasa mcm nak pengsan …. Bawah perut sy pun terasa sakit terutamanya d bahagian kiri… Sakit belakang pun sebelah kiri…

    Reply
  15. natelie

    saya dah 3 kali mengalami masalah kencing berdarah. setelah pemeriksaan di pusat kesihatan. doctar memberi tahu yg ada jangkitan kuman pada pundi kencing dan memberi saya antibiotik. tp tiada pemeriksaan lanjut dibuat.jika masalah ni berulang lg apa yg perlu saya lakukan. boleh bg tahu saya punca seseorang itu mendapat jangkitan kuman pd pundi kencing dan jika ia berulang adakah ia boleh menyebabkan komplikasi lain?

    Reply
    1. admin Post author

      Sebenarnya banyak sebab yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan,antaranya disebabkan oleh bakteria.Kebiasaannya rawatan untuk jangkitan ini ialah dengan pemberian antibiotik.Kalau berulang doktor akan buat pemeriksaan sekali lagi.Antara komplikasi daripada jangkitan pundi kencing ialah ianya boleh merosakkan buah pinggang anda.

      Reply
  16. lynda

    saya turut mengalami masalah yg sama dimana kencing berdarah dan adanye protien dlm kandungan air kencing.setelah pemeriksaan dibuat melalui ujian air kencing,ujian darah,x ray (kub) tidak menunjukkan masalah batu karang dan buah pinggang.hampir sebulan lebih masalah ini still same x de perubshan walaupun telah mkn ubst antibiotik n ubat lawas.seterusnye dr menyarankan untuk membuat ujian ultrs sound untuk melihat sekiranya ade batu2 kecil di dalam saluran kencing..disini saya tertanye apakah punca sebenarnya/ dan ape yang sepatutnya saya lakukan?

    Reply
    1. admin Post author

      Setakat yang saya tahu bila adanya protein di dalam urin , itu menunjukkan buah pinggang bermasalah.Sebabnya buah pinggang yang normal tidak sepatutnya mengeluarkan urin yang mengandungi protein.Jadi saya tak faham mengapa dikatakan buah pinggang anda tidak bermasalah.

      Reply
  17. Ila

    Semalam saya buang air kecil, urin saya berwarna merah 2 coklat. Nak kt darah tidak jg. Saya rasa sakit dibahagian ari2 . Sebelum ini saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini.

    Reply
    1. admin Post author

      Kemungkinan dua sebab berlakunya sedemikian.

      1) Mungkin betu karang
      2) Jangkitan

      Buat pemeriksaan lebih lanjut di klinik atau hospital berhampiran untuk pastikan.

      Reply
  18. ieka atikah

    Haii .. sye ade masalah. Stiap kali. Sye. Buang air … pundi kencg sayyye trase sakittt sgt.. ap ptot. Sy buat

    Reply
    1. admin Post author

      Kemungkinan dua sebab berlakunya demikian. Pertama mungkin disebabkan batu karang atau kedua mungkin jangkitan. Buat pemeriksaan di klinik atau hospital berhampiran dengan segera sebelum bertambah parah.

      Reply
  19. Amirul.saputra

    Assalamualaikom,,sya nk tnya sya bermasalah buah pinggang,,sdh beberapa bln yg lps,sya mengalami penyakit batu karang,tetapi batu karang tersebut sdh keluar,,pinyakit yg sya alimi saat ini pulak,tersa sakit di bahagian pinggang,dan bila sya kencing,air kencing sya mcm berdarah,saluran kencing sya pulak terasa ngilu,,,apa yg harus sya lakukan,??????

    Reply
    1. admin Post author

      Wslm amirul,

      Saya khuatiri amirul mengalami masalah jangkitan kuman pada saluran atau pundi kencing.Sebaiknya cuba buat pemeriksaan.

      Reply
  20. tomie

    asalamualaikum…
    saya mempunyai masalah kencing berdarah
    dan mengeluarkan darah yg pekat apabila sya membuang air kecil.
    perkara ini sudah berlanjutan bertahun lamanya..tetapi sya tdk pernah buat rawatan berjumpa doktor…apakah masalah yg saya hadapi ini??
    saya risau alat kemaluan saya di jangkiti kuman..apakah tindakan yg perlu sya bt??

    jantina saya lelaki..

    Reply
    1. admin Post author

      Pelbagai kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kencing berdarah.Jadi cara terbaik ialah mesti buat pemeriksaan di hospital.

      Reply
  21. Ida

    Salam…
    Ayah saya berumur 75 tahun…dia bagi tahu saya semalam dia kencing berdarah….kencing lawas…tak sakit….hari ni dah tak berdarah lagi….ayah saya takut pergi hospital….takut doktor masuk tiub kencing…apa patut saya buat…biasa apa punca masalah bagi kes seperti ini…apakah langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang….

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Kencing berdarah atau hematuria boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Kemungkinan boleh disebabkan masalah buah pinggang,jangkitan atau batu karang. Jalan terbaik adalah buat pemeriksaan. Kita mesti tahu dulu apakah puncanya baru boleh dilakukan langkah pencegahan.

      Reply
      1. Ida

        Salam…
        Terima kasih atas nasihat tuan….boleh ke kalau kita buat pemeriksaan kat klinik biasa….sbb ayah saya takut pergi hospital….apa jenis2 penyiasatan yg patut kita lakukan utk kes mcm ni….

        Reply
        1. admin Post author

          Boleh je.Katakan nak buat pemeriksaan untuk lihat fungsi buah pinggang.Atau kata nak buat pemeriksaan menyeluruh,nak tengok tahap kesihatan.

          Reply
          1. Ida

            Hari ni saya bawa ayah gi klinik wat ujian air kencing. Alhamdulillah, doktor kata urine okay, tak de darah, tak de batu karang…cuma ada gula dan protein sikit….sbb ayah mmg ada kencing manis dan darah tinggi…doktor nasihat teruskan pengambilan ubat utk kencing manis dan darah tinggi…minum air masak byk2….

  22. Idah S

    saya mengalami kencing berdarah, tetapi tiada rasa sakit, ujian urin menunjukkan ada sel darah dalam urin. boleh beri penjelasan keadaan ini? apa simptom kalau ada masalah buah pinggang?

    Reply
    1. admin Post author

      Banyak faktor yang menyebabkan kencing berdarah,antaranya batu karang atau adanya jangkitan di kawasan perkencingan atau pun memang buah pinggang mengalami masalah.Apa respon doktor bila adanya darah di dalam urin?
      Tanda-tanda buahpinggang bermasalah ialah sukar kencing,kencing berbuih,adanya protein di dalam urin dan kencing berdarah.

      Reply
  23. Ida

    Maaf cellfood tu apa, mcm mn n apa fungsinya..buat masa ni ayah buat mcm yg doktor ckp…kawal gula dlm darah n minum air masak byk2….

    Reply
    1. admin Post author

      Anda boleh baca di blog saya tentang cellfood.Klik pada page produk utama dibahagian atas blog.

      Reply
  24. mirolamran

    assalamualaikum . saya ingin bertanya . kenape setiap kali ptg baru lepas habis main bola . then balik rumah bile kencing yang pertama air kencing sy seakan akan mcm darah . selapas itu bile kencing yang kedua . sudah tiada darah itu . boleh terangkan ?

    Reply
    1. admin Post author

      Assalamualaikum, saya rasa itu bukan darah. Air kencing berwarna begitu mungkin disebabkan anda terlalu menggunakan banyak tenaga akibat bermain bola. Walaubagaimanapun saya mencadangkan agar buat pemeriksaan.

      Reply
  25. nurul

    Saya baru mengalami kencing berdarah smlm. Tapi tiada sakit ketika kencing. Pada mulanya saya mengalami sakit pinggang dibahagian blkg..dan ada sedikit bengkak.. Selama 2 hari sakit dan saya mintak tlg mak saya sapu minyak dan urut. Sebab ingtkan masuk angin. Sbb saya baru pulang dr johor menaiki bas dgn ambil masa 6jam perjalanan.tapi setelah urut saya tidak lg sakit di bahgian blkg pinggang..tp air kencing terus bertukar warna darah. Saya kuatir period..tp terlalu awal…bolehkah saya menganggap ia period?

    Reply
    1. admin Post author

      Assalamualaikum nurul, saya cadangkan buat pemeriksaan terlebih dahulu di hospital.

      Reply
  26. nurul

    Thanks admin…hari ni saya dah pemeriksaan…seperti dijangka ada kuman didlm urine saya..doc beri antibiotik.lawas kencing.ural utk cuci urine… Semua perlu diambil dlm ms 3 ari…then klu jadi lg kene buat scaning….doc juga beri komen positif sekira nya rerdapat ketulan2 kecil darah beku keluar bsama urine saya…katanya lbh baik keluar dr ia berada didlm sistem pundi kencing sy.. Saya sgt takut…kerna ini first time buat saya…

    Reply
    1. admin Post author

      Alhamdulillah.Jadi kiranya ada jangkitanla ni ye.Tanya juga pada doktor bagaimana nak elakkan jika berulang.

      Reply
  27. nurul

    Assalamualaikum.genap arini 3 ari…tapi urine saya masih berdarah..ubat hampir abes kecualai antibiotik..ada lagi 3hari mkn (6biji)..perlu ke saya abeskan dulu ubat or saya perlu jumpa doc terus?

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam.Berkemungkinan antibiotik yang diberikan tidak sesuai dengan jenis jangkitan.Boleh pergi terus jumpa doktor.

      Reply
  28. nurul

    Assalamualaikum.. Saya tlh berjumpa pakar urologi dan telah membuat ujian ultrasound utk pastikan punca urine saya berdarah…walau belum diterangkan secara terperinci, saya faham akan ripot ultrasound yg telah dibuat. Alhamdulillah tiada mslh di bhgn bladder,kidney,liver n panckreas… Cuma terdapat gallstone di hempedu saya..saiz 3mm.. Adakah keadaan ini sgt merbahaya?

    Reply
  29. Roslan

    Terima kasih kerana artikel saudara banyak membantu saya memahami masalah kencing berdarah. Saya sedang mengalami kencing berdarah sejak pg td. Mulanya sakit perut,saya ingatkan masalah angin, tp bila saya meneran, darah yg keluar dr kemaluan saya. Lepas ambil anak dr kelas agama petang nanti barulah saya berkesempatan untuk pergi berjumpa doktor. Harap-Harap takda masalah serius sebab terlampau banyak komitmen yg nak diuruskan. Tolong doakan saya ya. T.ksh

    Reply
      1. Roslan

        Doktor A, buat hujan air kencing. Keputusan tak menunjukkan masalah buah pinggang atau batu karang. Doktor syak mungkin bengkak prostat. Dia bg ubat hentikan darah dan ubat untuk rawatan saluran kencing. Darah dah tak keluar lg.
        Pg td saya pg jumpa doktor lg sbb badan rasa lesu dan sedikit menggigil.
        Doktor B pulak yg merawat, katanya bukan masalah prostat,Kali ni ambil darah untuk ujian Dan tetapkan masa untuk buat scan. Keputusan ujian belum tahu lg. Doktor kata ada batu karang atau jangkitan pd buah pinggang. Dia beri 3 jenis ubat dan suruh hentikan pengambilan ubat Doktor A. Entah mana satulah yg betul.

        Reply
  30. adam

    salam.

    pagi tadi saya pergi buang air besar, selepas sy kencing ada keluar 2 titik darah dr saluran kencing sy. tiada ape2 tanda sakit pada saluran kencing sy. tapi sy takut dengan darah tersebut. bole bantu sy please…

    Reply
    1. admin Post author

      Wslm, saya rasa anda telah pun membaca artikel saya bertajuk “Air Kencing Anda Berdarah? Wajib Baca Ini”. Seperti yang saya kongsikan dalam artikel tersebut, ada banyak sebab yang boleh menyebabkan berlakunya gejala kencing berdarah atau hematuria ini. Antaranya batu karang, jangkitan pundi kencing, kanser dan sebagainya. Jalan terbaik untuk mendapatkan kepastian ialah segera buat pemeriksaan untuk mengelakkan ianya bertambah teruk.

      Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam, boleh sharekan. Tapi mohon disediakan pingback ke blog saya ye.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge