7 Tip Menjaga Buah Pinggang Anda


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tahukah anda bahawa 5 dari setiap 100 orang akan menghidap batu buah pinggang di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kemungkinan mereka untuk mempunyai penyakit buah pinggang kronik.Kesihatan buah pinggang adalah amat penting kepada kesihatan kita secara menyeluruh dan juga kepada panjang umur kehidupan kita.

Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk. Fungsi buah pinggang di dalam badan adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan.

Apabila buah pinggang anda mempunyai terlalu banyak toksin, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana anda tidak mampu untuk mengeluarkan bahan buangan dan juga urin dari badan anda. Mereka yang paling berisiko mempunyai penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang. Berbanding perempuan, lelaki biasanya lebih berisiko mempunyai penyakit buah pinggang. Namun ini tidak bermakna yang kaum perempuan boleh mengabaikan penjagaan buah pinggang yang betul. Di bawah ini adalah tanda-tanda dan gejala menunjukkan buah pinggang anda mungkin bermasalah:

  • Perlu lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing.
  • Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain.
  • Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali.
  • Darah di dalam air kencing
  • Protin di dalam air kencing

Sekiranya buah pinggang anda berfungsi secara normal, ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Diet yang seimbang dan sihat serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk menjaga buah pinggang anda terus kekal sihat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyedari yang anda mempunyai tanda-tanda di atas, maka anda perlu menggunakan tip di bawah untuk menjaga buah pinggang anda dengan baik:

      1. Perhatikan tekanan darah dan gula darah anda. Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dari semasa ke semasa, jumlah glukosa yang berlebihan di dalam darah akan merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil di dalam setiap buah pinggang. Kira-kira 20 hingga 30 peratus pesakit kencing manis akan mempunyai penyakit buah pinggang(nefropati diabetis) dan jumlah ini akan terus meningkat dengan meningkatnya pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran darah kecil yang terdapat di dalam buah pinggang. Saluran-saluran darah yang telah rosak tidak dapat menapis bahan buangan daripada darah seperti yang sepatutnya. Yang paling utama untuk menjaga kesihatan buah pinggang ialah dengan memastikan tekanan darah dan juga gula darah berada pada tahap sehampir normal yang mungkin.
      2. Amalkan pemakanan yang seimbang. Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, bayam, kacang soya, coklat dan keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang.
      3. Kurangkan juga pengambilan daging. Diet yang mengandungi tinggi protin haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout.
      4. Minum air. Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
      5. Elakkan dari tabiat merokok. Jika anda  seorang perokok, anda mesti cuba sedaya upaya dari sekarang untuk berhenti dari tabiat tersebut. Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, tetapi ia juga menyumbang kepada kematian akibat strok dan serangan jantung pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
      6. Kurangkan kafein. Kafein akan bertindak sebagai deuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan.
      7. Hidup dengan lebih aktif. Senaman fizikal merupakan elemen yang penting untuk penjagaan kesihatan buah pinggang yang optimum.Sentiasa aktif adalah baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak dan berat. Melakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjogging atau berkebun sangat baik untuk merangsang metabolisme anda.

Oleh itu, berikanlah yang terbaik untuk kesihatan buah pinggang anda dengan mengikuti saranan tip penjagaan kesihatan buah pinggang di atas. Walaupun tip ini terutamanya adalah untuk  yang ingin menjaga buah pinggang mereka, ia juga boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang mementingkan kehidupan yang sihat.

Sumber artikel: http://goo.gl/IvQM6

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Tunjukkan sokongan anda. Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “7 Tip Menjaga Buah Pinggang Anda

  1. salam bro
    lama siut xsinggah sini
    hgehhehehee
    da tukar template dah
    aku masih xdapat tukar gaya hidup minum minuman berkafein.
    isk3

    • Wslm bro,

      Takpe,ni dah datang kira oklah tu.Aah,bru tukar templet.Apa komen dengan templet baru ni?Kalau minum minuman berkafein sekali-sekala takpe bro,jangan sampai jadi amalan.

  2. template ni ringkas juga bro, simple he

    hm, gula stevia apa cerita?kalau guna gula tu ok kan? hari sabtu TE ke floria putrajaya, pokok stevia satu pasu kecik RM8,

  3. siapa yang merokok memang cari nahs untuk dapat pnyakit.. buah pinggang pun boleh effect dari rokok jugak ya

    • Semua tahu bahawa rokok adalah penyebab utama kepada kebanyakan penyakit merbahaya terutamanya kanser,tetapi masih ramai yang ketagih menghisapnya.

  4. yup menjaga buah pinggang amat penting kalau tak mau ada masalah di kemudian hari. Susah oo kalau buah pinggang da rosak.
    Kalau setakat minum air yang ada kafein skit-skit boleh kot.. he he he yang penting minum air kosong banyak2 kan.

  5. Kami sebagai pasive smoker (orang yang tidak merokok tapi dikelilingi orang yang merokok) adakah berkemungkinan untuk mendapat penyakit2 sebagaimana orang yang tegar merokok. Kekadang tak boleh nak dielakkan daripada orang-orang macam ni. Adakah bahayanya sama macam heavy smoker.

    • Sebenarnya perokok pasif lebih berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok berbanding perokok tegar.

  6. Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  7. Taniah atas usaha murni mengharmornikan insan. Semoga Tuhan membalas usaha ini dengan segala pulangan terbaik.
    Saya berumur 50 tahun dan sifat kerja seharian tidak memberikan masa lebih untuk bersenam. Duet makanan pula tidak sihat kerana untuk menjimatkan masa dalam kerjaya seharian. Sekarang saya berperasan air kencing selalu penuh dengan buih buih halus dan tidak misal pecah. Jadi saya amat khuatir saya akan tergolong dalam pesakit buah pinggAng. Soalan saya bagai manakah saya tahu buah pinggang saya mengalami kerosakan sedangkan simtom selebihnya yang disebut dalam artikel tuan tidak wujud lagi.

    • Mengikut pengalaman saya kalau banyak buih tu dalam air kencing merupakan tanda buah pinggang bermasalah. Nak tahu saya cadangkan tuan buat pemeriksaan air kencing. Dan mungkin buah pinggang tuan bermasalah di peringkat awal lagi. Baik dicegah di peringkat awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang