10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kita semua tahu bahawa penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. Setakat ini hanya ada dua cara rawatan sahaja yang disediakan untuk penyakit ini, iaitu dialisis dan juga melakukan pemindahan buah pinggang. Selain itu, prosedur rawatannya juga memerlukan kos yang sangat tinggi. Oleh itu, jalan yang terbaik ialah dengan mengamalkan prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati.

Jadi, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua 10 cara bagaimana untuk mengelakkan diri dari penyakit buah pinggang kronik.

1. Amalkan diet yang seimbang. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Meningkatkan aktiviti fizikal. Sekiranya anda mendapati bahawa perlunya anda menurunkan berat badan anda, lakukannya sebaik mungkin. Dengan cara ini anda juga dapat mengelakkan diri dari penyakit diabetis jenis 2 yang kebiasaannya boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.

3. Pastikan anda sentiasa mengawal tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, sentiasa pastikan yang ianya berada pada tahap bacaan yang selamat.

4. Buat ujian tahap kolestrol sekurang-kurangnya sekali setahun. Tanyakan kepada doktor anda apakah diet dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi memastikan tahap kolestrol anda berada pada tahap yang normal.

5. Kawal kandungan gula di dalam darah anda. Sentiasalah melakukan ujian darah untuk melihat tahap gula darah anda.

6. Sentiasa berwaspada terhadap jumlah pengambilan garam seharian anda. Sentiasa pastikan pengambilam garam harian anda kurang dari 2 300 mg sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor anda.

7. Berhenti merokok. Tabiat merokok akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang anda dan menyebabkan atau memburukkan lagi masalah fungsi buah pinggang anda.

8. Elakkan penggunaan dalam jangka masa yang lama ubat-ubatan steroid yang bersifat anti-inflamasi seperti ibuprophen dan juga mefenamic acid.

9. Elakkan diri dari terdedah kepada logam berat seperti arsenik, kadmium, chromium, lead dan merkuri.

10. Lakukan pemeriksaan secara kerap. Dengan cara ini and dan doktor dapat mengesan bagaimana keadaan dan kesihatan buah pinggang anda. Sebahagian besar penyakit buah pinggang dapat dilambatkan bahkan dapat disembuhkan sekiranya dapat dikesan diperingkat awal.

Sumber artikel : http://healthmad.com/conditions-and-diseases/12-ways-to-avoid-kidney-disease/


Artikel di tulis oleh : Abdullah Idris

Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan ia dengan orang lain. Anda juga boleh dapatkan artikel-artikel terbaru mengenai panduan penjagaan buah pinggang melalui emel. Atau dapatkan kemaskini terbaru dengan pantas melalui facebook atau twitter.
Blog ini mengandungi 63 artikel berkaitan kesihatan buah pinggang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

51 thoughts on “10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang

    1. admin Post author

      Macam saya pula bila dah ada penyakit buah pinggang,pengambilan buah-buahan dan sayuran perlu diambil dengan berhati-hati juga.

          1. admin Post author

            Kalau kandungan potassiumnya tinggi,tak elok untuk pesakit buah pinggang.

  1. Amirez

    nice info. sangat digalakkan untuk mematuhi semuanya.

    dah lama tak makan buah, risau juga ni. check kolesterol pun tak pernah buat lagi. asyik tertangguh je huhu

      1. aktechpage.com

        Sbb masa kecik2 dulu sy ada penyakit jantung berlubang.. jd sejak umur 6 – 12 tahun, tiap2 bulan kena cucuk penisilin… sakit wooo… lps cucuk tu mmg x leh jalan kejap sbb krem kaki…cucuk kt punggung :D
        aktechpage.com recently posted..Fungsi BercakapMy Profile

    1. admin Post author

      Berat badan akan meyebabkan obesiti dan berisiko mengidap penyakit jantung.Dan penyakit jantung boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.Penyakit darah tinggi pula dikaitan sebagai penyebab berlakunya penyakit buah pinggang.

    1. admin Post author

      Betul tu cikgu.Pemakanan adalah salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada penyakit kronik zaman moden ni.Sebab tu bila sakit pemakanan banyak kena pantang.

  2. Amry

    salam perkenalan sedara idris. wah. banyak komen diberikan di blog saya. terima kasih banyak.
    saya ni rasanya agak berisiko sebab corak pemakanan saya yang kurang teratur dan tidak seimbang.jarang sangat minum air masak. buah dan sayuran pon jarang makan.Rokok kuat. pemerikasaan doktor tak pernah. Memang berisiko lah. kadang2 tu sengal-sengal juga pinggang ni. :(
    Amry recently posted..Saman – Tidak Black List Jika Tiada Kes MahkamahMy Profile

    1. admin Post author

      Kalau seseorang itu tidak mengawal penyakit diabetisnya, ianya akhirnya akan merosakkan buah pinggang.Mereka yang sakit buah pinggang disebabkan penyakit diabetik dipanggil diabetik nefritis.

  3. lilacfla

    Out of topik jap

    kalau ada org tu cepat sgt dapat facial puffiness (tidur lewat, tak cukup tidur, minum banyak etc) ada kaitan dgn buah pinggang ke?

  4. LiFe KaMi

    dah lama sebenarnya usha blog bro ni tapi secara silent reader jer..
    buah pinggang adalah organ yang amat penting dlm tubuh kita..
    sekarang ni pun kami bykkan pengambilan buah dan sayur, lg satu kerap minum air masak, kalau terlalu mengikut nafsu makan bole memudaratkan diri kemudian hari..

  5. ejoncb

    alamak!! tiap hari saya main cadmium tuh kat lab..hohohoho….heavy metal yg kene handle dgn hati-hati.. tak tahu pulak boleh jd penyebab sakit buah pinggang.

    1. admin Post author

      Sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang merupakan salah satu faktor seseorang itu mendapat penyakit tersebut.Kalau ikutkan kajian penyakit buah pinggang boleh diwarisi.

    1. admin Post author

      Betul tu bro hafiz,

      Menitik beratkan penjagaan kesihatan mestilah diberikan perhatian ketika kita masih lagi sihat. Berbeza dengan masyarakat kita yang hanya akan memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan apabila penyakit sudah menyerang.Macam saya dulu jugalah.

  6. Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com

  7. Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com

  8. Pingback: Tahukah Anda Bahaya Paracetamol? l buahpinggangsihat.com

  9. Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  10. Zahari

    Ada lapuran bahawa buah belimbing “Starfruit” boleh bawa maut (neurotixin) pada pesakit buah pinggang. Apa pendapat anda? Ada juga yang pantangkan air kelapa……..

    1. admin Post author

      Maaf.Saya belum pernah dengar fakta tentang perkara ini.InsyaAllah saya akan cuba mencari maklumat tentangnya.

      1. Zahari

        Tak ingat sumber………

        Buah Belimbing boleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian????????

        AKBAR baru-baru ini telah melaporkan satu kejadian di mana seorang rakyat Malaysia telah koma selepas memakan buah belimbing yang mana telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

        Berikutan dengan itu, satu kenyataan dikeluarkan bahawa kejadian tersebut boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang.

        NKF ingin menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa laporan di dalam amalan perubatan ada menyebut tentang pengambilan buah belimbing oleh mengakibatkan komplikasi neurologi seperti koma dan kematian kepada pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk termasuklah pesakit dialisis.

        Buah pinggang merupakan organ penting yang menyingkirkan bahan buangan yang terhasil daripada ubatan yang dimakan atau campuran sebatian yang lain.

        Apabila buah pinggang gagal berfungsi, bahan buangan tersebut akan terkumpul dan hanya boleh dikeluarkan melalui proses tiruan iaitu dialisis.

        Di dalam kes ini, buah belimbing dikhuatiri mengandungi neurotoksin (sejenis racun yang memberi kesan ke atas pusat sistem saraf) tertentu yang dikeluarkan secara normal di kalangan individu yang mempunyai funsi buah pinggang normal dan tidak memberi sebarang komplikasi yang besar kepada mereka.

        Walaubagaimanapun, pengambilan buah belimbing oleh mereka yang menghidapi kegagalan buah pinggang yang teruk dan menjalani dialisis berpotensi mendapat komplikasi yang serius kerana neurotoksin tidak dapat disingkirkan. (Sesetengah toksin lain pula boleh dikeluarkan melalui dialisis)

        Telah menjadi amalan pakar nefrologi (buah pinggang) di negara ini memberi nasihat kepada pesakit yang sedang menjalani dialisis atau mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk supaya mengelakkan pengambilan buah belimbing.

        1. admin Post author

          Terima kasih atas perkongsian maklumat yang sangat berinformasi ni.Saya akan cuba mencari lagi maklumat berkaitan dengan buah belimbing ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: