Testimoni Cellfood


Testimoni 1

Nama : Zazali B Aripin
Umur : 42
Jantina : Lelaki
Masalah kesihatan : Kencing Manis

Saya telah mengidap kencing manis selama empat lima tahun. Pada satu hari bulan November tahun 2003, kaki saya terkena dawai pancing ikan. Kaki saya bengkak, daging dikeliling luka telah dibuang. Saya amat kecewa apabila doktor memberitahu bahawa kaki saya perlu dipotong.

Isteri saya tidak membenarkan kaki dipotong dan saya terus keluar dari hospital untuk mencari alternatif lain untuk mengubati kaki saya. Suatu hari, seorang kawan yang bernama Abbas memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya mengambil Cellfood 8 titis 3 kali sehari.

Saya juga sembur Cellfood pada luka di kaki. Selepas mengguna Cellfood, banyak nanah dan darah mengalir keluar daripada luka. Bengkak di kaki menjadi kurang.

Selepas 5 bulan, kaki saya sembuh. Saya amat bersyukur kerana sekarang saya boleh bangun, boleh berjalan dan bermain badminton. Sebelum ini, kaki saya adalah berwarna hitam dan tidak boleh berjalan dan tidak boleh bekerja langsung. Saya amat berterima kasih kepada Cellfood kerana telah menyelamatkan saya.

Testimoni 2

 

Nama : Rohaila Bt. Osman
Umur : 20
Jantina : Perempuan
Masalah kesihatan : Lelah

Saya mula mengidap penyakit lelah sejak berumur 5 tahun lagi. Dengan ada penyakit ini, aktiviti harian saya amat terbatas. Jika bekerja dengan terlalu penat atau melakukan aktiviti yang agresif, saya akan mengalami lelah.

Apabila lelah berlaku, saya akan berpeluh, susah bernafas dan jantung berdegup dengan cepat. Saya perlu menggunakan ‘inhaler’ semasa lelah berlaku. Jika keadaan sangat serius, saya perlu dihantar ke hospital dengan cepat.

Disebabkan kerap menggunakan ‘inhaler’, ia membawa kesan sampingan seperti penat dan jantung berdegup dengan cepat. Suatu hari, Pn Noriah memperkenalkan Cellfood kepada saya.

Saya mula mengambil Cellfood 8 titis 3 kali sehari. Saya juga sembur 50 titis Cellfood di bahagian dada, muka dan belakang badan. Setelah menggunakan Cellfood, saya berasa segar, lebih bersemangat dan lelah tidak berulang.

Testimoni 3


Nama: Zaleha Bt. Yusof
Umur : 41
Jantina : Perempuan
Masalah kesihatan : Ketumbuhan Rahim

Saya mengalami kesukaran membuang air kencing dan sakit di bahagian rahim. Pada bulan Jun 2003, doktor sahkan bahawa terdapat ketumbuhan yang bersaiz 4.8mm di bahagian rahim saya.

Doktor menasihatkan supaya mengadakan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu. Saya enggan menjalani pembedahan pembuangan itu dan berikthiar untuk mencuba alternatif lain.

Saya bernasib baik kerana Pn Noriah memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya mula mengambil Cellfood dengan 10 titis 3 kali sehari. Selepas mengambil Cellfood, bahagian rahim saya bertambah sakit.

Saya teruskan pengambilan Cellfood dan meningkatkan Cellfood kepada 15 titis 3 kali sehari. Hari demi hari, kesakitan di rahim menjadi kurang. Semasa membuang air kencing tidak berasa sakit lagi.

Sebelum mengambil Cellfood, kedatangan haid adalah sedikit dan selama 3 hari sahaja. Selepas mengambil Cellfood, haid saya datang dengan banyak dan berwarna hitam seperti cincau.

Selepas 25 hari mengambil Cellfood, saya menjalani pemeriksaan rahim. Saya amat gembira bahawa ketumbuhan di bahagian rahim menjadi kecil iaitu 2.2mm. Doktor berkata bahawa tidakĀ perlu menjalani pembedahan lagi.

Testimoni 4:

 

Nama: Farah Izzah binti Lutfi
Umur: 2 tahun
Jantina: Perempuan
Masalah Kesihatan: Sakit saraf

Farah mengidap penyakit saraf sejak 6 bulan selepas dilahirkan. Badannya lembik dan tidak boleh bergerak. Selain itu beliau juga tidak boleh bercakap dan berjalan.

Encik Abdul Halim telah memperkenalkan cellfood kepada ayahnya. Farah mula mengambil cellfood 2 titis 3 kali sehari. Selain itu cellfood juga disapukan pada lelangit dan sendi. Tanpa disangka Farah sudah mula menunjukkan perubahan pada hari pertama menggunakan cellfood.

Selepas 5 bulan, Farah sudah boleh mula berjalan, boleh bangun sendiri dan bercakap dengan jelas. Perubahan ini sangat memeranjatkan keluarganya dan bapanya merasa sangat gembira melihatkan perubahan pada tahap kesihatan Farah.

Melihatkan perubahan pada anaknya, Encik Lutfi sendiri akhirnya menjadi pengedar cellfood dan sangat mencadangkan pada mereka yang mempunyai penyakit kronik agar mencuba cellfood.

Perhatian: Testimoni di atas adalah testimoni sebenar dari pengguna cellfood. InsyaAllah lebih banyak testimoni akan dikemaskini.

75 thoughts on “Testimoni Cellfood

  1. faizal

    Salam.. saya merupakan seorang pesakit nephrotic syndrome. saya disahkan mengidap penyakit ini sejak tahun 2010. Pernah dimasukkan ke wad dan kemudian makan ubat yang dicadangkan oleh doktor. Setahun lamanya saya makan banyak ubat seperti prednisolone, laxic, ubat colestrol dll. Alhamdulillah keadaan ginjal pulih dan doktor suruh saya berhenti makan ubat. Namun demikian, tahun 2012 penyakit ini kembali dan saya dimasukkan ke wad. saya jalani biopsi. ubat terpaksa dimulakan kembali dan sampai skarang saya makan ubat. Tetapi Alhamdulillah sudah semakin kurang. Untuk pengetahuan Tuan, saya juga mengambil cellfood sebagai makanan tambahan setelah saya baca testimoni menerusi blog ini. Semoga Allah memberikan kita kesihatan. terima kasih banyak di atas info yang berguna ini.
    faizal recently posted..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau MeranaMy Profile

    1. mahadi

      Salam,
      Merujuk komen Sdr Faizal, adakah dia juga pengidap sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis.

      1. admin Post author

        wslm en mahadi,mengikut komen yang ditulis oleh en faizal,beliau merupakan pesakit nefrotik sindrom.Ciri2 nefrotik sindrom ialah terdapatnya kandungan protein di alam urin,berlakunya edema,hematuria dan lain2.Encik boleh baca artikel di blog saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang nefrotik sindrom.

        Hemodialisis pulanadalah satu kaedah rawatan yang dilakukan apabila seseorang itu disahkan oleh doktor mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sepenuhnya.Jadi en faizal bukanlah pesakit hemodialisis.

  2. siti zaharah

    Nak tanya, ada sesiapa yang dah cuba untuk penyakit buah pinggang. saya memerlukan maklum balas bagi yang dah mencuba.
    Terima Kasih

      1. Mahadi

        Assalam,

        Boleh saya dapatkan cara mana rawatan cellfood dan berapa kos rawatan tersebut,meskipun sekarang sedang menjalani rawatan hemodialisis

          1. iera

            salam,saya berminat nak cuba cellfood ni macam mana cara saya nak dapatkan cellfood , dan berapa kos?…

          2. admin Post author

            Wslm,boleh klik pada link “tempahan cellfood” di bahagian atas blog saya.Tapi sekarang stok cellfood habis,stokis ipoh pun tutup sampai 17 haribulan.18 baru ada stok.

    1. admin Post author

      Boleh amalkan cellfood bersama produk herba yang lain,cuma tak digalakkan.Sebabnya nanti kita tak tahu yang mana satu berkesan dengan tubuh badan dan penyakit kita.

  3. zohari

    Salam….pagi tadi saya menjalan ujian darah, didapati kandongan kreatin dalam darah terlalu tinggi 157 umol/L . Apa sebab ini berlaku dan cara bagaimana untuk mengatasi nya

    1. admin Post author

      Wslm,apabila kandungan kreatinin di dalam darah tinggi,itu menandakan buah pinggang anda bermasalah.Anda perlu rujuk kepada doktor untuk mengetahui situasi sebenar buah pinggang anda dan dari situ baru dapat ditentukan apakah kaedah rawatan yang sesuai.

  4. onie

    Salam..anak saya deera umur 7 tahun…dia menghidap nephrotic syndrome sudah hampir 5 tahun..dia telah dikelaskan dalam jenis stereoid dependants..adakah cellfood berkesan utk penyakit ini..sila bantu saya…

      1. iera

        saya tertarik apabila encik mengatakan bahawa telah pulih dr penyakit buah pinggang kerana saya adalah salah seorg penghidap penyakit tersebut..doktor menasihatkan supaya menjalani rawatan hemodialisis tetapi saya masih belum mahu menjalani rawatan tersebut kerana ingin mencuba melalui rawatan alternatif lain. Berapa lama masa yg diambil utk sembuh dr penyakit ni? adakah cellfood sesuai utk pesakit spt saya..(belum hemodialisis). tk..

        1. admin Post author

          Ye betul,dengan izin Allah selepas saya konsisten dengan cellfood alhamdulillah masalah nefrotik sindrom saya dah ok.Akhirnya doktor stopkan terus ubat dan hingga sekarang tak perlu bergantung apda ubat. InsyaAllah kalau belum dialisis cellfood boleh membantu. tetapi ada tak doktor cakap fungsi buah pinggang tinggal berapa peratus?

      2. rosdi

        ayah saya pesakit buah pinggang tetapi baru saja menjalani rawatan dialisis…adakah itu akan merisikokan keadaan ayah. saya

        1. admin Post author

          Kalau tak buat dialisis memang berisiko sebab buah pinggang dah totally rosak.Kalau nak harap cellfood pun ambil masa.

          1. rosdi

            salam abg,ayah saya telah menjalani rawatan dialsis dan keadaannya semakin lemah termasuk kurang selera makan,gaut secara tiba-tiba,lewat tidur,kurang bergerak,lelah,serta keadaannya yg amat membimbangkan..adakah pengambilan produk cellfood dapat membantunya….

          2. admin Post author

            Waalaikumussalam,selain rawatan dialisis,doktor ada bagi tak ubat lain?Boleh kalau nak mencuba cellfood disamping teruskan pengambilan ubat hospital jika ada.

  5. iera

    bacaan kreatinin saya sekarang 716umo/L.. terlalu tinggi tetapi kalau nk dibanding bacaan yg sebelum2 ini mmg bnyak perubahan…bacaan kreatinin saya pernah mencecah shingga 851umo/L.

    1. admin Post author

      Memang tinggi tu.Selain ubat hospital ada cuba apa-apa supplement?Ada respon doktor bila tahap kreatinin terlalu tinggi?

  6. iera

    doktor minta supaya menjalani rawatan hemodialisis…saya harap encik dpt membantu saya supaya pulih seperti sediakala…

    1. admin Post author

      Kebiasaannya apabila doktor menyarankan menjalani rawatan dialisis, itu bermaksud fungsi buah pinggang berada pada tahap yang dah teruk. Dalam keadaan macam ni tiada apa boleh dilakukan. Cuba berbincang dengan doktor bolehkah penjagaan diet membantu melambatkan kerosakan. Kalau boleh iera amalkan diet yang sesuai dengan tahap penyakit disamping amalkan cellfood.Ubat doktor ada bagi tak?

  7. iera

    bermacam cara saya telah cuba antaranya perubatan kampung dan juga mengamalkan supplement…memang ade perubahan pada bacaan kreatinin semasa mengamalkan supplement tetapi untuk pulih spt sediakala tu terlalu lambat…mungkin cellfood dpt membantu saya…tk..

  8. ina

    Ibu dan ibu mertua saya merupakan pesakit esrf dan sekarang mereka menjalani dialisis 3 x seminggu. Boleh ke mereka ni consume cellfood ni?ade peluang ke utk pulih n x perlu lg dialisis. Ibu saya pesakit diabetes 15 thn dan thp kreatinin last sblm dialisis ialah 1080. Dr kata kidney ibu saya tinggal 8% je yg ok. Ibu juga pernah kene strok sebelah kanan. Ibu mertua pula ade hbp ..sesak nafas n bile dr check urine n blood test baru tau kidney die dh rosak.thp kreatinin 800+ masa tu. So soalan saya boleh ke mereka berdua ni consume cellfood ni ? Tqvm

    1. admin Post author

      Untuk mencuba cellfood tiada masalah kerana cellfood boleh membantu mengurangkan kesan sampingan dialisis.Tetapi untuk memulihkan buah pinggang seperti sediakala saya tak berani nak cakap sebab buah pinggang dah tinggal bawah 10% fungsinya.Untuk masalah ibu mertua juga boleh mencuba cellfood.

  9. Mahadi

    Assalamualaikom,

    Isteri saya sedang menjalani rawatan hemodialisis 3x seminggu, ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, had air sehari 500ml, bagaimana cara makan cellfood ini.

    Tk.

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Jika air dihadkan kepada 500ml, dos cellfood juga boleh dikurangkan diperingkat permulaan.

  10. nur husna zulfan

    salam,anak saya sudah 6tahun menghidap nefrotik sindrom,bermacam ubat hospital,telah diberi oleh doktor untuk menjarakkan penyakit berulang tetapi tidak berkesan.saya terbaca artikel ustad.bagaimana boleh saya dap
    atkan cellfood .saya harap ustad dapat membantu saya dgan cara mudah untk mendapatkan produk nihh..saya tinggal di bukit mertajam pulau pinang.

    1. admin Post author

      boleh dapatkan secara online dari saya.Mudah.Kalau nak murah boleh jadi ahli group fb sy.Sekarang tengah ada promosi.Saya jamin paling murah dipasaran.Caranya boleh klik pada link daftar ahli dibahagian atas blog saya dan ikut arahannya.

  11. sabariah

    Assalamualaikum

    ibu saya mengalami masalah buah pinggang. Doktor telah maklumkan bahawa jika tiada perubahan sehingga bulan Jun 2013 ini, ibu saya diarahkan membuat rawatan dialisis. boleh kah produk celfood ini membantu mengatasi masalah ini dan bagaimana cara pengambilannya.

  12. Awang

    As salam…saya baru saja di sahkan oleh doktor menghidap sakit buah pinggang…bagaimana saya nak dapatkan produk cellfoopd ni…saya nak cuba…kalau nak jadi ahli macam mana pila caranya….harap dapat maklum balas dari saudara..terima kasih..

  13. Syikin

    Assalamualaikum..

    Mak saya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 2005. Sejak kebelakangan ini, selepas membuat HD badan beliau terlalu lemah sehingga hendak bangun pun tidak larat.Adakah Cellfood boleh dijadikan sebagai supplement untuk beliau??

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      InsyaAllah cellfood boleh membantu untuk mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan dialisis.Cuma untuk nak pulihkan buah pinggang yang dah totally rosak(dialisis) agak mustahil.

  14. HUSSIN AHMAD

    kreatine saya 88 umol/l dan doktor juga mengesan kehadiran protin dalam urin saya. Adakah saya dikategorikan sebagai pesakit buah pinggang?Tolong jelaskan apakah kandungan cellfood dan tahap saya adakah disyorkan untuk pengambilan cellfood

    1. admin Post author

      Apabila munculnya protein di dalam urin,ia menjadi tanda bahawa buah pinggang seseorang mengalami masalah.Cellfood boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan tak kira apa jenis dan tahap penyakit.

      1. HUSSIN AHMAD

        selain dari masalah buah pinggang adakah penyakit darah tinggi dan kencing manis juga disyorkan menggunakan cellfood untuk rawatan

  15. iera

    Salam..
    Setelah menggunakan cellfood hampir sebulan setengah banyak perubahan saya rasai. Pada hari pertama menggunakannya,saya dah dapat rasai perubahan pada diri. rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.tetapi tak pasti sama ada bacaan kreatinin n urea ade perubahan atau tidak…

      1. iera

        berapa lama tempoh yg diambil untuk encik sembuh dari penyakit setelah menggunakan cellfood?dari pemerhatian saya air kencing masih lagi berbuih…adakah masih terdapat protein dlm air kencing…

        1. admin Post author

          Sy dulu ambil masa lebih kurang sebulanlah untuk tunjukkan perubahan.Alhamdulillah itu lebih baik berbanding ubat hospital yg saya makan bertahun2. Buih mcmn tu?Kalau buihnya byk mcm sabun mungkin petanda bahawa masih ada protein dalam urin.

          1. iera

            buih2 kecil tp tidaklah terlalu banyak…
            ubat hospital yg saya makan sebelum ni takde menunjukkan ape2 perubahan..bacaan kreatinin pun makin bertambah.
            sekarang alhamdulillah,walaupun belum pulih sepenuhnya.. saya dah boleh melakukan aktiviti2 bersukan…bacaan tekanaan darah sekarang maintain jer kalau tak sebelum ni tak menentu dh mcm yoyo…

          2. admin Post author

            Apakah rawatan lain yang anda lakukan selain mengambil ubatan hospital?

  16. maria

    Salam saudara,

    Suami saya baru sahaja disahkan doktor mengalami kerosakan buah pinggang dan tinggal 27% sahaja. Gaout pula tahap 4. Punca kerosakan adalah daripada ubt tahan sakit yang dimakan dan asid urik. Air kencingnya byk berbuih. Tahap pottasiumnya rendah sehingga doktor sarankan banyak makan pisang dan oren.

    Doktor ada nasihat hentikan ambil ubat tahan sakit serta lain2 ubat tradisional.

    Mohon nasihat tuan terhdap masalah ini berdasarkan pengalaman tuan serta supplement atau cellfood yang sesuai, risau juga nak try takut lebih mudarat kerosakan buah pinggang.

    1. admin Post author

      Wslm puan maria,

      Bila mendengarkan cerita puan memang benarlah kerosakan berpunca dari ubat tahan sakit dan juga ubat gout yang dimakan. Bila dah doktor nasihat agar jangan mengambil sebarang ubat tradisional, saya pun tak ebarani nak cadangkan cellfood.

      Tapi bila fikir2kan balik lama-kelamaan suami pun akan perlu juga menjalani rawatan dialisis. Kalau cuba cellfood pun tak salah pada pandangan saya. Lainlah kalau doktor ada mencadangkan apa-apa rawatan yang dapat membantu. Dari segi testimoni, ada juga pengguna cellfood yang akhirnya tidak perlu melakukan dialisis selepas mengamalkan cellfood. Jadi terpulanglah pada keputusan puan. Berbincang dengan suami.

  17. iera

    hanya mengamalkan cellfood dan ubat hospital sahaja…kemudian mengamalkan cara pemakanan yang betul utk pesakit buah pinggang…

  18. maria

    Salam saudara,

    Nampaknya suami saya berminat nak try amalkan cellfood ini. Sekiranya saudara tidak keberatan boleh tak suami saya mendapatkan no. h/p saudara bagi bertanya lebih lanjut tentang masalahnya serta cellfood sendiri.

    Mohon juga maklumkan harga terkini cellfood dan cara pembelian kerana selain untuk suami, saya juga berminat untuk membeli cellfood untuk bapa yang dah lama ada penyakit darah tinggi hingga lain-lain penyakit pulak yang datang termasuk sakit buah pinggang.

    Selain itu sekiranya diamalkan cellfood, perlu tak suami atau bapa saya ambil lagi ubat hospital yang byk bermacm jenis tu ?

    1. admin Post author

      Wslm, boleh. Nombor saya 013-4479610. Harga cellfood ialah RM215. Kalau puan nak dapatkan tawaran promosi setiap bulan, boleh daftar sebagai ahli group saya di pautan di bawah:

      http://facebook.com/groups/infocellfood

      Saya akan buat promosi pada setiap 25 haribulan. Dari pengalaman saya, untuk peringkat permulaan ni amalkan cellfood bersama dengan ubatan hospital, tiada masalah. Cumanya pengambilan diantara keduanya dijarakkan. Teruskan mengambil ubat hospital sehingga doktor sendiri yang stopkan ubat. Inshaa Allah cellfood akan membantu mermperbaiki lagi proses penyembuhan penyakit.

  19. hafiza

    assalamualiaikim..buah pingang saya doctor beritahu tahap 4,adakah peluang saya untuk sembuh,apabila mengambil selfood.kencing memg banyak buih adakalanya kencing ada berbau masam.dan bila kencing terasa senak.harap tuan dapat membantu

  20. Sarieazie

    Sye nk bertanya..cellfood ni kesan akn nmpak berapa lame? Utk pesakit yg baru kena sakit buah pinggang dn kanser usus boleh mngambilnya ker? Sye nk order,tlong bgi no acc! Tlong reply scepat mngkin!

    1. admin Post author

      Assalamualaikum, untuk nampak kesan penggunaan cellfood saya tak boleh jamin. Bergantung pada tahap kesihatan. Pengalaman saya dulu 2 minggu lepas amalkan cellfood mula menunjukkan tindakbalas. Cellfood sesuai untuk semua jenis penyakit kronik. Saya cadangkan jika hendak beli sekarang, daftar sebagai agli group saya kerana ada promosi hingga 10 mei ini. Klik pautan di bawah:

      http://buahpinggangsihat.com/daftar-ahli/

  21. yuszie

    Assalam. .
    Saya sedang mncari mknan tambahan atau mknan kesihatan..boleh terangkan adakah cellfood juga bagus utk org yg mempunyai anxiety disorder, simpomnya hampir sm dgn asthma..mslh nafas pendek sbb tiada ubat utk merwt penyakit ini hnya ubat penenang d berikn..

    1. admin Post author

      Wslm,sebenarnya cellfood bukanlah ubat untuk mendiagnosis sesuatu penyakit.Ia adalah supplement kesihatan untuk tubuh badan.Jadi cellfood sesuai untuk semua jenis penyakit.Boleh cuba cellfood untuk masalah kesihatan yang anda alami.

  22. NUR HUMAIRAH BINTI SABARUDIN

    salam,en ayah sy ckd stage 3 and latest creatinine die 182 n urea 7.7 ,adakah pengmbiln cellfood ini sesuai utk ayh sy?

    1. admin Post author

      Assalamualaikum,

      klu ikutkn bacaan kreatinin ayh saudari taklah tgi sangat.Tp mmg lebih dari bacaan normallah.

      Selagi belum dialisis sy menggalakkn ayh saudari mencuba cellfood.

  23. hazel

    salam, sy dsahkn mengidap CKD sejak feb lepas. dr cdgkn sy wat AVF secepat mgkn tp sebaliknya pakar homeopathy sarankn sy terus cuba mkn ubt & yg membuatkn sy yakin ialah kesihatn sy alhamdulillah masih pd thp memuaskn wpun bacaan kreatinin sgt tggi (856). so, blh ke klu sy nk try cellfood ni?

    1. admin Post author

      wslm, boleh cuba cellfood dan saya sangat galakkan. Sebab saya dulu mngidap nefrotik sindrom dan dengan izin Allah sembuh selepas amalkan cellfood.

  24. Sharifah

    Assalamualikum..

    Saya nak tanya ada seorang anak angkat rakan saya menghidap sakit buah pinggang, buah pinggang ke-1 hnya 10% berfungi & ke- 60%, anak ni baru berumur 5 tahun, dia juga mempunyai penyakit kepala membesar, thalesimia & luekimia. Pada pendapat encik boleh cellfood ini membantu anak angkat rakan saya ini, bagi penyakit buah pinggangnya yg dihidapinya.

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Cellfood sebenarnya adalah pemakanan kesihatan yang berfungsi membantu menyembuhkan penyakit-penyakit kronik yang dihadapi.Walaubagaimanapun ianya hanyalah usaha alternatif.Saya cadangkan puan rujuk dulu dengan doktor,kerana cellfood ada tindakbalas bila mengamalkannya.Ini apa yang saya lalui sendiri.

    1. admin Post author

      Assalamualaikum puan,

      Untuk pengetahuan puan,sekarang ni saya tak dapat jual dengan harga murah seperti dulu.Kalau puan nak nak murah puan perlu daftar sebagai ahli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: