3 fakta tekanan darah tinggi yang mesti dibaca.


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Sepertimana yang kita semua telah sedia maklum, diantara salah satu penyebab berlakunya kerosakan pada organ buah pinggang ialah berpunca dari penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal. Jadi, kesimpulannya untuk menjaga buah pinggang kita agar terus berfungsi dengan baik ialah dengan memastikan tekanan darah kita juga dalam keadaan yang baik. Jadi, mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit tekanan darah tinggi adalah satu jalan penyelesaian terbaik.
Apakah penyakit tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah satu keadaan yang berlaku apabila tekanan di dalam arteri anda adalah konsisten di atas julat normal. Tekanan darah adalah daya darah menolak ke arah dinding arteri.

Hipertensi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak mempunyai gejala dan boleh menyebabkan penyakit serius jika ia tidak dirawat dalam jangka masa yang lama.

Bagaimanakah saya dapat mengetahui yang saya mempunyai hipertensi?

Pada kebiasaannya seseorang itu tidak dapat memberitahu secara pasti yang dia mempunyai tekanan darah tinggi. Satu-satunya cara untuk memastikan tekanan darah anda ialah dengan berjumpa dengan doktor untuk mengukur tekanan darah anda. Dua nombor digunakan dalam ujian tersebut bagi memastikan ukuran tekanan darah anda samada mempunyai tekanan darah tinggi ataupun tidak.

Tekanan di atas dipanggil tekanan sistolik darah. Ia adalah ukuran tekanan darah apabila jantung berdegup. Manakala nombor di bawah pula dipanggil sebagai tekanan darah diastolik dan ia adalah ukuran tekanan apabila jantung berehat. Jika seseorang mempunyai tekanan darah 130/80, ini bermakna pesakit itu mempunyai bacaan sistolik 130 dan 80 tekanan darah diastolik.

Unit ukuran tekanan darah ialah dalam milimeter merkuri dan ia biasanya ditulis sebagai mmHg. Oleh itu tekanan darah 130/80 ditulis sebagai 130/80 mmHg.

Bilakah tekanan darah saya dianggap tinggi?

Tekanan darah tidak sama sepanjang hari. Ia berbeza diantara waktu siang dan malam, ketika bersenam, berseronok atau ketika sedang berhadapan dengan tekanan. Oleh kerana disebabkan perubahan yang normal ini, adalah penting untuk sentiasa mengukur tekanan darah anda beberapa kali pada waktu yang berbeza.

Jika bacaan tekanan darah secara konsisten sama atau lebih tinggi dari 140 sistolik dan 90 diastolik atau kedua-duanya, maka doktor akan mendiagnosis anda mempunyai tekanan darah tinggi atau pun hipertensi.

 

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “3 fakta tekanan darah tinggi yang mesti dibaca.

  1. sabree hussin

    mak saya pun ada masalah dengan tekanan darah tinggi.. dia selalu tanya pasal tekanan darah dia normal atau tak.. tapi mak saya bukanlah jenis yang tau sangat bab-bab kesihatan dan istilah terlibat..

    selalu dia kata bawah dia 90, kalau rujuk entry ini dia sedang refer pada tekanan darah diastolik.. maknanya kalau sentiasa 90, boleh nak jadikan dia 80 balik ke tak.. sebab macam asyik 90 je ..

    1. admin Post author

      Ye,betul tu bro. Kalau bacaan sebelah bawah dipanggil diastolik. Boleh,kena jaga pemakanan. Kena kurangkan makanan bergaram.

  2. ella

    Artikel yang bagus. Kalau kita selalu marah-marah, boleh menaikkan tekanan darah tinggi. Itu yang kekadang menyebabkan kepala kita pening. Betul tak?
    Satu lagi, kalau kita rasa bahagian tengkok kita rasa tegang dan lenguh, itu tanda tekanan darah tinggi ke??

    1. admin Post author

      Betul tu.Sakit tengkuk dan pening kepala yang amat sangat adalah tanda tekanan darah tinggi.Kalau tak dikawal boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan juga strok.

  3. Pingback: Bagaimana memulihkan Kerosakan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  4. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  5. Pingback: Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 1) l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. melly

    ape yang menyebabkan tekanan darah sitolik tinggi tapi tekanan darah diastolik rendah cthnya 150/48…mcm mana cara nk mengawalnya?

    1. admin Post author

      Tekanan darah sistolik iaitu bacaan paling atas di dalam bacaan tekanan darah merujuk kepada dinding saluran darah apabila jantung mengepam. Apabila tekanan ini melebihi 140 mmHg, anda dikatakan mempunyai tekanan sistolik yang tinggi. Sebenarnya punca yang spesifik mengapa tkanan darah ini boleh tinggi pada seseorang tidak dapat diketahui sebabnya,tetapi faktor risikonya termasuklah diabetis,merokok dan melebihi berat badan.

  7. Pingback: Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  8. Pingback: Kategori Tekanan Darah Tinggi Untuk Golongan Dewasa l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: