Tag Archives: ujian buah pinggang

Anda Hamil? Awasi Tanda Penyakit Buah Pinggang Menjelang Kehamilan

Adakah anda sedang hamil dan tidak sabar menunggu saat-saat kelahiran bayi anda? Tunggu dulu kerana anda lebih perlu untuk memerhatikan tanda-tanda yang akan disebutkan di bawah. Kerana ia mungkin menjadi tanda anda mengidap penyakit buah pinggang.

Perubahan yang berlaku pada badan wanita disebabkan kehamilan boleh menyebabkan gangguan tertentu, termasuk penyakit buah pinggang. Preeclampsia atau tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan dan jangkitan yang teruk di saluran kencing, kedua-duanya boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang semasa mengandung.

Tahukah anda bahawa wanita yang mempunyai masalah buah pinggang sebelum mengandung adalah lebih berisiko untuk mempunyai masalah buah pinggang ketika mengandung. Terdapat banyak tanda-tanda penyakit buah pinggang yang biasa berlaku ketika anda sedang mengandung, tetapi kebanyakan gangguan tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala. Jadi langkah pencegahan yang terbaik ialah sentiasa lakukan pemantauan kesihatan termasuk fungsi buah pinggang dan tekanan darah anda.

Tahap kreatinin yang tinggi dalam urin

Salah satu tanda penyakit buah pinggang ketika saat kehamilan ialah tahap kandungan keratinin yang tinggi di dalam urin anda. Kreatin adalah asid amino yang penting untuk otot yang sihat. Apabila asid amino ini dipecahkan di dalam buah pinggang, ia bertukar menjadi kreatinin.

Ini adalah kadar penapisan glomerular, iaitu cara yang digunakan untuk mengukur fungsi buah pinggang. Julat normal perkumuhan kreatinin adalah 500 hingga 2,000 miligram (mg), bergantung kepada umur dan indeks jisim badan wanita. Semasa anda mengandung, lebih banyak darah ditapis melalui buah pinggang, dan ini akan menyebabkan beban pada buah pinggang untuk menjalankan fungsinya.

Keadaan ini juga akan menyebabkan keboleh-resapan glomerulus, iaitu saluran darah di dalam buah pinggang yang berfungsi sebagai penapis, menurun. Ia akan menjadikan tahap kreatinin dalam air kencing menjadi lebih tinggi, menjadi tanda penyakit buah pinggang atau juga kegagalan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi

Sekiranya anda wanita yang mengalami tekanan darah tinggi ataupun preeclampsia, pemeriksaan fungsi buah pinggang perlu dilakukan ketika anda sedang mengandung. Tekanan darah tinggi akan merosakkan sistem vaskular badan, termasuk juga saluran darah yang berada di dalam buah pinggang anda. Ini akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan betul dan menyebabkan peningkatan cecair yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

Risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung adalah lebih tinggi bagi wanita yang berlebihan berat badan, yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai hipertensi atau multiparous, iaitu yang mengandung lebih dari satu janin.

Jangkitan saluran air kencing

Jangkitan saluran kencing yang berlaku ketika anda sedang mengandung boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang. Pada tahun 2007, satu artikel yang ditulis oleh Dr Kevin Krane di dalam American Journal of Kidney Diseases, beliau telah menjelaskan bahawa jangkitan pada saluran kencing boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang sebanyak 33% daripada kes yang dilaporkan. Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun kadar jangkitan saluran kencing pada wanita yang tidak hamil dan wanita hamil adalah sama, jangkitan yang berlaku pada wanita hamil adalah lebih serius dan perlu dirawat dengan segera. Ini kerana jangkitan saluran kencing ketika hamil boleh menyebabkan berlakunya kegagalan buah pinggang dan juga kelahiran bayi tidak cukup berat.

Jadi bagaimana dengan anda? Anda sedang mengandung dan mempunyai tanda-tanda di atas? Buat pemeriksaan awal supaya anda dan bayi akan sihat sepanjang hayat.

Sumber : http://www.livestrong.com/article/199241-signs-of-kidney-disease-during-pregnancy/
 

Ditulis oleh: Abdullah Idris.
Abdullah Idris di
facebook dan twitter.
Anda ingin sihat? Dapatkan tip kesihatan bersama produk cellfood.

Anda ingin artikel seperti ini? Langgan terus melalui emel:

Mengapa perlu daftar?
Share

Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 2)

Di zaman ini penyakit buah pinggang kronik tidak mustahil boleh dihidapi oleh golongan kanak-kanak. Biar pun hingga waktu ini belum lagi ditemui punca sebenar yang menyebabkan penyakit tersebut, namun dengan meningkatnya jumlah kanak-kanak yang berlebihan berat badan, mereka berisiko untuk mendapat kegagalan buah pinggang.

Di dalam artikel saya yang lepas di bawah tajuk yang sama, kita telah pun mengetahui beberapa perkara yang berkaitan. Dalam artikel kali ini, mari kita sambung beberapa lagi perkara penting yang perlu diketahui.

Apakah matlamat rawatan untuk tekanan darah tinggi pada anak saya?

Matlamatnya adalah:

  • Untuk mengurangkan tekanan darah.
  • Untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anak anda menjadi bertambah teruk.
  • Untuk mengelakkan penyakit jantung dan saluran darah.

Tekanan darah anak anda patut dikurangkan sehingga ke tahap normal mengikut jantina, umur dan ketinggian kanak-kanak, atau pun kurang dari 130/80, yang mana lebih rendah. Anda sepatutnya bertanyakan pada doktor yang merawat anak anda apakah sasaran bacaan yang sepatutnya bagi anak anda.

Apakah jenis rawatan yang sepatutnya diberikan pada anak saya untuk mengatasi tekanan darah tingginya?

Antara jenis rawatan yang akan dilakukan ialah melakukan perubahan pada gaya hidup anak anda (soalan seterusnya akan menunjukkan contoh perubahan gaya hidup) selain mengambil ubat-ubatan. Selain itu doktor khas yang pakar dalam merawat penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi dikalangan kanak-kanak juga patut terlibat dalam sesi rawatan tersebut.

Apakah jenis perubahan gaya hidup yang perlu dilakukan pada anak saya?

Doktor mungkin akan mencadangkan kepada anda langkah-langkah berikut:

  • Kurangkan berat badan anak anda sekiranya dia mempunyai berat badan berlebihan. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan menjadikan mereka lebih berisiko mengalami masalah kesihatan lain yang serius termasuklah penyakit kencing manis dan jantung selain akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang sedia ada menjadi bertambah teruk.
  • Kurangkan pengambilan garam dan juga makanan ringan yang masin. Sebelum melakukan langkah ini, pastikan terlebih dahulu doktor yakin bahawa anak anda tidak mempunyai penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan tubuh anak anda kehilangan banyak kandungan garam.
  • Jauhkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah seperti tembakau, kafein dan berhati-hati terhadap pengambilan ubat jika anak anda mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Sediakan satu jadual senaman yang sesuai mengikut umur dan keadaan perubatan anak anda. Meningkatkan aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan darah, malah ianya boleh membantu menurunkan berat badan sekiranya anak anda mempunyai berat badan berlebihan, sekaligus dapat mengekalkan berat badan yang sihat. Sukan dan program senaman yang diadakan di sekolah mungkin salah satu cara yang sesuai untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak. Tetapi pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman untuk anak anda.

Bagaimana pula dengan pengambilan ubat?

Sebelum menentukan  jenis ubat tekanan darah tinggi yang akan diberikan pada anak anda, doktor akan melihat faktor-faktor berikut:

  • Jenis penyakit buah pinggang kronik yang dihidapi.
  • Umur dan saiz
  • Keupayaan kanak-kanak untuk menelan pil

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah diuji ke atas kanak-kanak. Antaranya doktor mungkin akan memberikan kepada anak anda sejenis ubat tekanan darah tinggi berbentuk pil iaitu angiotensin converting enzyme (ACE) inhibator atau pun angiotensin receptor blocker (ARB).

Beberapa kajian yang dilakukan terhadap ubat-ubatan di atas mengakui bahawa ianya memang dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang. Sekiranya anak anda mengalami pengekalan garam dan air, doktor juga akan memberikan sejenis ubat deuretik.

Selain itu ubat seperti beta-blockers, clonidine dan calcium channel blockers juga akan digunakan dalam kombinasi bersama dengan ubat-ubatan lain. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengidap tekanan darah tinggi dan buah pinggang kronik akan diberikan lebih dari satu jenis ubat. Namun apa sahaja jenis ubat yang diberikan, pastikan dosnya sesuai mengikut umur dan berat badan anak anda.

Berapa kerapkah tekanan darah anak saya perlu dilakukan pemeriksaan?

Tekanan darah anak anda perlu diperiksa setiap kali anda membuat temujanji bersama doktor yang merawat andak anda. Anda sebagai ibu bapa juga patut belajar bagaimana untuk mengambil tekanan darah anak anda. Atau sekiranya ada jururawat di sekolah, mereka juga boleh membantu untuk membuat pemeriksaan tekanan darah anak anda dan menyimpan rekodnya. Rekod ini boleh anda bawa dan tunjukkan pada doktor pada temujanji akan datang.

Apabila memeriksa tekanan darah anak anda, pastikan anda menyimpan keputusan yang sebenarnya untuk ditunjukkan pada doktor. Jangan menipu keputusan untuk ditunjukkan kepada doktor. Ini kerana sekiranya keputusan tidak memuaskan doktor boleh memikirkan kaedah rawatan lain untuk menurunkan tekanan darah anak anda.

Apakah anak saya memerlukan ujian lain?

Pada lawatan susulan, doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian tambahan. Ujian ini bertujuan untuk melihat bagaimana fungsi buah pinggang anak anda, antaranya:

  • Ujian kadar penapisan glomerular atau GFR, di mana ujian ini dapat membantu doktor mengesan sejauh mana fungsi buah pinggang anak anda. Melalui ujian ini, fungsi buah pinggang dapat dikesan dengan melihat pada keputusan ujian darah dengan melihat pada kadar kreatinin dalam darah. Kreatinin ialah bahan buangan yang terhasil dari aktiviti otot. Sekiranya ujian menunjukkan tahap kreatinin dalam darah adalah tinggi, ini bermakna fungsi buah pinggang telah merosot.
  • Ujian tahap protin urin. Sekiranya kandungan protin di dalam urin berada pada tahap yang tinggi, ini menunjukkan risiko buah pinggang anak anda bertambah teruk adalah tinggi. Selain itu anak anda juga berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga penyakit di saluran darah. Oleh itu merawat tekanan darah tinggi anak anda dapat membantu untuk menurunkan tahap protin di dalam urin.

Sebagai ibubapa, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu anak saya?

  • Jika anak anda mempunyai berat badan berlebihan, maka adalah sangat penting untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badannya. Anda boleh membantu dengan menyediakan makanan yang mempunyai jumlah kalori untuk memenuhi keperluan anak anda. Minta doktor untuk anda dirujuk kepada pakar diet yang berdaftar untuk membantu anda membuat jadual perancangan diet yang sesuai.
  • Bincangkan juga dengan doktor tentang jadual senaman yang sesuai untuk anak anda.
  • Jika doktor ada memberikan ubat tekanan darah, pastikan agar anak anda mengambil ubat tersebut mengikut sepertimana yang diarahkan. Dan laporkan juga pada doktor sekiranya anak anda mengalami apa-apa kesan sampingan.

Jadi bagaimana dengan anda? Apakah anda mempunyai anak yang mempunyai tekanan darah tinggi?

Tulis dan kongsikan pengalaman anda bersama saya kerana saya ingin membacanya.

Sumber : http://www.kidney.org/atoz/content/hbpchildren.cfm
 

Ditulis oleh: Abdullah Idris.
Abdullah Idris di
facebook dan twitter

Anda ingin artikel seperti ini? Langgan terus melalui emel:

Mengapa perlu daftar?
Share

Apakah Kesan Prednisilone Kepada Bayi?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diantara ubat yang akan diberikan kepada pesakit buah pinggang ialah ubat prednisilone. Saya sendiri dahulu ketika mula-mula mendapat penyakit ini telah diberikan ubat prednisilone sebanyak 12 biji sehari. Dan kebetulan ada satu komen berbentuk pertanyaan yang dihantar kepada saya bertanyakan apakah kesan terhadap bayi apabila mengambil ubat prednisilone.Jadi saya berusaha sedaya-upaya mencari maklumat berkaitan dengannya dan artikel kali ini saya kongsikan dengan anda semua.
Continue reading

Share

Ketahui Kesan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 3)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Artikel ini adalah sambungan dari 2 artikel sebelumnya. Bagi anda yang baru menemui blog ini, boleh baca artikel tersebut melalui pautan di bawah:

http://bit.ly/reP0f4

http://bit.ly/qlmCxF

Pemindahan Buah Pinggang: Apa Yang Boleh Anda Harapkan

Semasa pemindahan buah pinggang

Pemindahan buah pinggang dilakukan dengan anestesia am, iaitu pemberian suntikan bius, jadi anda tidak sedar semasa prosedur dijalankan. Anesthesiologist atau pakar bius memberi anda ubat anestetik sebagai gas – untuk bernafas melalui topeng atau menyuntik ubat cecair ke dalam vena.
Continue reading

Share

Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Untuk makluman semua, artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Untuk membaca bahagian pertama dari artikel ini, anda boleh klik di sini. Dalam bahagian ini, pembaca akan mengetahui apakah persediaan anda sebelum menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.

Continue reading

Share

Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Seperti mana yang saya janjikan semalam di dalam artikel bertajuk “Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang“, pada hari ni saya akan sambung artikel tersebut.

Continue reading

Share

Biopsi Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian, pernahkah anda mendengar suatu prosuder yang dipanggil biopsi? Biopsi ialah suatu prosuder diagnostik yang digunakan oleh doktor untuk melihat sampel tisu di bawah mikroskop.

Biopsi buah pinggang pula ialah suatu prosuder di mana melibatkan pengumpulan potongan bahagian kecil buah pinggang, yang kebiasaannya melibatkan penggunaan jarum. Ujian biopsi ini sangat membantu dalam menemukan atau mengesahkan sesuatu diagnostik. Melakukan biopsi buah pinggang juga dapat membantu dalam memberikan rawatan yang terbaik. Doktor boleh mencadangkan kepada pesakit biopsi sekiranya: Continue reading

Share

Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang



Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit buah pinggang mungkin pada peringkat awalnya tidak menunjukkan sebarang tanda dan simptom. Kemungkinan petanda awal yang dapat dikesan oleh doktor ialah melalui ujian darah dan urin yang dilakukan secara kerap. Dan untuk mengesan penyakit buah pinggang, doktor mungkin akan melakukan ujian-ujian perubatan di bawah dan prosuder diagnostik.

Continue reading

Share

Kanser Pada Sistem Perkencingan

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kanser pada sistem perkencingan terjadi apabila ianya terbentuk di dalam mana-mana bahagian pada saluran organ kencing anda.Sepertimana yang telah diterangkan bahawa kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian saluran kencing,tetapi ianya seringkali akan memberikan kesan pada buah pinggang,pundi kencing dan kelenjar prostat pada lelaki.

Kanser terjadi apabila sel-sel yang terdiri daripada organ terpisah secara diluar kawalan bagi membentuk sel-sel baru.Sel-sel yang baru dikembangkan itu akan membentuk satu timbunan yang dipanggil tumor.Tumor ini boleh berkembang menjadi lebih besar dan akan menyebabkan berlakunya kepadatan pada organ berhampiran yang lain.

Kadang-kadang sel kanser ini akan bergerak melalui darah atau limpa dan akan menyebabkan sel kanser tersebut merebak kepada organ-organ lain.Proses penyebaran sel-sel kanser ini dipanggil sebagai metastasis.

Kanser pada saluran kencing  ini boleh dikawal dengan baik sekiranya ia dikesan diperingkat awal di mana kanser tersebut belum lagi merebak ke organ lain.

Walaubagaimanapun,kejayaan rawatan bagi kanser yang melibatkan sistem perkencingan ini bergantung kepada tahap umur latar belakang keseluruhan kesihatan pesakit dan apakah sel kanser tadi telah merebak kepada organ lain.

Di bawah ini adalah beberapa jenis kanser yang umumnya berlaku yang melibatkan sistm perkencingan.

  • Kanser pundi kencing
  • Kanser buah pinggang
  • Kanser prostat (lelaki sahaja)

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk  menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Share

Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah

Assalamualaikum pembaca sekalian.Macam mana dengan sambutan Hari Raya Korban tahun ini?Saya harap sambutan tahun ini lebih memberikan makna kepada anda.

Ok,berbalik pada tajuk entri.

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘kreatinin’?Bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang mesti sudah biasa dengan perkataan tersebut.

Kreatinin adalah zat yang dihasilkan dari pemecahan creatine,iaitu salah satu daripada komponen-komponen otot.Apabila terjadinya peningkatan kadar kreatinin dalam darah,ini dapat memberi isyarat kepada kita bahawa seseorang itu mempunyai masalah buah pinggang atau pun mengalami kerosakan buah pinggang.

Pada kebiasaannya,kreatinin akan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing apabila buah pinggang berfungsi secara normal.Tetapi,apabila buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi secara normal,kreatinin akan lebih cenderung untuk masuk ke dalam darah.Ini akan menyebabkan kandungan kreatinin di dalam darah akan meningkat.

Oleh sebab itulah,bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang,doktor akan mengambil sampel darah bertujuan untuk mengukur kadar kreatinin di dalam darah.Jika tinggi kandungan kreatinin,ertinya semakin bermasalah buah pinggang seseorang itu.

Prosuder Pengambilan Sampel Darah

Sampel darah biasanya diambil dari pembuluh darah yang berhampiran dengan siku.Tangan yang diambil sampel darah pula adalah dari tangan yang tidak dominan.Maksudnya ialah sekiranya seseorang itu menggunakan tangan kanan,maka darah akan diambil dari tangan kiri.Dan begitu jugalah sebaliknya.

Sebelum doktor mengambil sampel darah,tempat yang telah dikenalpasti akan disapu dengan sejenis cecair bertujuan untuk mematikan kuman.Kemudian doktor akan mengikat tangan dengan jalur elastik.Tujuan dilakukan hal tersebut adalah untuk menjadikan urat darah lebih menonjol.Ini akan memudahkan sampel darah diambil.

Setelah urat telah dijumpai,doktor kemudiannya akan memasukkan jarum yang bersambung dengan satu tabung di mana darah akan dikumpulkan.Setelah itu jalur elastik tadi dibuka dari tangan.

Apabila sampel darah yang diambil telah mencukupi,doktor akan menarik jarum dengan lembut dan segera menutup kawasan yang dicucuk jarum bertujuan untuk menghentikan pendarahan.

Penting untuk  anda memberitahu doktor sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat kerana ianya akan mempengaruhi keputusan sampel darah yang diambil tadi di mana keputusan yang didapati tidak tepat.

Keputusan Ujian Darah Anda

Mengikut National Library of Medicine,bacaan terbaik untuk keputusan ujian darah yang diambil ialah 0,8-1,4 mg / dL.Makmal yang berbeza mungkin akan mendapat keputusan yang berbeza-beza juga.Jadi pastikan anda memberitahu doktor anda sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat.

Penting juga untuk anda ketahui di sini bahawa mereka yang mempunyai otot yang lebih besar akan mempunyai tahap kreatinin yang lebih tinggi.Sebagai contoh perempuan mempunyai nilai kreatinin yang lebih rendah berbanding lelaki.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share