Tag Archives: tip elak jangkitan

Apakah Penyebab Jangkitan Pada Pundi Kencing?

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis E.coli. Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam usus manusia. Bagi anda yang baru menjumpai blog ini, boleh baca lebih lanjut tentang apakah jangkitan pundi kencing melalui pautan ini.

Wanita selalunya akan mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran yang dikenali sebagai urethra. Sesetengah wanita akan menghidapi penyakit kelamin hampir setiap kali melakukan hubungan seks.

Wanita yang menggunakan diagfram, iaitu salah satu alat untuk merancang keluarga, juga mudah mendapat jangkitan pada pundi kencing. Ini berlaku mungkin disebabkan alat ini menekan pada pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing tidak mengosong dengan baik. Keadaan ini akan mengakibatkan bakteria membiak dengan cepat pada takungan air kencing atau baki air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

Wanita hamil juga cenderung mendapat jangkitan disebabkan penekanan pada pundi kencing oleh kandungan yang semakin membesar.

Bagi golongan lelaki pula, penggunaan kondom akan dan boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan pundi kencing. Bagi golongan lelaki juga, jangkitan pada pundi kencing boleh menjadi salah satu tanda mereka mengalami masalah lain seperti penyekatan atau penyumbatan yang mengganggu salur kencing.

Ada kajian yang menunjukkan, kanak-kanak lelaki mudah mendapat jangkitan pundi kencing terutamanya pada tahun pertama kelahiran di mana bakteria mudah terkumpul pada kulit khatan.

Penggunaan tiub kencing atau kateter, samada di rumah atau hospital juga boleh mendorong seseorang mengalami jangkitan pada pundi kencing.

Sumber: MedicineNet.com: What Causes Bladder Infections?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Bagaimana Menjaga Fistula Dialisis?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dialisis adalah satu prosuder yang dilakukan apabila buah pinggang pesakit tidak dapat berfungsi dengan sendirinya. Kesimpulannya ialah apabila buah pinggang pesakit sudah lagi tidak berfungsi atau mengalami kegagalan. Apabila pesakit menjalani rawatan dialisis, beberapa kali dalam seminggu mereka akan menjalani rawatan tersebut di mana mereka akan disambungkan kepada mesin dialisis melalui fistula. Tujuan rawatan dialisis ialah untuk membersihkan darah pesakit buah pinggang tadi dari kekotoran bagi memastikan mereka dapat meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang. Oleh itu penjagaan fistula sangat penting untuk memastikan tidak berlakunya jangkitan dan akan terus berfungsi dengan baik.

Continue reading

Share

Bagaimana Merawat Jangkitan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Jangkitan buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai E.coli. Bakteria ini kerap muncul selepas jangkitan saluran kencing menyebarkan bakteria ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang boleh meyebabkan rasa tidak selesa, sakit, dan sengsara. Merawat jangkitan buah pinggang memerlukan penjagaan diri dan bantuan doktor.

Continue reading

Share