Tekanan darah sistolik, iaitu bacaan dibahagian atas untuk tekanan darah, adalah merujuk kepada tekanan di dalam saluran darah apabila jantung anda berdegup. Jika bacaan darah sistolik anda melebihi dari 140mmHg, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah sistolik tinggi. Bagi kebanyakan kes, punca khusus yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian masih belum diketahui. Namun faktor risikonya adalah disebabkan oleh kencing manis, merokok dan juga berat badan yang berlebihan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya bacaan sistolik anda menjadi tinggi. Antaranya ialah amalan merokok atau mengambil decongestant, iaitu ubat untuk melegakan selsema. Ada antaranya yang kronik seperti hipertensi essential atau penyakit buah pinggang. Menurut sumber dari National Heart Lung Blood Institute, mempunyai bacaan sistolik yang tinggi, adalah satu keadaan yang dipanggil isolated systolic hypertension, merupakan jenis yang paling biasa berlaku kepada anda yang berumur lebih dari 60 tahun.
Hipertensi Essential
Pada Januari 2000 dalam isu “Circulation”, Dr. Oscar Carretero dan Suzanne Oparil telah mendefinisikan hipertensi essential sebagai “tekanan darah tinggi di mana punca kedua tidak wujud”.Hipertensi essential juga disebut sebagai hipertensi primer atau idiopathic dan adalah punca utama tekana darah tinggi yang dianggarkan 95% orang mengidapnya.
Isolated Systolic Hypertension
Isolated Systolic Hypertension adalah satu bentuk hipertensi essential di mana hanya tekanan darah sistolik sahaja yang tinggi. Dianggarkan 65% orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dikalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai isolated systolic hypertension.
Lain-Lain Diagnostik Perubatan
Menurut Seventh Report of the Joint National Commission on Prevention, Detection, Evaluation and Treatment of High Blood Pressure, yang diterbitkan pada Mei 2003 pada isu “Journal of the American Medical Association”, mereka yang mempunyai penyakit lain atau pun keadaan perubatan juga boleh mendapat tekanan darah sistolik yang tinggi. Contohnya mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, masalah tidur apnea obstruktif, primary aldosteronism, pheochromocytoma, penyakit tiroid dan paratiroid atau sindrom Cushing.
Sumber:
- http://www.livestrong.com/article/206485-reasons-for-high-systolic-blood-pressure/
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.



