Assalamualaikum pembaca sekalian,
Kreatinin adalah bahan yang terhasil dari kreatin, iaitu satu bahagian yang penting di dalam otot. Kreatinin akan dikeluarkan sepenuhnya dari badan oleh buah pinggang. Artikel ini akan membincangkan ujian yang dilakukan untuk mengukur jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Selain itu, ujian darah juga boleh dilakukan untuk menentukan tahap kreatinin anda.
Bagaimana Ujian Ini Dilakukan?
Pengambilan sampel air kencing secara rawak atau pengumpulan urin 24 jam akan digunakan.
Bagaimana Persediaan Ujian tersebut?
Doktor anda mungkin akan memberhentikan pengambilan sesetengah ubat yang boleh mempengaruhi keputusan ujian yang dijalankan. Ubat-ubatan tersebut termasuklah:
- Cephalosporins (cefoxitin)
- Cimetidine
- Cisplatin
- Gentamicin
- Trimethoprim
Bagaimana Rasa Ketika Menjalankan Ujian Tersebut?
Ujian ini biasanya hanyalah melibatkan pembuangan air kencing, dan tidak ada rasa ketidakselesaan.
Kenapa Ujian Ini Dijalankan?
Ujian ini akan digunakan sebagai ujian saringan untuk menilai fungsi buah pinggang. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada ujian pelepasan kreatinin. Ia juga sering digunakan sebagai ujian untuk mendapatkan maklumat tentang bahan kimia lain yang terdapat di dalam air kencing seperti albumin atau protin.
Keputusan Yang Normal
Jumlah kreatinin dalam air kencing (sampel 24 jam) boleh antara 500-2000 mg/hari. keputusan tersebut boleh juga bergantung kepada faktor umur dan jumlah jisim badan tanpa lemak. Satu lagi cara untuk menjelaskan julat normal bagi keputusan ujian ini adalah seperti berikut:
- 14 hingga 26 mg per kg jisim badan setiap hari untuk lelaki
- 11 hingga 20 mg per kg jisim badan setiap hari untuk wanita
Contoh-contoh di atas adalah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal kemungkinan agak berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Beberapa makmal-makmal yang lain menggunakan ukuran atau sampel yang berbeza. Oleh itu berbincanglah dengan doktor anda tentang apakah maksud keputusan ujian yang dijalankan ke atas anda.
Apa Maksud Keputusan Yang Abnormal?
Maksud keputusan ujian yang abnormal adalah tidak khusus, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
- Glomerulonefritis
- Pengambilan diet daging yang tinggi
- Jangkitan buah pinggang
- Kegagalan buah pinggang
- Distrofi otot (peringkat akhir)
- Myasthenia gravis
- Prerenal azotemia
- Aliran darah buah pinggang kurang (seperti dalam kejutan atau kegagalan jantung kongestif)
- Rhabdomyolysis
- Halangan pada saluran kencing
==============================
Sumber: Creatinine-urine
==============================
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.
