Tag Archives: sel kanser

Apa Itu Kanser Buah Pinggang?(Bah. 2)

Anda pengunjung baru ke blog ini? Untuk makluman anda, artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya yang bertajuk “Apa Itu Kanser Buah Pinggang”. Jadi saya menggalakkan agar anda membaca artikel tersebut terlebih dahulu. Sila klik di sini untuk membaca. Terima kasih:)

Wilms Tumor (Nephroblastoma)

Nephroblastoma atau lebih dikenali dengan Wilms Tumor, kerapkali terjadi dikalangan kanak-kanak. Kanser jenis ini amat jarang terjadi pada orang dewasa.

Renal Sarcoma

Renal sarcoma adalah jenis kanser buah pinggang yang sangat jarang berlaku, iaitu kurang dari 1% daripada semua jenis tumor buah pinggang, yang mana ianya bermula dari salur darah atau tisu perantara buah pinggang.

Benign (tidak mempunyai sel barah/kanser) Tumor Buah Pinggang

Sesetengah tumor buah pinggang adalah benign (tidak mempunyai sel kanser). Ini bermaksud ianya tidak akan merebak ke bahagian badan yang lain walaupun tumor ini membesar dan mencetuskan masalah.

Tumor buah pinggang benign termasuklah renal cell adenomas, renal oncocytomas, dan angiomyolipomas. Tumor-tumor ini boleh dirawat dengan cara mengeluarkan tumor tersebut, menggunakan prosuder yang mana digunakan dalam rawatan kanser buah pinggang seperti radical nephrectomy, partial nephrectomy, radio frequency oblation (pembuangan tisu) dan arterial embolization.

Radical nephrectomy adalah prosuder pembuangan seluruh organ buah pinggang bersama-sama dengan lemak yang mengelilinginya dan kelenjar adrenal yang berhampiran. Manakala partial nephrectomy pula adalah prosuder pembuangan separuh daripada bahagian organ buah pinggang.

Pilihan rawatan adalah dipengaruhi oleh banyak faktor seperti saiz tumor, dan jika ianya menyebabkan sebarang simtom, berapa banyak tumor, samada tumor hadir kedua-dua belah buah pinggang dan juga tahap kesihatan keseluruhan pesakit.

Renal Adenoma

Renal adenoma merupakan benign tumor buah pinggang yang kerap berlaku. Ianya kecil, tumor yang membesar dengan perlahan-lahan, yang selalunya kelihatan melalui ujian imej seperti CT scan, apabila doktor melakukannya atas tujuan yang lain.

Melalui mikroskop, tumor ini kelihatan seperti tahap awal renal cell carcinoma. Kerana ianya sukar untuk dijelaskan secara berasingan, selalunya adenoma yang telah dikenalpasti akan dirawat sama seperti renal cell cancer (RCC).

Oncocytoma

Oncocytoma merupakan tumor buah pinggang yang benign yang mana kadang-kadang membentuk tumor yang agak besar. Seperti renal adenomas, ianya juga sukar untuk dijelaskan dari kanser buah pinggang. Kerana oncocytoma selalunya tidak merebak pada organ lain dan pembedahan selalunya dapat menyembuhkan penyakit ini.

Angiomyolipoma

Angiomyolipoma merupakan tumor buah pinggang benign yang jarang berlaku. Selalunya ia terjadi kepada mereka yang mengalami tuberous sclerosis, iaitu masalah genetik yang juga memberi kesan terhadap jantung, mata, paru-paru dan kulit.

Tumor ini terhasil daripada jenis tisu perantara yang berbeza-beza (salur darah, otot licin dan lemak). Jika tumor ini mengakibatkan sebarang simtom, ianya hanya perlu diawasi dengan lebih terperinci. Tetapi jika menimbulkan sebarang masalah (seperti sakit dan pendarahan), ianya haruslah dirawat.

Sumber rujukan artikel: Cancer.Org l What is kidney cancer?

Penafian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti nasihat profesional. Sila berjumpa dengan doktor yang berhampiran anda untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap kanser buah pinggang? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.

Share

Punca Tahap Potassium Darah Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kadar potassium darah tinggi, juga dikenali sebagai hyperkalemia, adalah perkara biasa di Amerika Syarikat. Kadar potassium darah yang sedikit tinggi biasanya tidaklah membahayakan, namun ia masih perlu dirawat supaya tidak menjadi teruk. Tahap potassium darah tinggi boleh menyebabkan keletihan otot, loya, lemah, denyutan jantung yang tidak normal dan lumpuh. Tahap potassium darah yang teruk boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian. Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Tahap potassium dalam darah yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti ubat-ubatan tertentu, penyakit kelenjar adrenal dan buah pinggang tidak berfungsi.

Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Buah pinggang tidak berfungsi boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan kadar potassium darah tinggi. Jenis buah pinggang tidak berfungsi termasuklah kegagalan buah pinggang kronik dan akut, penolakan pada buah pinggang baru, lupus nefritis dan glomerulonefritis. Penyakit obstruktif yang memberi kesan kepada saluran kencing, seperti urolithiasis, juga boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan tahap kalium darah tinggi. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah meningkat dengan lebih banyak lagi. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk ubat diuretik pengganti potassium, penyekat ACE, penghalang reseptor angiotensin II dan ubat-ubatan anti-radang yang bukan steroid.

Luka Atau kecederaan Terbakar Yang Teruk

Kebakaran atau kecederaan yang teruk boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah menjadi tinggi. Apabila seseorang mengalami jenis trauma, sel darah merah dimusnahkan. Pemusnahan sel-sel ini boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Penyalahgunaan Alkohol atau Dadah

Penyalahgunaan alkohol dan dadah boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Apabila seseorang menyalahgunakan alkohol atau dadah, serat otot mereka akan rosak. Apabila telah rosak, potassium dilepaskan ke dalam aliran darah menyebabkan tahap potassium darah tinggi.

Penyakit Kelenjar Adrenal

Penyakit kelenjar adrenal boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi. Penyakit kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk sindrom Cushing dan penyakit Addison. Sindrom Cushing menghasilkan kortisol yang terlalu banyak dan penyakit Addison tidak menghasilkan kortisol yang cukup. Dengan pengeluaran kortisol yang tidak seimbang ini, tahap potassium darah menjadi tinggi boleh berlaku.

=======================================
Sumber artikel : Causes of High Blood Potassium Levels
=======================================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nephrectomy (penyingkiran buah pinggang) adalah satu prosedur pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian buah pinggang.

Apabila seorang pakar bedah mengeluarkan seluruh buah pinggang, prosedur tersebut dipanggil nephrectomy lengkap atau radikal. Dengan nephrectomy separa, pakar bedah akan membuang tisu yang berpenyakit dari buah pinggang dan meninggalkan tisu yang sihat di tempat asalnya.
Continue reading

Share

Kanser Buah Pinggang

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kanser buah pinggang merupakan jenis kanser yang terbentuk di dalam tisu buah pinggang. Ada beberapa jenis kanser buah pinggang termasuk sel renal karsinoma,renal pelvis karsinoma,dan tumor Wilms.Sel renal karsinoma adalah barah yang terbentuk di dalam lapisan nefron iaitu tabung yang sangat kecil di dalam buah pinggang yang mana fungsinya  menapis darah dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan. Ini adalah jenis yang paling umum dari kanser buah pinggang yang berlaku pada orang dewasa.

Sel renal karsinoma juga dikenali sebagai adenokarsinoma buah pinggang atau hypernephroma.Renal pelvis karsinoma akan memberi kesan pada pelvis buah pinggang.Pelvis buah pinggang terletak di tengah buah pinggang di mana tempat urin dikumpulkan.Manakala  tumor Wilms pula adalah dari  jenis kanser buah pinggang yang biasanya akan dihidapi oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.

Apa penyebab kanser buah pinggang?

Hingga ke hari ini,pakar-pakar perubatan masih lagi tidak dapat memastikan mengapa kanser buah pinggang hanya akan dihidapi oleh sesetengah individu dan sesetengahnya tidak.Namun, kajian telah membuktikan bahawa ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengidap kanser buah pinggang.Dan pakar-pakar perubatan juga percaya bahawa kanser buah pinggang bukanlah sejenis penyakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Apa faktor risiko kanser buah pinggang?

Para penyelidik telah menemui beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mengidap penyakit  kanser buah pinggang,iaitu:

  • Merokok
  • Obesiti
  • Mereka yang menjalani rawatan dialisis dalam jangka masa yang panjang
  • Faktor persekitaran tempat kerja:Sesetengah individu berisiko untuk mengidap kanser buah pinggang disebabkan persekitaran kerja mereka yang terdedah dengan bahan-bahan kimia.
  • Jantina:Lelaki lebih berisiko untuk mempunyai penyakit kanser buah pinggang berbanding perempuan.Menurut Institut Kanser Kebangsaan,sekitar 20.000 lelaki dan 12.000 wanita di Amerika Syarikat akan mengidap penyakit ini setiap tahun.

Apakah tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang?

Seseorang yang berisiko mengidap kanser buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda diperingkat awal penyakit.Tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang termasuk:

  • Rasa sakit di bahagian tepi yang susah untuk hilang
  • Terdapat benjolan di bahagian tepi atau perut
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Demam
  • Kerap merasa letih yang amat sangat

Walaubagaimanapun,kadang-kadang  tanda-tanda atau gejala yang disebutkan di atas tidak bererti bahawa seseorang itu menderita kanser buah pinggang.Kemungkinan juga ianya disebabkan masalah-masalah yang lain.Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa doktor untuk didiagnosis dan dapat diberikan rawatan seawal mungkin.

Rawatan Kanser Buah Pinggang

Soalan Berkaitan: Bagaimana kanser buah pinggang dirawat? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk kanser buah pinggang?

Rawatan untuk kanser buah pinggang bergantung pada tahap kanser tersebut.Apakah kanser tersebut telah merebak ke organ lain,selain dilihat pada tahap kesihatan seseorang dan umur.Sekiranya  kanser buah pinggang dapat dikesan dan dirawat diperingkat awal,peluang untuk sembuh adalah tinggi. Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser buah pinggang, yang seorang doktor boleh syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembedahan, radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Share

Kanser Pundi Kencing

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu saya telah pun kongsikan dengan anda artikel tentang kanser yang berlaku pada sistem perkencingan.Dalam artikel tersebut juga kita telah mengetahui bahawa ada tiga jenis kanser yang umum berlaku iaitu kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan juga kanser prostat bagi lelaki.

Jadi untuk artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser pendi kencing pula.Apakah kanser pundi kencing itu?

Kanser pundi kencing adalah sejenis kanser yang bermula di dalam tisu pundi kencing.Pundi kencing adalah satu organ berongga yang terletak di bahagian bawah perut.Ia akan menerima urin yang telah diubah oleh buah pinggang melalui dua saluran ureter dan akan menyimpannya sehinggalah urin tadi akan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing.

Ada beberapa jenis kanser pundi kencing di mana ianya bergantung kepada apakah sel pundi kencing yang terlibat.Jenis kanser pundi kencing termasuklah sel karsinoma transisional,sel karsinoma skuamosa dan adenokarsinoma.

  • Sel karsinoma transisional adalah sejenis kanser pundi kencing yang bermula di dalam sel yang biasanya membentuk lapisan di dalam pundi kencing,yang dipanggil sel peralihan.Kanser ini adalah kanser yang paling umum bagi kanser pundi kencing.
  • Sel karsinoma skuasoma pula adalah sejenis kanser pundi kencing yang bermula di dinding pundi kencing yang nipis dan rata.
  • Manakala adenokarsinoma pula adalah dari jenis kanser yang bermula di dalam sel yang membuat dan membebaskan lendir dan juga cecair-cecair yang lain.

Sel-sel yang membentuk sel karsinoma skuasoma dan adenokarsinoma seringkali akan berkembang di dalam lapisan pundi kencing sebagai akibat dari kesan jangkitan dan keradangan dalam jangka masa yang panjang.

Dalam proses yang normal,sel-sel yang terdiri daripada tisu-tisu akan terpisah bagi membentuk sel-sel baru.Proses ini diperlukan bagi menggantikan sel-sel yang telah mati atau lusuh,untuk  pertumbuhan organ,atau pertumbuhan individu secara keseluruhannya.Namun ada waktunya  proses ini boleh menjadi salah di mana sel yang luar biasa terpisah apabila tubuh tidak memerlukannya.Akibatnya,sel-sel yang tidak diperlukan tadi akan membentuk suatu timbunan yang dipanggil tumor.

Selain itu sel kanser juga boleh keluar melalui organ permulaan pembiakan sel tersebut  dan boleh menyebabkan kanser pada bahagian lain dari tubuh.Penyebaran ini dipanggil sebagai metastasis.

Siapakah yang berisiko mengidap kanser pundi kencing?

Walaupun punca sebenar penyebab kanser pundi kencing masih belum jelas,kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai  faktor-faktor tertentu mungkin berisiko untuk mengidap kanser pundi kencing ini berbanding mereka yang tidak faktor tersebut.Faktor risiko adalah sesuatu sebab atau keadaan yang boleh meningkatkan peluang seseorang itu untuk  mengidap sesuatu penyakit.

Kajian telah mengenalpasti faktor-faktor risiko berikut untuk penyakit kanser pundi kencing:

  • Usia. Kemungkinan untuk mengidap penyakit kanser pundi kencing akan meningkat dengan meningkatnya usia.Mereka yang dibawah umur 40 tahun jarang mendapat penyakit ini.
  • Merokok. Merokok merupakan faktor risiko yang paling utama.
  • Pekerjaan. Ada sesetengah pekerja mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser pundi kencing kerana adanya gas karsinogen di tempat kerja.Karsinogen menurut Institut Kanser Nasional,didefinisikan sebagai zat yang boleh menyebabkan kanser.Mereka yang bekerja dengan bahan-bahan seperti getah,berkimia dan industri pengeluaran barang-barang kulit adalah berisiko.Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai pendandan rambut,jurumesin,pekerja logam,jurucetak,tukang cat,pekerja tekstil dan juga pemandu lori.
  • Jangkitan. Disebabkan oleh jangkitan parasit tertentu juga boleh meningkatkan risiko kanser pundi kencing.
  • Perubatan dengan menggunakan siklofosfamid atau arsenik.Ubat ini digunakan untuk mengubati kanser dan beberapa keadaan yang lain.Penggunaan ubat ini boleh meningkatkan  risiko kanser pundi kencing.
  • Riwayat keluarga. Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kanser pundi kencing lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.Para penyelidik sedang mempelajari perubahan gen tertentu yang boleh meningkatkan risiko kanser pundi kencing.
  • Sejarah peribadi kanser pundi kencing.Mereka yang pernah menderita kanser pundi kencing juga berisiko untuk mengidapnya sekali lagi.
  • Jantina.Lelaki dua atau tiga kali lebih berisiko berbanding perempuan untuk mendapat kanser pundi kencing.

Tetapi jangan mudah percaya dengan faktor-faktor di atas.Ini kerana ada sesetengah kes menunjukkan mereka yang ada faktor-faktor risiko yang disebutkan tadi tidak mengidap penyakit kanser pundi kencing.Manakala ada kes lain pula menunjukkan bahawa mereka yang terkena penyakit kanser ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dari faktor berikut.Jadi sekiranya anda merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku segeralah berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.Doktor anda mungkin boleh memberikan cadangan bagaimana untuk mengurangkan risiko-risiko kanser dan juga boleh membuat perancangan untuk jadual pemeriksaan.

Apakah tanda-tanda atau gejala kanser pundi kencing?

Gejala umum kanser pundi kencing termasuk

  • Rasa sakit ketika membuang air kecil, dan
  • Kerap buang air kecil, atau merasa perlu untuk buang air kecil.

Seringkali, tanda-tanda atau gejala di atas  tidak bererti bahawa anda telah sah menderita kanser pundi kencing.Boleh jadi juga ianya tanda dari masalah lain atau keadaan kesihatan. Sebagai contoh, jangkitan, tumor tidak merbahaya, batu di dalam pundi kencing, atau masalah lain juga boleh menyebabkan tanda-tanda atau gejala di atas. Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk didiagnosis dan dirawat seawal mungkin.

Bagaimana kanser pundi kencing dirawat? Apa rawatan untuk kanser pundi kencing?

Perubatan kanser pundi kencing bergantung pada tahap kanser tersebut,sejauh mana ianya telah merebak ke organ lain,kesihatan umum seseorang dan juga umur.Lebih awal kanser pundi kencing dapat dikesan,semakin tinggi peluang  untuk  hidup. Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser pundi kencing, yang seorang doktor boleh cadang atau syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.

Baiklah pembaca sekalian.InsyaAllah pada artikel seterusnya kita sama-sama akan mengetahui pula tentang penyakit kanser buah pinggang.Jadi pastikan anda terus setia untuk membaca artikel-artikel di blog saya ye :-)

Jumpa lagi & semoga sihat selalu!

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Share

Kanser Pada Sistem Perkencingan

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kanser pada sistem perkencingan terjadi apabila ianya terbentuk di dalam mana-mana bahagian pada saluran organ kencing anda.Sepertimana yang telah diterangkan bahawa kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian saluran kencing,tetapi ianya seringkali akan memberikan kesan pada buah pinggang,pundi kencing dan kelenjar prostat pada lelaki.

Kanser terjadi apabila sel-sel yang terdiri daripada organ terpisah secara diluar kawalan bagi membentuk sel-sel baru.Sel-sel yang baru dikembangkan itu akan membentuk satu timbunan yang dipanggil tumor.Tumor ini boleh berkembang menjadi lebih besar dan akan menyebabkan berlakunya kepadatan pada organ berhampiran yang lain.

Kadang-kadang sel kanser ini akan bergerak melalui darah atau limpa dan akan menyebabkan sel kanser tersebut merebak kepada organ-organ lain.Proses penyebaran sel-sel kanser ini dipanggil sebagai metastasis.

Kanser pada saluran kencing  ini boleh dikawal dengan baik sekiranya ia dikesan diperingkat awal di mana kanser tersebut belum lagi merebak ke organ lain.

Walaubagaimanapun,kejayaan rawatan bagi kanser yang melibatkan sistem perkencingan ini bergantung kepada tahap umur latar belakang keseluruhan kesihatan pesakit dan apakah sel kanser tadi telah merebak kepada organ lain.

Di bawah ini adalah beberapa jenis kanser yang umumnya berlaku yang melibatkan sistm perkencingan.

  • Kanser pundi kencing
  • Kanser buah pinggang
  • Kanser prostat (lelaki sahaja)

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk  menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Share