Tag Archives: rawatan dialisis

dialisispatient

Berapakah Jumlah Pengambilan Air Untuk Pesakit Dialisis?

Dialisis adalah satu rawatan yang biasa dilakukan, terutamanya jika anda merupakan pesakit kegagalan buah pinggang. Terdapat banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda seorang pesakit yang mengalami kegagaln buah pinggang, terutamanya tentang pengambilan air.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang jumlah pengambilan air yang dibolehkan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Harapan saya agar artikel ini dapat membantu proses rawatan dialisis anda.

Apabila buah pinggang anda semakin menghampiri kepada peringkat kegagalan dalam fungsinya, jumlah penghasilan urin akan semakin menurun. Dan pengeluaran urin akan berhenti sepenuhnya apabila anda telah menjalani rawatan dialisis melebihi 6 bulan.

Oleh itu apabila anda mengambil air terlalu banyak, ia akan menyebabkan tubuh badan akan menjadi bengkak. Selain itu tekanan darah juga akan meningkat. Pembengkakan pada tubuh badan juga akan menyebabkan bebanan pada jantung anda dan sekaligus akan meningkatkan risiko kegagalan jantung.

Pengambilan air yang terlalu banyak juga akan menyebabkan paru-paru anda bermasalah dan sekaligus menyukarkan pernafasan anda. Jadi nampakkah anda bahawa jumlah pengambilan air untuk pesakit dialisis adalah sangat penting untuk diberikan perhatian.

Jumlah pengambilan air yang dibenarkan diantara pesakit-pesakit dialisis mungkin berbeza. Jumlah pengambilan air harian yang dicadangkan berdasarkan kepada jumlah penghasilan urin dalam tempoh 24 jam, jumlah lebihan air yang jelas kelihatan pada tubuh badan yang bengkak, jumlah berat badan yang diperolehi diantara tempoh rawatan dialisis, apakah pesakit mempunyai masalah jantung dan juga jumlah pengambilan garam harian.

Secara umumnya, jumlah biasa pengambilan garam yang ditetapkan dalam sehari untuk pesakit hemodialisis adalah antara 1000mg hingga 1200mg. Untuk jumlah pengambilan cecair pula, kebanyakan ahli nefrologist mencadangkan agar pesakit hemodialisis menghadkan jumlahnya kepada 1000 hingga 1500ml (33 hingga 50 auns).

Sebagai contoh, jika buah pinggang anda berfungsi pada tahap yang amat terhad, doktor akan mencadangkan agar anda jangan melebihi 1500ml setiap hari, atau bersamaan dengan 40 oz  atau 5 cawan.

Jika buah pinggang anda berfungsi dengan baik, doktor akan membenarkan anda mengambil air sehingga 2000ml, yang mana bersamaan dengan 67 oz atau 8 1/3 cawan.

Dialisis sepatutnya tidak dijadikan sebagai pelan untuk jangka masa panjang. Ini kerana seperti yang saya sebutkan di atas, apabila anda telah menjalani rawatan dialisis lebih dari 6 bulan, tiada lagi air kencing yang akan keluar, yang bermaksud bahawa buah pinggang anda telah berhenti berfungsi sepenuhnya.

Dalam kes sebegini, pemindahan buah pinggang merupakan jalan terakhir untuk pesakit kegagalan buah pinggang. Ingatlah bahawa dialisis tidak dapat merawat buah pinggang anda yang telah rosak itu, tetapi hanyalah membantu untuk meneruskan kehidupan anda setakat yang mampu.

Ingatlah juga bahawa air kencing yang keluar setiap hari dari tubuh badan anda itu membawa harapan yang besar dalam kehidupan. Apabila air kencing telah berhenti keluar, ia bermaksud buah pinggang anda yang sangat bernilai itu sudah tiada dan tidak dapat melakukan lagi tugasnya yang penting.

Sumber : kidney-support.org – The Water Intake for Dialysis Patients

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis?

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Memulihkan Kerosakan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kerosakan buah pinggang adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa kemerosotan dalam fungsi buah pinggang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan atau kecederaan, termasuk kencing manis, jangkitan, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, batu karang, komplikasi transfusi dan penyakit autoimun. Walaupun beberapa bentuk kerosakan buah pinggang akan kembali pulih, bentuk kerosakan yang lain hanyalah boleh diperlahankan tetapi tidak dapat disembuhkan.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nephrectomy (penyingkiran buah pinggang) adalah satu prosedur pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian buah pinggang.

Apabila seorang pakar bedah mengeluarkan seluruh buah pinggang, prosedur tersebut dipanggil nephrectomy lengkap atau radikal. Dengan nephrectomy separa, pakar bedah akan membuang tisu yang berpenyakit dari buah pinggang dan meninggalkan tisu yang sihat di tempat asalnya.
Continue reading

Share

Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Untuk makluman semua, artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Untuk membaca bahagian pertama dari artikel ini, anda boleh klik di sini. Dalam bahagian ini, pembaca akan mengetahui apakah persediaan anda sebelum menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.

Continue reading

Share

Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot.Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung,berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium.Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik,tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L.Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal.Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

Potassium Rendah

Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita.Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah.Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium,potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.Pengambilan makanan yang kurang zat,muntah dan cirit-birit yang berlebihan,dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.

Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:

  • Otot menjadi lemah
  • Kekejangan
  • Kebingungan
  • Masalah dengan koordinasi otot
  • Denyutan jantung menjadi tidak teratur
  • Jantung gagal berfungsi

Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana  buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

Potassium Tinggi

Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi,ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh.Potassium tinggi dikenali sebagai hiperkalemia.Keadaan ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).

Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah:

  • Rasa mual
  • Rasa lemah
  • Rasa kebas atau sensasi kesemutan
  • Denyutan menjadi perlahan
  • Degup jantung tidak teratur
  • Kegagalan jantung
  • Kematian mengejut

Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap 5 (juga dikenali sebagai tahap akhir penyakit buah pinggang ESRD),rawatan dialisis diperlukan untuk membantu mengawal tahap potassium.Rawatan dialisis adalah rawatan yang paling berkesan untuk menghilangkan lebihan potassium di dalam darah.Walaubagaimanapun,ada diantara rawatan ini yang tahap potassium masih tinggi.Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya mestilah dihadkan agar kandungan potassium tidak terlalu tinggi sehingga sesi rawatan dialisis yang seterusnya.

Potassium tinggi selalunya berlaku apabila rawatan dialisis dilangkaui atau dipendekkan.Terlepas sesi rawatan dialisis akan menyebabkan potassium meningkat ke tahap yang merbahaya di dalam darah.Keadaan ini akan menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur bahkan jantung anda boleh berhenti berdenyut.

Ketahui Tahap Potassium Anda

Pastikan agar tahap potassium anda diperiksa secara teratur.Tanyakan kepada pakar diet buah pinggang atau doktor tentang keputusan potassium anda.Dengan selalu memeriksa tahap potassium anda akan membantu doktor untuk mengekalkan tahap potassium anda sentiasa berada di tahap yang selamat.

Julat Ukuran Makmal Untuk CKD
Ukuran rendah kurang dari 3.5 mEq/L
Ukuran selamat 3.5 – 5.0 mEq/L
Ukuran tidak selamat 5.1 – 6.0 mEq/L
Bahaya melebihi dari 6.0 mEq/L

Jika didapati tahap potassium anda terlalu tinggi,doktor akan mencari penyebabnya dan akan menetapkan masa untuk rawatan dialisis sekiranya perlu.Pakar diet buah pinggang akan sentiasa memantau pengambilan makanan anda dan akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk mengurangkan tahap potassium dalam diet anda.Tahap potassium seseorang adalah tidak sama dan mengikut kepada keperluan individu tersebut.Oleh itu pakar diet anda akan membantu untuk menentukan tahap potassium yang sesuai untuk diambil dalam diet seharian anda.

P/S : Artikel ini akan bersambung dalam bahagian kedua.Nantikan terbitan artikel tersebut dalam masa terdekat.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.

Share

Kegagalan Buah Pinggang Akut

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaru  di blog ini ini.Pernahkah anda dengar kegagalan buah pinggang akut?

Kebiasaannya kegagalan buah pinggang terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Kegagalan jenis akut
  2. Kegagalan jenis kronik

Dalam artikel kali ini saya hanya akan menyentuh tentang kegagalan dari jenis yang pertama iaitu akut.Kegagalan buah pinggang jenis akut atau dikenali sebagai ‘Acute Renal Failure’ (ARF),ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang berhenti secara tiba-tiba dan sementara.

Kebiasaannya,buah pinggang berfungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari darah dan meletakkannya di dalam urin untuk dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing.Namun,apabila berlakunya kerosakan,buah pinggang tidak lagi dapat melakukan fungsi tersebut dan akan menyebabkan sisa-sisa buangan tersebut berkumpul di dalam darah.

Kegagalan buah pinggang jenis akut ini boleh menjadi punca utama kepada hilangnya fungsi buah pinggang secara kekal,iaitu keadaan yang dipanggil sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir,sekiranya ia tidak dirawat.Tetapi jika buah pinggang tidak rosak,ia akan menjadi sebaliknya.

Apakah punca kegagalan buah pinggang akut?

Penca kepada kegagalan buah pinggang akut ialah:

  • Kemalangan yang melukakan buah pinggang atau hentaman yang kuat dan terus kepada buah pinggang.
  • Kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.Setiap kecederaan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak akan memberhentikan sementara fungsi buah pinggang.Tetapi apabila bekalan darah diadakan kembali,fungsi buah pinggang akan kembali normal.
  • Ubat-ubatan dan juga sisa toksik.
  • Penyakit buah pinggang seperti sindrom uremik hemolitik dan juga sindrom nefrotik.

Apakah tanda dan gejalanya?

Gejala kegagalan buah pinggang akut boleh berubah-ubah,bergantung kepada punca dan penyebabnya.Tanda-tandanya termasuklah:

  • Kemerosotan pengeluaran urin.
  • Berlaku pembengkakan di sekitar mata,perut dan juga badan.
  • Protinuria,iaitu terdapatnya protin di dalam air kencing.
  • Pucat
  • Keletihan
  • Mengantuk

Kegagalan buah pinggang jenis akut boleh menyebabkan komplikasi dan juga beberapa gangguan serius.Anda perlu berjumpa doktor dengan segera anda atau ahli keluarga mengalami pendarahan yang luar biasa,keletihan yang melampau,anggota menjadi bengkak atau berkurangnya pengeluaran urin.

Apakah pilihan rawatan yang ada untuk kegagalan buah pinggang akut?

Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada penyebabnya.Sebagai contoh,menggantikan darah yang hilang akibat dari pendarahan yang teruk melalui pemindahan darah.Walaubagaimanapun,dalam beberapa kes yang teruk,rawatan dialisis terpaksa dilakukan untuk mengambil alih sementara tugas buah pinggang untuk menapis darah.Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membantu mempercepatkan kesembuhan pada buah pinggang.Dialisis adalah satu cara untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan dan air yang berlebihan dari darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut.

Macam-macam rupanya ye pembaca sekalian penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang ini.Harapannya agar kita semua akan diberikan kesihatan oleh Allah dari sebarang penyakit.Selain berdoa,anda juga perlu berusaha agar dijauhi dari segala penyakit.Caranya adalah dengan menambahkan lagi pengetahuan tentangnya.Jadi daftarkanlah emel anda di blog ini untuk memastikan agar anda tidak akan ketinggalan segala informasi terkini :-)

Jumpa lagi dan semoga sihat selalu!

Sumber artikel:Kidney Health Care

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Share

Apakah Lupus Nefritis?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih kerana anda masih lagi setia untuk membaca artikel-artikel terbaru di blog ini walaupun sejak kebelakangan ini saya agak jarang mengemaskinikan dengan artikel-artikel terbaru.

Walaupun agak sibuk dengan pelbagai aktiviti,insyaAllah saya akan tetap juga mengemaskini blog ini untuk bacaan anda semua.

Jadi pada artikel kali ini insyaAllah kita sama-sama akan berkongsi satu lagi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang iaitu penyakit lupus nefritis.

Apakah Lupus Nefritis?

Lupus nefritis adalah peradangan buah pinggang yang terjadi sebagai akibat dari lupus eritematosus sistemik(SLE).Sistemik lupus erimatosus atau semata-mata lupus adalah penyakit daripada sistem kekebalan tubuh.SLE biasanya akan mempengaruhi kulit,sendi,buah pinggang dan otak.

Punca kepada penyakit SLE ini tidak sepenuhnya dapat difahami hingga sekarang.Namun,ada banyak faktor yang mungkin memainkan peranan,antaranya termasuklah:

  • Jantina – SLE lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki
  • Keturunan – Gen yang diwarisi dari kedua ibu bapa
  • Jangkitan
  • Virus
  • Sebab persekitaran

Apakah gejala penyakit Lupus Nefritis?

Tanda kepada penyakit Lupus nefritis termasuklah:

  • Berlebihan berat badan
  • Tekanan darah tinggi
  • Air kencing berwarna hitam
  • Pembengkakan disekitar mata,kaki,pergelangan kaki atau jari

Sesetengah orang yang mengidap SLE  tidak mempunyai tanda-tanda jelas penyakit buah pinggang yang mesti didiagnos oleh darah dan ujian air kencing.

Bagaimana Lupus Nefritis didiagnos?

Selain belajar tentang gejala penyakit,sejarah keluarga dan riwayat perubatan,doktor anda mungkin juga melakukan ujian untuk membantu dalam diagnosis.Diagnosis mungkin memerlukan ujian urin dan darah serta biopsi buah pinggang.

  • Ujian urin: Darah atau protin dalam urin merupakan tanda kerosakan buah pinggang.
  • Ujian darah: Buah pinggang membuang sisa-sisa buangan seperti kreatinin dan urea dari darah.Jika kandungan zat ini tinggi di dalam darah,itu beerti fungsi buah pinggang telah menurun.Doktor anda harus menganggarkan tahap penurasan glomerulus anda berdasarkan kandungan kreatinin di dalam darah anda.
  • Biopsi buah pinggang: Biopsi adalah satu prosedur untuk mendapatkan sampel buah pinggang untuk diperiksa di bawah mikroskop.Untuk mendapatkan sampel buah pinggang anda,doktor akan memasukkan jarum panjang melalui kulit.Memeriksa sampel buah pinggang dengan mikroskop boleh mengesahkan diagnosis lupus nefritis dan dapat membantu untuk menentukan seberapa jauh penyakit ini telah berkembang.

Bagaimana lupus nefritis dirawat?

Perubatan lupus nefritis bergantung pada gejala dan hasil ujian.Ubat yang disebut kortikosteroid akan diberikan untuk menurunkan pembengkakan dan inflamasi dengan menekan sistem kekebalan tubuh.Ubat imunosupresif tambahan yang berkaitan dengan kanser dan ubat yang digunakan untuk mencegah penolakan transplantasi organ juga boleh digunakan.

Anda mungkin memerlukan satu atau lebih ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah anda.Doktor juga akan mengesyorkan agar anda mengurangkan pengambilan protin,natrium dan potassium.

kredit gambar : commons.wikimedia.org

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Best Blogger Tips

Share

Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada artikel yang lalu,saya telah pun kongsikan serba sedikit panduan untuk pengambilan diet permulaan bagi anda yang merupakan pesakit hemodialisis.Saya harap artikel tersebut akan dapat memberikan idea kepada anda untuk anda menyediakan diet yang sesuai.

Namun,nasihat saya berbincanglah juga dengan pakar pemakanan di tempat anda agar rancangan diet yang anda sediakan itu benar-benar menepati keperluan.

Jadi artikel kali ini ialah sambungan dari artikel yang lepas.Bagi anda yang belum membacanya bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Susu,Yogurt & Keju

Hadkan pengambilan susu,yogurt dan keju untuk 1/2 cawan susu atau 1/2 cawan yogurt atau 1 auns keju setiap hari.Ini kerana kebanyakan makanan berasaskan tenusu sangat tinggi kandungan fosforusnya.

Isi fosforus adalah sama untuk semua jenis susu skim,susu rendah lemak dan keseluruhan jenis susu.Jika anda memakan makanan yang tinggi kandungan fosforusnya,pastikan anda ambil bersama-sama dengan pengikat fosfat.

Makanan berasaskan tenusu yang rendah kandungan fosforusnya ialah:

  • Mentega dan marjerin
  • Keju krim
  • Keju Ricotta

Jika anda seorang yang memiliki atau berisiko mempunyai penyakit jantung,beberapa jenis makanan lemak tinggi yang disenaraikan di atas mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda.

Beberapa jenama krim bukan tenusu dan juga susu(seperti susu beras) adalah rendah kandungan fosforus dan potassium.Tanyalah pakar pemakanan anda dengan lebih lanjut.

Buah-Buahan/Jus

Semua jenis buah-buahan mempunyai beberapa potassium,tetapi ada juga sesetengahnya mempunyai kandungan yang lebih tinggi antara satu sama lain.Buah-buahan yang mengandungi nilai potassium terlalu tinggi ini mestilah dikurangkan atau dielakkan terus pengambilannya.Ini kerana dengan mengurangkan pengambilan potassium yang berlebihan dapat melindungi jantung anda.

Hadkan atau elakkan pengambilan:

  • Jeruk dan juga jus jeruk
  • Buah Kiwi
  • Prun dan juga jus prun
  • Kismis dan buah kering
  • Pisang
  • Tembikai(tembikai wangi dan tembikai susu)

Selalulah hindari memakan buah belimbing.

Makanlah 2-3 hidangan buah yang rendah potassium setiap hari.
Satu hidangan = 1/2 cawan atau 1 buah kecil atau 4 auns jus.

Pilihlah:

  • Epal – 1
  • Berri – 1/2 cawan
  • Ceri – 10
  • Buah koktel yang telah ditoskan – 1/2 cawan
  • Anggur – 15
  • Buah pic -1 buah kecil yang segar dan toskan
  • Buah pir,segar atau yang ditinkan,toskan(dibahagikan dua)
  • Nenas – 1/2 cawan tin,toskan
  • Buah tembikai – 1 baji kecil

Minuman

  • Jus epal
  • koktel jus kranberri
  • Jus anggur
  • Lemonade

Sayuran

Semua jenis sayuran mempunyai beberapa potassium.Tetapi ada sayur-sayuran tertentu yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dari yang lain.Oleh itu ianya mesti dikurangkan atau dielakkan sama-sekali kerana pengambilan jumlah potassium yang sedikit boleh melindungi jantung anda.

Makanlah 2-3 hidangan sayuran yang rendah potassium setiap hari.Satu hidangan = 1/2 gelas

Pilihlah:

  • Brokoli
  • Kubis
  • Lobak
  • Kubus bunga
  • Saderi
  • Timun
  • Terung
  • Bawang Putih
  • Kacang panjang
  • Salad Air

Kurang atau elakkan:

  • Kentang (termasuk french fries,kerepek kentang da ubi jalar)
  • Tomato termasuk sos tomato
  • Labu
  • Asparagus
  • Buah avocado
  • Bayam dimasak

Pencuci Mulut

Bergantung kepada keperluan kalori anda,ahli diet anda boleh mengesyorkan pencuci mulut berkalori tinggi.Pai,biskut dan kuih-muih adalah pilihan terbaik(tetapi hadkan pencuci mulut berasaskan tenusu dan yang dihasilkan dari coklat,kacang dan pisang).Sekiranya anda seorang pesakit diabetis,berbincanglah dengan ahli diet anda tentang pilihan pencuci mulut yang rendah karbohidrat.

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Share