Tag Archives: punca kegagalan buah pinggang

Punca Tahap Potassium Darah Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kadar potassium darah tinggi, juga dikenali sebagai hyperkalemia, adalah perkara biasa di Amerika Syarikat. Kadar potassium darah yang sedikit tinggi biasanya tidaklah membahayakan, namun ia masih perlu dirawat supaya tidak menjadi teruk. Tahap potassium darah tinggi boleh menyebabkan keletihan otot, loya, lemah, denyutan jantung yang tidak normal dan lumpuh. Tahap potassium darah yang teruk boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian. Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Tahap potassium dalam darah yang tinggi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti ubat-ubatan tertentu, penyakit kelenjar adrenal dan buah pinggang tidak berfungsi.

Buah Pinggang Tidak Berfungsi

Buah pinggang tidak berfungsi boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, menyebabkan kadar potassium darah tinggi. Jenis buah pinggang tidak berfungsi termasuklah kegagalan buah pinggang kronik dan akut, penolakan pada buah pinggang baru, lupus nefritis dan glomerulonefritis. Penyakit obstruktif yang memberi kesan kepada saluran kencing, seperti urolithiasis, juga boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan tahap kalium darah tinggi. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubatan ini boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah meningkat dengan lebih banyak lagi. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk ubat diuretik pengganti potassium, penyekat ACE, penghalang reseptor angiotensin II dan ubat-ubatan anti-radang yang bukan steroid.

Luka Atau kecederaan Terbakar Yang Teruk

Kebakaran atau kecederaan yang teruk boleh menyebabkan tahap potassium dalam darah menjadi tinggi. Apabila seseorang mengalami jenis trauma, sel darah merah dimusnahkan. Pemusnahan sel-sel ini boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi.

Penyalahgunaan Alkohol atau Dadah

Penyalahgunaan alkohol dan dadah boleh menyebabkan tahap potassium darah menjadi tinggi. Apabila seseorang menyalahgunakan alkohol atau dadah, serat otot mereka akan rosak. Apabila telah rosak, potassium dilepaskan ke dalam aliran darah menyebabkan tahap potassium darah tinggi.

Penyakit Kelenjar Adrenal

Penyakit kelenjar adrenal boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi. Penyakit kelenjar adrenal yang boleh menyebabkan tahap potassium darah tinggi termasuk sindrom Cushing dan penyakit Addison. Sindrom Cushing menghasilkan kortisol yang terlalu banyak dan penyakit Addison tidak menghasilkan kortisol yang cukup. Dengan pengeluaran kortisol yang tidak seimbang ini, tahap potassium darah menjadi tinggi boleh berlaku.

=======================================
Sumber artikel : Causes of High Blood Potassium Levels
=======================================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-Kanak

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kedua-dua buah pinggang, yang mana kedua-duanya bersaiz sebesar genggaman, adalah organ berbentuk kacang yang terletak berhampiran dengan tengah belakang, tepat di bawah tulang rusuk. Ianya berfungsi untuk membuang sisa-sisa buangan dan air yang berlebihan dari darah. Disamping itu fungsi buah pinggang yang lain ialah:
Continue reading

Share

Struktur Buah Pinggang dan Fungsinya

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar semua?Mudah-mudahan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Bagaimana dengan info-info di blog ini?Adakah setakat ini ianya membantu anda untuk memahami tentang buah pinggang.Saya berharap walaupun tak banyak,kewujudan blog ini akan memberikan faedah kepada anda.

Ok,straight to the point,pada hari ini anda akan mengetahui pula tentang struktur buah pinggang dan fungsinya.

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.

Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.

Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.Sila lihat gambar sebelah kiri anda untuk lebih jelas tentang kedudukan tersebut(sumber gambar di sini).

Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.

Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.

Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil(sumber gambar klik di sini).

Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.

Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.

Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.

  • Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
  • Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
  • Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.

Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat :-)
*******************************************************************

Share