Anda pengunjung baru ke blog ini? Untuk makluman anda, artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya yang bertajuk “Apa Itu Kanser Buah Pinggang”. Jadi saya menggalakkan agar anda membaca artikel tersebut terlebih dahulu. Sila klik di sini untuk membaca. Terima kasih:)
Wilms Tumor (Nephroblastoma)
Nephroblastoma atau lebih dikenali dengan Wilms Tumor, kerapkali terjadi dikalangan kanak-kanak. Kanser jenis ini amat jarang terjadi pada orang dewasa.
Renal Sarcoma
Renal sarcoma adalah jenis kanser buah pinggang yang sangat jarang berlaku, iaitu kurang dari 1% daripada semua jenis tumor buah pinggang, yang mana ianya bermula dari salur darah atau tisu perantara buah pinggang.
Benign (tidak mempunyai sel barah/kanser) Tumor Buah Pinggang
Sesetengah tumor buah pinggang adalah benign (tidak mempunyai sel kanser). Ini bermaksud ianya tidak akan merebak ke bahagian badan yang lain walaupun tumor ini membesar dan mencetuskan masalah.
Tumor buah pinggang benign termasuklah renal cell adenomas, renal oncocytomas, dan angiomyolipomas. Tumor-tumor ini boleh dirawat dengan cara mengeluarkan tumor tersebut, menggunakan prosuder yang mana digunakan dalam rawatan kanser buah pinggang seperti radical nephrectomy, partial nephrectomy, radio frequency oblation (pembuangan tisu) dan arterial embolization.
Radical nephrectomy adalah prosuder pembuangan seluruh organ buah pinggang bersama-sama dengan lemak yang mengelilinginya dan kelenjar adrenal yang berhampiran. Manakala partial nephrectomy pula adalah prosuder pembuangan separuh daripada bahagian organ buah pinggang.
Pilihan rawatan adalah dipengaruhi oleh banyak faktor seperti saiz tumor, dan jika ianya menyebabkan sebarang simtom, berapa banyak tumor, samada tumor hadir kedua-dua belah buah pinggang dan juga tahap kesihatan keseluruhan pesakit.
Renal Adenoma
Renal adenoma merupakan benign tumor buah pinggang yang kerap berlaku. Ianya kecil, tumor yang membesar dengan perlahan-lahan, yang selalunya kelihatan melalui ujian imej seperti CT scan, apabila doktor melakukannya atas tujuan yang lain.
Melalui mikroskop, tumor ini kelihatan seperti tahap awal renal cell carcinoma. Kerana ianya sukar untuk dijelaskan secara berasingan, selalunya adenoma yang telah dikenalpasti akan dirawat sama seperti renal cell cancer (RCC).
Oncocytoma
Oncocytoma merupakan tumor buah pinggang yang benign yang mana kadang-kadang membentuk tumor yang agak besar. Seperti renal adenomas, ianya juga sukar untuk dijelaskan dari kanser buah pinggang. Kerana oncocytoma selalunya tidak merebak pada organ lain dan pembedahan selalunya dapat menyembuhkan penyakit ini.
Angiomyolipoma
Angiomyolipoma merupakan tumor buah pinggang benign yang jarang berlaku. Selalunya ia terjadi kepada mereka yang mengalami tuberous sclerosis, iaitu masalah genetik yang juga memberi kesan terhadap jantung, mata, paru-paru dan kulit.
Tumor ini terhasil daripada jenis tisu perantara yang berbeza-beza (salur darah, otot licin dan lemak). Jika tumor ini mengakibatkan sebarang simtom, ianya hanya perlu diawasi dengan lebih terperinci. Tetapi jika menimbulkan sebarang masalah (seperti sakit dan pendarahan), ianya haruslah dirawat.
Sumber rujukan artikel: Cancer.Org l What is kidney cancer?
Penafian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti nasihat profesional. Sila berjumpa dengan doktor yang berhampiran anda untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap kanser buah pinggang? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.

