Tag Archives: penyakit darah tinggi

Kurangkan Garam Untuk Kesihatan Buah Pinggang Anda

diet kurang garam perlu untuk menjaga fungsi buah pinggang

Diet yang kurang kandungan garam biasanya dikaitkan dengan pengurusan untuk penyakit tekanan darah tinggi dan juga jantung. Tetapi tahukah anda jika anda disahkan mengidap penyakit buah pinggang, doktor akan mencadangkan kepada anda supaya kurangkan pengambilan garam. Disebabkan terdapat pelbagai jenis dan tahap penyakit buah pinggang, doktor perlu menetapkan berapa banyakkah jumlah pengambilan garam yang selamat untuk anda berdasarkan rekod perubatan peribadi anda.

Fungsi Buah Pinggang

Buah pinggang pula memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan  anda. Ia membantu mengawal keseimbangan cecair, mengekalkan keseimbangan asid di dalam badan dengan betul, dan juga mengawal tahap sodium, potassium, klorida, kalsium, magnesium, sulfat, fosfat dan tahap hidrogen di dalam badan.

Oleh kerana buah pinggang mengawal tahap cecair dan garam, ia juga berfungsi untuk mengawal tekanan darah anda. Apabila buah pinggang anda berfungsi dengan normal, ia akan sentiasa memantau tubuh badan anda dan akan mengeluarkan mineral atau cecair yang berlebihan untuk memastikan keseimbangannya dikekalkan.

Jika buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis dan mengeluarkan sisa-sisa buangan dari badan, maka anda memerlukan rawatan, termasuklah mengurangkan garam di dalam diet. Ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengelakkan sebarang komplikasi.

Garam Dan Buah Pinggang Anda

Pengambilan kandungan garam yang terlalu banyak akan menyebabkan badan anda memerlukan lebih banyak  pengambilan cecair. Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk terus mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.

Tetapi apabila kandungan garam di dalam badan terlalu tinggi, sampai satu tahap buah pinggang anda tidak mampu lagi untuk mengekalkan keseimbangannya. Maka tahap garam dan cecair di dalam badan anda akan terus meningkat. Keadaan ini pula akan mengakibatkan berlakunya tekanan yang berlebihan terhadap dinding saluran darah dan menjadi punca berlakunya tekanan darah tinggi.

Dalam beberapa kes, tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah yang membekalkan darah kepada buah pinggang. Ini akan menyebabkan berlakunya satu keadaan yang dipanggil sebagai hipertensi nefrosklerosis, di mana ianya merupakan bentuk yang paling biasa untuk penyakit buah pinggang.

Pengambilan Garam Harian

Penyakit buah pinggang boleh juga disebabkan oleh kencing manis kerana tahap gula di dalam darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan kebanyakan organ-organ badan, termasuklah buah pinggang. Walaupun jarang berlaku, terdapat gangguan genetik dan keadaan-keadaan keradangan yang boleh juga menghalang buah pinggang dari berfungsi dengan betul.

Tidak kiralah apa puncanya, adalah penting bagi pesakit buah pinggang menghadkan pengambilan garam tidak lebih daripada 2300 mg setiap hari, bersamaan dengan satu sudu teh. Oleh kerana keperluan garam untuk setiap individu adalah berbeza, doktor boleh mencadangkan sukatan yang lebih rendah untuk anda.

Tahap-Tahap Penyakit Buah Pinggang

Jumlah pengambilan garam yang selamat sebahagiannya adalah bergantung kepada tahap penyakit buah pinggang anda. Doktor akan melakukan beberapa ujian untuk menentukan apakah buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan apakah rawatan terbaik yang boleh diambil.

Pada tahap permulaan penyakit buah pinggang, pengambilan ubat-ubatan dan perubahan diet yang sederhana mungkin cukup untuk mengawal keadaan anda, tetapi jika penyakit buah pinggang anda berada di tahap akhir, mungkin memerlukan rawatan dialisis dan satu pelan diet yang lebih ketat.

Di peringkat awal penyakit buah pinggang mungkin tiada tanda-tanda amaran atau pun gejala-gejala, jadi pemeriksaan secara kerap perlu dilakukan untuk menentukan rawatan, contohnya seperti mengurangkan pengambilan garam. Rawatan sebegini perlu dimulakan ketika penyakit buah pinggang masih diperingkat awal dan mudah untuk dirawat.

Sumber rujukan: LiveStrong.com: Salt Limit For Kidney Disease

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share
kidney-test

3 Ujian Mudah Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang

Tahukah anda bahawa Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang – jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima.

Malah ramai lagi termasuk anda sebenarnya sangat berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Dan yang paling mendukacitakan ialah kebanyakan dari mereka ini tidak tahu tentang risiko tersebut.

Sebagai blog bahasa melayu perintis tentang penyakit buah pinggang, artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia saya, 3 ujian mudah yang boleh dan patut anda lakukan untuk mengesan apakah anda mempunyai penyakit buah pinggang atau tidak.

Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kedua paling tinggi menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Kesimpulannya tekanan darah tinggi boleh menjadi sebab atau akibat.

Jika bacaan tekanan darah tinggi anda ialah 140/90 atau lebih, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi. Jika anda mempunyai diabetis atau penyakit buah pinggang, bacaan yang disyorkan ialah bawah daripada 130/80. Adalah penting untuk anda memastikan agar tekanan darah anda terkawal bagi mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang, jantung, penyakit saluran darah dan strok.

Urinalisis

Urinalisis adalah satu ujian untuk memeriksa sampel air kencing anda bagi melihat jumlah protein, darah (sel darah merah dan putih), dan perkara-perkara lain. Protein dan sel darah merah atau putih sepatutnya tidak ditemui di dalam air kencing anda. Jadi sekiranya wujud protein atau sel darah merah/putih, ini menunjukkan mungkin buah pinggang anda bermasalah.

Mempunyai kandungan protein adalah tanda-tanda awal yang menunjukkan buah pinggang anda bermasalah, terutamanya jika anda mengidap diabetis. Beberapa ujian lain juga boleh dilakukan untuk melihat kehadiran protein di dalam urin.

Salah satu ujian tersebut ialah menisbahkan kandungan protein kepada kreatinin. Kaedah ini adalah yang paling tepat untuk mengukur jumlah protein di dalam air kencing. Sekiranya keputusan ujian menunjukkan 200mg/gm atau kurang, maka ia adalah normal.

Sebaliknya jika keputusan menunjukkan 200mg/gm atau lebih, maka ianya dikira tinggi. Satu lagi ujian, iaitu albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, adalah sesuai kepada mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang, mereka yang mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mengidap diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Nilai yang menunjukkan kurang daripada 30mg/gm adalah normal untuk ujian albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, jika sebaliknya maka ianya dianggap tinggi dan mungkin salah satu dari tanda-tanda penyakit buah pinggang.

Dengan melakukan salah satu dari ujian ini, anda tidak perlu untuk mengumpul sampel air kencing selama 24 jam.

GFR

GFR dianggarkan daripada keputusan ujian serum (atau darah). Ianya dilakukan untuk menilai sebaik mana buah pinggang anda mengeluarkan sisa-sisa buangan yang tidak diperlukan daripada badan.

Ianya adalah cara terbaik untuk melihat fungsi buah pinggang anda. Ujian serum (atau darah) tidak sesuai untuk melihat fungsi buah pinggang. GFR dikira menggunakan serum kreatinin dan juga faktor-faktor lain, contohnya umur dan jantina.

Pada peringkat awal penyakit buah pinggang GFR mungkin berada pada tahap yang normal. Nilai 60 atau lebih adalah normal (GFR akan berkurangan mengikut usia). Jika nilai GFR adalah kurang dari 60, berkemungkinan ia menunjukkan buah pinggang anda bermasalah.

Cuba berbincang dengan doktor anda tentang ujian GFR. Sekiranya anda berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang (mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang), anda perlu mengetahui jika anda mempunyai penyakit buah pinggang.

Cuba bertanya kepada doktor anda tentang ketiga-tiga ujian ini. Ia sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini kerana jika anda mempunyai penyakit buah pinggang diperingkat awal, ia boleh dirawat dengan segera. Ingat, penyakit buah pinggang perlu dirawat pada peringkat awal bagi mengelakkan ianya bertambah teruk.

Sumber: National Kidney Foundation – Three Simple Test To Check For Kidney Disease

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Mengapa Berlakunya Tekanan Darah Sistolik Yang Tinggi?

Tekanan darah sistolik, iaitu bacaan dibahagian atas untuk tekanan darah, adalah merujuk kepada tekanan di dalam saluran darah apabila jantung anda berdegup. Jika bacaan darah sistolik anda melebihi dari 140mmHg, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah sistolik tinggi. Bagi kebanyakan kes, punca khusus yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian masih belum diketahui. Namun faktor risikonya adalah disebabkan oleh kencing manis, merokok dan juga berat badan yang berlebihan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya bacaan sistolik anda menjadi tinggi. Antaranya ialah amalan merokok atau mengambil decongestant, iaitu ubat untuk melegakan selsema. Ada antaranya yang kronik seperti hipertensi essential atau penyakit buah pinggang. Menurut sumber dari National Heart Lung Blood Institute, mempunyai bacaan sistolik yang tinggi, adalah satu keadaan yang dipanggil isolated systolic hypertension, merupakan jenis yang paling biasa berlaku kepada anda yang berumur lebih dari 60 tahun.

Hipertensi Essential

Pada Januari 2000 dalam isu “Circulation”, Dr. Oscar Carretero dan Suzanne Oparil telah mendefinisikan hipertensi essential sebagai “tekanan darah tinggi di mana punca kedua tidak wujud”.Hipertensi essential juga disebut sebagai hipertensi primer atau idiopathic dan adalah punca utama tekana darah tinggi yang dianggarkan 95% orang mengidapnya.

Isolated Systolic Hypertension

Isolated Systolic Hypertension adalah satu bentuk hipertensi essential di mana hanya tekanan darah sistolik sahaja yang tinggi. Dianggarkan 65% orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dikalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai isolated systolic hypertension.

Lain-Lain Diagnostik Perubatan

Menurut Seventh Report of the Joint National Commission on Prevention, Detection, Evaluation and Treatment of High Blood Pressure, yang diterbitkan pada Mei 2003 pada isu “Journal of the American Medical Association”, mereka yang mempunyai penyakit lain atau pun keadaan perubatan juga boleh mendapat tekanan darah sistolik yang tinggi. Contohnya mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, masalah tidur apnea obstruktifprimary aldosteronism, pheochromocytoma, penyakit tiroid dan paratiroid atau sindrom Cushing.

Sumber: 

  • http://www.livestrong.com/article/206485-reasons-for-high-systolic-blood-pressure/

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Delivered by FeedBurner

Share

Bagaimana Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Diet Anda?

Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi, adalah peningkatan tekanan darah pada dinding arteri. Jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan berlakunya penyakit merbahaya seperti jantung dan strok. Ia juga boleh merosakkan buah pinggang anda. Walaupun penyakit ini tidak berkait dengan unsur genetik, tekanan darah tinggi biasanya akan terjadi dalam tempoh beberapa tahun. Dalam kebanyakan kes, anda yang mengamalkan pengambilan diet yang rendah nutrien, makanan yang diproses yang tinggi kandungan lemak, gula dan sodium. Oleh itu, membuat perubahan di dalam diet anda dapat membantu mengawal tekanan darah anda. Langkah-langkah yang saya kongsikan di bawah dapat membantu anda.

Langkah 1:

Kurangkan pengambilan diet yang tinggi kandungan garam (sodium). Menurut kajian, anda sebenarnya boleh mendapatkan kandungan garam yang mencukupi dalam diet yang anda makan. Ini kerana kandungan garam yang tinggi datangnya dari makanan yang diproses yang menggunakan garam sebagai perisa tambahan dan juga pengawet. Pastikan anda selalu membaca pada label makanan yang diproses untuk mengetahui berapa jumlah garam yang anda makan setiap hari.

Langkah 2:

Makan makanan yang kaya dengan kandungan potassium, contohnya seperti pisang, oren dan tomato. Menurut National Institutes of Health, diet yang boleh membantu menjaga tekanan darah tinggi sepatutnya menekankan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan potassium. Elakkan dari menggunakan potassium tambahan dan pengganti garam yang mengandungi potassium, melainkan ianya telah ditetapkan oleh doktor anda. Potassium tambahan boleh berinteraksi dengan beberapa jenis ubat-ubatan dan penyakit tertentu. Yang terbaik ialah dapatkan potassium dari diet harian anda.

Langkah 3:

Kurang atau elakkan terus pengambilan kafein dari diet harian anda. Kafein akan menyebabkan peningkatan sementara pada tekanan darah anda selepas ianya diambil. Jadi sekiranya anda mengamalkan pengambilan kafein secara berterusan dalam diet, kesan yang lebih buruk dari sementara boleh  berlaku. Menurut Mayo Clinic, mereka yang mengamalkan pengambilan kafein secara berterusan, lebih berisiko mendapat tekanan darah tinggi dari mereka yang tidak mengambil kafein.

Langkah 4:

Gantikan makanan yang diproses, tinggi lemak, makanan yang tinggi kandungan gula dengan buah-buahan segar atau beku, sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga daging tanpa lemak. Elakkan pengambilan lemak tepu dan gunakan lemak yang sihat seperti kanola dan minyak zaitun. Selain itu hadkan pengambilan sejumlah lemak dalam deit harian anda. Sebaiknya lemak perlu diambil sebanyak 30% atau kurang daripada pengambilan kalori harian anda. Kira keperluan kalori harian anda, kemudian anggarkan dari jumlah tersebut berapa yang sepatutnya anda ambil dalam bentuk lemak. Makanan yang diproses boleh meningkatkan tekanan darah anda, kosong kandungan kalori dan tidak mengandungi serat. Dengan mengamalkan buah-buhan, sayur-sayuran dan bijirin penuh boleh akan mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan jumlah serat dalam diet anda.

Bagaimana dengan diet anda?

Jadi selepas ini anda dapatlah mengawal tekanan darah tinggi hanya dengan mengamalkan diet sihat seperti yang saya kongsikan dalam langkah di atas. Ingat, dengan mengawal tekanan darah akan menjadikan buah pinggang anda berada dalam keadaan yang sihat.

Rujukan:

  • http://livestrong.com : How to take care of high blood pressure with diet

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

 

Share

Anda Hamil? Awasi Tanda Penyakit Buah Pinggang Menjelang Kehamilan

Adakah anda sedang hamil dan tidak sabar menunggu saat-saat kelahiran bayi anda? Tunggu dulu kerana anda lebih perlu untuk memerhatikan tanda-tanda yang akan disebutkan di bawah. Kerana ia mungkin menjadi tanda anda mengidap penyakit buah pinggang.

Perubahan yang berlaku pada badan wanita disebabkan kehamilan boleh menyebabkan gangguan tertentu, termasuk penyakit buah pinggang. Preeclampsia atau tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan dan jangkitan yang teruk di saluran kencing, kedua-duanya boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang semasa mengandung.

Tahukah anda bahawa wanita yang mempunyai masalah buah pinggang sebelum mengandung adalah lebih berisiko untuk mempunyai masalah buah pinggang ketika mengandung. Terdapat banyak tanda-tanda penyakit buah pinggang yang biasa berlaku ketika anda sedang mengandung, tetapi kebanyakan gangguan tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala. Jadi langkah pencegahan yang terbaik ialah sentiasa lakukan pemantauan kesihatan termasuk fungsi buah pinggang dan tekanan darah anda.

Tahap kreatinin yang tinggi dalam urin

Salah satu tanda penyakit buah pinggang ketika saat kehamilan ialah tahap kandungan keratinin yang tinggi di dalam urin anda. Kreatin adalah asid amino yang penting untuk otot yang sihat. Apabila asid amino ini dipecahkan di dalam buah pinggang, ia bertukar menjadi kreatinin.

Ini adalah kadar penapisan glomerular, iaitu cara yang digunakan untuk mengukur fungsi buah pinggang. Julat normal perkumuhan kreatinin adalah 500 hingga 2,000 miligram (mg), bergantung kepada umur dan indeks jisim badan wanita. Semasa anda mengandung, lebih banyak darah ditapis melalui buah pinggang, dan ini akan menyebabkan beban pada buah pinggang untuk menjalankan fungsinya.

Keadaan ini juga akan menyebabkan keboleh-resapan glomerulus, iaitu saluran darah di dalam buah pinggang yang berfungsi sebagai penapis, menurun. Ia akan menjadikan tahap kreatinin dalam air kencing menjadi lebih tinggi, menjadi tanda penyakit buah pinggang atau juga kegagalan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi

Sekiranya anda wanita yang mengalami tekanan darah tinggi ataupun preeclampsia, pemeriksaan fungsi buah pinggang perlu dilakukan ketika anda sedang mengandung. Tekanan darah tinggi akan merosakkan sistem vaskular badan, termasuk juga saluran darah yang berada di dalam buah pinggang anda. Ini akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan betul dan menyebabkan peningkatan cecair yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

Risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung adalah lebih tinggi bagi wanita yang berlebihan berat badan, yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai hipertensi atau multiparous, iaitu yang mengandung lebih dari satu janin.

Jangkitan saluran air kencing

Jangkitan saluran kencing yang berlaku ketika anda sedang mengandung boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang. Pada tahun 2007, satu artikel yang ditulis oleh Dr Kevin Krane di dalam American Journal of Kidney Diseases, beliau telah menjelaskan bahawa jangkitan pada saluran kencing boleh membawa kepada jangkitan buah pinggang sebanyak 33% daripada kes yang dilaporkan. Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun kadar jangkitan saluran kencing pada wanita yang tidak hamil dan wanita hamil adalah sama, jangkitan yang berlaku pada wanita hamil adalah lebih serius dan perlu dirawat dengan segera. Ini kerana jangkitan saluran kencing ketika hamil boleh menyebabkan berlakunya kegagalan buah pinggang dan juga kelahiran bayi tidak cukup berat.

Jadi bagaimana dengan anda? Anda sedang mengandung dan mempunyai tanda-tanda di atas? Buat pemeriksaan awal supaya anda dan bayi akan sihat sepanjang hayat.

Sumber : http://www.livestrong.com/article/199241-signs-of-kidney-disease-during-pregnancy/
 

Ditulis oleh: Abdullah Idris.
Abdullah Idris di
facebook dan twitter.
Anda ingin sihat? Dapatkan tip kesihatan bersama produk cellfood.

Anda ingin artikel seperti ini? Langgan terus melalui emel:

Mengapa perlu daftar?
Share

Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 1)

Tekanan darah tinggi adalah keadaan yang  biasa berlaku pada kanak-kanak yang mengidap penyakit buah pinggang kronik (CKD). Disebabkan usia mereka yang muda, apabila mereka mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik, terdapat risiko yang tinggi bahawa kanak-kanak ini akhirnya mungkin mempunyai masalah jantung dan penyakit buah pinggang kronik yang semakin teruk.

Sebab itu sangat penting untuk anda sentiasa memeriksa tekanan darah tinggi anak-anak anda sekiranya mereka mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Pengesanan awal dan rawatan tekanan darah tinggi boleh membantu untuk mengurangkan komplikasi. Artikel ini ditulis untuk ibubapa yang anak-anak mereka mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Continue reading

Share

Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Yang Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan buangan di dalam badan anda. Biasanya, buah pinggang yang sihat akan menapis kreatinin daripada aliran darah anda. Jika anda mempunyai tahap kreatinin yang tinggi, ini menunjukkan bahawa buah pinggang anda mempunyai masalah. Fungsi buah pinggang boleh terjejas dari penyakit buah pinggang kronik atau kegagalan buah pinggang akut. Jika anda didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang akut, anda mungkin dapat memulihkan fungsi buah pinggang penuh. Kegagalan buah pinggang kronik memerlukan rawatan yang berterusan. Untuk merawat fungsi buah pinggang yang telah terjejas, anda perlu merawat punca-punca asas masalah buah pinggang anda. Fungsi buah pinggang mungkin berkurangan disebabkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nephrectomy (penyingkiran buah pinggang) adalah satu prosedur pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian buah pinggang.

Apabila seorang pakar bedah mengeluarkan seluruh buah pinggang, prosedur tersebut dipanggil nephrectomy lengkap atau radikal. Dengan nephrectomy separa, pakar bedah akan membuang tisu yang berpenyakit dari buah pinggang dan meninggalkan tisu yang sihat di tempat asalnya.
Continue reading

Share

Penyakit Jantung & Kaitannya Dengan Buah Pinggang?



Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit jantung adalah masalah yang sering berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. Walaupun penyakit jantung di Amerika telah menurun sejak 30 tahun terakhir, namun pengurangan ini tidak dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang dalam kemungkinan untuk mempunyai penyakit jantung atau pun kegagalan pada fungsi jantung.

Continue reading

Share