Tag Archives: penyakit buah pinggang

Anda Pengidap Nefrotik Sindrom? Ketahui Bagaimana Selsema Boleh Menyebabkan Penyakit Anda Berulang

elakkan selsema jika anda pengidap nefrotik sindrom

Apabila seorang pesakit nefrotik sindrom mendapat jangkitan selsema, tidak lama selepas itu penyakit nefrotim sindrom akan kembali berulang. Kemudian, proteinuria, edema dan simtom yang berkaitan dengan nefrotik sindrom juga akan muncul.

Masalah nefrotik sindrom yang kerap berulang akan memburukkan lagi fungsi buah pinggang anda. Oleh itu, amat penting sekiranya anda mengelakkan dari mendapat selsema dan mengurangkan pengulangan nefrotik sindrom.

Jadi, bagaimana selsema boleh menyebabkan masalah nefrotik sindrom yang anda hidapi kembali berulang?

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik. Akan berlaku kesilapan pada sistem imun di mana ianya akan menyerang tisu buah pinggang yang sihat.

Untuk memastika nefrotik sindrom dalam keadaan terkawal, sistem imuniti akan disekat dengan penggunaan ubat immunosuppresive. Apabila anda mendapat selsema, sistem imun akan semulajadi diransang untuk menyerang jangkitan tersebut.

Akibatnya, sistem imuniti akan menyerang buah pinggang dan sekali lagi akan mencetuskan berlakunya inflamasi (keradangan) pada ginjal. Buah pinggang akan menapis protein semula.

Oleh itu, dengan mengelakkan dari berlakunya selsema dan jangkitan boleh membantu mengurangkan masalah nefrotik sindrom daripada berulang. Dalam masa yang sama, beberapa langkah di bawah juga boleh membantu menghalang masalah nefrotik sindrom anda daripada berulang.

Senaman

Senaman ringan dapat membantu anda meningkatkan sistem imuniti dan menghalang selsema dan virus atau bakteria dari menyerang tubuh. Ia akan mengurangkan nefrotik sindrom dari berulang dengan berkesan.

Patuhi arahan doktor

Pesakit dengan nefrotik sindrom haruslah mematuhi arahan yang telah diberikan oleh doktor dengan sebaik-baiknya. Pesakit tidak seharusnya mengurangkan atau berhenti mengambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Rawatan

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imuniti yang tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya sistem imuniti ini diperbetulkan, penyakit tersebut tidak akan berulang.

Immuno-terapi boleh menghalang inflamasi pada buah pinggang dan memperbetulkan sistem imuniti dengan berkesan. Oleh kerana itu, ia boleh menghalang masalah nefrotik sindrom dari berulang.

Oleh kerana selsema adalah faktor risiko berulangnya masalah nefrotik sindrom, pesakit haruslah mengambil langkah pencegahan dengan lebih efektif untuk menghalang dari berlakunya selsema.

Sumber: kidneyabc.com : Why Does Cold Lead to Nephrotic Syndrome Relapse?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share
nail sign for kidney

Penyakit Buah Pinggang:Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda?

Tahukah anda bahawa kuku selalunya dapat menunjukkan perubahan tertentu yang menandakan keadaan yang tertentu. Menurut American Association of Kidney Patients, penyakit buah pinggang juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kuku yang tersendiri. Perubahan pada jari dan kuku kaki adalah disebabkan oleh pembentukan bahan buangan nitrogen yang berlaku kepada pesakit buah pinggang. Selain itu, malnutrisi dan pengambilan ubat-ubatan juga boleh membawa kepada perubahan kuku. Oleh itu, jika anda merupakan seorang pesakit, anda perlu memberitahu doktor tentang sebarang perubahan yang berlaku pada kuku anda.

Lekukan Lurus Merentasi Kuku

beau's line at fingerSalah satu jenis perubahan yang berlaku pada kuku dipanggil sebagai garisan Beau. Kedudukan garisan beau selalunya melintang merentasi permukaan kuku dan akan merosakkan kuku. Garisan beau terjadi akibat dari penyakit akut yang mengganggu pertumbuhan kuku. Keadaan ini boleh dilihat juga pada penyakit akut yang lain, selain dari penyakit buah pinggang.

Kuku Berbatas

Satu lagi jenis perubahan kuku yang boleh dilihat pada pesakit buah pinggang ialah koilonychia. Bagi jenis ini, kuku anda akan kelihatan berbentuk seperti sudu dan cengkung. Perubahan jenis ini dikaitkan dengan penyakit anemia akibat kekurangan zat besi, yang kebiasaanya berlaku pada pesakit buah pinggang.

koilonychia nails

 Jalur-Jalur Putih & Berbintik

Jenis ini dikenali sebagai leukonychia, di mana kuku anda akan mempunyai jalur-jalur putih dan berbintik-bintik. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik.

Kuku Separuh

Satu lagi bentuk perubahan yang boleh dilihat berlaku pada pesakit ialah bentuk kuku yang dipanggil sebagai Lindsay’s nails. Untuk jenis ini, bahagian proksimal kuku anda akan berwarna putih dan bahagian distal akan berwarna coklat. Menurut  American Association of Kidney Patients, bengkak pada lapisan kuku menyebabkan sebahagian daripada kuku berwarna putih.

Kuku Rapuh

Menurut University of Maryland Medical Center, kuku rapuh juga biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang dan juga anemia disebabkan kekurangan zat besi. Selain itu keadaan ini dikaitkan dengan faktor dan tanda penuaan.

 

Sumber: LiveStrong.com – Signs Of Kidney Disease In Fingernails

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

4 Sebab Berlaku Pembengkakan Pada Buah Pinggang Bayi (bah. 1)

kredit foto : livestrong.com

Pembesaran buah pinggang atau satu keadaan yang dipanggil sebagai hidronefrosis, boleh berlaku kepada bayi anda, samada di dalam rahim atau pun selepas dari kelahirannya. Keadaan ini adalah masalah yang paling kerap dijumpai setelah dilakukan pemeriksaan ultrasound terhadap bayi di dalam rahim, seperti yang dicatatkan oleh National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Buah pinggang, iaitu sepasang prgan berbentuk kacang, menghasilkan air kencing dari air yang berlebihan dan bahan buangan yang ditapis dari darah. Air kencing akan melalui saluran kencing ke luar badan. Kecacatan struktur mungkin berlaku semasa pembentukan saluran kencing, dan kecacatan ini boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan buah pinggang bayi menjadi besar.

1) Benjolan Dalam Saluran Kencing

Ureter, iaitu sepasang tiub yang berfungsi diantara buah pinggang dan pundi kencing, mungkin mengalami ketidaknormalan yang mengakibatkan penyumbatan aliran air kencing. Dibahagian hujung bawah ureter boleh berlakunya benjolan yang dipanggil ureterocele yang ke bahagian dalam pundi kencing. Perkara ini telah dijelaskan oleh  National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Bahagian ureter yang tergelincir ke hadapan itu boleh menghalang proses pengaliran air kencing dan menyebabkan dan menyebabkan urin terkumpul di dalam saluran kencing dan buah pinggang, dan keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang membesar. Satu prosuder pembedahan yang dilakukan boleh memperbaiki kerosakan tersebut.

2) Halangan Dalam Saluran Kencing

Selain itu bayi anda juga boleh mengalami  asalah pembengkakan buah pinggang kerana berlakunya halangan di dalam saluran air kencing, dipanggil congenital ureteropelvic junction, atau UPJ. Bayi yang mengalami halangan UPJ ini, ureter mereka akan membesar dengan sempit di tempat di mana ia berhubung dengan buah pinggang. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran air kencing diantara buah pinggang dan pundi kencing, dan air kencing akan terkumpul di dalam buah pinggang, yang akhirnya menyebabkan  buah pinggang membengkak. The Merck Manual for Healthcare Professionals telah mengatakan bahawa halangan UPJ boleh berkembang perlahan-lahan dan boleh menyebabkan sebahagian dari pengaliran air kencing tersumbat. Dalam kes seperti ini, buah pinggang tidak akan mengalami sebarang kesan kekal, tetapi dalam beberapa kes penyumbatan yang lebih teruk, keadaan ini akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, seperti yang dijelaskan oleh Children’s Hospital Boston.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/203511-reasons-for-an-enlarged-kidney-in-babies/

 

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Saya menghormati privacy anda.
Share

Apakah Perbezaan Jenis-Jenis Nefrotik Sindrom?

 

Salah satu cara untuk mengkategorikan jenis-jenis nefrotik sindrom ialah dengan melihat kepada apa yang menyebabkan berlakunya gejala ini.

1) Idiopatik Nephrotic Sindrom

Nefrotik sindrom jenis ini ialah jenis yang kebanyakan kanak-kanak mengidapnya. Ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Continue reading

Share

Apakah Maksud Protin Di Dalam Darah Anda Rendah?

Protin adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Setiap aktiviti tubuh badan kita dijalankan oleh protein, tanpa protin badan kita seumpanya runtuh seperti runtuhnya keluli pada bangunan tinggi.

Protin terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.

Protin juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protin akan bergabung dengan molekul antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan.

Continue reading

Share

Rawatan Tumor Wilms Mengikut Jenis & Tahap (bahagaian 2)

Dalam artikel yang lalu anda telah pun mengetahui rawatan tumor wilms pada tahap pertama dan kedua. Jadi dalam artikel kali ini mari kita lihat bagaimanakah rawatan untuk tahap yang seterusnya.

Tahap 3

Pada tahap ini tumor tidak dikeluarkan sepenuhnya dengan pembedahan. Ini disebabkan oleh faktor saiz atau lokasi mereka atau atas sebab-sebab lain. Dalam sesetengah kes, pembedahan untuk membuang tumor (nephrectomy radikal) boleh ditangguhkan sehingga rawatan lain mampu untuk mengecutkan tumor pertama (lihat bawah).

Histologi menggalakkan: Rawatan biasanya akan bermula dengan pembedahan jika ia boleh dilakukan, diikuti oleh terapi radiasi abdomen selama beberapa hari. Ini diikuti oleh kemoterapi dengan 3 jenis ubat (actinomycin D, vincristine, dan doxorubicin) selama kira-kira 6 bulan.

Histologi tidak menggalakkan dengan tumpuan anaplasia (sedikit sahaja): Rawatan bermula dengan pembedahan jika ia boleh dilakukan, diikuti oleh terapi radiasi abdomen selama beberapa hari. Ini diikuti oleh kemoterapi, biasanya dengan 3 jenis ubat (actinomycin D, vincristine, dan doxorubicin) selama kira-kira 6 bulan.

Histologi menguntungkan dengan anaplasia meresap (meluas): Rawatan bermula dengan pembedahan jika ia boleh dilakukan, diikuti oleh terapi radiasi abdomen selama beberapa hari. Kemudian diikuti oleh kemoterapi, biasanya dengan ubat vincristine, doxorubicin, etoposide, cyclophosphamide, dan carboplatin, bersama-sama dengan mesna (iaitu sejenis ubat yang melindungi pundi kencing dari kesan cyclophosphamide). Kemoterapi berlangsung selama kira-kira 6 bulan.

Continue reading

Share

Apakah Dia Tumor Wilms?

Di dalam banyak-banyak jenis kanser yang terdapat di dunia ini, terdapat juga kanser yang melibatkan organ buah pinggang. Dan diantara salah satu dari penyakit yang tergolong dalam kanser buah pinggang ialah tumor Wilms. Pernahkah anda mendengar tentang tumor ini? Kalau belum mengetahuinya maka artikel kali ini akan saya kongsikan dengan anda tentang tumor Wilms.

Apakah tumor Wilms?

Tumor Wilms adalah sejenis kanser melibatkan organ buah pinggang yang jarang-jarang berlaku dan ianya menyerang golongan kanak-kanak. Tumor ini akan menyerang hanya pada satu organ buah pinggang dan juga boleh menyerang kedua-duanya sekali. Selalunya kanak-kanak yang mempunyai keadaan genetik tertentu atau mengalami kecacatan ketika waktu kelahiran adalah mereka yang berisiko tinggi mengidap tumor Wilms ini. Dan kanak-kanak yang berisiko mengidap kanser ini perlulah diperiksa setiap tiga bulan sehinggalah umur merka mencapai usia lapan tahun. Continue reading

Share

Nefrotik Sindrom Dikalangan Kanak-Kanak

 

Nefrotik sindrom adalah merujuk kepada suatu keadaan di mana buah pinggang anda mengalami kebocoran dari darah ke dalam air kencing. Bagi kalangan kanak-kanak nefrotik sindrom mungkin berlaku hanya sementara, dan boleh jadi ianya merupakan petanda awal kepada kemungkinan berlakunya kerosakan buah pinggang.

Apakah nefrotik sindrom?

Buah pinggang yang sihat fungsinya ialah menapis bahan buangan dan cecair yang berlebihan dari darah anda. Badan anda akan mengeluarkan sisa buangan dan cecair yang berlebihan sebagai air kencing. Di dalam masalah nefrotik sindrom, kandungan protin yang kebiasaannya kekal di dalam darah akan dikeluarkan bersama-sama dengan sisa buangan dan cecair berlebihan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan masalah kerana tubuh badan anda memerlukan kandungan protin.

Continue reading

Share

Adakah Gout Mempunyai Kaitan Dengan Buah Pinggang?

Anda seorang pengidap gout? Tahukah anda bahawa penyakit gout mempunyai kaitan dengan masalah buah pinggang? Jawapannya ialah YA, memang penyakit gout mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang. Artikel kali ini akan kongsikan dengan anda kaitan diantara dua penyakit tersebut.

Satu kajian yang disiarkan dalam The American Journal of Kidney Disease yang menganalisis kaitan antara penyakit gout dan penyakit buah pinggang, menyimpulkan bahawa gout dan penyakit buah pinggang berkongsi penyebab mekanisme patofisiologi yang sama.

Continue reading

Share