Tag Archives: penyakit batu karang

Apakah Punca Batu Karang Anda Berulang?

kidney stones

kredit foto: livestrong.com

Batu karang berlaku apabila mineral di dalam air kencing menjadi sangat pekat dan bertukar menjadi kristal. Menurut laporan dari Kidney Stone Web Site, apabila anda telah mempunyai batu karang, terdapat sehingga 70% hingga 80% peluang penyakit batu karang anda akan berulang. Walaupun punca-punca tertentu yang boleh menyebabkan penyakit batu karang berulang tidak diketahui, namun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkat risiko tersebut.

Umur, Jantina & Etnik

Faktor-faktor seperti umur, jantina dan etnik boleh menyumbang kepada kekerapan pembentukan batu karang. Anda yang pernah mempunyai batu karang pada usia muda, adalah lebih cenderung untuk mempunyai batu karang berulang.

Selain itu faktor jantina juga boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang berulang. Golongan lelaki adalah lebih berisiko untuk mempunyai batu karang berbanding golongan wanita.

Risiko lelaki mempunyai batu karang akan meningkat dengan lebih ketara selepas menjangkau umur 40-an dan akan terus meningkat apabila menjangkau umur 70-an. Risiko batu karang untuk golongan wanita pula biasanya akan menurun apabila mencapai usia 50-an.

Dan faktor terakhir adalah faktor keturunan yang memainkan peranan  penting dalam pembentukan semula batu karang. Orang-orang Kaukasia adalah lebih cenderung mempunyai batu karang berbanding etnik-etnik lain.

Pengambilan Cecair Yang Tidak Mencukupi

Salah satu faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan batu karang berulang ialah pengambilan jumlah cecair yang tidak mencukupi.

Sekiranya anda berterusan kurang meminum air, in akan mengurangkan jumlah air kencing dan akan meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing yang menyebabkan pembentukan karang, sekaligus akan meningkatkan pembentukan batu karang berulang.

Jangkitan & Keadaan

Kekerapan berlakunya jangkitan pada saluran kencing anda boleh meningkatkan risiko pembentukan jenis-jenis tertentu batu karang.

Lain-lain keadaan perubatan pula ialah seperti asid reflux, penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan usus, penyakit buah pinggang fibrosis, penyakit usus dan penyakit tulang adalah keadaan yang dikaitkan dengan peningkatan pembentukan batu karang berulang.

Gangguan Keturunan

Gangguan keturunan yang tertentu yang berlaku di dalam keluarga boleh meningkatkan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Salah satu penyakit keturunan yang jarang ialah renal tubular acidosis, iaitu peningkatan asid dalam urin, yang membantu dalam pembentukan batu karang.

Cystinuria pula adalah satu keadaan gangguan metabolik yang diwarisi yang mengakibatkan peningkatan tahap cystine di dalam darah dan urin, yang menjadi punca pembentukan batu karang cystine.

Satu lagi jenis gangguan metabolik keturunan ialah hyperoxaluria, iaitu peningkatan tahap garam oxalate di dalam badan, yang bergabung dengan kalsium dan membentuk batu karang. 

Hypercalciuria pula boleh menyebabkan peningkatan kalsium dan akan berkumpul di dalam badan dan akan meningkatkan kekerapan pembentukan batu karang. Manakala hyperuricosuria pula akan meningkatkan tahap asid urik di dalam air kencing, yang membawa kepada pembentukan batu karang asid urik.

Sumber : What Are The Causes Of Recurrent Kidney Stones?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Simptom Batu Karang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Batu karang terhasil daripada mendapan-mendapan kecil mineral yang membentuk batu-batu keras di dalam buah pinggang. Batu karang terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan yang berlaku di dalam air kencing, sebagai sebatian seperti urik asid dan kalsium yang terkumpul dan mula mendap. Simptom batu karang tidak akan dirasai sehingga batu tersebut bergerak ke dalam tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing, seterusnya saluran kencing dan mula bergerak melaluinya. Proses ini, yang dikenali sebagai “pengeluaran batu,” menghasilkan gejala yang amat menyakitkan. Dan kemungkinan akan menyebabkan berlakunya kencing berdarah.

Kesakitan

Simptom batu karang yang pertama berlaku dalam kebanyakan kes, ialah kesakitan yang amat sangat apabila batu karang bergerak ke dalam saluran kencing. Kesakitan adalah disebabkan oleh otot-otot di dinding saluran kencing berusaha untuk menolak batu melalui pundi kencing.

Continue reading

Share

Tanda Batu Karang Pada Wanita

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan  di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian sulit.

Continue reading

Share

Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Batu karang yang berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang dirasakan. Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karang mungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang, pangkal paha, atau kemaluan.

Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Memulihkan Kerosakan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kerosakan buah pinggang adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa kemerosotan dalam fungsi buah pinggang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan atau kecederaan, termasuk kencing manis, jangkitan, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, batu karang, komplikasi transfusi dan penyakit autoimun. Walaupun beberapa bentuk kerosakan buah pinggang akan kembali pulih, bentuk kerosakan yang lain hanyalah boleh diperlahankan tetapi tidak dapat disembuhkan.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Continue reading

Share

Pemeriksaan Batu Karang

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Apa khabar anda hari ini?Harapan saya anda semua sihat disamping keluarga tercinta.

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaru di blog ini.Mudah-mudahan artikel yang dimuatkan dalam blog ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada semua.

Baiklah.Artikel kali ini ialah sambungan dari artikel tentang penyakit batu karang.Kepada anda yang masih belum membaca enti-entri yang lepas tentang penyakit batu karang,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Untuk entri kali ini,kita akan mengetahui pula apakah bentuk-bentuk pemeriksaan dan diagnosis yang boleh dilakukan untuk mengesan kemunculan batu karang pada seseorang.

Pemeriksaan dan Diagnostik

Kebanyakan batu karang yang terbentuk akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing tanpa dapat dikesan.Jadi antara jalan penyelesaiannya ialah dengan melakukan x-ray untuk mengesan kemunculan batu karang.Kebaikan lain melakukan x-ray ialah doktor akan mengetahui saiz  dan juga lokasi batu.

Selain itu,melakukan ujian darah dan air kencing  juga berguna dalam mengesan zat abnormal yang boleh menyumbang kepada  pembentukan batu.Jika doktor anda mengambil keputusan untuk melakukan pengimbasan sistem kencing, ia boleh dilakukan dengan menggunakan ujian khusus yang disebut Computerized Tomography (CT) scan atau Pyelogram Intravena (IVP).

Dan hasil dari semua ujian yang dilakukan ini akan dapat membantu doktor untuk menentukan rawatan yang tepat dan optimum untuk anda.

Ok pembaca sekalian.Itulah antara bentuk-bentuk pemeriksaan yang dilakukan untuk mengesan batu karang dalam tubuh.Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu anda.Akhir kata dari saya,jagalah kesihatan anda.Kalau anda ada sebarang pertanyaan,manfaatkanlah ruangan komen yang disediakan ye.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share

Batu Karang:Tanda-tanda & gejalanya

Assalamualaikum pembaca sekalian.Bagaimana dengan pengisian artikel tentang penjagaan buah pinggang di blog ini?Ok tak?Saya harap dapat memberikan anda informasi-informasi berguna kepada anda melalui blog ini sebab saya sedar betapa pentingnya untuk kita menjaga organ buah pinggang dengan sebaiknya.

Untuk entri kali ini masih lagi sekitar tentang penyakit batu karang.Untuk kali ini saya akan menerangkan pula tentang tanda-tanda dan gejala-gejala yang akan dilalui oleh mereka yang mempunyai penyakit ini.

Bagi sesetengah individu,mereka mungkin tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit batu karang.Ini disebabkan penyakit ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda diperingkat awalnya.Walaupun begitu,antara tanda yang paling umum ialah kadang-kadang mereka akan merasai kesakitan yang amat sangat.Hal ini kerana batu karang melalui lintasan sempit di saluran kencing.

Selain itu,tanda dan gejala-gejala berikut boleh berlaku:

1. Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut.Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal paha.Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.

2. Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.

3. Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah(hematuria).

4. Selalu rasa hendak membuang air kecil.

5. Selalu berasa mual dan muntah.

6. Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.

Haa..itulah dia antara tanda-tanda dan gejala yang akan dihadapi oleh mereka yang mempunyai penyakit batu karang.Kalau anda tahu lagi tanda-tanda dan gejala lain,bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini.Gunakanlah ruangan komen yang disediakan sebaik-sebaiknya.

Selamat membaca!

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share

Penyakit Batu Karang:Faktor Risiko

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar pembaca sekalian?Saya doakan agar anda sihat hendaknya.Untuk entri yang seterusnya masih lagi berkaitan dengan penyakit batu karang.Dalam artikel kali ini saya akan menulis tentang apakah faktor-faktor yang akan menjadikan seseorang itu lebih berisiko untuk mempunyai penyakit batu karang.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berisiko mempunyai batu karang?

Sebenarnya,banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

1) Kurang air — Jika anda seorang yang tidak kerap minum air, terutamanya air masak, air kencing anda akan menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.Jadi,sekiranya anda memang liat hendak minum air,tabiat ini perlu diubah.

2) Sejarah keluarga atau sendiri — Anda ada ahli keluarga yang mempunyai masalah batu karang?Awas,anda mungkin berisiko mempunyai masalah yang sama.Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

3) Umur — Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

4) Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

5) Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

6) Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.Ini pernah berlaku kepada saya sendiri.Kerana terlalu lama menggunakan sejenis ubat yang dipanggil Prednisolone,iaitu ubat anti radang.Saya pernah mempunyai batu karang dalam buah pinggang.

7) Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

8 ) Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Adakah anda mempunyai faktor-faktor di atas?Jangan bimbang,sekiranya anda mempunyai satu atau dua faktor tersebut,contohnya seperti faktor jantina dan umur,anda sebenarnya masih boleh mengelakkan penyakit batu karang ini.

Anda hanya perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan diri.Rajin-rajinlah melakukan pemeriksaan kesihatan dan seringlah berbincang dengan doktor anda.Ini adalah satu cara untuk mengekalkan tahap kesihatan anda.

Hargailah kesihatan kita!

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Penyakit Batu Karang:Apakah Puncanya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.Dan saya ucapkan terima kasih kerana masih lagi setia untuk membaca artikel-artikel terkini di blog ini.

Dalam tulisan yang lepas,saya telah pun menulis tentang penyakit batu karang,maka dalam entri kali ini saya akan menerangkan pula tentang apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit batu karang.Ianya sangat penting kerana dengan mengetahui punca-puncanya,dapatlah kita mengelakkan diri kita dari mendapat penyakit batu karang ini.

Apakah punca penyakit batu karang?

Batu karang boleh terbentuk apabila kandungan zat di dalam urin iaitu garam dan sisa-sisa buangan saling bergabung untuk membentuk kristal yang akhirnya akan bertukar menjadi batu.Sesetengah jenis batu boleh terbentuk apabila urin mengandungi kandungan asid dan alkali yang tinggi.

Kadang-kadang,batu karang boleh terbentuk disebabkan oleh beberapa jenis penyakit.Contoh penyakit yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang termasuklah:

1. Jangkitan pada saluran kencing

2. Penyakit buah pinggang polikistik

3. Hiperparatiroidisme

4. Penyakit gout

5. Penyakit buah pinggang seperti renal tubular acidosis

6. Gejala metabolisme seperti cystinuria dan hyperoxaluria

7. Penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis

Selain itu penggunaan ubat-ubatan dan pengambilan suplemen makanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan atau meningkatkan pembentukan batu karang.

Itulah pembaca sekalian antara punca-punca yang boleh menyebabkan penyakit batu karang.Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu anda daripada terkena penyakit batu karang.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.

Share