Tag Archives: penjagaan buah pinggang

Anda Pengidap Nefrotik Sindrom? Ketahui Bagaimana Selsema Boleh Menyebabkan Penyakit Anda Berulang

elakkan selsema jika anda pengidap nefrotik sindrom

Apabila seorang pesakit nefrotik sindrom mendapat jangkitan selsema, tidak lama selepas itu penyakit nefrotim sindrom akan kembali berulang. Kemudian, proteinuria, edema dan simtom yang berkaitan dengan nefrotik sindrom juga akan muncul.

Masalah nefrotik sindrom yang kerap berulang akan memburukkan lagi fungsi buah pinggang anda. Oleh itu, amat penting sekiranya anda mengelakkan dari mendapat selsema dan mengurangkan pengulangan nefrotik sindrom.

Jadi, bagaimana selsema boleh menyebabkan masalah nefrotik sindrom yang anda hidapi kembali berulang?

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik. Akan berlaku kesilapan pada sistem imun di mana ianya akan menyerang tisu buah pinggang yang sihat.

Untuk memastika nefrotik sindrom dalam keadaan terkawal, sistem imuniti akan disekat dengan penggunaan ubat immunosuppresive. Apabila anda mendapat selsema, sistem imun akan semulajadi diransang untuk menyerang jangkitan tersebut.

Akibatnya, sistem imuniti akan menyerang buah pinggang dan sekali lagi akan mencetuskan berlakunya inflamasi (keradangan) pada ginjal. Buah pinggang akan menapis protein semula.

Oleh itu, dengan mengelakkan dari berlakunya selsema dan jangkitan boleh membantu mengurangkan masalah nefrotik sindrom daripada berulang. Dalam masa yang sama, beberapa langkah di bawah juga boleh membantu menghalang masalah nefrotik sindrom anda daripada berulang.

Senaman

Senaman ringan dapat membantu anda meningkatkan sistem imuniti dan menghalang selsema dan virus atau bakteria dari menyerang tubuh. Ia akan mengurangkan nefrotik sindrom dari berulang dengan berkesan.

Patuhi arahan doktor

Pesakit dengan nefrotik sindrom haruslah mematuhi arahan yang telah diberikan oleh doktor dengan sebaik-baiknya. Pesakit tidak seharusnya mengurangkan atau berhenti mengambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Rawatan

Nefrotik sindrom berlaku akibat dari sistem imuniti yang tidak berfungsi dengan baik. Sekiranya sistem imuniti ini diperbetulkan, penyakit tersebut tidak akan berulang.

Immuno-terapi boleh menghalang inflamasi pada buah pinggang dan memperbetulkan sistem imuniti dengan berkesan. Oleh kerana itu, ia boleh menghalang masalah nefrotik sindrom dari berulang.

Oleh kerana selsema adalah faktor risiko berulangnya masalah nefrotik sindrom, pesakit haruslah mengambil langkah pencegahan dengan lebih efektif untuk menghalang dari berlakunya selsema.

Sumber: kidneyabc.com : Why Does Cold Lead to Nephrotic Syndrome Relapse?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Nutrisi Dan Penyakit Buah Pinggang

Tugas buah pinggang ialah untuk memastikan cecair di dalam badan, elektrolit, dan larutan organik berada di dalam imbangan yang sihat. Unit-unit yang berfungsi di dalam buah pinggang anda adalah terdiri dari berjuta-juta nefron yang terdapat di dalam apa yang dipanggil sebagai renal cortex.

Renal cortex ialah sebahagian dari buah pinggang yang kebanyakannya mengandungi nefron dan saluran darah. Fungsi nefron tersebut ialah untuk menapis kebanyakan unsur-unsur darah selain darah merah dan protein, menyerap semula bahan-bahan yang diperlukan, merembeskan ion-ion hidrogen untuk mengekalkan keseimbangan asid-bes dan merembeskan bahan-bahan buangan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh baca lebih lanjut artikel saya yang lalu tentang nefron di sini.

Pembentukan urin mengandungi tiga proses asas, iaitu:

  • penurasan glomerulus
  • rembesan tubul
  • dan penyerapan semula tubul

Beberapa keadaan penyakit boleh bercampur dengan fungsi-fungsi ini. Penyakit degeneratif dan mudah terbakar boleh melibatkan saluran-saluran darah kecil dan membran di dalam nefron.

Jangkitan pada saluran kencing dan batu karang boleh bercampur dengan pengaliran yang normal. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan bertambah merebak dan merosakkan tisu. Gangguan-gangguan pada peredaran pula, seperti tekanan darah tinggi akan merosakkan arteri kecil di dalam buah pinggang.

Lain-lain penyakit seperti kencing manis, gout dan saluran kencing yang tidak normal boleh membawa kepada gangguan fungsi, jangkitan dan halangan. Selain itu, agen toksik seperti racun-racun serangga, pelarut , dan sesetengah ubat mungkin juga akan merosakkan tisu renal.

Nefrotik Sindrom

Di dalam nefrotik sindrom kecederaan yang berlaku pada membran asas glomerulus menyebabkan kebolehtelapan glomerulus bertambah mengakibatkan kehilangan albumin dan plasma protein yang lain ke dalam urin. Kehilangan protein lebih dari 3 – 3.5 gram sehari biasanya menandakan gejala nefrotik sindrom.

Walaupun sintesis albumin di dalam hati meningkat, ianya tidak cukup untuk menggantikan jumlah protein yang hilang di dalam urin.  Kehilangan albumin pula akan mengakibatkan berlakunya edema.

Tahap albumin yang rendah juga akan mengakibatkan kolestrol dan sintesis lipoprotein di dalam hati yang akan mengakibatkan hiperlipidemia. Pada masa yang sama, serum katabolisme hepatik lipoprotein dikurangkan dan tahap HDL di dalam pengeluaran urin akan bertambah. Asid lemak yang tidak normal ini akan menjadi bertambah teruk dengan penggunaan ubat-ubatan yang sering digunakan untuk merawat nefrotik sindrom, seperti ubat steroid, diuretik dan ubat anti hipertensi.

Sumber artikel : pcrm.org – Nutrition & Renal Disease

Nota: Nantikan artikel akan datang saya yang bertajuk “Diet Untuk Nefrotik Sindrom”. Dalam artikel ini saya akan kongsikan dengan anda apakah diet yang boleh diambil dan berapa jumlah yang dicadangkan.

Bagi anda yang baru di blog ini, boleh ketahui lebih lanjut tentang nefrotik sindrom melalui tajuk-tajuk di bawah:

1) Tahukah nefrotik sindrom?
2) Panduan diet untuk pesakit nefrotik sindrom
3) Bolehkah wanita dengan nefrotik sindrom mengandung?
4) Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak
5) Apakah perbezaan jenis-jenis nefrotik sindrom?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Makanan Yang Baik Untuk Fungsi Buah Pinggang Anda?

makanan untuk buah pinggang sihat

kredit foto: livestrong.com

Diet seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan adalah perlu kepada semua orang. Walaubagaimanapun, sekiranya fungsi buah pinggang anda telah menurun, anda perlu memberikan lebih perhatian terhadap pengambilan diet seharian anda. Ini kerana ada sesetengah makanan yang baik untuk anda tetapi ada sesetengahnya tidak. Membuat pilihan makanan yang baik dapat membantu mengurangkan beban pada buah pinggang anda dan mencegah ianya dari menjadi bertambah parah.

Continue reading

Share

Protein Whey & Kerosakan Buah Pinggang

whey protein

foto kredit : livestrong.com

Protein whey terhasil dari susu lembu. Proses susu lembu yang bertukar menjadi keju akan mewujudkan protein whey sebagai hasil sampingan. Protein whey adalah protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan semua asid amino. Walaupun protein whey adalah bahan makanan semulajadi, tetapi itu tidak bermaksud ianya 100% bebas risiko. Ini kerana penggunaan protein whey secara berlebihan boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

Manfaat Protein Whey

Asid amino yang terdapat di dalam protein whey terbukti penting untuk pertumbuhan otot dan tisu penghubung yang sihat. Ia memperbaiki komposisi badan dan menambah prestasi para atlit. Protein whey berfungsi untuk memperbaiki dan mengembangkan tisu otot, terutamanya selepas bekerja. Penggunaan protein whey dikalangan warga tua akan dapat membantu mereka dari kehilangan kekuatan tulang. Protein whey sangat digalakkan untuk mereka yang mengalami komplikasi kardiovaskular. Ia juga sangat penting bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi yang mempunyai kesukaran membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan badan akibat loya, hilang selera makan, dan keletihan.

Buah Pinggang Yang Sihat dan Protein Whey

Universiti of Connecticut telah mengendalikan satu kajian, iaitu “Pengambilan Diet Protein dan Fungsi Renal,” menunjukkan bahawa anda yang mempunyai buah pinggang yang sihat tidak perlu bimbang untuk mengambil protein whey dalam jumlah yang tinggi. Rujukan kajian penyelidikan baru-baru ini mengenai diet protein yang tinggi untuk kedua-dua berat badan dan atlet, telah mendapati tiada kesan negatif pada fungsi buah pinggang. Kesimpulannya mendapati tiada bukti yang menyokong idea bahawa pengambilan protein yang tinggi adalah punca kerosakan buah pinggang atau disfungsi.

Risiko Kerosakan Buah Binggang dan Protein Whey

Apabila jumlah pengambilan protein whey meningkat dalam tempoh masa yang panjang, terdapat risiko mendapat gangguan buah pinggang, termasuk batu karang. Diet yang kaya dengan protein whey yang tinggi boleh menyebabkan fungsi buah pinggang anda terjejas. Pengambilan diet yang tinggi protein untuk menurunkan berat badan akan memberikan tekanan pada buah pinggang, di mana organ ini bertanggungjawab untuk menapis bahan buangan. Sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk tempoh yang panjang, maka anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan dalam kes-kes yang lebih kronik, mungkin anda akan mengalami kegagalan buah pinggang. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian konklusif yang menunjukkan pengambilan protein whey untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Apapun, ramai pakar berhati-hati terhadap risiko pengambilan protein whey untuk tempoh yang lama dan menggalakkan agar anda mengambil protein tersebut dalam jumlah yang sederhana.

Pertimbangan

Lihat simbol “USP”, kerana simbol ini menunjukkan bahawa tahap protein whey memenuhi piawaian tertentu yang berkaitan dengan kesucian dan kualitinya. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik, mengambil ubat-ubatan atau mempunyai soalan mengenai dos yang betul, sila rujuk pada doktor anda sebelum mengambil protein whey.

Air & Protein Whey

Minum banyak air apabila anda mengambil protein whey, kerana ia boleh menjadikan anda terhidrasi. Dehidrasi yang ketara boleh menjejaskan prestasi anda dan akan menyebabkan kerosakan pada hati anda.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/261806-whey-protein-kidney-damage/

 

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter

Share
nail sign for kidney

Penyakit Buah Pinggang:Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda?

Tahukah anda bahawa kuku selalunya dapat menunjukkan perubahan tertentu yang menandakan keadaan yang tertentu. Menurut American Association of Kidney Patients, penyakit buah pinggang juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kuku yang tersendiri. Perubahan pada jari dan kuku kaki adalah disebabkan oleh pembentukan bahan buangan nitrogen yang berlaku kepada pesakit buah pinggang. Selain itu, malnutrisi dan pengambilan ubat-ubatan juga boleh membawa kepada perubahan kuku. Oleh itu, jika anda merupakan seorang pesakit, anda perlu memberitahu doktor tentang sebarang perubahan yang berlaku pada kuku anda.

Lekukan Lurus Merentasi Kuku

beau's line at fingerSalah satu jenis perubahan yang berlaku pada kuku dipanggil sebagai garisan Beau. Kedudukan garisan beau selalunya melintang merentasi permukaan kuku dan akan merosakkan kuku. Garisan beau terjadi akibat dari penyakit akut yang mengganggu pertumbuhan kuku. Keadaan ini boleh dilihat juga pada penyakit akut yang lain, selain dari penyakit buah pinggang.

Kuku Berbatas

Satu lagi jenis perubahan kuku yang boleh dilihat pada pesakit buah pinggang ialah koilonychia. Bagi jenis ini, kuku anda akan kelihatan berbentuk seperti sudu dan cengkung. Perubahan jenis ini dikaitkan dengan penyakit anemia akibat kekurangan zat besi, yang kebiasaanya berlaku pada pesakit buah pinggang.

koilonychia nails

 Jalur-Jalur Putih & Berbintik

Jenis ini dikenali sebagai leukonychia, di mana kuku anda akan mempunyai jalur-jalur putih dan berbintik-bintik. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik.

Kuku Separuh

Satu lagi bentuk perubahan yang boleh dilihat berlaku pada pesakit ialah bentuk kuku yang dipanggil sebagai Lindsay’s nails. Untuk jenis ini, bahagian proksimal kuku anda akan berwarna putih dan bahagian distal akan berwarna coklat. Menurut  American Association of Kidney Patients, bengkak pada lapisan kuku menyebabkan sebahagian daripada kuku berwarna putih.

Kuku Rapuh

Menurut University of Maryland Medical Center, kuku rapuh juga biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang dan juga anemia disebabkan kekurangan zat besi. Selain itu keadaan ini dikaitkan dengan faktor dan tanda penuaan.

 

Sumber: LiveStrong.com – Signs Of Kidney Disease In Fingernails

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Kreatinin-urin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan yang terhasil dari kreatin, iaitu satu bahagian yang penting di dalam otot. Kreatinin akan dikeluarkan sepenuhnya dari badan oleh buah pinggang. Artikel ini akan membincangkan ujian yang dilakukan untuk mengukur jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Selain itu, ujian darah juga boleh dilakukan untuk menentukan tahap kreatinin anda.

Bagaimana Ujian Ini Dilakukan?

Pengambilan sampel air kencing secara rawak atau pengumpulan urin 24 jam akan digunakan.

Bagaimana Persediaan Ujian tersebut?

Doktor anda mungkin akan memberhentikan pengambilan sesetengah ubat yang boleh mempengaruhi keputusan ujian yang dijalankan. Ubat-ubatan tersebut termasuklah:

  • Cephalosporins (cefoxitin)
  • Cimetidine
  • Cisplatin
  • Gentamicin
  • Trimethoprim

Bagaimana Rasa Ketika Menjalankan Ujian Tersebut?

Ujian ini biasanya hanyalah melibatkan pembuangan air kencing, dan tidak ada rasa ketidakselesaan.

Kenapa Ujian Ini Dijalankan?

Ujian ini akan digunakan sebagai ujian saringan untuk menilai fungsi buah pinggang. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada ujian pelepasan kreatinin. Ia juga sering digunakan sebagai ujian untuk mendapatkan maklumat tentang bahan kimia lain yang terdapat di dalam air kencing seperti albumin atau protin.

Keputusan Yang Normal

Jumlah kreatinin dalam air kencing (sampel 24 jam) boleh antara 500-2000 mg/hari. keputusan tersebut boleh juga bergantung kepada faktor umur dan jumlah jisim badan tanpa lemak. Satu lagi cara untuk menjelaskan julat normal bagi keputusan ujian ini adalah seperti berikut:

  • 14 hingga 26 mg per kg jisim badan setiap hari untuk lelaki
  • 11 hingga 20 mg per kg jisim badan setiap hari untuk wanita

Contoh-contoh di atas adalah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal kemungkinan agak berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Beberapa makmal-makmal yang lain menggunakan ukuran atau sampel yang berbeza. Oleh itu berbincanglah dengan doktor anda tentang apakah maksud keputusan ujian yang dijalankan ke atas anda.

Apa Maksud Keputusan Yang Abnormal?

Maksud keputusan ujian yang abnormal adalah tidak khusus, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

  • Glomerulonefritis
  • Pengambilan diet daging yang tinggi
  • Jangkitan buah pinggang
  • Kegagalan buah pinggang
  • Distrofi otot (peringkat akhir)
  • Myasthenia gravis
  • Prerenal azotemia
  • Aliran darah buah pinggang kurang (seperti dalam kejutan atau kegagalan jantung kongestif)
  • Rhabdomyolysis
  • Halangan pada saluran kencing
Pernahkah anda menjalani ujian keratinin? Kongsikan pengalaman anda menjalani ujian ini.

==============================
Sumber: Creatinine-urine
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Apakah GFR?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Glomerular filtration rate (GFR) atau kadar penapisan glomerular adalah ujian untuk menguji sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan berkesan. Secara khususnya ia akan menganggarkan berapa banyak darah yang melalui penapisan ini setiap minit.

 

Bagaimana Ujian GFR Dijalankan?

Sampel darah akan diambil dan dihantar ke makmal, di mana tahap kreatinin akan diuji. Pakar makmal akan menggabungkan keputusan ujian kreatinin dengan beberapa faktor lain untuk membuat anggaran terhadap GFR. Formula yang digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza. Kebiasaannya, formula yang digunakan termasuk salah satu atau kesemua senarai di bawah:

  • Umur
  • Pengukuran kreatinin
  • Jantina
  • Ketinggian
  • Bangsa
  • Berat

Bagaimana Persediaan Menjalani Ujian?

Sesetengah ubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan ujian. Jadi pastikan anda memberitahu kepada doktor senarai ubat yang sedang anda ambil.

Bagaimana Rasa Menjalani Ujian?

Apabila jarum disuntik untuk menarik darah, sesetengah individu akan merasa kesakitan yang sederhana, manakala sesetengahnya akan merasa sedikit sensasi pedih. Selepas itu kemungkinan tempat yang disuntik jarum akan rasa seperti berdenyut.

Mengapa ujian ini dilakukan?

Ujian GFR dilakukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang berfungsi menapis bahan buangan yang dipanggil kreatinin. Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kreatinin akan berkumpul di dalam darah.

Doktor boleh melakukan ujian ini kepada anda sekiranya ada tanda-tanda yang menunjukkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik. Ia juga dilakukan untuk melihat seteruk mana penyakit buah pinggang anda.

Selain itu ujian ini juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan yang berisiko mengidapnya disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

Keputusan Normal

Ujian yang menunjukkan keputusan normal ialah ialah daripada 90 – 120 mL/min/1.73 m2. Selalunya golongan tua akan mempunyai keputusan GFR normal yang lebih rendah, kerana GFR menurun berdasarkan peringkat umur.

Contoh-contoh di atas ialah ukuran biasa bagi keputusan ujian ini. Julat nilai normal mungkin berbeza diantara makmal-makmal yang berlainan. Sesetengah makmal membuat ujian menggunakan ukuran yang berbeza atau menggunakan sampel yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai keputusan GFR yang diperolehi.

Apakah Maksud Keputusan Ujian Yang Abnormal?

Sekiranya keputusan ujian GFR anda di bawah 60 mL/min/1.73 M2 untuk 3 bulan atau lebih, ianya merupakan tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik. Manakala keputusan GFR di bawah 15 mL/min/1.73 m2, ianya adalah tanda-tanda kegagalan buah pinggang dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Risiko

Urat dan arteri berbeza dari segi saiz diantara satu pesakit dengan yang lain dan dari satu bahagian badan dengan yang lain. Oleh itu untuk mendapatkan sampel darah dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mungkin agak sukar.

Risiko-risiko lain yang dikaitkan dengan GFR adalah sedikit, tetapi boleh termasuk antaranya:

  • pendarahan yang berlebihan
  • pengsan atau rasa ringan kepala
  • hematoma(darah terkumpul di bawah kulit)
  • Jangkitan(risiko yang kecil yang berlaku sekiranya kulit rosak)

Selain dari mengambil sampel darah untuk melakukan ujian GFR, pengumpulan 24 jam urin juga boleh digunakan untuk melihat anggaran fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, keputusannya kebiasaannya kurang tepat.

==========================
Sumber: Glomerular Filtration Rate
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Bagaimana Memastikan Buah Pinggang Anda Sihat & Berfungsi Dengan Baik

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat semasa anda masih muda sangat penting kerana ianya akan mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit buah pinggang apabila anda tua. Walaupun sesetengah individu boleh cenderung kepada masalah buah pinggang, masih terdapat perkara-perkara yang semua orang boleh lakukan untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Pulih Dari Kegagalan Buah Pinggang Kreatinin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kegagalan buah pinggang, atau penurunan fungsi buah pinggang, diukur oleh tahap kreatinin dalam darah. Semakin tinggi tahap kreatinin, semakin teruk fungsi buah pinggang anda. Apabila buah pinggang telah gagal berfungsi, organ tersebut tidak boleh menguruskan keseimbangan bendalir, elektrolit, tekanan darah dan pengeluaran hormon. Bilangan penduduk di Amerika Syarikat yang hidup dengan beberapa tahap kegagalan buah pinggang telah meningkat daripada 10 peratus kepada 13 peratus sejak tahun 1999 mengikut Dr Theodore Post, iaitu seorang editor nefrologi Uptodate.com. Hingga sekarang tiada penawar tertentu untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang, bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyokong kesihatan buah pinggang dan menyediakan peluang terbaik untuk pemulihan.
Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Memulihkan Kerosakan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kerosakan buah pinggang adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa kemerosotan dalam fungsi buah pinggang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan atau kecederaan, termasuk kencing manis, jangkitan, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, batu karang, komplikasi transfusi dan penyakit autoimun. Walaupun beberapa bentuk kerosakan buah pinggang akan kembali pulih, bentuk kerosakan yang lain hanyalah boleh diperlahankan tetapi tidak dapat disembuhkan.
Continue reading

Share