Assalamualaikum pembaca sekalian,
Terima kasih kerana masih setia untuk terus membaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang di blog ini.Artikel kali ini adalah sambungan dari artikel saya yang lepas.Sekiranya anda merupakan pembaca baru di blog ini,anda boleh membacanya di sini.
Antara tip-tip lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol ialah:
- Gunakan jeli atau madu sebagai pengganti mentega atau marjerin pada roti bakar,muffin atau penkek.
- Pastikan anda baca dulu label pada makanan yang anda beli.Jangan tertipu dengan kenyataan bahawa makanan tersebut bebas kolestrol,tetapi mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi.Ini kerana tubah anda akan menukarkannya kepada kolestrol.
- Cuba gantikan kesukaan anda memakan aiskrim dengan jus buah-buahan atau susu ais.
- Gunakan 2 gram stanol atau sterol tumbuhan,iaitu sejenis zat dalam tumbuhan yang dapat membantu menahan penyerapan kolestrol.Anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi di mana anda boleh mendapatkannya.
- Gunakan minyak zaitun sebagai ganti kepada minyak masak yang anda gunakan ketika memasak.
Ok pembaca sekalian.Saya dah pun kongsikan dengan anda beberapa lagi tip untuk mengurangkan paras lemak dan kolestrol dalam diet harian yang diambil.Mungkin ada sesiapa lagi yang ingin menambah.Bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini di ruangan komen di bawah.
Pada artikel akan datang insyaAllah saya akan kongsikan pula tentang kesan tekanan darah tinggi pada buah pinggang anda.Dengan membaca artikel ini anda akan mengetahui bagaimana penyakit tersebut akan memberikan kesan buruk pada fungsi buah pinggang.
Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca artikel tersebut pada entri saya yang seterusnya.Jumpa lagi!
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************
