Tag Archives: kolestrol HDL

4 Sebab Berlaku Pembengkakan Pada Buah Pinggang Bayi Anda (bah.2)

Bagi pembaca yang baru kali pertama ke blog saya, artikel ini adalah sambungan dari yang sebelumnya. Untuk membaca artikel saya yang lepas , anda boleh klik di sini.

3) Halangan Dalam Uretra

urethra blockageSatu halangan kongenital boleh berlaku pada pembukaan pundi kencing atau di sepanjang urethra. Istilah perubatan yang digunakan untuk menunjukkan keadaan ini ialah bladder outlet obstruction, atau BOO, dan ia akan menyebabkan berlakunya pembesaran buah pinggang pada bayi untuk kedua-dua jantina. Salah satu bentuk BOO, yang hanya berlaku pada kanak-kanak lelaki, melibatkan ketumbuhan urethra yang abnormal yang dikenali sebagai posterior urethral valve, or PUV.

The University of California, San Francisco School of Medicine telah menyebutkan dalam beberapa kes, PUV boleh menyebabkan halangan menyeluruh pada aliran air kencing, sekaligus menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

4) Aliran Ke Belakang (Reflux)

Urin mengalir melalui ureter ke pundi kencing, dan kawasan proses ini berlaku berfungsi seperti sebuah injap untuk menghalang urin kembali semula ke ureter. Kerosakan yang berlaku di kawasan ini boleh menyebabkan kerosakan pada injap, yang membolehkan air kencing bergerak semula ke belakang, atau dipanggil sebagai reflux, ke dalam ureter dan buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai vesicoureteral reflux, atau VUR, boleh menyebabkan pembesaran pada satu atau kedua-dua ureter dan buah pinggang. Di dalam kes reflux yang teruk, perkembangan buah pinggang boleh terhalang, dan kanak-kanak dalam keadaan begini akan kekal terdedah kepada jangkitan lain apabila mereka membesar.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/203511-reasons-for-an-enlarged-kidney-in-babies/

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Masukkan emel anda: 

Saya menghormati privacy anda.
Share

Penyakit Jantung & Kaitannya Dengan Buah Pinggang?



Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit jantung adalah masalah yang sering berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. Walaupun penyakit jantung di Amerika telah menurun sejak 30 tahun terakhir, namun pengurangan ini tidak dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang dalam kemungkinan untuk mempunyai penyakit jantung atau pun kegagalan pada fungsi jantung.

Continue reading

Share

Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada artikel yang lalu,saya telah pun kongsikan serba sedikit panduan untuk pengambilan diet permulaan bagi anda yang merupakan pesakit hemodialisis.Saya harap artikel tersebut akan dapat memberikan idea kepada anda untuk anda menyediakan diet yang sesuai.

Namun,nasihat saya berbincanglah juga dengan pakar pemakanan di tempat anda agar rancangan diet yang anda sediakan itu benar-benar menepati keperluan.

Jadi artikel kali ini ialah sambungan dari artikel yang lepas.Bagi anda yang belum membacanya bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Susu,Yogurt & Keju

Hadkan pengambilan susu,yogurt dan keju untuk 1/2 cawan susu atau 1/2 cawan yogurt atau 1 auns keju setiap hari.Ini kerana kebanyakan makanan berasaskan tenusu sangat tinggi kandungan fosforusnya.

Isi fosforus adalah sama untuk semua jenis susu skim,susu rendah lemak dan keseluruhan jenis susu.Jika anda memakan makanan yang tinggi kandungan fosforusnya,pastikan anda ambil bersama-sama dengan pengikat fosfat.

Makanan berasaskan tenusu yang rendah kandungan fosforusnya ialah:

  • Mentega dan marjerin
  • Keju krim
  • Keju Ricotta

Jika anda seorang yang memiliki atau berisiko mempunyai penyakit jantung,beberapa jenis makanan lemak tinggi yang disenaraikan di atas mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda.

Beberapa jenama krim bukan tenusu dan juga susu(seperti susu beras) adalah rendah kandungan fosforus dan potassium.Tanyalah pakar pemakanan anda dengan lebih lanjut.

Buah-Buahan/Jus

Semua jenis buah-buahan mempunyai beberapa potassium,tetapi ada juga sesetengahnya mempunyai kandungan yang lebih tinggi antara satu sama lain.Buah-buahan yang mengandungi nilai potassium terlalu tinggi ini mestilah dikurangkan atau dielakkan terus pengambilannya.Ini kerana dengan mengurangkan pengambilan potassium yang berlebihan dapat melindungi jantung anda.

Hadkan atau elakkan pengambilan:

  • Jeruk dan juga jus jeruk
  • Buah Kiwi
  • Prun dan juga jus prun
  • Kismis dan buah kering
  • Pisang
  • Tembikai(tembikai wangi dan tembikai susu)

Selalulah hindari memakan buah belimbing.

Makanlah 2-3 hidangan buah yang rendah potassium setiap hari.
Satu hidangan = 1/2 cawan atau 1 buah kecil atau 4 auns jus.

Pilihlah:

  • Epal – 1
  • Berri – 1/2 cawan
  • Ceri – 10
  • Buah koktel yang telah ditoskan – 1/2 cawan
  • Anggur – 15
  • Buah pic -1 buah kecil yang segar dan toskan
  • Buah pir,segar atau yang ditinkan,toskan(dibahagikan dua)
  • Nenas – 1/2 cawan tin,toskan
  • Buah tembikai – 1 baji kecil

Minuman

  • Jus epal
  • koktel jus kranberri
  • Jus anggur
  • Lemonade

Sayuran

Semua jenis sayuran mempunyai beberapa potassium.Tetapi ada sayur-sayuran tertentu yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dari yang lain.Oleh itu ianya mesti dikurangkan atau dielakkan sama-sekali kerana pengambilan jumlah potassium yang sedikit boleh melindungi jantung anda.

Makanlah 2-3 hidangan sayuran yang rendah potassium setiap hari.Satu hidangan = 1/2 gelas

Pilihlah:

  • Brokoli
  • Kubis
  • Lobak
  • Kubus bunga
  • Saderi
  • Timun
  • Terung
  • Bawang Putih
  • Kacang panjang
  • Salad Air

Kurang atau elakkan:

  • Kentang (termasuk french fries,kerepek kentang da ubi jalar)
  • Tomato termasuk sos tomato
  • Labu
  • Asparagus
  • Buah avocado
  • Bayam dimasak

Pencuci Mulut

Bergantung kepada keperluan kalori anda,ahli diet anda boleh mengesyorkan pencuci mulut berkalori tinggi.Pai,biskut dan kuih-muih adalah pilihan terbaik(tetapi hadkan pencuci mulut berasaskan tenusu dan yang dihasilkan dari coklat,kacang dan pisang).Sekiranya anda seorang pesakit diabetis,berbincanglah dengan ahli diet anda tentang pilihan pencuci mulut yang rendah karbohidrat.

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Share

Tip Kurangkan Lemak & Kolestrol Dalam Diet(Bah. 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih kerana masih setia untuk terus membaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang di blog ini.Artikel kali ini adalah sambungan dari artikel saya yang lepas.Sekiranya anda merupakan pembaca baru di blog ini,anda boleh membacanya di sini.

Antara tip-tip lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol ialah:

  • Gunakan jeli atau madu sebagai pengganti mentega atau marjerin pada roti bakar,muffin atau penkek.
  • Pastikan anda baca dulu label pada makanan yang anda beli.Jangan tertipu dengan kenyataan bahawa makanan tersebut bebas kolestrol,tetapi mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi.Ini kerana tubah anda akan menukarkannya kepada kolestrol.
  • Cuba gantikan kesukaan anda memakan aiskrim dengan jus buah-buahan atau susu ais.
  • Gunakan 2 gram stanol atau sterol tumbuhan,iaitu sejenis zat dalam tumbuhan yang dapat membantu menahan penyerapan kolestrol.Anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi di mana anda boleh mendapatkannya.
  • Gunakan minyak zaitun sebagai ganti kepada minyak masak yang anda gunakan ketika memasak.

Ok pembaca sekalian.Saya dah pun kongsikan dengan anda beberapa lagi tip untuk mengurangkan paras lemak dan kolestrol dalam diet harian yang diambil.Mungkin ada sesiapa lagi yang ingin menambah.Bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini di ruangan komen di bawah.

Pada artikel akan datang insyaAllah saya akan kongsikan pula tentang kesan tekanan darah tinggi pada buah pinggang anda.Dengan membaca artikel ini anda akan mengetahui bagaimana penyakit tersebut akan memberikan kesan buruk pada fungsi buah pinggang.

Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca artikel tersebut pada entri saya yang seterusnya.Jumpa lagi!

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************

Share

Tip Kurangkan Lemak & Kolestrol Dalam Diet Anda

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Mungkin anda perasan yang saya agak kurang mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel terbaru.Saya sebenarnya baru saja pulang dari Kuala Lumpur semalam,kerana menyiapkan beberapa tugas di sana.Jadi,sebab itulah saya kurang mengemaskini dengan artikel terbaru.

Jadi,seperti yang telah saya janjikan dalam artikel saya yang lepas,pada artikel kali ini saya akan menulis tentang tip bagaimana untuk anda kurangkan lemak dan kolestrol dalam diet anda.

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol dalam diet anda ialah:

  • Pilihlah daging atau ikan yang tidak berlemak
  • Buang semua kulit dan lemak-lemak yang kelihatan dari daging atau ayam
  • Kukus,bakar atau panggang daging dan ikan.Kemudian letakkanya di atas rak untuk membolehkan lemak-lemak mengalir keluar dari makanan.Pastikan juga jangan menggoreng makanan anda.
  • Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang segar.Pastikan anda kukus sayuran anda dan jangan menggoreng.
  • Gunakan periuk yang tidak melekat atau penyembur sayuran untuk menggoreng
  • Gunakan rempah ratus dalam makanan yang telah lama yang bukan sos,mentega atau marjerin.

Oklah pembaca sekalian,pada kali saya kongsikan lima tip dahulu.InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa lagi tip dalam artikel yang seterusnya.Ada sesiapa yang ingin menambah?Bolehlah kongsikan melalui ruangan komen di bawah.

Untuk tidak ketinggalan artikel akan datang,anda boleh juga melanggan artikel-artikel saya melalui emel.Jumpa lagi.

Selamat mencuba tip di atas :-)

Share

Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah. 2

Assalamualaikum pembaca sekalian.Bagaimana dengan kesihatan anda pagi ini.Saya harap anda dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan ceria.Terima kasih kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel kesihatan terbaru di blog ini.

Pada pagi ini saya akan menyambung semula artikel saya yang telah tertangguh iaitu Kolestrol & Buah pinggang Kronik.Kepada sesiapa yang belum lagi membaca artikel tersebut,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Sepertimana tulisan saya yang lepas,di dalam artikel ini juga saya akan menulis dalam bentuk soalan untuk memberikan lebih kefahaman kepada pembaca.Semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua dan dapat pula diamalkan untuk menikmati kesihatan yang baik.Selamat membaca.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung?

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko tersebut ialah:

1) Perubahan Gaya Hidup

  • Meningkatkan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari pada kadar yang sederhana.Hal ini akan dapat membantu anda dari segi:
    - Meningkatkan kolestrol HDL
    - Menurunkan kadar kolestrol LDL pada sesetengah orang
    - Menurunkan tekanan darah
    -Memperbaiki pengawalan diabetis
    -Memperbaiki fungsi jantung
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Jangan merokok
  • Jangan minum alkohol berlebihan.Bagi yang Islam hukumnya haram ye walaupun sedikit.
  • Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk merancang diet harian yang seimbang dan sesuai untuk anda.

2) Perubahan Cara Pemakanan

  • Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol.
  • Kurangkan penggunaan asid lemak trans kerana ianya boleh meningkatkan paras kolestrol LDL.
  • Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti sayur-sayuran,biji-bijian dan buah-buahan.
  • Berbincanglah dengan pakar pemakanan di tempat anda untuk membantu meningkatkan kandugan serat dalam makanan anda secara berperingkat.

3) Rawatan Dari Faktor Risiko Yang lain

  • Kawal tahap tekanan darah tinggi dan diabetis anda.
  • Rawatan untuk penyakit ini termasuklah ubat-ubatan,diet yang teratur dan juga meningkatkan aktiviti fizikal
  • Doktor dan pakar pemakanan boleh membantu anda untuk mengubah cara hidup dan pemakanan bagi mengubati penyakit ini.

Apakah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan risiko saya mengidap penyakit jantung?

Sebenarnya ubat yang sedia ada hanyalah untuk menurunkan tahap kolestrol LDL dan trigliserida.Ubat yang terbaik untuk penyakit jantung ialah perubahan diet dan cara hidup yang sihat.

Dengan siapakah saya boleh berbincang secara khusus bagaimana untuk mengurangkan risiko penyakit jantung?

  • Doktor anda adalah orang yang boleh anda ajak berbincang tentang apakah yang harus anda lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Ahli farmasi pula boleh membantu anda menjawab persoalan berkaitan dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anda.
  • Dan pakar pemakanan boleh membantu untuk merancang diet pemakanan yang terbaik untuk diri anda.

Note : InsyaAllah,memandangkan kategori Tip & Petua agak kurang dengan artikel terbaru,jadi untuk artikel akan datang saya akan kongsikan pula dengan anda tentang tip-tip untuk mengurangkan lemak dan kolestrol dalam diet.Jadi tunggu tau :-) !
———————————————————————————
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru di facebook atau twitter.
———————————————————————————

Share