Tag Archives: kesan pemindahan buah pinggang

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pemindahan Buah Pinggang?

kidney transplantApabila buah pinggang anda gagal untuk menjalankan fungsinya dengan normal, terdapat 3 pilihan rawatan untuk anda lakukan, iaitu:

  1. Hemodialisis
  2. Peritoneal dialisis
  3. Pemindahan buah pinggang

Ramai pesakit berpendapat pemindahan buah pinggang yang berjaya dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kerana memberikan kebebasan dan selalunya dikaitkan dengan peningkatan tahap tenaga dan tidak perlu menghadkan pengambilan makanan.

Semasa membuat keputusan samada rawatan ini adalah yang terbaik untuk anda, anda mungkin dapat dibantu dengan menemubual seseorang pesakit yang telah pun menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga perlu berbincang dengan doktor anda, jururawat dan ahli keluarga.

Dalam artikel ini, mari kita melihat beberapa soalan yang saya kira dapat membantu anda menambahkan maklumat anda tentang pemindahan buah pinggang.

Apa itu pemindahan buah pinggang?

Pemindahan buah pinggang adalah suatu pembedahan di mana seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang menerima buah pinggang yang baru untuk menjalankan fungsi pembersihan darah.

Adakah terdapat jenis-jenis pemindahan buah pinggang?

Ya, terdapat dua jenis pemindahan buah pinggang, iaitu pemindahan daripada penderma yang hidup dan juga daripada mereka yang telah mati. Penderma hidup (living donor) meungkin merupakan saudara tredekat anda, atau ahli keluarga anda, suami atau isteri, atau kawan rapat.

Dan dalam sesetengah kes orang yang tidak dikenali berhasrat untuk mendermakan buah pinggangnya kepada sesiapa sahaja yang memerlukan buah pinggang. Terdapat kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis pemindahan tersebut.

Bagaimana saya hendak memulakan proses pemindahan buah pinggang?

Doktor anda akan membincangkan tentang proses pemindahan tersebut atau akan mengarahkan kepada anda supaya merujuk kepada pusat pemindahan buah pinggang untuk penilaian seterusnya.

Bagaimana caranya untuk saya membayar pemindahan buah pinggang yang telah dilakukan?

Kebanyakan polisis kesihataninsuran swasta akan merangkumi banyak perlindungan termasuk berkaitan dengan pemindahan buah pinggang dan juga ubat-ubatan.

Tambahan lagi kebanyakan calon yang akan menjalani pemindahan buah pinggang adalah layak untuk mendapatkan perlindungan perubatan yang akan memperuntukkan sehingga 80% daripada kos perbelanjaan pembedahan pemindahan buah pinggang.

Untuk mendapatkan lebih maklumat yang tepat, sila buat perbincangan dengan doktor anda dan juga polisi insuran jika anda menyertainya.

Selepas proses pemindahan telah berjaya, anda perlu mengambil ubat anti pencegah rejeksi untuk mengelakkan berlakunya penolakan. Anda juga boleh berbincang dengan pegawai insuran yang anda sertai tentang kos ubat anti rejeksi ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan rejeksi?

Komplikasi yang paling penting yang mungkin akan berlaku selepas pemindahan buah pinggang ialah rejeksi. Sistem imuniti badan anda mengawal semua serangan daripada bahan asing, seperti bakteria.

Sistem pertahan ini akan mengesan tisu buah pinggang baru anda sebagai bahan asing dan akan menyerang tisu tersebut. Oleh itu anda perlu mengambil ubatan setiap hari untuk mencegah berlakunya rejeksi terhadap buah pinggang baru anda.

Kebanyakan pesakit perlu mengambil 3 jenis ubatan. Selalunya yang akan diberikan ialah cyclosporine atau tacrolimus atau sirolimus. Dalam masa yang sama, anda selalunya mungkin perlu mengambil beberapa jenis steroid dan ubatan yang ketiga adalah seperti  mycophenolate mofetil, azathioprine atau rapamycin.

Rawatan tambahan mungkin perlu sekiranya episod rejeksi berlaku. Ujian saringan yang kerap di pusat pemindahan buah pinggang boleh memastikan tanda-tanda awal dan rawatan untuk rejeksi.

Apakah kesan sampingan ubat anti rejeksi?

Terdapat banyak kesan sampingan akibat pengambilan ubatan anti rejeksi kerana sistem pertahanan badan anda telah disekat. Namun kesan sampingan ini dapat ditangani oleh kebanyakan pesakit.

Tapi, jika kesan sampingan masih berlaku, penukaran jenis dan dos ubatan perlu dilakukan. Antara kesan sampingan yang biasa terjadi termasuklah tekanan darah tinggi, peningkatan berat badan dan mudah mendapat jangkitan dan juga tumor.

Anda juga mungkin memerlukan ubatan tambahan untuk mengekalkan tahap tekanan darah dan untuk mencegah terjadinya ulser dan jangkitan.

Apakah peluang menunjukkan pemindahan buah pinggang yang dilakukan dapat meneruskan fungsi buah pinggang?

Keputusan mengenai pemindahan buah pinggang meningkat selari dengan kemajuan kajian yang dijalankan. Sekiranya buah pinggang yang dipindahkan gagal, pemindahan kali kedua berkemungkinan adalah pilihan terbaik bagi kebanyakan pesakit.

Perlukah saya mengambil diet yang khusus?

Pemindahan buah pinggang adalah sama dengan rawatan untuk kegagalan buah pinggang yang lain dan selalunya anda perlu mengikuti panduan yang berbeza. Jika anda melakukan rawatan dialisis sebelum ini, anda mungkin merasai bahawa diet khusus yang baru ini tidak begitu terhad.

Tempoh masa untuk anda mengikuti diet khusus ini adalah berbeza-beza. Pemantauan ke atas anda akan dilakukan dengan kerap, dan doktor serta pakar diet anda akan menukar diet anda jika dirasakan perlu.

Apa lagi yang boleh saya lakukan?

Anda haruslah banyakkan membaca, bertanya kepada doktor, jururawat atau pesakit yang telah berjaya menjalani pemindahan buah pinggang. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang pakar dalam pemindahan buah pinggang.

Sumber: Kidney.Org: Kidney Transplant

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Untuk makluman semua, artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Untuk membaca bahagian pertama dari artikel ini, anda boleh klik di sini. Dalam bahagian ini, pembaca akan mengetahui apakah persediaan anda sebelum menjalani prosedur pemindahan buah pinggang.

Continue reading

Share

Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pemindahan buah pinggang ialah suatu prosedur pembedahan untuk meletakkan buah pinggang yang sihat daripada penderma kepada pesakit yang buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.

Buah pinggang anda akan mengeluarkan cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang tidak diperlukan dari darah anda. Apabila buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis bahan-bahan tadi, cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang merbahaya akan terkumpul di dalam tubuh anda, keadaan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang. Dan pemindahan buah pinggang merupakan antara rawatan terbaik untuk kegagalan buah pinggang.

Hanya satu buah pinggang yang didermakan diperlukan untuk menggantikan kedua-dua buah pinggang yang gagal. Ini memberikan pilihan kepada penderma buah pinggang yang masih hidup. Tetapi jika penderma yang buah pinggangnya sesuai tetapi tidak bersedia untuk melakukan pemindahan buah pinggang, maka nama anda boleh diletakkan dalam senarai pemindahan buah pinggang menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma yang telah mati. Masa menunggu mungkin boleh sampai setahun atau pun lebih.

Mengapa Ia Dilakukan?

Pemindahan buah pinggang dilakukan untuk merawat kegagalan buah pinggang, iaitu suatu keadaan di mana buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi dengan normal. Mereka yang telah pun hilang fungsi buah pinggangnya perlulah menjalani rawatan penapisan darah (dialisis) atau pun melakukan pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Sebab-sebab biasa berlakunya kegagalan buah pinggang ialah:

Kadang-kadang kegagalan buah pinggang boleh dirawat melalui pemakanan, ubat dan juga rawatan bagi sebab-sebab yang asas. Jika buah pinggang anda masih tidak dapat menapis darah dengan betul setelah melakukan langkag-langkah di atas, anda mungkin akan diletakkan sebagai mereka yang layak untuk melakukan pemindahan buah pinggang. Malah, sekiranya anda tidak mempunyai jalan perubatan lain untuk merawat kegagalan buah pinggang, pemindahan ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik dari dialisis kerana ia boleh memberikan kualiti hidup yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Komplikasi Prosedur Pemindahan Buah Pinggang

Pembedahan untuk melakukan pemindahan buah pinggang juga boleh membawa kepada komplikasi yang besar termasuk:

  • Pembekuan darah
  • Pendarahan
  • Berlaku kebocoran dari tiub yang tersumbat (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing
  • Jangkitan
  • Kegagalan buah pinggang yang didermakan untuk berfungsi
  • Penolakan buah pinggang yang didermakan

Ubat Anti Penolakan Kesan Sampingan

Selepas melakukan pemindahan buah pinggang, anda perlu mengambil ubat yang membantu mencegah penolakan badan anda terhadap buah pinggang yang didermakan. Tetapi ubat ini boleh menyebabkan banyak kesan sampingan, antaranya:

  • Penipisan tulang
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kulit sensitif
  • Pembengkakan
  • Penambahan berat badan
  • Gusi bengkak
  • Jerawat
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan

Nota : Artikel ini akan bersambung pada siri kedua.

Sumber rujukan artikel : http://mayoclinic.org I Kidney Transplant

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share