Adakah anda pengidap diabetis? Dan mungkin anda juga telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit buah pinggang? Jika begitu anda telah mengidap apa yang dipanggil diabetik nefropati.
Diabetik nefropati adalah penyakit buah pinggang yang diakibatkan oleh penyakit kencing manis yang sudah lama. Dalam artikel ini akan menerangkan kepada anda apakah komplikasi yang akan dialami oleh pesakit diabetik nefropati.
Diabetik nefropati itu sendiri sebenarnya merupakan komplikasi akibat daripada penyakit diabetis. Oleh itu komplikasi diabetik nefropati lebih kurang sama dengan penyakit buah pinggang, hanya sesetengah masalah datangnya dari penyakit utama. Komplikasi utama akibat dari diabetik nefropati ialah:
1) Malnutrisi (kurang zat makanan) atau imuniti
malnutrisi adalah disebabkan oleh kurang tahap protein. Ini kerana pesakit yang menghidapi masalah ini akan mengalami kehilangan protein melalui air kencing dengan banyak. Albuminuria (kurang protein dalam darah) yang agak lama akan mengakibatkan malnutrisi dan membawa kepada terbantutnya tumbesaran dan imuniti badan yang rendah.
2) Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi akan menyerang apabila satu keadaan penyakit menyerang. Ianya disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada buah pinggang akibat diabetis. ACE Inhibitors adalah ubat anti hipertensi yang paling biasa diberi oleh doktor kepada pesakit.
3) Anemia
Anemia juga sama seperti hipertensi. Selalunya kerapkali berlaku bersama dengan kerosakan buah pinggang. Perbezaan peringkat penyakit akan menunjukkan perbezaan keterukan anemia tersebut. Mengapa ianya terjadi? Kurang fungsi buah pinggang disebabkan oleh diabetik nefropati gagal untuk menghasilkan EPO (eritropoietin) yang secukupnya. Eritropoietin adalah enzim yang dihasilkan oleh buah pinggang untuk merangsang sum-sum tulang menghasilkan sel darah merah.
Sementara itu jangka hayat RBCs (red blood cells) yang singkat dan pengumpulan toksin akan menyumbang kepada anemia. Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti keletihan, muka yang pucat, hilang tumpuan dan mengantuk.
4) Nefrotik Sindrom
Sesetengah pesakit akan menunjukkan simtom nefrotik sindrom di mana kehilangan banyak protein melalui air kencing, bengkak dan kurang kandungan protein dalam badan.
5) Kegagalan buah pinggang atau ESRD
Kegagalan buah pinggang atau ESRD (end stage renal disease) adalah komplikasi yang paling serius akibat daripada diabetik nefropati sekiranya dibiarkan tanpa rawatan atau tidak dikawal dengan baik. Kegagalan buah pinggang juga akan terjadi akibat dari tekanan darah tinggi dan kandungan gula yang tidak dikawal.
Banyak lagi komplikasi yang boleh membawa kepada kematian yang mengancam nyawa pesakit seperti kegagalan jantung dan penyakit kardiovaskular. Dialisis dan pemindahan buah pinggang akan menjadi pilihan apabila progres penyakit berpindah kepada peringkat yang lebih teruk.
Sudah tentu komplikasi boleh menjadi lebih dari apa yang dibincangkan di atas. Di sini, perkara yang harus diberi perhatian ialah, walau apapun yang berlaku samada diabetik nefropati atau diabetis, kedua-duanya harus diberikan perhatian yang serius dan rawatan rapi dalam kehidupan seharian. Ubatan, perubahan diet dan gaya hidup harus diubahsuai untuk membantu mengawal progres penyakit.
Sumber: Kidney-Support.Org l Complications of Diabetic Nephropathy
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap diabetik nefropati? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.



