Nefrotik sindrom adalah merujuk kepada suatu keadaan di mana buah pinggang anda mengalami kebocoran dari darah ke dalam air kencing. Bagi kalangan kanak-kanak nefrotik sindrom mungkin berlaku hanya sementara, dan boleh jadi ianya merupakan petanda awal kepada kemungkinan berlakunya kerosakan buah pinggang.
Apakah nefrotik sindrom?
Buah pinggang yang sihat fungsinya ialah menapis bahan buangan dan cecair yang berlebihan dari darah anda. Badan anda akan mengeluarkan sisa buangan dan cecair yang berlebihan sebagai air kencing. Di dalam masalah nefrotik sindrom, kandungan protin yang kebiasaannya kekal di dalam darah akan dikeluarkan bersama-sama dengan sisa buangan dan cecair berlebihan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan masalah kerana tubuh badan anda memerlukan kandungan protin.

