Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.
Tag Archives: hemodialisis
Rawatan Untuk Kegagalan Buah Pinggang & Komplikasinya
Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi yang memerlukan kepada rawatan segera.Tetapi beberapa komplikasi daripada rawatan kegagalan buah pinggang atau kesan sampingan rawatan boleh dicegah atau mudah dirawat.Jadi mari kita lihat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi di saat sedang menjalani rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang.
Tiga pilihan rawatan sudah disediakan kepada mereka yang buah pinggangnya telah benar-benar hilang fungsi sepenuhnya.Ianya ialah hemodialisis,peritonial dialisis dan transplantasi.
Mereka yang menjalani rawatan hemodialisis mungkin akan mengalami masalah pada saluran masuk ke dalam pembuluh darah mereka.Laluan masuk ke pembuluh darah ialah suatu bahagian pada tubuh pesakit di mana darah akan dikeluar dan dimasukkan kembali sepanjang rawatan dilakukan.Masalah yang selalu berlaku pada laluan masuk ke pembuluh darah ialah berlakunya jangkitan pada saluran tersebut atau aliran darah rendah kerana berlakunya pembekuan darah.
Masalah lain yang boleh berlaku ialah disebabkan perubahan pantas di dalam air dan keseimbangan kimia sepanjang rawatan.Ini mungkin termasuk berlakunya kekejangan otot dan hipotensi.Hipotensi adalah berlakunya penurunan mendadak pada tekanan darah,yang mana ianya akan menjadikan seseorang itu merasa lemah dan pening.
Seseorang itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rawatan hemodialisis.Mereka yang menjalani rawatan ini perlulah melaporkan apa sahaja kesan sampingan yang berlaku kepada doktor atau kakitangan hemodialisis.
Dengan mengikuti diet yang sesuai,menghadkan pengambilan cecair yang berlebihan,dan mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda boleh mencegah banyak komplikasi yang berlaku daripada rawatan hemodialisis.
Peritoneal Dialisis:Komplikasi Yang Mungkin Berlaku
Komplikasi rawatan yang umumnya akan dihadapi oleh pesakit yang menjalani peritonial dialisis ialah peritonisis.Peritonisis ialah jangkitan serius pada perut yang terjadi ketika pembukaan di mana katerer memasuki tubuh pesakit telah dijangkiti.
Tanda-tanda berlakunya peritonisis ialah berlakunya demam,warna yang luar biasa atau kekeruhan dari cairan yang digunakan dan kemerahan atau rasa sakit disekitar kateter.Untuk mengelakkan berlakunya peritonisis ketika menjalani rawatan peritonial dialisis ialah pesakit perlulah mematuhi setiap prosedur rawatan yang telah ditetapkan.Selain dari itu,pesakit yang mengalami tanda-tanda peritonisis harus segera memaklumkan kepada doktor bagi memudahkan doktor memberikan rawatan yang sesuai.Komplikasi peritonisis boleh diubati dengan menggunakan antibiotik yang diberikan doktor.
Tranplantasi Buah Pinggang:Komplikasi Yang Mungkin Berlaku
Komplikasi umum yang mungkin juga berlaku kepada mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang ialah penolakan buah pinggang.Biasanya penolakan tersebut ialah disebabkan oleh pesakit tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Bagi mengelakkan berlakunya penolakan buah pinggang,doktor anda akan sertakan sekali sejenis ubat yang dinamakan sebagai imunosupresan.Ubat jenis ini berfungsi sebagai ubat yang melemahkan sistem kekebalan tubuh sehingga dapat mencegah dari berlakunya penolakan buah pinggang.Namun,kesan sampingan dari penggunaan ubat ini ialah pesakit akan mudah terdedah kepada jangkitan penyakit lain kerana sistem kekebalan tubuh telah menjadi lemah.
Dalam beberapa kes pula,kemungkinan berlakunya penolakan buah pinggang boleh berlaku dan pesakit akhirnya terpaksa kembali menjalani rawatan dialisis.Oleh itu,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan bagaimanakah yang paling sesuai kepada anda dan tentang komplikasi yang mungkin akan berlaku dari setiap jenis rawatan yang akan anda lakukan.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Diet & Dialisis
Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Dialisis atau hemodialisis adalah kaedah rawatan yang paling umum untuk mereka yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kekal.Buah pinggang yang normal membantu membersihkan darah dengan cara membuang sisa-sisa yang merbahaya dan cecair yang berlebihan.Selain itu,fungsi buah pinggang juga ialah menghasilkan hormon,yang mana akan menguatkan tulang dan menyihatkan darah.
Apabila buah pinggang telah gagal melakukan tugasnya,ia akan menyebabkan berkumpulnya sisa yang merbahaya di dalam tubuh,peningkatan tekanan darah,berkumpulnya cecair berlebihan,dan kemerosotan penghasilan sel darah merah.Apabila ini berlaku,maka rawatan bagi menggantikan tugas buah pinggang perlu dilakukan.
Dalam hemodialisis,darah pesakit akan mengalir melalui satu penapis khas yang mana ianya akan menghilangkan sisa merbahaya dan cecair berlebihan.Darah yang telah dibersihkan kemudiannya akan dikembalikan ke dalam tubuh.
Dengan mematuhi diet secara berdisiplin akan memperbaiki dialisis dan kesihatan anda.Seorang pakar dalam diet pemakanan boleh membantu anda untuk merancang diet yang sesuai.Mengikuti saranan dari pakar pemakanan anda adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil maksimum dari rawatan hemodialisis anda.Di bawah adalah beberapa panduan umum:
- Cecair. Dengan menghadkan berapa banyak cecair yang anda minum setiap hari,anda dapat menghalang cecair berlebihan daripada berkumpul di dalam tubuh.Cecair yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat,yang mana ianya akan menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih keras, dan akan meningkatkan stres rawatan dialisis.Banyak makanan yang mengandungi cecair seperti buah-buahan,sup dan juga aiskrim.Oleh itu,pakar pemakanan akan membantu untuk menentukan berapa banyak yang boleh anda minum setiap hari.Mereka juga boleh membantu untuk memberikan tip bagaimana untuk mengawal rasa haus.
- Fosforus. Dengan mengambil terlalu banyak fosforus mineral akan menyebabkan tulang menjadi lemah dan kulit menjadi gatal.Terlalu banyak kandungan fosforus di dalam darah anda boleh menyebabkan kalsium diserap keluar dari tulang anda.Makanan yang tinggi kandungan fosforus seperti susu dan keju,kekacang dan juga mentega kacang mesti dielakkan.Kemungkinan juga anda perlu mengambil pengikat fosforus di dalam darah ketika sesi rawatan dialisis.Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang fosforus dengan klik di sini.
- Potassium. Potassium akan memberikan kesan bagaimana stabilnya denyutan jantung anda.Ianya boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan terutamanya susu,buah-buahan dan sayur-sayuran.Mengambil makanan yang teralu tinggi kandungan potassium sangat merbahaya kepada jantung anda.Pakar pemakanan anda dapat membantu memberikan lebih maklumat lanjut tentang potassium dan apakah makanan yang mempunyai tinggi kandungan potassiumnya.
- Protin. Sebelum anda menjalani rawatan dialisis,doktor mungkin telah memaklumkan kepada anda supaya mengambil diet yang rendah protin.Tetapi setelah menjalani dialisis,ianya akan berubah.Kebanyakan mereka yang menjalani rawatan dialisis digalakkan untuk mengambil makanan berprotin yang tinggi kualitinya sebanyak mana yang mereka boleh.Protin akan membantu anda untuk menjaga otot dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak.Semakin baik nutrisi anda,semakin baik jugalah kesihatan anda.Tubuh anda juga akan mempunyai sistem pertahanan yang lebih kuat terhadap sebarang jangkitan dan akan cepat sembuh dari sebarang pembedahan.Tubuh akan menukarkan protin yang berlebihan ke dalam bentuk sisa buangan yang dipanggil urea.Jika kandungan urea di dalam darah tinggi,ini menunjukkan bahawa tubuh anda berada di dalam keadaan tidak sihat.Memakan kandungan protin yang berkualiti tinggi sangat penting kerana ianya kurang menghasilkan urea.Protin berkualiti tinggi boleh didapati daripada daging,ikan,ayam dan juga telur(terutamanya putih telur).
- Kalori. Kalori akan membekalkan kepada anda tenaga.Seseorang individu yang menjalani rawatan dialisis perlu menambah berat mereka.Oleh itu,anda perlu mencari jalan untuk menambahkan kalori di dalam diet anda.Minyak sayuran-seperti minyak zaitun,kanola dan minyak safflower adalah sumber kalori terbaik dan tidak mendatangkan masalah kepada anda untuk mengawal kolestrol.Gula-gula,madu,jem dan gula juga menyumbang kepada kalori dan tenaga.Walaubagaimanapun,sekiranya anda mempunyai masalah diabetis,berhati-hatilah mengambil makanan yang manis.Panduan dan bimbingan dari pakar pemakanan adalah sangat penting bagi pesakit diabetis.
- Suplemen. Oleh kerana anda perlu mengelakkan begitu banyak jenis makanan,maka vitamin dan mineral mungkin akan hilang dari diet anda.Selain itu,rawatan dialisis juga akan turut menghilangkan vitamin dari tubuh anda.Doktor mungkin akan menetapkan suplemen vitamin dan mineral yang direka khas untuk mereka yang telah gagal fungsi buah pinggangnya.Anda perlu mengelakkan dari mengambil vitamin yang boleh dibeli di kedai-kedai.Ini kerana ianya mungkin mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membahayakan kesihatan anda.Oleh itu berbincanglah dengan pakar pemakanan anda tentang makanan yang boleh anda ambil apabila anda menjalani rawatan dialisis.
Sekian dulu untuk artikel kali ini.Jadi berjumpa lagi dan semoga sihat selalu:)
Tentang penulis:Abdullah Idris merupakan salah seorang pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca pengalaman dan sedikit pengetahuan beliau tentang penyakit buah pinggang.Selain blog,anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Diagnosis & Rawatan CKD-MBD
Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Seperti mana yang telah saya janjikan dalam artikel yang lalu,pada kali ini saya akan kongsikan pula bersama anda tentang diagnosis dan rawatan untuk penyakit CKD-MBD.
Anda masih belum mengetahui tentang penyakit CKD-MBD?Boleh baca selanjutnya di sini.
Diagnosis CKD-MBD
Untuk mengdiagnos CKD-MBD,doktor mungkan akan mengambil sampel darah anda.Tujuan diambil sampel tersebut adalah untuk menentukan tahap fosforus,kalsium,PTH dan vitamin di dalam darah anda.Kemungkinan juga doktor anda kan mencadangkan agar dilakukan biopsi tulang.Ini dapat membantu untuk menentukan samada sel tulang anda menjalankan pembinaan rangkaian tulang secara normal.Biopsi tulang melibatkan pengambilan sample tulang dari bahagian pinggang anda.Kemudian sampel tersebut akan dilakukan analisa di bawah mikroskop.
Rawatan CKD-MBD
Rawatan untuk CKD-MBD pula adalah dengan cara mengawal kadar hormon paratiroid untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada tulang anda.Kelenja-kelenjar paratiroid yang terlalu aktif akan dikawal dengan melakukan sedikit perubahan dalam diet,rawatan dialisis atau juga ubat.
Diet
Salah satu cara yang penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit tulang ialah dengan mengurangkan pengambilan fosforus.Pakar diet buah pinggang boleh membantu anda untuk merancang diet bagi mengawal pengambilan fosforus yang berlebihan.
Selain itu,doktor anda juga mungkin akan memberikan kepada anda ubat yang dipanggil pengikat fosforus untuk diambil bersama dengan makanan harian atau snek.Ubat ini membantu untuk menurunkan kadar penyerapan fosforus ke dalam darah dengan cara mengikat fosforus di usus.
Antara contoh ubat pengikat fosforus ialah kalsium karbonat(TUMS),kalsium asetikp(PhosLo),hidroklorik sevelamer(Renagel), dan karbonat lantanum(FOSRENOL).
Dialisis
Peningkatan dos dialisis dengan meningkatkan kadar aliran pesakit atau kekerapan kadar rawatan juga boleh membantu mengawal kadar fosforus.
Rawatan Lain
Jika buah pinggang anda tidak menghasilkan kadar calcitriol yang mencukupi,doktor mungkin akan membekalkan calcitriol sintetik atau bentuk lain dari vitamin D sebagai pil atau dalam bentuk suntikan.
Pembedahan
Pembedahan untuk membuang kelenjar-kelenjar paratiroid mungkan juga akan dicadangkan oleh doktor anda jika tahap PTH anda tidak boleh dikawal dengan pengambilan ubat atau diet.
Perkara Yang Boleh Anda Lakukan
1)Melakukan aktiviti senaman secara teratur dapat menjaga kesihatan tulang anda secara keseluruhan.Namun sekiranya anda sedang menjalani rawatan dialisis,anda msti membuat perbicangan bersama dengan pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman.
2)Berhenti merokok
Ok pembaca sekalian.Ada soalan dengan artikel di atas?Kalau ada,gunakanlah ruangan komen di bawah ye
Jumpa lagi!
Sumber artikel : Kidney Health Care
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Anemia Pada Penyakit Buah Pinggang & Dialisis
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Pernahkah anda mendengar penyakit anemia?Penyakit anemia ialah apabila anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah di dalam darah.Sel darah merah merupakan sel utama yang membawa oksigen ke semua rangkaian tubuh dan organ.Oksigen sangat penting kerana tanpanya sel tidak dapat menggunakan tenaga dari makanan.Disebabkan ini seseorang yang mempunyai masalah anemia akan mudah menjadi letih dan kelihatan pucat.Mempunyai jumlah sel darah merah yang rendah juga boleh menyebabkan risiko masalah jantung.
Anemia umumnya akan dihidapai oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.Ini kerana,pada kebiasaannya buah pinggang sihat akan menghasilkan hormon yang disebut erythropoietin atau EPO.Hormon ini akan merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah.Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang,maka buah pinggang anda tidak dapat mengeluarkan hormon ini dengan secukupnya.Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah.
Kemungkinan anemia mula berkembang pada tahap awal penyakit buah pinggang lagi.Ianya cenderung untuk menjadikan penyakit sedia ada menjadi bertambah buruk.Hampir keseluruhan mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang akan turut mengalami anemia.Kegagalan buah pinggang sepenuhnya juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir.
Rawatan untuk anemia bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin termasuk memberikan suntikan EPO buatan manusia.
Alhamdulillah pembaca sekalian.Saya sudah pun kongsikan dengan anda tentang penyakit anemia ini.kalau diikutkan begitu pentingnya kita menjaga buah pinggang kita daripada rosak.Sebab fungsinya yang begitu penting untuk kesihatan kita.
Bagaimana pula dengan anda.Ada sebarang pertambahan info tentang anemia?Kongsikanlah bersama pembaca lain di ruangan komen di bawah.
P/S : InsyaAllah dalam masa terdekat ini projek penghasilan ebook pertama akan siap.Saya akan maklumkan perkembangan terkini melalui blog ini
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************
Sumber rujukan artikel : Kidney Health Care
Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:

Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’
Bahagian-bahagian Nefron
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Pertama kalinya saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana mungkin membuatkan anda tertunggu-tunggu dengan artikel terbaru saya.Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di tempat saya mengajar.
Ditambah pula dengan kesibukan membantu isteri menjaga anak yang masih kecil memandangkan luka pembedahan bersalin isteri saya masih belum sembuh sepenuhnya lagi.
Baiklah,tanpa membuang masa lagi kita terus kepada tajuk artikel kali ini.Kalau artikel minggu lepas berkenaan dengan struktur dan fungsi nefron,maka pada kali ini saya akan berkongsi artikel tentang bahagian-bahagian yang terdapat pada nefron.
Nefron adalah bahagian yang paling aktif sekali melakukan tugasnya di dalam buah pinggang.Secara umumnya,bagi nefron yang normal akan menjalankan tugasnya siang dan malam untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah.Bagi setiap buah pinggang mempunyai kira-kira sejuta unit nefron.
Dua bahagian utama yang terdapat di dalam nefron ialah sel buah pinggang dan tubul buah pinggang.Sel darah ini mempunyai glomerulus(lihat gambar).Pembersihan darah berlaku di bahagian nefron.
Glomerulus,merupakan seberkas pembuluh darah yang sangat kecil,mempunyai lubang-lubang kecil yang berfungsi sebagai penapis.Keadaan ini bagi membolehkan air,sisa buangan dan juga bahan-bahan kecil melaluinya.Manakala zarah-zarah yang lebih besar dan juga zat-zat termasuk sel-sel dan protin tidak akan dibenarkan untuk melalui penapis ini.
Cecair yang ditapis termasuk sisa buangan dan zat-zat lain akan melalui satu tabung yang sangat kecil yang dipanggil sebagai tubul buah pinggang.Ia adalah satu tabung yang berselanjar yang mempunyai empat bahagian utama iaitu:
- Tubul proksimal
- Lingkaran menurun
- Lingkaran menaik
- Hujung tubul
Di dalam artikel ini kita hanya akan membincangkan fungsi tubul buah pinggang secara umum sahaja.
Pada peringkat permulaannya,tubul buah pinggang akan menerima cecair,bahan-bahan buangan dan zat kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium akan diukur oleh buah pinggang.Apabila tubuh kekurangan salah satu daripada bahan kimia tersebut,tubul akan membebaskan kembali bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk digunakan oleh tubuh.Dengan demikian,buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengatur keseimbangan bahan-bahan ini.Keseimbangan yang tepat adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup.
Kerosakan pada nefron akhirnya akan merosakkan fungsi buah pinggang.
kredit gambar : Kidney Health Care
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************
Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:

Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’
Dialisis (Bah. 2)
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sekali lagi bertemu kita dalam artikel saya yang terbaru.Seperti mana yang telah saya janjikan pada artikel yang lepas,insyaAllah pada artikel kali ini saya akan sambung entri yang bertajuk Dialisis.
Kepada anda yang baru lagi sampai ke blog ini,anda boleh membaca artikel yang berkaitan dengan klik di sini.
Ok,kita akan sambung ke soalan yang seterusnya
Berapa lamakah rawatan dialisis perlu dilakukan?
- Bergantung kepada seberapa baik buah pinggang anda berfungsi
- Berapa banyak cecair yang tubuh anda keluarkan pada setiap rawatan
- Berapa banyak sisa-sisa yang tak diperlukan dalam tubuh anda
- Berapa saiz tubuh anda
- Dan juga jenis buah pinggang buatan yang anda gunakan
Pada kebiasaannya rawatan hemodialisis akan mengambil masa selama tiga atau empat jam pada setiap rawatan dan dilakukan tiga kali seminggu.Jenis dialisis yang dipanggil high-flux dialisis mungkin mengambil sedikit masa untuk dilakukan.Anda boleh berbincang dengan doktor anda apakah rawatan ini sesuai untuk anda.
Apakah peritoneal dialisis dan bagaimanakah cara ianya bekerja?

kredit gambar:www.kidneyfund.org
Melalui dialisis jenis ini,darah dibersihkan di dalam tubuh anda.Doktor anda akan melakukan pembedahan untuk meletakkan sebuah tabung plastik yang disebut katerer ke dalam perut anda.
Melalui rawatan cara ini,daerah perut anda yang disebut rongga peritoneal secara perlahan akan diisi dengan cairan dialisat melalui katerer.Darah akan berada di dalam arteri dan vena yang melapisi rongga peritoneal anda.Cecair yang berlebihan dan juga bahan-bahan yang tidak diperlukan akan ditarik keluar dari darah dan masuk ke dialisat.Ada dua jenis utama dalam peritoneal dialisis.
Apakah perbezaan jenis peritoneal dialisis dan bagaimana ianya berfungsi?
Ada beberapa jenis peritoneal dialisis tetapi ada dua jenis yang utama iaitu:
- Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
- Continuous Cycling Peritoneal Dialysis(CCPD)
Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin.Melalui CAPD,anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau di tempat kerja.Selalunya ia dilakukan 4 atau 5 kali sehari.
Anda akan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal anda melalui katerer.Dialisat akan dibiarkan di dalam rongga peritoneal tadi selama 4 atau 5 jam.Kemudian akan dikeringkan kembali ke dalam bag dan dibuang.Ini disebut sebagai bursa atau pertukaran.
Anda akan menggunakan 1 bag dialisat yang baru setiap kali melakukan bursa.Sementara dialisat dibiarkan di dalam rongga peritoneal,anda bolehlah melakukan aktiviti harian atau pun kerja anda.
Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler.CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja.Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam ketika anda sedang tidur.
Adakah rawatan dialisis boleh membantu menyembuhkan penyakit buah pinggang?
Tidak.Rawatan dialisis bukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang anda,tetapi ianya menggantikan fungsi buah pinggang anda.Dan anda terpaksa menggunakan rawatan ini seumur hidup anda,kecuali anda melakukan pemindahan organ buah pinggang.
Apakah rawatan dialisis akan menimbulkan rasa tidak selesa?
Anda mungkin akan berasa tidak selesa terutamanya ketika jarum dimasukkan ke dalam fistula.Tetapi kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini tidak mengalami masalah lain.Rawatan dialisis sendiri sebenarnya langsung tidak menimbulkan rasa sakit.
Namun,bagi beberapa kes,pesakit mungkin akan mengalami penurunan tekanan darah mereka.Jika hal ini berlaku,anda mungkin akan mengalami rasa sakit perut,muntah-muntah,pening atau pun kejang.Dengan rawatan yang kerap,masalah-masalah tadi biasanya akan hilang dengan sendirinya.
Berapa lamakah rawatan dialisis telah diwujudkan?
Hemodialisis dan peritoneal dialisis telah dilakukan sejak pertengahan tahun 1940 lagi.Dialisis sebagai rawatan biasa telah bermula pada tahun 1960 dan sekarang telah menjadi rawatan yang standard di seluruh dunia.Manakala CAPD pula telah bermula pada tahun 1976 dan rawatan ini telah menyelamatkan banyak nyawa.
Berapa lamakah mereka yang menggunakan rawatan dialisis ini akan hidup?
Sebenarnya tidak dapat dipastikan berapa lama mereka yang menggunakan rawatan dialisis akan dapat meneruskan hidup.Tapi kemungkinan juga mereka ini dapat hidup lama seperti mereka yang buah pinggangnya sihat.
Apakah rawatan dialisis ini mahal?
Ya.Rawatan dialisis memerlukan kos yang tinggi.Namun kerajaan persekutuan biasanya akan menampung sebanyak 80% daripada kos keseluruhan rawatan.Selain itu sekiranya anda ada mengambil insurans,itu juga akan dapat membantu.
Apakah pesakit dialisis akan berasa normal?
Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis boleh menjalani hidup secara normal,kecuali bila tiba untuk menjalani dialisis.Malahan rawatan ini akan membuatkan mereka menjalani hidup dengan lebih baik,kerana ianya banyak membantu menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang.Anda dan keluarga juga perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rawatan dialisis ini.
Apakah pesakit dialisis perlu mengawal diet mereka?
Ya.Anda perlu untuk membuat diet khusus setelah menjalani rawatan dialisis.Kemungkinan juga anda sudah tidak boleh memakan makanan kesukaan anda lagi.Selain itu anda juga perlu menyekat pengambilan jumlah air.Diet anda juga akan berubah mengikut jenis rawatan yang anda sedang jalani.
Apakah pesakit dialisis boleh melakukan perjalanan jauh?
Sudah tentu.Ini kerana pusat rawatan dialisis terdapat di seluruh dunia dan rawatannya juga adalah standard.Anda cuma perlu membuat temujanji sebelum pergi ke mana-mana pusat rawatan.Kakitangan pusat tempat yang anda sedang jalani rawatan dapat membantu anda membuat temujanji.
Adakah pesakit dialisis dapat meneruskan pekerjaan?
Banyak daripada mereka yang menjalani rawatan dialisis dapat meneruskan pekerjaan semula setelah biasa dengan rawatan ini.Namun sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan anda mengangkat benda berat atau menggali,maka anda perlu mencari pekerjaan lain.
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************
Dialisis
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sejak kebelakangan ini tentu anda perasan saya agak kurang mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel terbaru.Saya memohon maaf sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu.
Sebenarnya saya sibuk menguruskan hal anak saya kerana selepas beberapa hari kelahirannya dia mempunyai masalah demam kuning.Jadi perlu berulang-alik ke hospital dan klinik kesihatan.
Pada tengahari ini barulah ada sedikit ruang untuk memasukkan artikel terbaru.Jadi pada tengahari ini kita akan sama-sama berkongsi artikel tentang dialisis.
Tentu anda pernah dengarkan istilah tersebut.Tambah-tambah kepada mereka yang memang sedang menjalani rawatan ini.Kepada yang belum pernah mendengarnya,saya harap artikel ini akan membantu anda.Teruskan membaca ye
Apakah dialisis?
Dialisis adalah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang anda,iaitu mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai kencing.Rawatan ini diperlukan apabila buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut atau disebut kegagalan buah pinggang.
Bilakah anda memerlukan rawatan dialisis?
Rawatan dialisis ini diperlukan apabila buah pinggang berada pada tahap akhir kerosakan,iaitu sekitar 85% hingga 90% tahap kerosakan.Ianya diperlukan agar anda dapa meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang.
Apakah yang dilakukan dengan rawatan dialisis?
Sama seperti buah pinggang yang sihat,rawatan ini akan memastikan tubuh anda berada dalam keseimbangan.Dialisis akan melakukan perkara berikut:
- Menghilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan anda.
- Menjaga tahap yang selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah anda seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
- Membantu untuk mengawal tekanan darah anda.
Adakah kerosakan buah pinggang akan kekal?
Tidak semuanya.Ada beberapa jenis kerosakan buah pinggang akan pulih semula setelah menjalani rawatan dalam jangka masa tertentu.Dalam beberapa kes kegagalan buah pinggang,rawatan dialisis hanya diperlukan untuk sementara waktu sehinggalah buah pinggang akan pulih dan berfungsi semula.
Pada tahap kronik atau buah pinggang anda sudah tidak dapat berfungsi lagi,anda amat memerlukan rawatan dialisis ini untuk membantu meneruskan sisa hidup anda.Dan jika bernasib baik,doktor akan memilih nama anda dalam senarai menunggu untuk menjalankan pemindahan buah pinggang sekiranya ada penderma buah pinggang.
Di mana rawatan dialisis ini dapat dilakukan?
Rawatan dialisis ini boleh anda lakukan di hospital,atau pun pusat-pusat rawatan dialisis swasta,dan juga di rumah anda.Anda dan doktor boleh berbincang untuk memutuskan di manakah untuk menjalankan rawatan tersebut berdasarkan keadaan perubatan dan keinginan anda.
Adakah terdapat perbezaan jenis rawatan dialisis?
Ya,ada.Terdapat dua jenis rawatan dialisis.Iaitu hemodialisis dan juga dialisis peritoneal.
Apakah hemodialisis?
Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah anda.Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi,doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah anda.Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki anda.
Kadang-kadang,laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena di bawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula.
Tetapi,jika pembuluh darah anda tidak mencukupi untuk melakukan fistula,doktor mungkin akan menggunakan sebuah tabung kecil yang lembut untuk digabungkan dengan arteri dan pembuluh darah di bawah kulit anda.
Dan yang terakhir,laluan juga dibuat dengan menggunakan tabung plastik yang sempit,yang disebut katerer,yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah besar di leher anda.Selalunya jenis laluan ini hanya digunakan untuk sementara waktu.Walau bagaimanapun,kadang-kadang ianya juga digunakan untuk jangka masa panjang.
Oklah pembaca sekalian.Saya rasa setakat ini sahaja dulu artikel tentang dialisis untuk kali ini.Tetapi masih ada sambungan lagi.Disebabkan artikel ini panjang,saya jadikan artikel ini dua siri.
Dalam siri yang kedua (bahagian kedua),saya akan menyambung pula artikel tentang jenis dialisis yang kedua iaitu dialisis peritoneal.Dan ada beberapa perkara lagi akan disentuh dalam artikel tersebut.Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk membaca artikel akan datang.Saya galakkan anda mendaftar emel anda dengan menggunakan form di bahagian sidebar kanan blog ini.Pasti anda tidak akan terlepas semua artikel terbaru saya.
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************

