Tag Archives: ebook percuma

Diagnosis & Rawatan CKD-MBD

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Seperti mana yang telah saya janjikan dalam artikel yang lalu,pada kali ini saya akan kongsikan pula bersama anda tentang diagnosis dan rawatan untuk penyakit CKD-MBD.

Anda masih belum mengetahui tentang penyakit CKD-MBD?Boleh baca selanjutnya di sini.

Diagnosis CKD-MBD

Untuk mengdiagnos CKD-MBD,doktor mungkan akan mengambil sampel darah anda.Tujuan diambil sampel tersebut adalah untuk menentukan tahap fosforus,kalsium,PTH dan vitamin di dalam darah anda.Kemungkinan juga doktor anda kan mencadangkan agar dilakukan biopsi tulang.Ini dapat membantu untuk menentukan samada sel tulang anda menjalankan pembinaan rangkaian tulang secara normal.Biopsi tulang melibatkan pengambilan sample tulang dari bahagian pinggang anda.Kemudian sampel tersebut akan dilakukan analisa di bawah mikroskop.

Rawatan CKD-MBD

Rawatan untuk CKD-MBD pula adalah dengan cara mengawal kadar hormon paratiroid untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada tulang anda.Kelenja-kelenjar paratiroid yang terlalu aktif akan dikawal dengan melakukan sedikit perubahan dalam diet,rawatan dialisis atau juga ubat.

Diet

Salah satu cara yang penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit tulang ialah dengan mengurangkan pengambilan fosforus.Pakar diet buah pinggang boleh membantu anda untuk merancang diet bagi mengawal pengambilan fosforus yang berlebihan.

Selain itu,doktor anda juga mungkin akan memberikan  kepada anda ubat yang dipanggil pengikat fosforus untuk diambil bersama dengan makanan harian atau snek.Ubat ini membantu untuk menurunkan kadar penyerapan fosforus ke dalam darah dengan cara mengikat fosforus di usus.

Antara contoh ubat pengikat fosforus ialah kalsium karbonat(TUMS),kalsium asetikp(PhosLo),hidroklorik sevelamer(Renagel), dan karbonat lantanum(FOSRENOL).

Dialisis

Peningkatan dos dialisis dengan meningkatkan kadar aliran pesakit atau kekerapan kadar rawatan juga boleh membantu mengawal kadar fosforus.

Rawatan Lain

Jika buah pinggang anda tidak menghasilkan kadar calcitriol yang mencukupi,doktor mungkin akan membekalkan calcitriol sintetik atau bentuk lain dari vitamin D sebagai pil atau dalam bentuk suntikan.

Pembedahan

Pembedahan untuk membuang kelenjar-kelenjar paratiroid mungkan juga akan dicadangkan oleh doktor anda jika tahap PTH anda tidak boleh dikawal dengan pengambilan ubat atau diet.

Perkara Yang Boleh Anda Lakukan

1)Melakukan aktiviti senaman secara teratur dapat menjaga kesihatan tulang anda secara keseluruhan.Namun sekiranya anda sedang menjalani rawatan dialisis,anda msti membuat perbicangan bersama dengan pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman.

2)Berhenti merokok

Ok pembaca sekalian.Ada soalan dengan artikel di atas?Kalau ada,gunakanlah ruangan komen di bawah ye :-)

Jumpa lagi!

Sumber artikel : Kidney Health Care

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Share

Osteodistrofi Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar anda hari ini?Saya harap sihatlah semuanya.Terima kasih saya ucapkan kerana masaih setia berkunjung ke blog ini untuk membaca artikel-artikel terbaru di sini walaupun saya agak jarang mengemaskini dengan info terbaru.

Baik,artikel kali ini kita sama-sama akan berkongsi tentang satu lagi penyakit buah pinggang iaitu osteodistrofi buah pinggang.Pernah dengar tak?

Osteodistrofi buah pinggang ialah suatu istilah yang digunakan di masa lalu untuk menggambarkan gangguan hormon dan mineral yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang.Tetapi kini istilah osteodistrofi buah pinggang hanya digunakan untuk menggambarkan masalah tulang yang merupakan hasil dari keadaan yang disebut Penyakit Buah Pinggang Kronik-Mineral Dan Gangguan Tulang (CKD-MBD).

Penyakit Buah Pinggang Kronik-Mineral Dan Gangguan Tulang (CKD-MBD) berlaku apabila buah pinggang gagal menetapkan tahap fosforus dan kalsium yang tepat di dalam darah.Keadaan ini biasanya terjadi pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang dan melibatkan hampir semua pesakit yang menjalani dialisis.

CKD-MBD akan lebih serius sekiranya berlaku kepada kanak-kanak kerana tulang mereka masih lagi dalam peringkat tumbesaran.Ini boleh melambatkan pertumbuhan tulang mereka dan juga boleh menyebabkan kecacatan tulang.Contohnya,kanak-kanak yang mempunyai  CKD-MBD akan mengalami kecacatan fizikal luar dan dalam.Kecacatan jenis ini disebut sebagai ‘renal rickets’.

Bagi orang dewasa pula,perubahan tulang dari CKD-MBD boleh bermula beberapa tahun lebih awal sebelum munculya gejala penyakit.Jika CKD-MBD tidak dirawat,tulang akan menjadi kurus dan lemag secara perlahan-lahan.Yang mana ianya boleh menyebabkan kesakitan pada tulang dan sendi.Oleh kerana CKD-MBD boleh menipis dan melemahkan tulang,maka risiko untuk berlaku kepatahan tulang adalah tinggi.

Pada masa yang lalu,doktor menggunakan istilah osteodistrofi buah pinggang untuk menggambarkan berlakunya gangguan hormon dan mineral yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang,tetapi sekarang istilah osteodistrofi buah pinggang digunakan untuk menggambarkan masalah tulang yang terjadi akibat daripada CKD-MBD.

Peranan Hormon & Buah Pinggang Dalam Mengekalkan Kesihatan Tulang

Buah pinggang memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan jisim dan struktur tulang .Selain itu,organ ini juga membantu menyeimbangkan kadar kalsium dan fosforus di dalam darah.Buah pinggang juga membantu memastikan agar kemampuan anda untuk menerima Vitamin D dari sinar matahari dan makanan diaktifkan.

Kalsium adalah sejenis mineral yang berfungsi untuk membina dan menguatkan tulang.Ia boleh didapati daripada banyak sumber makanan,terutamanya dari susu dan juga dari produk yang berasaskan susu.Apabila kadar kalsium di dalam darah menjadi terlalu rendah,kelenjar paratiroid akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil hormon paratiroid (PTH).

Hormon ini berfungsi untuk menarik kalsium dari tulang bagi meningkatkan kadar kalsium di dalam darah.Apabila terlalu banyak sumber kalsium ditarik dari tulang bagi meningkatkan kadarnya di dalam darah,ini akan mengurangkan kadar kalsium tulang.Maka lama-kelamaan,pengurangan kalsium tulang secara tetap akan melemahkan tulang.

Fosforus pula,yanag kebanyakkannya boleh didapati dari banyak sumber makanan,juga membantu untuk mengatur tahap kalsium tulang.Buah pinggang yang sihat akan mengurangkan kandungan fosforus di dalam darah sekiranya berlaku kelebihan.

Sekiranya buah pinggang tidak lagi berfungsi secara normal,kadar fosforus di dalam darah akan menjadi sangat tinggi,yang mana ianya akan mengarah kalisum di dalam darah ke tahap yang rendah.Kadar kalsium yang rendah di dalam darah boleh menyebabkan pelepasan PTH  terlalu banyak, yang akan menyebabkan kehilangan banyak kalsium dari tulang.

Kebiasaannya buah pinggang akan mengeluarkan calcitriol,iaitu sejenis vitamin D,untuk membantu tubuh menyerap kalisum makanan ke dalam darah dan tulang.Namun,apabila pengeluaran calcitriol menurun,tahap PTH akan menigkat,dan kalsium akan dikeluarkan dari tulang.Calcitriol dan PTH akan bekerjasama untuk mengimbangi kalsium dan  memelihara kesihatan tulang.

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang,pengeluaran calcitriol akan terhenti.Akibatnya tubuh tidak dapat menyerap kalsium dari makanan dan akan mengeluarkannya dari tulang.Ini akan menyebabkan berlakunya kerapuhan tulang dan menjadikan seseorang itu cenderung mengalami patah tulang.

Itulah dia pembaca sekalian sedikit informasi yang mampu saya kongsikan bersama anda tentang osteodistrofi buah pinggang.Harapan saya ianya akan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita.Kalau ada sesiapa yang ingin menambah lagi informasi yang berkaitan,saya alu-alukan untuk dikongsi bersama.

IsyaAllah pada artikel akan datang saya akan sambung pula tentang diagnosis dan rawatan untuk penyakit CKD-MBD.Jadi,teruskanlah untuk setia membaca artikel-artikel di blog saya ye.

Ok,jumpa lagi :-)

Sumber artikel : Kidney Health Care

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

 

Share

Ebook dah siap.Download sekarang.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Alhamdulillah,setelah bertungkus-lumus untu menyiapkan ebook pertama saya akhirnya berjaya juga.Walaupun ianya tak seberapa,tapi saya harap segala isi kandungannya akan dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Jadi tanpa membuang masa,di bawah ini saya berikan link ke laman ruangan untuk download ebook tersebut.Downloadlah ye dan kalau boleh saya mengharapkan agar anda sudi meninggalkan komen tentang ebook tersebut.

“Panduan Pengambilan Fosforus Untuk Pesakit Buah Pinggang”
Klik di sini untuk download

Selamat membaca dan juga lupa ye untuk tinggalkan komen tentang ebook ni :-)

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Best Blogger Tips

Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:
Langgan Melalui Emel
Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’

Share

Projek Pertama Hampir Siap

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar anda pada pagi ini?Alhamdulillah sepertimana yang telah dirancang dan yang telah saya maklumkan dalam artikel yang lepas,projek 2011 yang saya usahakan semakin hampir siap.

Dan ini merupakan projek pertama saya.Dan paling penting saya berharap apa yang saya buat ini akan memberikan manfaat bersama,terutamanya kepada pembaca setia yang terus memberikan sokongan.

Apakah projek 2011 ini?

Mengikut dalam perancangan saya ialah pada tahun 2011 ini insyaAllah saya akan mula menghasilkan ebook-ebook kesihatan tentang buah pinggang.Yang utamanya ialah ebook-ebook tersebut akan saya berikan secara percuma sahaja kepada pembaca setia blog ini.

Dan,yang paling menggembirakan saya ialah cover ebook pertama saya telah pun siap.Dan sekarang ini penghasilan kandungan ebook pertama ini pun sudah 80% selesai.InsyaAllah dalam beberapa hari lagi akan siaplah semuanya kalau tiada aral melintang.

Panduan Pengambilan Fosforus Untuk Pesakit Buah Pinggang

Di dalam ebook ini anda akan didedahkan dengan maklumat tentang apa itu fosforus dan kepentingannya.Dan di dalamnya juga saya ada sediakan jadual makanan-makanan dan jumlah fosforus yang terdapat di dalamnya.

Tunggu sajalah pelancaran ebook pertama saya ni ye,insyaAllah sedikit masa lagi.

Untuk pengetahuan anda,cover ebook ini telah dihasilkan oleh cdiqlife.com.Dan yang paling bestnya ialah,admin blog ini telah menghasilkannya secara percuma untuk saya.Terima kasih bebanyak bro.Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan bro ni,bolehlah hubungi beliau di blog atau pun di fanpagenya.

Oklah pembaca sekalian,itulah sedikit perkembangan terkini mengenai projek saya tu.Kalau anda tidak mahu terlepas untuk mendapatkan ebook saya,pastikan anda telah pun mendaftar emel untuk mendapatkan artikel terbaru blog ini :-)

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Best Blogger Tips

Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:
Langgan Melalui Emel
Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’

Mengapa perlu daftar?
Share