Tag Archives: diet untuk hemodialisis

Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apabila anda telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang peringkat akhir atau pun disebut sebagai kegagalan buah pinggang,soal pemakanan amatlah perlu diperhatikan kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting.

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan panduan diet yang boleh anda gunakan sebagai rujukan sehinggalah doktor anda menyediakan satu diet yang khusus untuk anda.

Sebagai permulaan anda memerlukan:

  • Makanan yang lebih tinggi kandungan protinnya.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang terlalu tinggi kandungan garamnya, potasium dan makanan yang tinggi kandungan fosforus contohnya seperti usus,limpa,kacang dan juga minuman berkarbonat.
  • Pelajari berapa banyakkah jumlah air yang selamat untuk anda minum setiap hari.Ini termasuklah kopi,teh dan minuman kegemaran yang lain.

Garam Dan Sodium

  • Gunakan sedikit garam dalam makanan anda dan kurangkan memakan makanan yang masin rasanya.Ini dapat membantu mengawal tekanan darah dan dapat mengurangkan berat badan diantara sesi dialisis.
  • Gunakan herba,rempah-ratus dan penambah perisa yang rendah kandungan garamnya sebagai menggantikan garam.
  • Elakkan menggunakan garam yang dibuat dengan potasium.

Daging dan Protin

Sekiranya anda menjalani rawatan dialisis,maka anda perlu lebihkan pengambilan makanan berprotin.Protin boleh membantu mengekalkan tahap protin dalam darah dan akan meningkatkan kesihatan.

Makan makanan yang yang berprotin tinggi seperti daging,ikan dan juga telur pada setiap kali anda makan,atau sekitar 8 hingga 10 auns makanan berprotin tinggi setiap hari.

3 auns = saiz sebesar satu set kad,satu potongan sederhana daging,1/4 pai kecil hamburger,1/2 dada ayam dan satu potongan fillet ikan.

1 auns = 1 biji telur atau 1/4 cawan pengganti telur,1/4 cawan tuna,1/4 cawan keju dan juga 1 potong lunchmeat yang rendah kandungan sodium.

Nota:Walaupun mentega kacang,kacang,biji-bijian kacang kering dan lain-lain jenis kacang tergolong dalam makanan berprotin,tetapi ianya tidak digalakkan kerana kedua-duanya tinggi kandungan potassium dan fosforus.

Biji-bijian,Gandum & Roti

Kecuali anda memerlukan untuk menghadkan pengambilan kalori anda untuk menurunkan berat badan dan/atau menguruskan pengambilan karbohidrat untuk kawalan gula dalam darah,maka anda boleh makan sebanyak yang anda inginkan dari kumpulan makanan di atas.

Ini kerana biji-bijian,gandum dan roti adalah merupakan sumber kalori yang baik.Bagi kebanyakan orang mereka memerlukan 6 hingga 11 hidangan setiap hari dari kumpulan makanan ini.

Jumlah yang sama dengan satu hidangan:

  • 1 keping roti
  • 1/2 muffin
  • 1/2 bagel
  • 1/2 roti hamburger
  • 1/2 roti hotdog
  • 1 hingga 6 inci tortilla
  • 1/2 cawan pasta yang dimasak
  • 1/2 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan bijirin yang dimasak(seperti bubur gandum)
  • 1 cawan bijirin sejuk (seperti kerepek jagung atau beras rangup)
  • 4 keropok tawar
  • 1 setengah cawan bertih jagung tawar
  • 10 wafer perisa vanilla

Elakkan pengambilan gandum dan makanan tinggi serat seperti roti gandum,bijirin dan beras merah untuk membantu anda mengawal pengambilan fosforus.Dengan mengawal pengambilan makanan dari hasil tenusu,anda telah melindungi tulang dan pembuluh darah anda.

Oklah pembaca sekalian.Itulah sedikit perkongsian saya setakat ini tentang panduan diet untuk pesakit hemodialisis.InsyaAllah pada artikel akan datang saya akan sambung lagi panduan diet ini.Jangan lupa ye untuk terus melawat blog saya.

Selamat mencuba panduan ini :-)

kredit gambar:bakkem08.blogspot.com

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Share