Tag Archives: diet untuk diebetis

Kumpulan Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada bulan November 2008, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa 13 peratus rakyat dewasa Amerika yang berjumlah kira-kira 26 juta orang  mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Buah pinggang atau penyakit buah pinggang berlaku apabila kemerosotan fungsi buah pinggang seseorang. Bahan buangan di dalam badan mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Mengekalkan diet khas boleh membantu melambatkan proses penyakit buah pinggang dengan cara membantu mengurangkan beban dalam menjalankan fungsinya.

Protin

 

Protin adalah nutrien yang diperlukan. Ia membantu tubuh kita melawan jangkitan, menyembuhkan badan daripada kecederaan dan pendarahan. Apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda masih memerlukan protein tetapi jumlah yang lebih terkawal. Kebanyakan pesakit buah pinggang perlu menghadkan pengambilan protin kerana buah pinggang mereka tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Tetapi ia juga bergantung kepada saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang anda. Terlalu sedikit mengambil sumber protin boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Oleh itu adalah penting untuk anda berbincang dengan pakar buah pinggang dan pakar pemakanan sebelum mengehadkan pengambilan protin.

Continue reading

Share

Diabetis & Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diabetis mellitus, biasanya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit di mana badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan jumlah normal insulin dengan betul. Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal jumlah gula di dalam darah anda. Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai masalah di bahagian  badan anda.

Adakah terdapat perbezaan jenis penyakit diabetis?

Kebiasaannya terdapat diabetis jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai kencing manis permulaan juvana atau kencing manis yang bergantung kepada insulin. Diabetis jenis ini akan menyebabkan pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup dan anda perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hayat anda.

Diabetes jenis 2 pula biasanya berlaku pada mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan dikenali sebagai kencing manis permulaan dewasa. Ia juga dikenali sebagai kencing manis yang bergantung kepada bukan insulin. Untuk diabetis jenis 2, pankreas masih mampu untuk menghasilkan insulin, tetapi badan anda tidak menggunakannya dengan betul. Paras gula di dalam darah akan tinggi dan selalunya boleh dikawal dengan mengikuti diet dan/ atau mengambil ubat-ubatan, walaupun sesetengah pesakit perlu mengambil insulin.

Apakah akibat terhadap buah pinggang yang disebabkan oleh diabetis?

Kencing manis akan menyebabkan saluran darah kecil di dalam badan mengalami kecederaan. Apabila saluran darah di dalam buah pinggang tercedera, buah pinggang tidak dapat membersihkan darah dengan betul. Badan akan menyimpan lebih banyak air dan garam daripada yang sepatutnya, yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan bengkak pada buku lali. Kemungkinan juga di dalam air kencing anda akan wujudnya kandungan protin. Selain itu, bahan-bahan buangan akan berkumpul di dalam darah anda.

Diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan saraf di dalam badan. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing anda. Akibat tekanan yang terhasil dari pundi kencing yang penuh akan menyebabkan air kencing naik semula dan mencederakan buah pinggang. Selain itu juga, jika air kencing berada dalam pundi kencing untuk jangka masa yang lama, ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria dalam air kencing yang mempunyai paras gula yang tinggi.

Berapa ramai pesakit diabetis akan mengalami penyakit buah pinggang?

Kira-kira 30 peratus daripada pesakit diabetis jenis  1 (permulaan juvana) dan 10 hingga 40 peratus daripada mereka yang mempunyai penyakit diabetis jenis 2 (permulaan dewasa) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang.

Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes?

Tanda awal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ialah meningkatnya sisa buangan dari albumin dalam air kencing. Sisa buangan ini boleh wujud lebih dahulu sebelum ujian biasa bagi mengesan penyakit buah pinggang dijalankan ke atas anda. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian ini setiap tahun. Penambahan berat badan dan bengkak pada buku lali juga boleh berlaku. Selain itu anda juga akan lebih kerap untuk membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Tekanan darah akan menjadi terlalu tinggi. Sebagai penghidap diabetes, anda perlu melakukan ujian tekanan darah, air kencing dan pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini akan membolehkan kawalan penyakit dan rawatan awal tekanan darah tinggi serta penyakit buah pinggang anda dilakukan dengan lebih baik. Mengekalkan kawalan terhadap penyakit diabetes boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang yang teruk.

Apakah tanda-tanda akhir penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis?

Apabila buah pinggang anda gagal, tahap blood urea nitrogen (Bun) atau nitrogen urea darah akan naik bersama dengan tahap kreatinin di dalam darah anda. Anda juga mungkin mengalami rasa loya, muntah-muntah, hilang selera makan, lemah, keletihan meningkat, gatal-gatal, kekejangan otot (terutama pada kaki anda) dan anemia. Anda mungkin mendapati yang anda kurang memerlukan insulin. Ini adalah kerana penyakit buah pinggang menyebabkan kurang penghasilan insulin. Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda ini, sila hubungi doktor anda.

JADUAL 1

Tanda-tanda penyakit buah pinggang bagi pesakit diabetis

  •     Albumin / protein dalam air kencing
  •     Tekanan darah tinggi
  •     Bengkak buku lali dan kaki, kejang kaki
  •     Pergi ke bilik mandi lebih kerap terutamanya pada waktu malam
  •     Tahap Bun dan kreatinin yang tinggi dalam darah
  •     Kurang keperluan untuk insulin atau ubat-ubatan antidiabetic
  •     Demam di waktu pagi, loya dan muntah
  •     Lemah, pucat dan anemia
  •     gatal-gatal

Apa yang akan berlaku jika buah pinggang saya telah rosak?

Pertama, doktor perlu memastikan apakah penyakit diabetes anda telah menyebabkan kecederaan. Penyakit-penyakit lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Buah pinggang anda akan bekerja lebih baik dan tahan lebih lama jika anda:

  •     Mengawal kencing manis anda
  •     Mengawal tekanan darah tinggi
  •     Dapatkan rawatan untuk jangkitan saluran kencing
  •     Membetulkan apa-apa masalah di dalam sistem kencing anda
  •     Mengelakkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh merosakkan buah pinggang (terutamanya ubat penahan sakit)

Jika tiada masalah-masalah lain yang dijumpai, doktor akan cuba menjaga buah pinggang anda  untuk terus berfungsi seberapa lama yang boleh. Penggunaan ubat tekanan darah tinggi yang dipanggil angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors telah terbukti dapat membantu melambatkan kehilangan fungsi buah pinggang.

Bagaimana memastikan buah pinggang terus berfungsi seberapa lama yang boleh?

Doktor buah pinggang, yang dipanggil nefrologi, akan merangka satu pelan bersama dengan anda, keluarga anda dan pakar diet anda. Dua perkara yang perlu diingat untuk menjaga buah pinggang anda agar sentiasa sihat ialah mengawal tekanan darah tinggi bersama-sama dengan ACE dan pemakanan yang disyorkan untuk buah pinggang anda. Menghadkan pengambilan protein dalam diet anda juga mungkin dapat membantu. Anda dan pakar diet anda boleh merancang diet anda bersama-sama.

Apakah kegagalan peringkat akhir buah pinggang pada pesakit diabetes?

Peringkat akhir kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang anda tidak lagi mampu menyokong anda untuk hidup dalam keadaan yang sihat, dan dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan. Ini berlaku apabila buah pinggang anda berfungsi pada hanya 10 hingga 15 peratus. Biasanya jangka masa di antara bermulanya kecederaan buah pinggang disebabkan diabetes dan kegagalan buah pinggang kira-kira 5-7 tahun.

Bagaimana kegagalan buah pinggang dirawat di kalangan pesakit kencing manis?

Tiga jenis rawatan boleh digunakan apabila buah pinggang anda gagal iaitu:

  • pemindahan buah pinggang
  • hemodialisis
  • dialisis peritoneal

Bolehkah pesakit diabetes melakukan pemindahan buah pinggang?

Ya. Setelah anda mendapatkan buah pinggang baru, anda mungkin memerlukan dos insulin yang lebih tinggi. Selera makan anda akan bertambah baik dan buah pinggang anda akan mengurangkan dos insulin lebih baik daripada buah pinggang yang telah rosak. Anda juga pelu mengambil steroid untuk menjaga tubuh dari menolak buah pinggang baru. Jika buah pinggang anda gagal, rawatan dialisis boleh dimulakan sementara anda menunggu buah pinggang yang lain.

Bagaimana pula dengan pemindahan pankreas?

Kadang-kadang ianya tidak mustahil untuk melakukan pemindahan pankreas bersama-sama dengan pemindahan buah pinggang. Doktor akan memberikan nasihat mengenai kemungkinan ini.

Bagaimana pula dengan diet yang rendah protein?

Kajian menunjukkan bahawa diet rendah protein boleh melambatkan proses berlakunya kerosakan buah pinggang.

Apakah harapan masa depan bagi pesakit diabetis?

Hari ini telah banyak kajian demi kajian telah dilakukan untuk mengkaji penyakit diabetis. Harapan kita agar di masa depan kajian tersebut akan dapat mengubati dan mencegah penyakit diabetis. Pada masa yang sama, anda boleh mengawal penyakit diabetis dengan cara:

  • Melakukan pamantauan di rumah terhadap paras glukos dalam darah anda
  • Mengekalkan kesedaran untuk mengawal tekana darah anda, mungkin juga dengan melakukan pemantauan di rumah
  • Sentiasa mengikuti diet khusus anda

==========================
Sumber : Diabetes & Kidney Disease
==========================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Share

Diet Untuk Menurunkan Tahap Kreatinin

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Buah pinggang kita berfungsi untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dari darah kita. Untuk memantau fungsi buah pinggang, doktor akan mengukur paras serum kreatinin, yang terhasil melalui pecahan fosfat kreatin daripada otot. Buah pinggang yang sihat akan menapis kandungan kreatinin. Tahap serum kreatinin yang tinggi menunjukkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Apabila berlakunya situasi ini, doktor anda akan menetapkan diet buah pinggang yang sesuai untuk anda. Oleh kerana beban kerja buah pinggang anda diringankan dan kadar kerosakan dilambatkan, tahap kreatinin anda akan menjadi lebih rendah. Diet buah pinggang memberi tumpuan kepada pengawalan protein, potassium, fosforus, natrium dan cecair. Ikut arahan yang ditetapkan oleh doktor dan jangan lakukan sebarang perubahan diet atau ubat-ubatan tanpa nasihat dari doktor anda.

Continue reading

Share

Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Yang Tinggi

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kreatinin adalah bahan buangan di dalam badan anda. Biasanya, buah pinggang yang sihat akan menapis kreatinin daripada aliran darah anda. Jika anda mempunyai tahap kreatinin yang tinggi, ini menunjukkan bahawa buah pinggang anda mempunyai masalah. Fungsi buah pinggang boleh terjejas dari penyakit buah pinggang kronik atau kegagalan buah pinggang akut. Jika anda didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang akut, anda mungkin dapat memulihkan fungsi buah pinggang penuh. Kegagalan buah pinggang kronik memerlukan rawatan yang berterusan. Untuk merawat fungsi buah pinggang yang telah terjejas, anda perlu merawat punca-punca asas masalah buah pinggang anda. Fungsi buah pinggang mungkin berkurangan disebabkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
Continue reading

Share

Kenali Diabetis Insipidus(Bah 3)

Assalamualaikum pembaca sekalian, Apa khabar anda semua ketika ini? Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih setia untuk terus membaca artikel-artikel terbaru di blog saya.

Pada artikel kali ini, saya akan menyambung artikel saya yang lepas berkaitan dengan penyakit diabetis insipidus. Kalau dalam artikel yang lepas kita telah pun tahu perbezaan diantara diabetis insipidus dan mellitus, jenis-jenis diabetis insipidus, maka dalam bahagian yang ketiga ini kita akan mengetahui pula tentang cara rawatan yang dilakukan oleh doktor untuk mengubati penyakit ini.
Continue reading

Share

Kenali Diabetis Insipidus (Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pertamanya saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana sudah lama saya tidak update blog ini dengan info-info terbaru tentang kesihatan. Ini berikutan dengan kekangan masa kerana terlibat dengan program kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya mengajar.

Kepada yang masih sudi berkunjung ke blog ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Dan tidal lupa juga kepada mereka yang menyumbangkan komen-komen yang bernas dan membina, ianya sebagai satu suntikan semangat kepada saya.

Continue reading

Share

Kenali Diabetis Insipidus (Bah 1)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Diabetis Insipidus (DI) ialah suatu gangguan yang pelik yang akan menyebabkan seseorang itu sering terasa hendak membuang air kecil, yang mana kebiasaannya terhasil dari ketidakcukupan perembesan hormon antideuratik. Disebabkan sebahagian besar cecair telah hilang di dalam urin, mereka yang berkeadaan sebegini akan cenderung untuk meminum air dalam jumlah yang banyak. Kemungkinan besar sebab inilah yang menyebabkan mereka sering membuang air kecil, hinggakan akan menggangu masa tidur di waktu malam, dan akan menyebabkan mereka kencing di tempat tidur.

Continue reading

Share

Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik(Bah 4)

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kalau dalam artikel yang lepas kita telah pun mengetahui tentang tip-tip yang boleh dicuba bagi menjadikan tahap potassium di dalam makanan kita berada pada tahap yang normal dan selamat untuk dimakan.Jadi dalam artikel kali ini kita akan melihat pula pada jenis-jenis makanan yang mengandungi tahap potassium yang tinggi dan rendah.

Makanan Rendah Potassium

Tanyakan pada pakar diet anda tentang jumlah potassium yang selamat untuk anda makan.Bahagian saiz makanan yang diambil sangat penting.Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau pengambilan terlalu kerap boleh menyebabkan tahap potassium menjadi tinggi walaupun anda hanya mengambil makanan yang rendah tahap potassiumnya.

Jadi di bawah ini ialah jadual makanan yang mengandungi tahap kandungan potassium yang rendah.

 

Jenis makanan Makanan rendah potassium
Buah-buahan
  • Epal
  • Beri
  • Buah-buahan koktel
  • Anggur
  • Lemon
  • Buah pic
  • Buah pir bertin
  • Nenas
  • Buah plum
  • Tembikai
Sayur-sayuran
  • Lobak
  • Kobis
  • Bunga kobis
  • Timun
  • Terung
  • Kacang hijau
  • Salad
  • Bawang
Produk bukan tenusu
  • Krimer bukan tenusu
  • Beras susu(bukan diperkaya)
  • Air manis atau aiskrim
  • Krim putar bukan tenusu
Snek

 

 

  • Kacang jeli
  • Gula-gula
  • Donat
  • Bertih jagung (tiada garam)
  • Biskut lingkar(tiada garam)

Perhatian: Jadual di atas tidak termasuk semua jenis makanan yang rendah kandungan potassiumnya.Bahagian saiz juga memainkan peranan penting dalam jumlah potassium yang ada dapat dari makanan yang diambil.Oleh itu pastikan anda merujuk kepada pakar pemakanan anda tentang apakah makanan yang sesuai diambil berdasarkan keperluan anda.

Di bawah ini pula adalah jadual makanan yang tinggi tahap potassiumnya.Jadi pastikan anda kurang atau tinggalkan terus makanan yang tinggi potassium.

Jenis makanan Makanan tinggi potassium
Buah-buahan
  • Avocado
  • Pisang
  • Tembikai wangi
  • Buah-buahan kering
  • Tembikai susu
  • Kiwi
  • Mempelam
  • Oren dan jus oren
  • Betik
  • Jus prun
Sayur-sayuran
  • Ulam-ulaman
  • Kacang kering
  • Labu kuning
  • Ubi kentang,kentang goreng
  • Bayam
  • Ubi jalar
  • Tomato,sos tomato
  • Jus sayuran
Produk tenusu
  • Susu
  • Yogurt
  • Aiskrim
Lain-lain
  • Coklat
  • Sirap pekat
  • Garam tambahan
  • Kekacang


Perhatian:
Jadual di atas tidak termasuk semua jenis makanan yang tinggi kandungan potassiumnya.Bahagian saiz juga memainkan peranan penting dalam jumlah potassium yang ada dapat dari makanan yang diambil.Oleh itu pastikan anda merujuk kepada pakar pemakanan anda tentang apakah makanan yang sesuai diambil berdasarkan keperluan anda.

Sumber artikel di sini.

 

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.

Share

Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik(Bah 3)

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Sebelum anda meneruskan bacaan artikel ini,saya cadangkan agar anda membaca dahulu  artikel di bawah tajuk yang sama iaitu bahagian 1 dan bahagian 2.

Jadi,dalam artikel ini kita akan teruskan pula sambungan dari dua artikel yang sebelumnya.Mungkin anda semua tertanya-tertanya apakah yang sebenarnya patut saya makan dan sepatutnya saya kurang atau tinggalkan.Jangan risau,insyaAllah artikel ini ada jawapannya,teruskan membaca ye :-)

Saranan dan juga senarai dibawah ini akan dapat membantu memberikan gambaran dan juga idea kepada anda mengenai makanan yang tinggi dan rendah kandungan potassiumnya.

Untuk menjaga agar kandungan potassium anda berada pada tahap yang normal,cuba cadangan di bawah ini:

Jenis Makanan Tip
Buah-buahan
  • Pilihlahlah buah seperti epal,beri atau anggur dan tinggalkan pisang oren dan juga kiwi
  • Pilih potongan kecil buah tembikai sebagai ganti kepada tembikai madu atau tembikai susu.
  • Makan buah pic,buah plum dan juga nenas sebagai ganti kepada buah betik dan juga mempelam.
  • Pilihlah buah kranberri yang telah dikeringkan sebagai menggantikan kismis dan juga buah-buahan kering yang lain.
  • Minum jus epal,kranberi dan juga anggur sebagai ganti kepada jus oren dan jus prun.
  • Gunakan minuman buah-buahan di dalam tin yang rendah kandungan potassium,buah pic atau koktel buah-buahan sebagai menggantikan buah-buahan segar.
Sayur-sayuran
  • Pilih kacang hijau,kacang lilin atau kacang manis untuk menggantikan kacang atau kacang manis yang telah dikeringkan.
  • Sediakan kentang lenyek atau kentang tumbuk dari kentang yang telah dibasuh sebagai ganti kepada  kentang yang digoreng atau dibakar.(Pastikan anda basuh kentang anda untuk mengurangkan kandungan potassium)
  • Masak dengan menggunakan bawang,cabai,cendawan atau bawang putih sebagai ganti kepada tomato,cili atau tomato sos.
  • Minum ari sejuk dengan hirisan lemon atau timun untuk menggantikan minum jus sayur-sayuran.
Tenusu
  • Gunakan krimer bukan tenusu atau susu beras yang tidak diperkaya sebagai ganti kepada susu.
  • Sediakan puding dengan menggunakan krimer bukan tenusu,sebagai ganti memakan yogurt atau puding yang dibuat dari susu.
  • Nikmatilah serbat,aiskrim batang atau air manis menggantikan aiskrim atau yogurt yang dibekukan.
Pelbagai
  • Pilihlah pencuci mulut berperisa vanilla atau lemon sebagai ganti kepada pencuci mulut berperisa coklat.
  • Makanlah bertih jagung atau biskut yang tidak bergaram,kek beras,jeli kacang atau gula-gula sebagai ganti kepada kekacang
  • Rasakan makanan dengan serbuk lada,lemon atau herba rendah sodium dan juga rempah-ratus sebagai ganti kepada penambahan garam.

Bagaimana dengan tip dan saranan di atas pembaca sekalian?Adakah ianya membantu?Saya harap ianya membantu anda untuk memastikan tahap potassium berada pada paras yang normal.Dan untuk pengetahuan anda,artikel ini masih belum selesai.InsyaAllah saya akan sambung lagi dalam tulisan akan datang tentang apakah makanan yang tinggi dan rendah kandungan potassiumnya.

Jadi,berjumpa lagi dan semoga sihat selalu :-)

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.

Share

Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik(Bah. 2)

Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel kesihatan terbaru di blog ini.Oh ya,sebelum saya terlupa.Saya ingin memaklumkan kepada pembaca sekalian bahawa saya telah pun menerbitkan siri newsletter bulanan.Bulan April ini adalah terbitan yang pertama.Jadi sekiranya anda ingin melanggan newsletter tersebut,senang sahaja caranya.Hanya daftar sebagai ahli mailing list dengan mendownload ebook percuma saya,dan secara automatik  siri newsletter tersebut akan dihantar melalui emel.

Baiklah,tanpa membuang masa seperti mana yang telah saya maklumkan dalam artikel yang lepas bahawa dalam artikel kali ini saya akan menyambung tulisan saya pada artikel yang bertajuk “Potassium & Kaitannya Dengan Penyakit Buah Pinggang Kronik”.

Bagaimanakah untuk mencegah daripada potassium menjadi terlalu tinggi?

Di bawah ini adalah antara yang boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dalam usaha untuk menjaga agar tahap potassium mereka sentiasa berada pada tahap yang selamat:

  • Bincangkan dengan pakar diet buah pinggang anda untuk merancang jadual pemakanan anda yang mengandungi jumlah pengambilan potassium yang tepat.Mereka boleh membantu anda.
  • Perhatikan makanan anda.Hadkan jumlah pengambilan makanan yang tinggi potassium.
  • Hadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sepertimana yang telah ditetapkan oleh pakar diet buah pinggang anda.
  • Hadkan pengambilan susu dan juga produk tenusu dan anda boleh gantikannya dengan produk yang bukan hasil tenusu yang telah disarankan oleh pakar diet anda.
  • Buangkan cecair daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah ditinkan.
  • Elakkan dari menggunakan pengganti garam dan juga penambah perisa yang mengandungi potassium
  • Baca label produk yang tertulis “rendah garam” atau “rendah sodium” pada bungkusan makanan untuk memastikan kandungan potassium seperti potassium klorida tidak ditambah.
  • Sentiasa berhati-hati dengan saiz makanan yang diambil.Hampir semua makanan yang anda ambil mengandungi kandungan potassium,hinggakan makanan yang rendah kandungan potassiumnya boleh berubah menjadi makanan yang tinggi potassium jika diambil dalam jumlah yang banyak.
  • Jangan melewatkan masa rawatan dialisis.Sentiasa mematuhi jadual dan masa rawatan sepenuhnya.Waktu rawatan yang lengkap sangat penting untuk memastikan darah bersih sentiasa mencukupi.
  • Cuci dengan cara melarutkan di dalam air sayur yang tinggi kandungan potassiumnya sekiranya terdapat dalam diet anda.Larutan tersebut akan dapat mengurangkan kandungan potassium.Anda boleh bertanya kepada pakar diet anda tentang sayuran yang mana yang perlu dilarutkan dan berapa kuantiti sayuran tersebut yang boleh anda makan.(Anda boleh lihat petunjuk cara-cara mencuci di bawah).

Bagaimana untuk mencuci sayur bagi mengurangkan potassium?

  • Kupas sayur-sayuran tersebut,potong kecil-kecil dan letakkan di dalam periuk besar yang mengandungi air.
  • Kemudian bilas sayuran tersebut.
  • Isi periuk dengan air dan rendam sayur-sayuran yang telah dibilas tadi sekurang-kurangnya 4 jam pada suhu bilik.
  • Setelah itu,basuh sayur-sayuran tersebut dengan air yang bersih.
  • Masaklah sayuran tersebut mengikut citarasa anda
  • Dan akhir sekali hadkan bahagian untuk satu hidangan,kebiasaannya 1/2 cawan.

Baiklah pembaca sekalian.Sebenarnya artikel ini masih belum habis dan masih ada sambungannya.InsyaAllah akan saya kongsikan pada artikel akan datang.Dalam artikel akan datang insyaAllah kita sama-sama akan mengetahui:

  1. Jenis makanan yang tinggi kandungan potassium dan tip untuk mengurangkannya.
  2. Jadual makanan yang tinggi kandungan potassium,dan,
  3. Jadual makanan yang rendah kandungan potassium.

Jadi janganlah ketinggalan untuk membaca artikel saya akan datang ye.Jumpa lagi dan semoga sihat selalu :-)

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.

Share