Assalamualaikum pembaca sekalian,
Hari ini saya telah mendapat satu maklum balas dari seorang ibu yang menyatakan bahawa anaknya baru sahaja disahkan mengidap penyakit nefrotik sindrom.Sama seperti saya,antara masalah dan persoalan yang timbul dikalangan pesakit dan juga ahli keluarga yang menjaga pesakit ini,apakah yang boleh dimakan dan apakah yang sepatutnya dikurang atau ditinggalkan oleh pesakit nefrotik sindrom?
Jadi dalam artikel kali ini,saya akan kongsikan bersama anda semua panduan diet khusus untuk pesakit nefrotik sindrom.Harapan saya agar sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat.
Panduan Umum
- Tujuan utama dari pengurusan nutrisi bagi pesakit nefrotik sindrom ialah untuk menggantikan kehilangan protin dengan cara mengambil sumber protin yang mencukupi.Namun begitu,pengambilan sumber protin yang berlebihan juga mesti dijauhkan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan tabung pada buah pinggang yang disebabkan oleh penapisan protin yang berlebihan.
- Pengambilan sodium di dalam diet haruslah dikurangkan
- Pengambilan lemak juga harus dikurangkan di dalam diet
- Pengambilan cecair haruslah dihadkan seperti yang disarankan oleh pakar perubatan
Antara makanan yang boleh diambil ialah:
- Susu lembu,susu skim
- Yogurt
- Gandum,bijirin,pucuk-pucuk,
- Telur,ikan,ikan kering,ayam,daging tanpa lemak dan lain0lain
- Sayuran dan buah-buahan
- Sup,sos,minuman bercoklat,jus dan juga lain-lain(tetapi dengan kandungan sodium yang rendah)
- Wafer,bertih jagung,acar buah-buahan yang disediakan dengan penggunaan garam yang sedikit.
- Biasakan untuk mengurangkan pengambilan minyak sayuran,mentega dan juga mayonis.
- Mi,spagetti,penkek dan lain-lain.
Makanan yang sepatutnya dielakkan oleh pesakit nefrotik sindrom ialah:
- Pesakit nefrotik sindrom mestilah mengelakkan berlakunya kelebihan protin.Ini kerana dengan mengambil diet yang tinggi kandungan protinnya boleh menyebabkan berlakunya kerosakan tiub ke buah pinggang kerana buah pinggang perlu melakukan penapisan protin yang berlebihan tadi.
- Pesakit buah pinggang juga mestilah mengelakkan diet yang tinggi kandungan lemak kerana mereka ini selalunya telah sedia tinggi kandungan kolestrol dan trigliserida.Oleh itu diet yang diambil mestilah tinggi kalori sehingga dapat menyimpan protin,namun rendah kandungan lemak.
- Kandungan sodium di dalam diet mestilah dikurangkan sebanyak mungkin bagi mengelakkan berlakunya pengumpulan cecair atau dipanggil sebagai edema.Oleh itu makanan tinggi kandungan sodium yang mesti dielakkan atau dikurangkan ialah:
- Wafer masin,bertih jagung,biskut masin,makanan ringan,kerepek dan lain-lain.
- Jeruk masin,acar buah,serbuk kari(yang disediakan untuk tujuan komersial)
- Salad komersial untuk perhiasan dan juga sos.Kiub untuk penyediaan sup.
- Produk yang dihasilkan di tempat pembuatan roti,roti dan juga biskut.
- Biji gajus masin,kacang pistasio,walnat dan kacang tanah.
- Keju yang dikormesialkan,makanan yang mengandungi pengawet,mi campuran dan juga pasta.
- Daging yang masin atau ditinkan.
- Makanan yang mengandungi serbuk penaik dan juga ajinomoto.
Itulah dia pembaca sekalian sedikit panduan yang dapat dikongsikan.Harapan saya agar panduan ini dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit nefrotik sindrom atau pun ahli keluarga mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Jumpa lagi & semoga sihat selalu
Sumber rujukan artikel di sini.
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.