Tag Archives: diet kurang cecair

Kegagalan Buah Pinggang-Apakah Yang Patut Dimakan & Dielakkan?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan perubatan apabila buah pinggang gagal menapis toksin dan bahan buangan daripada darah dan memindahkan cecair tambahan daripada badan. Kegagalan buah pinggang boleh disebabkan oleh banyak keadaan seperti jangkitan utama, batu karang, sista buah pinggang dan trauma.

Continue reading

Share

Adakah Tembikai Baik Untuk Diet Buah Pinggang?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Artikel ini ialah sebagai meraikan komen dan cadangan  dari salah seorang rakan blogger.Beliau mencadangkan agar saya mewujudkan satu topik tentang diet pemakanan untuk pesakit buah pinggang.InsyaAllah bermula dari artikel ini dan seterusnya,saya akan selang-selikan dengan artikel tentang diet yang sesuai untuk pesakit buah pinggang.Terima kasih kepada beliau atas cadangan tersebut.

Mungkin ada timbul kekeliruan di dalam pemikiran khususnya bagi pesakit buah pinggang,apakah buah tembikai sesuai dimasukkan di dalam diet mereka?Ini kerana ada sesetengah pesakit diberitahu bahawa buah tembikai boleh dimakan,manakala ada sesetengahnya pula diberitahu bahawa buah tersebut tidak boleh dimakan.Mengapa berlakunya demikian?Ianya harus dilihat pada 3 isu,iaitu : saiz bahagian,potassium dan juga jumlah cecair.

Saiz bahagian: Lazimnya,sepotong tembikai bersamaan dengan 3 cawan air.Jadi,untuk pesakit dialisis yang perlu mengurangkan pengambilan cecair dan potassium,sepotong tembikai menyumbang terlalu banyak jumlah potassium dan cecair.Kebanyakan ahli gizi menyarankan agar mengurangkan pengambilan tembikai  kepada 1 cawan bagi setiap hidangan.Sebagai ganti kepada sepotong tembikai,potong buah tersebut mengikut saiz gigitan dan ukurnya ke dalam cawan.

Potassium: Mengetahui berapa banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh anda makan dan juga saiz hidangan terbaik adalah penting untuk mengawal pengambilan potassium.Sepotong buah tembikai menyumbang kepada 560 mg potassium tetapi satu cawan kecil bagi setiap hidangan hanyalah mengandungi 180 mg potassium.

Oleh kerana saiz satu cawan tembikai adalah lebih kecil dari satu potong tembikai,cuba ukur saiz hidangan anda sehinggalah anda dapat membuat anggaran kepada satu cawan bagi setiap saiz hidangan.Anda juga boleh memotong saiz hidangan anda kepada potongan-potongan segitiga kecil.

Cecair: Sekiranya anda tidak mengira pengambilan buah tembikai bagi setiap jumlah pengambilan cecair di dalam diet anda,adalah sangat mudah untuk anda melebihi dari jumlah pengambilan cecair yang sepatutnya.Ini kerana buah tembikai ialah buah yang tinggi kandungan airnya iaitu 92%  dan hanya mengandungi sedikit serat.Satu potong tembikai mengandungi 3 cawan cecair.Untuk pesakit dialisis yang perlu mengawal pengambilan cecair,kurangkan pengambilan tembikai kepada 1 cawan dan boleh dikira sebagai pengganti cecair sekiranya anda bimbang terlebih mengambil jumlah cecair.

Sebagai sumber pemakanan pula,tembikai merupakan sumber vitamin c yang baik,beta karotin dan likopen,iaitu sejenis fitokimia dengan aktiviti antioksidan yang dapat melindungi anda dari serangan kanser.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share