Tag Archives: darah tinggi

kidney-test

3 Ujian Mudah Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang

Tahukah anda bahawa Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang – jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima.

Malah ramai lagi termasuk anda sebenarnya sangat berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Dan yang paling mendukacitakan ialah kebanyakan dari mereka ini tidak tahu tentang risiko tersebut.

Sebagai blog bahasa melayu perintis tentang penyakit buah pinggang, artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia saya, 3 ujian mudah yang boleh dan patut anda lakukan untuk mengesan apakah anda mempunyai penyakit buah pinggang atau tidak.

Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kedua paling tinggi menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Kesimpulannya tekanan darah tinggi boleh menjadi sebab atau akibat.

Jika bacaan tekanan darah tinggi anda ialah 140/90 atau lebih, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi. Jika anda mempunyai diabetis atau penyakit buah pinggang, bacaan yang disyorkan ialah bawah daripada 130/80. Adalah penting untuk anda memastikan agar tekanan darah anda terkawal bagi mengurangkan risiko anda mendapat penyakit buah pinggang, jantung, penyakit saluran darah dan strok.

Urinalisis

Urinalisis adalah satu ujian untuk memeriksa sampel air kencing anda bagi melihat jumlah protein, darah (sel darah merah dan putih), dan perkara-perkara lain. Protein dan sel darah merah atau putih sepatutnya tidak ditemui di dalam air kencing anda. Jadi sekiranya wujud protein atau sel darah merah/putih, ini menunjukkan mungkin buah pinggang anda bermasalah.

Mempunyai kandungan protein adalah tanda-tanda awal yang menunjukkan buah pinggang anda bermasalah, terutamanya jika anda mengidap diabetis. Beberapa ujian lain juga boleh dilakukan untuk melihat kehadiran protein di dalam urin.

Salah satu ujian tersebut ialah menisbahkan kandungan protein kepada kreatinin. Kaedah ini adalah yang paling tepat untuk mengukur jumlah protein di dalam air kencing. Sekiranya keputusan ujian menunjukkan 200mg/gm atau kurang, maka ia adalah normal.

Sebaliknya jika keputusan menunjukkan 200mg/gm atau lebih, maka ianya dikira tinggi. Satu lagi ujian, iaitu albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, adalah sesuai kepada mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang, mereka yang mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mengidap diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Nilai yang menunjukkan kurang daripada 30mg/gm adalah normal untuk ujian albumin yang dinisbahkan kepada kreatinin, jika sebaliknya maka ianya dianggap tinggi dan mungkin salah satu dari tanda-tanda penyakit buah pinggang.

Dengan melakukan salah satu dari ujian ini, anda tidak perlu untuk mengumpul sampel air kencing selama 24 jam.

GFR

GFR dianggarkan daripada keputusan ujian serum (atau darah). Ianya dilakukan untuk menilai sebaik mana buah pinggang anda mengeluarkan sisa-sisa buangan yang tidak diperlukan daripada badan.

Ianya adalah cara terbaik untuk melihat fungsi buah pinggang anda. Ujian serum (atau darah) tidak sesuai untuk melihat fungsi buah pinggang. GFR dikira menggunakan serum kreatinin dan juga faktor-faktor lain, contohnya umur dan jantina.

Pada peringkat awal penyakit buah pinggang GFR mungkin berada pada tahap yang normal. Nilai 60 atau lebih adalah normal (GFR akan berkurangan mengikut usia). Jika nilai GFR adalah kurang dari 60, berkemungkinan ia menunjukkan buah pinggang anda bermasalah.

Cuba berbincang dengan doktor anda tentang ujian GFR. Sekiranya anda berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang (mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi, atau sejarah keluarga yang mempunyai diabetis, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang), anda perlu mengetahui jika anda mempunyai penyakit buah pinggang.

Cuba bertanya kepada doktor anda tentang ketiga-tiga ujian ini. Ia sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini kerana jika anda mempunyai penyakit buah pinggang diperingkat awal, ia boleh dirawat dengan segera. Ingat, penyakit buah pinggang perlu dirawat pada peringkat awal bagi mengelakkan ianya bertambah teruk.

Sumber: National Kidney Foundation – Three Simple Test To Check For Kidney Disease

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Mengapa Berlakunya Tekanan Darah Sistolik Yang Tinggi?

Tekanan darah sistolik, iaitu bacaan dibahagian atas untuk tekanan darah, adalah merujuk kepada tekanan di dalam saluran darah apabila jantung anda berdegup. Jika bacaan darah sistolik anda melebihi dari 140mmHg, maka anda dikatakan mempunyai tekanan darah sistolik tinggi. Bagi kebanyakan kes, punca khusus yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian masih belum diketahui. Namun faktor risikonya adalah disebabkan oleh kencing manis, merokok dan juga berat badan yang berlebihan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya bacaan sistolik anda menjadi tinggi. Antaranya ialah amalan merokok atau mengambil decongestant, iaitu ubat untuk melegakan selsema. Ada antaranya yang kronik seperti hipertensi essential atau penyakit buah pinggang. Menurut sumber dari National Heart Lung Blood Institute, mempunyai bacaan sistolik yang tinggi, adalah satu keadaan yang dipanggil isolated systolic hypertension, merupakan jenis yang paling biasa berlaku kepada anda yang berumur lebih dari 60 tahun.

Hipertensi Essential

Pada Januari 2000 dalam isu “Circulation”, Dr. Oscar Carretero dan Suzanne Oparil telah mendefinisikan hipertensi essential sebagai “tekanan darah tinggi di mana punca kedua tidak wujud”.Hipertensi essential juga disebut sebagai hipertensi primer atau idiopathic dan adalah punca utama tekana darah tinggi yang dianggarkan 95% orang mengidapnya.

Isolated Systolic Hypertension

Isolated Systolic Hypertension adalah satu bentuk hipertensi essential di mana hanya tekanan darah sistolik sahaja yang tinggi. Dianggarkan 65% orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dikalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai isolated systolic hypertension.

Lain-Lain Diagnostik Perubatan

Menurut Seventh Report of the Joint National Commission on Prevention, Detection, Evaluation and Treatment of High Blood Pressure, yang diterbitkan pada Mei 2003 pada isu “Journal of the American Medical Association”, mereka yang mempunyai penyakit lain atau pun keadaan perubatan juga boleh mendapat tekanan darah sistolik yang tinggi. Contohnya mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, masalah tidur apnea obstruktifprimary aldosteronism, pheochromocytoma, penyakit tiroid dan paratiroid atau sindrom Cushing.

Sumber: 

  • http://www.livestrong.com/article/206485-reasons-for-high-systolic-blood-pressure/

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Delivered by FeedBurner

Share

Bagaimana Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Diet Anda?

Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi, adalah peningkatan tekanan darah pada dinding arteri. Jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan berlakunya penyakit merbahaya seperti jantung dan strok. Ia juga boleh merosakkan buah pinggang anda. Walaupun penyakit ini tidak berkait dengan unsur genetik, tekanan darah tinggi biasanya akan terjadi dalam tempoh beberapa tahun. Dalam kebanyakan kes, anda yang mengamalkan pengambilan diet yang rendah nutrien, makanan yang diproses yang tinggi kandungan lemak, gula dan sodium. Oleh itu, membuat perubahan di dalam diet anda dapat membantu mengawal tekanan darah anda. Langkah-langkah yang saya kongsikan di bawah dapat membantu anda.

Langkah 1:

Kurangkan pengambilan diet yang tinggi kandungan garam (sodium). Menurut kajian, anda sebenarnya boleh mendapatkan kandungan garam yang mencukupi dalam diet yang anda makan. Ini kerana kandungan garam yang tinggi datangnya dari makanan yang diproses yang menggunakan garam sebagai perisa tambahan dan juga pengawet. Pastikan anda selalu membaca pada label makanan yang diproses untuk mengetahui berapa jumlah garam yang anda makan setiap hari.

Langkah 2:

Makan makanan yang kaya dengan kandungan potassium, contohnya seperti pisang, oren dan tomato. Menurut National Institutes of Health, diet yang boleh membantu menjaga tekanan darah tinggi sepatutnya menekankan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan potassium. Elakkan dari menggunakan potassium tambahan dan pengganti garam yang mengandungi potassium, melainkan ianya telah ditetapkan oleh doktor anda. Potassium tambahan boleh berinteraksi dengan beberapa jenis ubat-ubatan dan penyakit tertentu. Yang terbaik ialah dapatkan potassium dari diet harian anda.

Langkah 3:

Kurang atau elakkan terus pengambilan kafein dari diet harian anda. Kafein akan menyebabkan peningkatan sementara pada tekanan darah anda selepas ianya diambil. Jadi sekiranya anda mengamalkan pengambilan kafein secara berterusan dalam diet, kesan yang lebih buruk dari sementara boleh  berlaku. Menurut Mayo Clinic, mereka yang mengamalkan pengambilan kafein secara berterusan, lebih berisiko mendapat tekanan darah tinggi dari mereka yang tidak mengambil kafein.

Langkah 4:

Gantikan makanan yang diproses, tinggi lemak, makanan yang tinggi kandungan gula dengan buah-buahan segar atau beku, sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga daging tanpa lemak. Elakkan pengambilan lemak tepu dan gunakan lemak yang sihat seperti kanola dan minyak zaitun. Selain itu hadkan pengambilan sejumlah lemak dalam deit harian anda. Sebaiknya lemak perlu diambil sebanyak 30% atau kurang daripada pengambilan kalori harian anda. Kira keperluan kalori harian anda, kemudian anggarkan dari jumlah tersebut berapa yang sepatutnya anda ambil dalam bentuk lemak. Makanan yang diproses boleh meningkatkan tekanan darah anda, kosong kandungan kalori dan tidak mengandungi serat. Dengan mengamalkan buah-buhan, sayur-sayuran dan bijirin penuh boleh akan mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan jumlah serat dalam diet anda.

Bagaimana dengan diet anda?

Jadi selepas ini anda dapatlah mengawal tekanan darah tinggi hanya dengan mengamalkan diet sihat seperti yang saya kongsikan dalam langkah di atas. Ingat, dengan mengawal tekanan darah akan menjadikan buah pinggang anda berada dalam keadaan yang sihat.

Rujukan:

  • http://livestrong.com : How to take care of high blood pressure with diet

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

 

Share

Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 2)

Di zaman ini penyakit buah pinggang kronik tidak mustahil boleh dihidapi oleh golongan kanak-kanak. Biar pun hingga waktu ini belum lagi ditemui punca sebenar yang menyebabkan penyakit tersebut, namun dengan meningkatnya jumlah kanak-kanak yang berlebihan berat badan, mereka berisiko untuk mendapat kegagalan buah pinggang.

Di dalam artikel saya yang lepas di bawah tajuk yang sama, kita telah pun mengetahui beberapa perkara yang berkaitan. Dalam artikel kali ini, mari kita sambung beberapa lagi perkara penting yang perlu diketahui.

Apakah matlamat rawatan untuk tekanan darah tinggi pada anak saya?

Matlamatnya adalah:

  • Untuk mengurangkan tekanan darah.
  • Untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anak anda menjadi bertambah teruk.
  • Untuk mengelakkan penyakit jantung dan saluran darah.

Tekanan darah anak anda patut dikurangkan sehingga ke tahap normal mengikut jantina, umur dan ketinggian kanak-kanak, atau pun kurang dari 130/80, yang mana lebih rendah. Anda sepatutnya bertanyakan pada doktor yang merawat anak anda apakah sasaran bacaan yang sepatutnya bagi anak anda.

Apakah jenis rawatan yang sepatutnya diberikan pada anak saya untuk mengatasi tekanan darah tingginya?

Antara jenis rawatan yang akan dilakukan ialah melakukan perubahan pada gaya hidup anak anda (soalan seterusnya akan menunjukkan contoh perubahan gaya hidup) selain mengambil ubat-ubatan. Selain itu doktor khas yang pakar dalam merawat penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi dikalangan kanak-kanak juga patut terlibat dalam sesi rawatan tersebut.

Apakah jenis perubahan gaya hidup yang perlu dilakukan pada anak saya?

Doktor mungkin akan mencadangkan kepada anda langkah-langkah berikut:

  • Kurangkan berat badan anak anda sekiranya dia mempunyai berat badan berlebihan. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan menjadikan mereka lebih berisiko mengalami masalah kesihatan lain yang serius termasuklah penyakit kencing manis dan jantung selain akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang sedia ada menjadi bertambah teruk.
  • Kurangkan pengambilan garam dan juga makanan ringan yang masin. Sebelum melakukan langkah ini, pastikan terlebih dahulu doktor yakin bahawa anak anda tidak mempunyai penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan tubuh anak anda kehilangan banyak kandungan garam.
  • Jauhkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah seperti tembakau, kafein dan berhati-hati terhadap pengambilan ubat jika anak anda mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Sediakan satu jadual senaman yang sesuai mengikut umur dan keadaan perubatan anak anda. Meningkatkan aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan darah, malah ianya boleh membantu menurunkan berat badan sekiranya anak anda mempunyai berat badan berlebihan, sekaligus dapat mengekalkan berat badan yang sihat. Sukan dan program senaman yang diadakan di sekolah mungkin salah satu cara yang sesuai untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak. Tetapi pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman untuk anak anda.

Bagaimana pula dengan pengambilan ubat?

Sebelum menentukan  jenis ubat tekanan darah tinggi yang akan diberikan pada anak anda, doktor akan melihat faktor-faktor berikut:

  • Jenis penyakit buah pinggang kronik yang dihidapi.
  • Umur dan saiz
  • Keupayaan kanak-kanak untuk menelan pil

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah diuji ke atas kanak-kanak. Antaranya doktor mungkin akan memberikan kepada anak anda sejenis ubat tekanan darah tinggi berbentuk pil iaitu angiotensin converting enzyme (ACE) inhibator atau pun angiotensin receptor blocker (ARB).

Beberapa kajian yang dilakukan terhadap ubat-ubatan di atas mengakui bahawa ianya memang dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang. Sekiranya anak anda mengalami pengekalan garam dan air, doktor juga akan memberikan sejenis ubat deuretik.

Selain itu ubat seperti beta-blockers, clonidine dan calcium channel blockers juga akan digunakan dalam kombinasi bersama dengan ubat-ubatan lain. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengidap tekanan darah tinggi dan buah pinggang kronik akan diberikan lebih dari satu jenis ubat. Namun apa sahaja jenis ubat yang diberikan, pastikan dosnya sesuai mengikut umur dan berat badan anak anda.

Berapa kerapkah tekanan darah anak saya perlu dilakukan pemeriksaan?

Tekanan darah anak anda perlu diperiksa setiap kali anda membuat temujanji bersama doktor yang merawat andak anda. Anda sebagai ibu bapa juga patut belajar bagaimana untuk mengambil tekanan darah anak anda. Atau sekiranya ada jururawat di sekolah, mereka juga boleh membantu untuk membuat pemeriksaan tekanan darah anak anda dan menyimpan rekodnya. Rekod ini boleh anda bawa dan tunjukkan pada doktor pada temujanji akan datang.

Apabila memeriksa tekanan darah anak anda, pastikan anda menyimpan keputusan yang sebenarnya untuk ditunjukkan pada doktor. Jangan menipu keputusan untuk ditunjukkan kepada doktor. Ini kerana sekiranya keputusan tidak memuaskan doktor boleh memikirkan kaedah rawatan lain untuk menurunkan tekanan darah anak anda.

Apakah anak saya memerlukan ujian lain?

Pada lawatan susulan, doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian tambahan. Ujian ini bertujuan untuk melihat bagaimana fungsi buah pinggang anak anda, antaranya:

  • Ujian kadar penapisan glomerular atau GFR, di mana ujian ini dapat membantu doktor mengesan sejauh mana fungsi buah pinggang anak anda. Melalui ujian ini, fungsi buah pinggang dapat dikesan dengan melihat pada keputusan ujian darah dengan melihat pada kadar kreatinin dalam darah. Kreatinin ialah bahan buangan yang terhasil dari aktiviti otot. Sekiranya ujian menunjukkan tahap kreatinin dalam darah adalah tinggi, ini bermakna fungsi buah pinggang telah merosot.
  • Ujian tahap protin urin. Sekiranya kandungan protin di dalam urin berada pada tahap yang tinggi, ini menunjukkan risiko buah pinggang anak anda bertambah teruk adalah tinggi. Selain itu anak anda juga berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga penyakit di saluran darah. Oleh itu merawat tekanan darah tinggi anak anda dapat membantu untuk menurunkan tahap protin di dalam urin.

Sebagai ibubapa, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu anak saya?

  • Jika anak anda mempunyai berat badan berlebihan, maka adalah sangat penting untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badannya. Anda boleh membantu dengan menyediakan makanan yang mempunyai jumlah kalori untuk memenuhi keperluan anak anda. Minta doktor untuk anda dirujuk kepada pakar diet yang berdaftar untuk membantu anda membuat jadual perancangan diet yang sesuai.
  • Bincangkan juga dengan doktor tentang jadual senaman yang sesuai untuk anak anda.
  • Jika doktor ada memberikan ubat tekanan darah, pastikan agar anak anda mengambil ubat tersebut mengikut sepertimana yang diarahkan. Dan laporkan juga pada doktor sekiranya anak anda mengalami apa-apa kesan sampingan.

Jadi bagaimana dengan anda? Apakah anda mempunyai anak yang mempunyai tekanan darah tinggi?

Tulis dan kongsikan pengalaman anda bersama saya kerana saya ingin membacanya.

Sumber : http://www.kidney.org/atoz/content/hbpchildren.cfm
 

Ditulis oleh: Abdullah Idris.
Abdullah Idris di
facebook dan twitter

Anda ingin artikel seperti ini? Langgan terus melalui emel:

Mengapa perlu daftar?
Share

Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 1)

Tekanan darah tinggi adalah keadaan yang  biasa berlaku pada kanak-kanak yang mengidap penyakit buah pinggang kronik (CKD). Disebabkan usia mereka yang muda, apabila mereka mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik, terdapat risiko yang tinggi bahawa kanak-kanak ini akhirnya mungkin mempunyai masalah jantung dan penyakit buah pinggang kronik yang semakin teruk.

Sebab itu sangat penting untuk anda sentiasa memeriksa tekanan darah tinggi anak-anak anda sekiranya mereka mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Pengesanan awal dan rawatan tekanan darah tinggi boleh membantu untuk mengurangkan komplikasi. Artikel ini ditulis untuk ibubapa yang anak-anak mereka mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Continue reading

Share

Tahap Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah kehilangan keupayaan untuk menghapuskan bahan buangan berbahaya dari darah anda. Apabila berhadapan dengan masalah kegagalan buah pinggang, penting untuk melambatkan atau mencegah kerosakan yang lebih teruk kepada fungsi buah pinggang anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami dan mengetahui apakah tahap kerosakan fungsi buah pinggang anda.

Continue reading

Share

Bagaimana Untuk Memulihkan Kerosakan Buah Pinggang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kerosakan buah pinggang adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa kemerosotan dalam fungsi buah pinggang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan atau kecederaan, termasuk kencing manis, jangkitan, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, batu karang, komplikasi transfusi dan penyakit autoimun. Walaupun beberapa bentuk kerosakan buah pinggang akan kembali pulih, bentuk kerosakan yang lain hanyalah boleh diperlahankan tetapi tidak dapat disembuhkan.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Continue reading

Share

Tahukah Anda Nephrectomy?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nephrectomy (penyingkiran buah pinggang) adalah satu prosedur pembedahan untuk membuang semua atau sebahagian buah pinggang.

Apabila seorang pakar bedah mengeluarkan seluruh buah pinggang, prosedur tersebut dipanggil nephrectomy lengkap atau radikal. Dengan nephrectomy separa, pakar bedah akan membuang tisu yang berpenyakit dari buah pinggang dan meninggalkan tisu yang sihat di tempat asalnya.
Continue reading

Share

Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang



Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit buah pinggang mungkin pada peringkat awalnya tidak menunjukkan sebarang tanda dan simptom. Kemungkinan petanda awal yang dapat dikesan oleh doktor ialah melalui ujian darah dan urin yang dilakukan secara kerap. Dan untuk mengesan penyakit buah pinggang, doktor mungkin akan melakukan ujian-ujian perubatan di bawah dan prosuder diagnostik.

Continue reading

Share