Tag Archives: batu karang

Apakah Sebab Anda Sakit Ketika Membuang Air Kencing?

kidney painRasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.

Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit semasa kencing
  • mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • tekanan perut
  • keletihan
  • demam

Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.

Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.

Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • pembesaran prostat
  • pundi neurogenic
  • kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • radang pundi kencing
  • batu karang
  • dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter

Gejala berlakunya batu karang ialah:

  • sakit di bahagian bawah perut
  • sakit semasa kencing
  • kerap kencing
  • kesukaran membuang air kecil
  • kebocoran air kencing
  • darah dalam air kencing

Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.

Sumber: What Are The Cause Of Pain When Urinating?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Protein Whey & Kerosakan Buah Pinggang

whey protein

foto kredit : livestrong.com

Protein whey terhasil dari susu lembu. Proses susu lembu yang bertukar menjadi keju akan mewujudkan protein whey sebagai hasil sampingan. Protein whey adalah protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan semua asid amino. Walaupun protein whey adalah bahan makanan semulajadi, tetapi itu tidak bermaksud ianya 100% bebas risiko. Ini kerana penggunaan protein whey secara berlebihan boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

Manfaat Protein Whey

Asid amino yang terdapat di dalam protein whey terbukti penting untuk pertumbuhan otot dan tisu penghubung yang sihat. Ia memperbaiki komposisi badan dan menambah prestasi para atlit. Protein whey berfungsi untuk memperbaiki dan mengembangkan tisu otot, terutamanya selepas bekerja. Penggunaan protein whey dikalangan warga tua akan dapat membantu mereka dari kehilangan kekuatan tulang. Protein whey sangat digalakkan untuk mereka yang mengalami komplikasi kardiovaskular. Ia juga sangat penting bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi yang mempunyai kesukaran membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan badan akibat loya, hilang selera makan, dan keletihan.

Buah Pinggang Yang Sihat dan Protein Whey

Universiti of Connecticut telah mengendalikan satu kajian, iaitu “Pengambilan Diet Protein dan Fungsi Renal,” menunjukkan bahawa anda yang mempunyai buah pinggang yang sihat tidak perlu bimbang untuk mengambil protein whey dalam jumlah yang tinggi. Rujukan kajian penyelidikan baru-baru ini mengenai diet protein yang tinggi untuk kedua-dua berat badan dan atlet, telah mendapati tiada kesan negatif pada fungsi buah pinggang. Kesimpulannya mendapati tiada bukti yang menyokong idea bahawa pengambilan protein yang tinggi adalah punca kerosakan buah pinggang atau disfungsi.

Risiko Kerosakan Buah Binggang dan Protein Whey

Apabila jumlah pengambilan protein whey meningkat dalam tempoh masa yang panjang, terdapat risiko mendapat gangguan buah pinggang, termasuk batu karang. Diet yang kaya dengan protein whey yang tinggi boleh menyebabkan fungsi buah pinggang anda terjejas. Pengambilan diet yang tinggi protein untuk menurunkan berat badan akan memberikan tekanan pada buah pinggang, di mana organ ini bertanggungjawab untuk menapis bahan buangan. Sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk tempoh yang panjang, maka anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan dalam kes-kes yang lebih kronik, mungkin anda akan mengalami kegagalan buah pinggang. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian konklusif yang menunjukkan pengambilan protein whey untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Apapun, ramai pakar berhati-hati terhadap risiko pengambilan protein whey untuk tempoh yang lama dan menggalakkan agar anda mengambil protein tersebut dalam jumlah yang sederhana.

Pertimbangan

Lihat simbol “USP”, kerana simbol ini menunjukkan bahawa tahap protein whey memenuhi piawaian tertentu yang berkaitan dengan kesucian dan kualitinya. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik, mengambil ubat-ubatan atau mempunyai soalan mengenai dos yang betul, sila rujuk pada doktor anda sebelum mengambil protein whey.

Air & Protein Whey

Minum banyak air apabila anda mengambil protein whey, kerana ia boleh menjadikan anda terhidrasi. Dehidrasi yang ketara boleh menjejaskan prestasi anda dan akan menyebabkan kerosakan pada hati anda.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/261806-whey-protein-kidney-damage/

 

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter

Share

4 Sebab Berlaku Pembengkakan Pada Buah Pinggang Bayi Anda (bah.2)

Bagi pembaca yang baru kali pertama ke blog saya, artikel ini adalah sambungan dari yang sebelumnya. Untuk membaca artikel saya yang lepas , anda boleh klik di sini.

3) Halangan Dalam Uretra

urethra blockageSatu halangan kongenital boleh berlaku pada pembukaan pundi kencing atau di sepanjang urethra. Istilah perubatan yang digunakan untuk menunjukkan keadaan ini ialah bladder outlet obstruction, atau BOO, dan ia akan menyebabkan berlakunya pembesaran buah pinggang pada bayi untuk kedua-dua jantina. Salah satu bentuk BOO, yang hanya berlaku pada kanak-kanak lelaki, melibatkan ketumbuhan urethra yang abnormal yang dikenali sebagai posterior urethral valve, or PUV.

The University of California, San Francisco School of Medicine telah menyebutkan dalam beberapa kes, PUV boleh menyebabkan halangan menyeluruh pada aliran air kencing, sekaligus menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

4) Aliran Ke Belakang (Reflux)

Urin mengalir melalui ureter ke pundi kencing, dan kawasan proses ini berlaku berfungsi seperti sebuah injap untuk menghalang urin kembali semula ke ureter. Kerosakan yang berlaku di kawasan ini boleh menyebabkan kerosakan pada injap, yang membolehkan air kencing bergerak semula ke belakang, atau dipanggil sebagai reflux, ke dalam ureter dan buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai vesicoureteral reflux, atau VUR, boleh menyebabkan pembesaran pada satu atau kedua-dua ureter dan buah pinggang. Di dalam kes reflux yang teruk, perkembangan buah pinggang boleh terhalang, dan kanak-kanak dalam keadaan begini akan kekal terdedah kepada jangkitan lain apabila mereka membesar.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/203511-reasons-for-an-enlarged-kidney-in-babies/

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Masukkan emel anda: 

Saya menghormati privacy anda.
Share

Bagaimana Hidronefrosis Didiagnosis?

Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan anda mengidap hidronefrosis. Kadangkala ianya boleh didiagnosis dengan mudah. Sebagai contoh, apabila seseorang pesakit mengalami rasa sakit yang teramat sangat di bahagian rusuk dan darah di dalam air kencing, dan dia juga mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit batu karang, diagnosis klinikal kembung pada buah pinggang disebabkan oleh batu karang boleh dipertimbangkan tetapi masih perlu disahkan.

Kadang-kadang diagnosis adalah sukar dan ianya dikesan semasa penilaian pesakit yang mengadu kelemahan dan didapati berada dalam kegagalan buah pinggang.

Diagnosis hidronefrosis bermula dengan mengambil sejarah tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit. Doktor anda mungkin mahu bertanya soalan yang akan menentukan apakah perlunya rawatan seterusnya dilakukan dan apakah jenis rawatan tersebut. Mengkaji sejarah perubatan pesakit dan sejarah keluarga juga dapat membantu.

Continue reading

Share

Simptom Umum Batu Karang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

simptom batu karangBatu karang berlaku apabila bahan kimia yang terdapat di dalam badan berkumpul dan membentuk batu. Batu karang boleh wujud di dalam buah pinggang secara tidak membahayakan atau ia boleh keluar melalui saluran kencing. Jika batu tersebut besar, ianya boleh menyebabkan kesakitan dan sekiranya kecil, batu tersebut boleh keluar tanpa disedari.

Jadi, bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai batu karang? Mengikut ‘American Kidney Fund’ ,gejala yang paling biasa bagi pengidap batu karang ialah kesakitan yang melampau. Namun, ada juga simptom batu karang yang lain yang saya kongsikan di bawah ini.

Rasa Sakit

Tanda pertama penyakit batu karang ialah kesakitan yang serius, khususnya di bahagian belakang dan tepi badan anda, di mana rasa sakitnya tidak akan hilang. Ini berlaku apabila saluran kencing anda menjadi tegang kerana batu tersebut telah menyekat laluan saluran kencing. Kemungkinan penyakit batu karang akan dimulai dengan rasa kekejangan kemudian diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat.

Continue reading

Share