Tag Archives: batu ginjal

Batu Karang: Apa Yang Harus Anda Tahu?

Pernahkah anda sakit di belakang atau bahagian sisi?

Adakah anda tahu bahawa rasa sakit yang teruk pada bahagian belakang dan sisi yang berlarutan berkemungkinan menunjukkan tanda yang anda mungkin mengidap penyakit batu karang? Pernahkah anda mengalaminya?

Apa itu batu karang?

Batu karang adalah satu jisim yang keras yang terbentuk di dalam buah pinggang. Ianya boleh keluar melalui air kencing. Batu karang boleh menjadi sekecil sebutir pasir atau besar seperti sebiji mutiara.

Sesetengah batu boleh menjadi sebesar bola golf. Kebanyakan batu karang dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Tetapi kadang-kadang ianya tidak dapat keluar sendiri. Oleh itu anda memerlukan bantuan doktor untuk mengeluarkannya.

Siapakah yang berisiko mendapat batu karang?

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, anda berisiko mendapat batu karang:

  • Anda adalah caucasian
  • Anda adalah lelaki
  • Anda berumur 40 tahun atau lebih
  • Anda mempunyai sejarah batu karang sebelum ini

Bagaimana anda tahu mengidap batu karang?

Batu karang selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simtom dan akan keluar dari badan tanpa anda sedari. Tetapi awas. Batu karang juga boleh menyebabkan anda mengalami rasa sakit yang teramat sangat.

Anda seharusnya terus menghubungi atau berjumpa doktor jika anda mengalami gejala-gejala di bawah:

  • Sakit yang melampau pada bahagian belakang atau tepi yang berpanjangan.
  • Kehadiran darah di dalam air kencing.
  • Demam dan menggigil
  • Bau air kencing anda busuk dan berwarna keruh.
  • Perasaan yang membakar atau pedih ketika membuang air kencing.

Jika saya berjumpa doktor, bagaimana boleh membantu masalah batu karang saya?

Doktor anda akan menggunakan mesin untuk menghantar gelombang renjatan pada batu dan pecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil. Butiran-butiran kecil ini akan dilepaskan melalui sistem urinari anda bersama dengan air kencing.

Kadang-kadang batu akan dikeluarkan melalui “tunnel surgery”. Pakar bedah akan membuat potongan kecil pada bahagian belakang dan menghasilkan saluran yang sempit ke dalam buah pinggang.

Kemudian pakar bedah akan menempatkan dan mengeluarkan batu dengan menggunakan peralatan khas. Sekiranya batu berada di dalam ureter (iaitu tiub saluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing), doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan ureteroscope.

Peralatan yang lurus dan panjang ini akan dimasukkan ke dalam urethra (tiub pendek yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing apabila anda ingin membuang air kencing), dan terus ke pundi kencing, kemudian akan ke ureter.

Doktor akan menangkap batu tersebut dengan menggunakan sangkar kecil yang terdapat di dalam ureteroscope dan akan menariknya keluar. Atau doktor akan menghancurkan batu tersebut dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui ureteroscope.

Apa patut saya lakukan untuk mencegah batu karang?

Apa yang perlu anda lakukan ialah banyakkan meminum air. Ini kerana air dapat membantu mengepam keluar bahan-bahan yang boleh menyebabkan pembentukan batu di dalam buah pinggang anda. Jika anda pernah mengalami batu karang sebelum ini, anda berpotensi untuk mendapatnya semula.

Oleh itu sealulah bertanyakan kepada doktor anda tentang cara-cara lain yang boleh anda lakukan untuk mencegah batu karang daripada berulang semula.

Sumber: NKUDIC l Kidney Stones: What You Need To Know?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap masalah batu karang? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.

Share
fotolia

Kesan Jangka Panjang Gout Kepada Buah Pinggang Anda

 Gout adalah satu bentuk dari jenis artritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah anda. Kebiasaannya gout akan menyerang sendi-sendi pada satu masa yang akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat, bengkak dan ketegangan.

Serangan akut ini akan berlaku selama beberapa hari jika dirawat dengan segera, atau ianya boleh berlanjutan selama beberapa minggu. Ada sesetengah dari individu yang mengidap gout hanya mengalami sekali serangan dan ada sesetengahnya pula boleh mengalami beberapa kali serangan berulang.

Masa diantara serangan-serangan itu pula boleh berlaku secara berbeza-beza dari beberapa minggu kepada lebih dari setahun. Jika anda mengalami serangan gout lebih dari satu atau dua kali dalam setahun, gout tersebut dianggap kronik.

Gout ditahap kronik boleh menyebabkan kerosakan kepada sendi anda atau pun tophi, atau dikenali sebagai chronic tophaceous gout. Gout di tahap kronik juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Menurut laman web Artritis Foundation, penyakit gout adalah penyakit yang boleh dikawal melalui kaedah rawatan yang betul.

Kerosakan Sendi

Kandungan asid urik yang terkumpul di dalam darah akan membentuk kristal yang kecil dan tajam. Kristal-kristal yang kecil dan tajam ini akan mendiam di sekitar dalam sendi anda. Walaupun sendi yang paling biasa diserang gout ialah jari-jari kaki, namun banyak sendi-sendi lain yang boleh terjejas.

Menurut laman web National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases, gout juga boleh menyerang di bahagian buku lali, tumit, lutut, pergelangan tangan, jari dan juga siku. Asid urik yang bertukar menjadi kristal ini akan menyebabkan keradangan pada sendi-sendi anda.

Keradangan yang berlaku secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sendi, menyebabkan kecacatan dan menghadkan pergerakan anda.

Tophi

tophi ear, tophi goutTophi adalah satu lagi kesan daripada asid urik. Bintik-bintik kecil dan berkapur ini boleh dilihat di mana-mana bahagian bawah kulit dan juga di cuping telinga.

Walaupun secara umunya tophi tidak menyakitkan, tetapi ia boleh membengkak ketika berlakunya serangan gout akut.

Batu Karang

Satu lagi kesan jangka panjang akibat gout ialah pembentukan batu karang. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kristal urate berkumpul di dalam buah pinggang di mana fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Jika tidak dirawat dengan segera, keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda akan terjejas. Walaupun mengekalkan berat badan membantu anda menangani apa sahaja jenis artritis, termasuk gout, penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan asid urik tertumpu di dalam buah pinggang, di mana keadaan itu akan menyebabkan batu karang.

Sumber: livestrong.com I Long term effects of gout

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Punca Batu Karang Anda Berulang?

kidney stones

kredit foto: livestrong.com

Batu karang berlaku apabila mineral di dalam air kencing menjadi sangat pekat dan bertukar menjadi kristal. Menurut laporan dari Kidney Stone Web Site, apabila anda telah mempunyai batu karang, terdapat sehingga 70% hingga 80% peluang penyakit batu karang anda akan berulang. Walaupun punca-punca tertentu yang boleh menyebabkan penyakit batu karang berulang tidak diketahui, namun terdapat beberapa faktor yang boleh meningkat risiko tersebut.

Umur, Jantina & Etnik

Faktor-faktor seperti umur, jantina dan etnik boleh menyumbang kepada kekerapan pembentukan batu karang. Anda yang pernah mempunyai batu karang pada usia muda, adalah lebih cenderung untuk mempunyai batu karang berulang.

Selain itu faktor jantina juga boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang berulang. Golongan lelaki adalah lebih berisiko untuk mempunyai batu karang berbanding golongan wanita.

Risiko lelaki mempunyai batu karang akan meningkat dengan lebih ketara selepas menjangkau umur 40-an dan akan terus meningkat apabila menjangkau umur 70-an. Risiko batu karang untuk golongan wanita pula biasanya akan menurun apabila mencapai usia 50-an.

Dan faktor terakhir adalah faktor keturunan yang memainkan peranan  penting dalam pembentukan semula batu karang. Orang-orang Kaukasia adalah lebih cenderung mempunyai batu karang berbanding etnik-etnik lain.

Pengambilan Cecair Yang Tidak Mencukupi

Salah satu faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada pembentukan batu karang berulang ialah pengambilan jumlah cecair yang tidak mencukupi.

Sekiranya anda berterusan kurang meminum air, in akan mengurangkan jumlah air kencing dan akan meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing yang menyebabkan pembentukan karang, sekaligus akan meningkatkan pembentukan batu karang berulang.

Jangkitan & Keadaan

Kekerapan berlakunya jangkitan pada saluran kencing anda boleh meningkatkan risiko pembentukan jenis-jenis tertentu batu karang.

Lain-lain keadaan perubatan pula ialah seperti asid reflux, penyakit buah pinggang yang berkaitan dengan usus, penyakit buah pinggang fibrosis, penyakit usus dan penyakit tulang adalah keadaan yang dikaitkan dengan peningkatan pembentukan batu karang berulang.

Gangguan Keturunan

Gangguan keturunan yang tertentu yang berlaku di dalam keluarga boleh meningkatkan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Salah satu penyakit keturunan yang jarang ialah renal tubular acidosis, iaitu peningkatan asid dalam urin, yang membantu dalam pembentukan batu karang.

Cystinuria pula adalah satu keadaan gangguan metabolik yang diwarisi yang mengakibatkan peningkatan tahap cystine di dalam darah dan urin, yang menjadi punca pembentukan batu karang cystine.

Satu lagi jenis gangguan metabolik keturunan ialah hyperoxaluria, iaitu peningkatan tahap garam oxalate di dalam badan, yang bergabung dengan kalsium dan membentuk batu karang. 

Hypercalciuria pula boleh menyebabkan peningkatan kalsium dan akan berkumpul di dalam badan dan akan meningkatkan kekerapan pembentukan batu karang. Manakala hyperuricosuria pula akan meningkatkan tahap asid urik di dalam air kencing, yang membawa kepada pembentukan batu karang asid urik.

Sumber : What Are The Causes Of Recurrent Kidney Stones?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Apakah Sebab Anda Sakit Ketika Membuang Air Kencing?

kidney painRasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.

Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit semasa kencing
  • mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • tekanan perut
  • keletihan
  • demam

Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.

Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.

Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • pembesaran prostat
  • pundi neurogenic
  • kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • radang pundi kencing
  • batu karang
  • dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter

Gejala berlakunya batu karang ialah:

  • sakit di bahagian bawah perut
  • sakit semasa kencing
  • kerap kencing
  • kesukaran membuang air kecil
  • kebocoran air kencing
  • darah dalam air kencing

Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.

Sumber: What Are The Cause Of Pain When Urinating?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.

Share

Protein Whey & Kerosakan Buah Pinggang

whey protein

foto kredit : livestrong.com

Protein whey terhasil dari susu lembu. Proses susu lembu yang bertukar menjadi keju akan mewujudkan protein whey sebagai hasil sampingan. Protein whey adalah protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan semua asid amino. Walaupun protein whey adalah bahan makanan semulajadi, tetapi itu tidak bermaksud ianya 100% bebas risiko. Ini kerana penggunaan protein whey secara berlebihan boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

Manfaat Protein Whey

Asid amino yang terdapat di dalam protein whey terbukti penting untuk pertumbuhan otot dan tisu penghubung yang sihat. Ia memperbaiki komposisi badan dan menambah prestasi para atlit. Protein whey berfungsi untuk memperbaiki dan mengembangkan tisu otot, terutamanya selepas bekerja. Penggunaan protein whey dikalangan warga tua akan dapat membantu mereka dari kehilangan kekuatan tulang. Protein whey sangat digalakkan untuk mereka yang mengalami komplikasi kardiovaskular. Ia juga sangat penting bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi yang mempunyai kesukaran membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan badan akibat loya, hilang selera makan, dan keletihan.

Buah Pinggang Yang Sihat dan Protein Whey

Universiti of Connecticut telah mengendalikan satu kajian, iaitu “Pengambilan Diet Protein dan Fungsi Renal,” menunjukkan bahawa anda yang mempunyai buah pinggang yang sihat tidak perlu bimbang untuk mengambil protein whey dalam jumlah yang tinggi. Rujukan kajian penyelidikan baru-baru ini mengenai diet protein yang tinggi untuk kedua-dua berat badan dan atlet, telah mendapati tiada kesan negatif pada fungsi buah pinggang. Kesimpulannya mendapati tiada bukti yang menyokong idea bahawa pengambilan protein yang tinggi adalah punca kerosakan buah pinggang atau disfungsi.

Risiko Kerosakan Buah Binggang dan Protein Whey

Apabila jumlah pengambilan protein whey meningkat dalam tempoh masa yang panjang, terdapat risiko mendapat gangguan buah pinggang, termasuk batu karang. Diet yang kaya dengan protein whey yang tinggi boleh menyebabkan fungsi buah pinggang anda terjejas. Pengambilan diet yang tinggi protein untuk menurunkan berat badan akan memberikan tekanan pada buah pinggang, di mana organ ini bertanggungjawab untuk menapis bahan buangan. Sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk tempoh yang panjang, maka anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan dalam kes-kes yang lebih kronik, mungkin anda akan mengalami kegagalan buah pinggang. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian konklusif yang menunjukkan pengambilan protein whey untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Apapun, ramai pakar berhati-hati terhadap risiko pengambilan protein whey untuk tempoh yang lama dan menggalakkan agar anda mengambil protein tersebut dalam jumlah yang sederhana.

Pertimbangan

Lihat simbol “USP”, kerana simbol ini menunjukkan bahawa tahap protein whey memenuhi piawaian tertentu yang berkaitan dengan kesucian dan kualitinya. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik, mengambil ubat-ubatan atau mempunyai soalan mengenai dos yang betul, sila rujuk pada doktor anda sebelum mengambil protein whey.

Air & Protein Whey

Minum banyak air apabila anda mengambil protein whey, kerana ia boleh menjadikan anda terhidrasi. Dehidrasi yang ketara boleh menjejaskan prestasi anda dan akan menyebabkan kerosakan pada hati anda.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/261806-whey-protein-kidney-damage/

 

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter

Share

4 Sebab Berlaku Pembengkakan Pada Buah Pinggang Bayi Anda (bah.2)

Bagi pembaca yang baru kali pertama ke blog saya, artikel ini adalah sambungan dari yang sebelumnya. Untuk membaca artikel saya yang lepas , anda boleh klik di sini.

3) Halangan Dalam Uretra

urethra blockageSatu halangan kongenital boleh berlaku pada pembukaan pundi kencing atau di sepanjang urethra. Istilah perubatan yang digunakan untuk menunjukkan keadaan ini ialah bladder outlet obstruction, atau BOO, dan ia akan menyebabkan berlakunya pembesaran buah pinggang pada bayi untuk kedua-dua jantina. Salah satu bentuk BOO, yang hanya berlaku pada kanak-kanak lelaki, melibatkan ketumbuhan urethra yang abnormal yang dikenali sebagai posterior urethral valve, or PUV.

The University of California, San Francisco School of Medicine telah menyebutkan dalam beberapa kes, PUV boleh menyebabkan halangan menyeluruh pada aliran air kencing, sekaligus menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

4) Aliran Ke Belakang (Reflux)

Urin mengalir melalui ureter ke pundi kencing, dan kawasan proses ini berlaku berfungsi seperti sebuah injap untuk menghalang urin kembali semula ke ureter. Kerosakan yang berlaku di kawasan ini boleh menyebabkan kerosakan pada injap, yang membolehkan air kencing bergerak semula ke belakang, atau dipanggil sebagai reflux, ke dalam ureter dan buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai vesicoureteral reflux, atau VUR, boleh menyebabkan pembesaran pada satu atau kedua-dua ureter dan buah pinggang. Di dalam kes reflux yang teruk, perkembangan buah pinggang boleh terhalang, dan kanak-kanak dalam keadaan begini akan kekal terdedah kepada jangkitan lain apabila mereka membesar.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/203511-reasons-for-an-enlarged-kidney-in-babies/

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

Inginkan artikel seperti ini? Langgan melalui emel:

Masukkan emel anda: 

Saya menghormati privacy anda.
Share

Bagaimana Hidronefrosis Didiagnosis?

Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan anda mengidap hidronefrosis. Kadangkala ianya boleh didiagnosis dengan mudah. Sebagai contoh, apabila seseorang pesakit mengalami rasa sakit yang teramat sangat di bahagian rusuk dan darah di dalam air kencing, dan dia juga mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit batu karang, diagnosis klinikal kembung pada buah pinggang disebabkan oleh batu karang boleh dipertimbangkan tetapi masih perlu disahkan.

Kadang-kadang diagnosis adalah sukar dan ianya dikesan semasa penilaian pesakit yang mengadu kelemahan dan didapati berada dalam kegagalan buah pinggang.

Diagnosis hidronefrosis bermula dengan mengambil sejarah tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit. Doktor anda mungkin mahu bertanya soalan yang akan menentukan apakah perlunya rawatan seterusnya dilakukan dan apakah jenis rawatan tersebut. Mengkaji sejarah perubatan pesakit dan sejarah keluarga juga dapat membantu.

Continue reading

Share

Simptom Umum Batu Karang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

simptom batu karangBatu karang berlaku apabila bahan kimia yang terdapat di dalam badan berkumpul dan membentuk batu. Batu karang boleh wujud di dalam buah pinggang secara tidak membahayakan atau ia boleh keluar melalui saluran kencing. Jika batu tersebut besar, ianya boleh menyebabkan kesakitan dan sekiranya kecil, batu tersebut boleh keluar tanpa disedari.

Jadi, bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai batu karang? Mengikut ‘American Kidney Fund’ ,gejala yang paling biasa bagi pengidap batu karang ialah kesakitan yang melampau. Namun, ada juga simptom batu karang yang lain yang saya kongsikan di bawah ini.

Rasa Sakit

Tanda pertama penyakit batu karang ialah kesakitan yang serius, khususnya di bahagian belakang dan tepi badan anda, di mana rasa sakitnya tidak akan hilang. Ini berlaku apabila saluran kencing anda menjadi tegang kerana batu tersebut telah menyekat laluan saluran kencing. Kemungkinan penyakit batu karang akan dimulai dengan rasa kekejangan kemudian diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat.

Continue reading

Share

Simptom Batu Karang

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Batu karang terhasil daripada mendapan-mendapan kecil mineral yang membentuk batu-batu keras di dalam buah pinggang. Batu karang terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan yang berlaku di dalam air kencing, sebagai sebatian seperti urik asid dan kalsium yang terkumpul dan mula mendap. Simptom batu karang tidak akan dirasai sehingga batu tersebut bergerak ke dalam tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing, seterusnya saluran kencing dan mula bergerak melaluinya. Proses ini, yang dikenali sebagai “pengeluaran batu,” menghasilkan gejala yang amat menyakitkan. Dan kemungkinan akan menyebabkan berlakunya kencing berdarah.

Kesakitan

Simptom batu karang yang pertama berlaku dalam kebanyakan kes, ialah kesakitan yang amat sangat apabila batu karang bergerak ke dalam saluran kencing. Kesakitan adalah disebabkan oleh otot-otot di dinding saluran kencing berusaha untuk menolak batu melalui pundi kencing.

Continue reading

Share

Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Batu karang yang berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang dirasakan. Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karang mungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang, pangkal paha, atau kemaluan.

Continue reading

Share