Tahukah Anda nefrotik Sindrom?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nefrotik sindrom boleh berlaku apabila unit penapisan buah pinggang rosak. Kerosakan ini akan menyebabkan protin yang kebiasaannya disimpan di dalam plasma, akan bocor ke dalam urin dalam jumlah yang besar. Ini akan menyebabkan kandungan protin di dalam darah anda menjadi kurang. Fungsi protin di dalam darah ialah untuk meyimpan bendalir yang berlebihan di dalam aliran darah. Apabila jumlah protin  berkurangan di dalam darah, bendalir akan masuk ke dalam tisu-tisu badan anda dan akan menyebabkan pembengkakan. Ianya dipanggil edema. Edema akan jelas kelihatan pada kaki terutamanya bila anda berdiri dan juga di dalam tisu di bawah mata terutamanya apabila anda bangun dari tidur. Akhirnya bengkak di kaki anda akan terus di situ. Edema juga boleh berlaku pada anggota badan anda yang lain. Anda juga mungkin akan melihat urin anda mengandungi banyak buih berbanding dari kebiasaannya. Ini disebabkan oleh kebocoran protin ke dalam urin.

Bagaimanakah nefrotik sindrom didiagnosis?

Doktor dapat mengesan kehadiran protin di dalam urin anda dengan melakukan analisis urin secara rutin. Dengan melakukan analisis terhadap air kencing, doktor juga akan mendapat gambaran kasar mengenai jumlah protin yang ada di dalam urin. Diagnosis terhadap nefrotik sindrom dibuat dengan melakukan pengumpulan air kencing selama 24 jam dan mengukur jumlah protin di dalamnya. Nefrotik sindrom juga boleh menyebabkan peningkatan lemak di dalam darah. Dan ini hanya boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian darah oleh doktor anda.

Apakah penyebab nefrotik sindrom?

Nefrotik sindrom tidak dispesifikasikan sebagai penyakit buah pinggang tertentu. Ia boleh berlaku pada semua jenis penyakit buah pinggang yang merosakkan unit penapisan dengan cara tertentu yang menyebabkan kebocoran protin ke dalam urin. Sesetengah penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti nefritis, hanya menjejaskan buah pinggang. penyakit-penyakit lain yang menyebabkan nefrotik sindrom seperti diabetis dan juga lupus, akan memberikan kesan kepada bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

Bagaimanakah nefrotik sindrom dirawat?

Sesetengah penyakit buah pinggang yang menyebabkan nefrotik sindrom boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Sesetengahnya juga boleh disembuhkan dan sesetengahnya akan bertambah teruk dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Malangnya, kebanyakan penyakit yang menyebabkan nefrotik sindrom tidak mempunyai sebarang rawatan. Hanya doktor sahaja yang dapat memastikan apakah punca khusus yang menyebabkan anda mempunyai nefrotik sindrom. Diagnosis nefrotik sindrom juga mungkin akan melibatkan prosuder biopsi buah pinggang.

Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada rawatan khusus untuk nefrotik sindrom saya?

Jika nefrotik sindrom anda disebabkan oleh penyakit yang tiada rawatan khusus, jangan bimbang, masih ada cara untuk dilakukan. Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Ianya akan membantu anda untuk mengawal edema. Doktor juga akan memberikan kepada anda ubat deuretik untuk membantu mengurangkan bengkak. Selain itu doktor juga akan menetapkan ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan kebocoran protin dalam air kencing anda. Walaupun nefrotik sindrom menyebabkan kekurangan protin dalam darah, pengambilan diet yang tinggi protin tidaklah membantu, malah ianya akan memburukkan lagi keadaan.  Dan jika kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, doktor mungkin akan merancang satu rawatan untuk mengurangkannya.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Tahukah Anda nefrotik Sindrom?

  1. b3njy

    OOooo patutlah kekadang lihat orang tu tembam semacam je … bukan disebabkan kuat makan mungkin berlebihan bendalir kot. Tetapi kalau kita bersenam banyak mengeluarkan peluh ia akan berkurangan yer tak ?
    b3njy recently posted..GOOGLE PR VS ALEXA RANKINGMy Profile

    1. admin Post author

      Pada pendapat saya dengan bersenam tidak dapat mengurangkan bengkak tersebut.Ini kerana edema disebabkan oleh masalah buah pinggang yang menyebabkan bendalir masuk ke dalam tisu-tisu badan.

  2. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  3. Pingback: Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  4. Alin

    Assalam…adakah semua pesakit buah pinggang itu mengalami bengkak2 di kaki, muka atau anggota lain?mcm sy, sejak di sekolah menengah bawah mata sy sudah lebam hingga sekarang…cuma tiada lagi bengkak di kaki atau anggota lain…muke pula cengkung sedikit…sy sudah 3 thn mempunyai penyakit buah pinggang akibat drh tinggi…tq

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Kebiasaannya itulah tanda awal mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. Bengkak air atau edema berlaku pada kaki, muka, perut dan beberapa anggota lain disebabkan oleh kekurangan protin. tetapi bukan mereka yang buah pinggang bermasalah sahaja boleh berlaku edema, pesakit jantung juga boleh mengalaminya. Anda dah buat dialisiske?

      1. Alin

        Assalam..belum lagi…Pada bln 3 bacaan kreatinin sy 271….bln 6 meningkat kepada 336…maka, doktor telah meminta sy untuk hadir mendengar taklimat berkaitan CAPD…doktor sarankan sy untuk menjalani dialisis air dahulu…sy masih menimbang2kan perkara tersebut…

        1. admin Post author

          Peningkatan kreatinin tu menunjukkan fungsi buah pinggang semakin menurun.Alin tak cubake kaedah alternatif?

          1. admin Post author

            Maksud saya selain dari mengambil ubat hospital yang mempunyai kesan sampingan,mengapa tidak kita mencuba kaedah alternatif,contohnya homeopati atau suplement kesihatan.

  5. Bustamam

    saya setuju dengan rawatan homeopati kerana terbukti benar tetapi perlu sedikit masa ntk meneutralkan ubat sedikit demi sedikit .bila telah hilang kesan sampingan barulah homeopaty mengambil tugas pemlihan .perkara ini dialami oleh anak saya dan sekarang ini anak saya sdah tidak memgalami sindron itu lagi.

  6. ita sahari

    salam..admin,anak saya dsahkan mengalami sindrom nefrotik sejak berumur 3 tahun hingga sekarang..sekarang dia dh berumur 6 tahun..kerap kali relapse..nk tanya,admin mhidap nefrotik sindrom sejak berumur brapa tahun dan jangka masa admin utk pulih kembali spt biasa..ada x cara alternatif lain slain drpd mkn ubat prenidsolone?tq..

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Saya mengidap nefrotik sindrom ketika berumur 22 tahun.Tiga tahun pertama agak menderita juga sebab selalu relapse,terjadi darah beku di kaki kanan saya akibat kekurangan protin,dan masuk tahun keempat alhamdulillah penyakit NS makin pulih selepas saya mengamalkan pemakanan kesihatan.

      1. zauwiyah muhamad hasan

        Assalamualaikum,
        Anak saya lelaki berumur 11 tahun baru disahkan mengalami sindrom nefrotik..saya ingin tahu sayur-sayuran yang baik untuknya…kalau boleh amalan pemakanan kesihatan yang encik amalkan. terima kasih.

        1. admin Post author

          Waalaikumussalam,

          Bagi pesakit nefrotik sindrom, saya cadangkan ambil sayuran bayam dan sawi. Ini apa yang saya amalkan.

  7. Pingback: Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom l

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: