Protein Whey & Kerosakan Buah Pinggang


whey protein

foto kredit : livestrong.com

Protein whey terhasil dari susu lembu. Proses susu lembu yang bertukar menjadi keju akan mewujudkan protein whey sebagai hasil sampingan. Protein whey adalah protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan semua asid amino. Walaupun protein whey adalah bahan makanan semulajadi, tetapi itu tidak bermaksud ianya 100% bebas risiko. Ini kerana penggunaan protein whey secara berlebihan boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

Manfaat Protein Whey

Asid amino yang terdapat di dalam protein whey terbukti penting untuk pertumbuhan otot dan tisu penghubung yang sihat. Ia memperbaiki komposisi badan dan menambah prestasi para atlit. Protein whey berfungsi untuk memperbaiki dan mengembangkan tisu otot, terutamanya selepas bekerja. Penggunaan protein whey dikalangan warga tua akan dapat membantu mereka dari kehilangan kekuatan tulang. Protein whey sangat digalakkan untuk mereka yang mengalami komplikasi kardiovaskular. Ia juga sangat penting bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi yang mempunyai kesukaran membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan badan akibat loya, hilang selera makan, dan keletihan.

Buah Pinggang Yang Sihat dan Protein Whey

Universiti of Connecticut telah mengendalikan satu kajian, iaitu “Pengambilan Diet Protein dan Fungsi Renal,” menunjukkan bahawa anda yang mempunyai buah pinggang yang sihat tidak perlu bimbang untuk mengambil protein whey dalam jumlah yang tinggi. Rujukan kajian penyelidikan baru-baru ini mengenai diet protein yang tinggi untuk kedua-dua berat badan dan atlet, telah mendapati tiada kesan negatif pada fungsi buah pinggang. Kesimpulannya mendapati tiada bukti yang menyokong idea bahawa pengambilan protein yang tinggi adalah punca kerosakan buah pinggang atau disfungsi.

Risiko Kerosakan Buah Binggang dan Protein Whey

Apabila jumlah pengambilan protein whey meningkat dalam tempoh masa yang panjang, terdapat risiko mendapat gangguan buah pinggang, termasuk batu karang. Diet yang kaya dengan protein whey yang tinggi boleh menyebabkan fungsi buah pinggang anda terjejas. Pengambilan diet yang tinggi protein untuk menurunkan berat badan akan memberikan tekanan pada buah pinggang, di mana organ ini bertanggungjawab untuk menapis bahan buangan. Sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk tempoh yang panjang, maka anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan dalam kes-kes yang lebih kronik, mungkin anda akan mengalami kegagalan buah pinggang. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian konklusif yang menunjukkan pengambilan protein whey untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang. Apapun, ramai pakar berhati-hati terhadap risiko pengambilan protein whey untuk tempoh yang lama dan menggalakkan agar anda mengambil protein tersebut dalam jumlah yang sederhana.

Pertimbangan

Lihat simbol “USP”, kerana simbol ini menunjukkan bahawa tahap protein whey memenuhi piawaian tertentu yang berkaitan dengan kesucian dan kualitinya. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik, mengambil ubat-ubatan atau mempunyai soalan mengenai dos yang betul, sila rujuk pada doktor anda sebelum mengambil protein whey.

Air & Protein Whey

Minum banyak air apabila anda mengambil protein whey, kerana ia boleh menjadikan anda terhidrasi. Dehidrasi yang ketara boleh menjejaskan prestasi anda dan akan menyebabkan kerosakan pada hati anda.

Sumber:

  • http://www.livestrong.com/article/261806-whey-protein-kidney-damage/

 

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: