Nefrotik Sindrom Dikalangan Kanak-Kanak


 

Nefrotik sindrom adalah merujuk kepada suatu keadaan di mana buah pinggang anda mengalami kebocoran dari darah ke dalam air kencing. Bagi kalangan kanak-kanak nefrotik sindrom mungkin berlaku hanya sementara, dan boleh jadi ianya merupakan petanda awal kepada kemungkinan berlakunya kerosakan buah pinggang.

Apakah nefrotik sindrom?

Buah pinggang yang sihat fungsinya ialah menapis bahan buangan dan cecair yang berlebihan dari darah anda. Badan anda akan mengeluarkan sisa buangan dan cecair yang berlebihan sebagai air kencing. Di dalam masalah nefrotik sindrom, kandungan protin yang kebiasaannya kekal di dalam darah akan dikeluarkan bersama-sama dengan sisa buangan dan cecair berlebihan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan masalah kerana tubuh badan anda memerlukan kandungan protin.

Fungsi protin ialah ianya bertindak seperti span di dalam darah anda. Ia akan menahan cecair yang diperlukan oleh tubuh anda di dalam arteri dan pembuluh darah. Jika kandungan protin yang diperlukan tidak mencukupi, cecair tadi akan bocor ke dalam tisu lain di dalam badan anda. Akibatnya anda akan mengalami pembengkakan (edema), atau dipanggil sebagai bengkak air. Edema kebiasaanya akan berlaku di sekitar mata, muka, perut, buku lali dan kaki anda.

Adakah terdapat pelbagai jenis nefrotik sindrom?

Ya. Jenis yang paling biasa nefrotik sindrom pada kanak-kanak dipanggil penyakit perubahan minimum.  Dengan penyakit perubahan minimum, terdapat sangat kecil perubahan fizikal dalam penapis kecil (dipanggil glomeruli) dalam buah pinggang. Perubahan-perubahan kecil ini boleh menjejaskan bagaimana buah pinggang menjalankan fungsinya.

Penyakit perubahan minimum biasanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang dipanggil prednisolone, tetapi nefrotik sindrom jenis ini boleh berulang kembali.  Ini dipanggil sebagai relapse. Bagi kebanyakan kanak-kanak, penyakit perubahan minimum ini akan hilang dengan sendirinya apabila mereka meningkat remaja. Lain-lain jenis nefrotik sindrom boleh menjadi sukar untuk dirawat dan boleh menyebabkan masalah jangka panjang yang lebih serius.

Bolehkah kita menjaga anak kita dari masalah nefrotik sindrom?

Kita tidak tahu apa yang menyebabkan berlakunya nefrotik sindrom pada kanak-kanak, jadi tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya.

Apakah tanda-tandanya?

Jika anak anda mempunyai nefrotik sindrom, anda mungkin menyedari berlakunya edema di sekeliling mata, muka, pergelangan kaki atau kaki anak anda.

Bagaimana anda boleh mengesan jika anak anda mempunyai nefrotik sindrom?

Doktor mungkin perlu melakukan beberapa ujian untuk mengetahui jika anak anda mempunyai nefrotik sindrom. Ujian tersebut ialah:

  • Ujian air kencing: Doktor akan menguji sampel air kencing untuk melihat kandungan protin anak anda. Jika ujian pertama menunjukkan tahap protin yang tinggi, doktor mungkin perlu melakukan beberapa siri ujian air kencing lagi. Anda juga mungkin akan diminta untuk memeriksa sendiri kandungan protin dalam air kencing anak anda selama beberapa hari di rumah. Dalam kes ini, doktor akan memberikan anda panduan bagaimana untuk mendapatkan dan memeriksa sampel air kencing.
  • Ujian darah: Doktor mungkin mencadangkan ujian darah untuk melihat tahap elektrolit, protin, kreatinin, dan Blood Urea Nitrogen (BUN) dalam darah anak anda. Ujian-ujian ini boleh membantu doktor mengetahui sama ada anak anda mempunyai nefrotik sindrom atau terdapat punca lain yang menyebabkan protin di dalam air kencingnya.
  • Dalam beberapa kes, doktor mungkin mencadangkan dilakukan biopsi buah pinggang. Ini dilakukan dengan cara diambil secebis kecil sel buah pinggang anak anda dan dikeluarkan untuk dilihat di bawah mikroskop. Biopsi buah pinggang biasanya boleh dilakukan dengan jarum dan tidak memerlukan pembedahan. Biopsi buah pinggang boleh membantu menunjukkan apakah jenis  nefrotik sindrom anak anda dan sama ada terdapat apa-apa masalah lain yang perlu dirawat.

Adakah terdapat penawar untuk nefrotik sindrom?

Tiada penawar untuk nefrotik sindrom, tetapi ramai kanak-kanak yang membesar tanpa penyakit ini.

Apakah rawatan untuk nefrotik sindrom?

Jenis-jenis rawatan yang akan diberikan adalah bergantung kepada apakah jenis nefrotik sindrom yang anak anda hidapi. Untuk jenis penyakit perubahan minimum, rawatan yang paling biasa adalah prednisolone, iaitu sejenis steroid. Prednisolone membantu untuk mengelakkan protin dari bocor ke dalam air kencing. Jika prednisolone tidak berfungsi, atau jika kesan sampingan terlalu banyak, doktor akan menetapkan ubat-ubatan lain.

Rawatan lain boleh membantu mengawal bengkak yang disebabkan oleh nefrotik sindrom. Ubat diuretik iaitu untuk mengurangkan bengkak boleh membantu untuk menyingkirkan cecair yang berlebihan. Diet yang kurang garam boleh membantu untuk mengekalkan jumlah cecair dari terus berkumpul. Dalam kes yang lebih serius, sejenis protin dipanggil albumin akan diberikan untuk menggantikan kandungan protin yang hilang dari darah anak anda. Jika doktor menemui beberapa masalah lain semasa melakukan ujian, ianya juga akan dirawat.

Sumber artikel: http://www.kidneyfund.org/kidney-health/kidney-problems/childhood-nephrotic-syndrome.html

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Nefrotik Sindrom Dikalangan Kanak-Kanak

  1. Assalammualaikum dan apa kabar Saudara.

    Anak saya berumur 5 tahun. Telah disahkan mengidap NS bulan mac yg lepas. Setiap 2 hari sekali saya buat home monitoring gunakan dipstix. Alhamdulillah bacaan nya negative. Cuma selepas raya ni, ditambah pula beliau batuk & selsema, ujian dipstix meningkat kpd 1+ dan pernah nak masuk 2++. Disebabkan telah baca blog saudara, saya surf internet dan berjumpa dengan pengedar cellfood di tpt saya. Harini saya baru mula beri cellfood pd anak saya. 10 titik cellfood dibancuh dgn 1.5liter air krn cellfood ini masam.
    Bole saya tanya. Berapa titis yg saudara amalkan.
    Berapa lama saudara gunakan cellfood sehingga NS saudara benar benar tak datang semula.
    Perlu tak saya ke hospital jika bacaan 1+
    Terima kasih

    • Waalaikumussalam,

      Saya mengamalkan cellfood sehari 3 kali.Sekali makan menggunakan 8 titis.Saya gunakan 250ml air mineral.Satu saya nak beritahu ialah gunakan cellfood hanya dengan cawan dan sudu plastik sahaja.Kemudian jauhkan cellfood dari sinaran matahari,barang elektrik dan juga gelombang seperti henset dan radio.

      Melalui pengalaman saya cellfood perlu diamalkan secara berterusan untuk mendapatkan kesannya.Untuk langkah berjaga-jaga saya nasihatkan pergi ke hospital.

      • Terima kasih diatas info saudara. Saya start beri anak saya cellfood malam tadi. Sukatan 10titik untuk 1.5 liter air. Alhamdulillah pagi td cekair kencing ada sikit pengurangan protein. Esok ingatna nak cek lg. Kalau ikut nasihat doktor bacaan 2++ selama 3 hari berturut kena bawak hospital. Harap harap anak saya serasi dengan cellfood. So far belum ada edema

  2. sy berusia 23 tahunn..pada umur 19 tahun sy pon pernah kena penyakit ni..sy mengamal kan diet tanpa garam selama 4 bln dan minum air rebusan bulu jagung..alhamdulillah..sehingga sekarang sihat walafiat..=)

  3. salam kpd penulis dan pembaca… anak sy dah 3thn hidap NS. selama ni kalau dia bengkak, hospital la tempat tinggal dia.NS dia jenis relapse. memang sukar nak jaga jenis ni. Tak boleh bawa dia ketempat public sangat. klu nak juga kenalah ambil langkah berjaga2 di tahap tinggi. kena bawa sama antiseptic, kena pakai face mask. kesekolah begitu juga… ubat!! tak taulah macam mana nak terangkan. tapi anak sy tabah mkn ubat pil tu. dia telan je… usianya baru 7 tahun. bagi ibu2 yag tidak mengalami anak sakit spt anak sy ni, bersyukurlah dan jaga anak dgn baik. bkn senang nak jaga anak NS ni.. tapi sya blm pernah dgr nama produk ni. boleh penulis beri info detail, semoga boleh membantu… amin.

  4. askom en Abdullahh…
    hari ni anak sy dah 10 hari kat wad kerana sembab dek penyakit NS ni. Hari ni pulak doktor buat x-ray perut dan paru2 dia kerana lambat respone dgn ubat yg ada. selalunya klu dah msk albumin dan leysid, pasti dlm 5 hr dia kempis mcm biasa. sy juga dinasihatkan merujuk kpd pakar neuro. hasil x-ray menunjukkan paru2 anak sy dah dimasuki air. sy sgt tertekan skrg ni.. berkenaan cellfood yg en. sebutkan tu, tlg la pos kpd sy sekotak. sy nak dia gunakan cellfood. mudah2an dia sihat spt en. info sy bagaimana nak order, pembayaran melalui CIMB Clik boleh tak?

    • Kalau paru-paru dah dimasuki air takut kena paru-paru berair pulak.Boleh buat pembayarn melalui CIMB,tak silap saya puan nak daftar jadi ahlikan.Saya dah balas komen puan tentang nak daftar untuk dapatkan harga diskaun.Saya akan mesejkan cara buat tempahan di facebook.

  5. salam..admin,saya mempunyai anak yg tgh mhidap nefrotik sindrom ni & slalu relapse since umur dia 3 tahun lagi..dan hari ini,bdn anak saya dh mula menampakkan edema & puffiness..mybe akan admit ward esok.. =(
    klau sy nk order cellfood tu,agak2 brapa lama proses penghantaran ke miri,sarawak?adakah casnya sama iaitu rm 218?

    • Kalau nak order cellfood ke Miri mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari menggunakan pos laju.Penghantarannya RM215 termasuk penghantaran.Tak silap saya puan sudah menjadi ahli group sayakan di fb.Tetapi promosi untuk ahli fb dah tamat.Kalau puan nak buat tempahan boleh buat melalui group fb,PM saya dengan subjek tempahan cellfood.

  6. Saya pun nak cellfood tu. Ank sy da hidp NS 3 tahun. Boleh x sms atau whatsapp sy 0123949840. TQ sgt2…

  7. askum..ank sy pon ad NS gak.umo 2thn lbh,start kne bln 5/12,tpi die dah 3kli relapse smpai skrg.ank sy ari2 kne mkn ubt prednesolone…erm mcmne sy leh dptkn cellfood nie,brape hrge..?

    • Wslm,dah daftar sebagi ahli group?Kalau belum baik daftar.Di group khas ni puan nurul akan dapat harga promosi.Sekarang tengah promosi,esok last.Lepas tu di group ni puan akan dapat bantuan dan khidmat nasihat dari saya dan ahli-ahli yang kebanyakkannya adalah pesakit buah pinggang.Untuk daftar ahli percuma klik di:

      http://facebook.com/groups/infocellfood

      Dah jadi ahli tunggu saya approvekan dan dah boleh buat tempahan pada harga promosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang