Assalamualaikum pembaca sekalian,
Kedua-dua buah pinggang, yang mana kedua-duanya bersaiz sebesar genggaman, adalah organ berbentuk kacang yang terletak berhampiran dengan tengah belakang, tepat di bawah tulang rusuk. Ianya berfungsi untuk membuang sisa-sisa buangan dan air yang berlebihan dari darah. Disamping itu fungsi buah pinggang yang lain ialah:
- Mengawal tekanan darah
- Mengimbangi bahan kimia di dalam badan seperti sodium dan potassim
- Menghasilkan hormon untuk membantu tulang berkembang dan juga membantu merangsang pengeluaran sel darah merah
Kegagalan buah pinggang yang berlaku pada kanak-kanak boleh berlaku akibat kecederaan langsung kepada buah pinggang, keracunan atau penyakit lain yang boleh merosakkan buah pinggang. Apabila buah pinggang telah sama sekali berhenti melakukan tugasnya, rawatan melibatkan dialisis atau pemindahan buah pinggang akan dilakukan.
Punca Kegagalan Buah Pinggang Pada Kanak-kanak
Kegagalan buah pinggang boleh berlaku samada akut atau kronik. Kegagalan buah pinggang akut boleh berkembang dengan cepat dan boleh menjadi sangat serius jika tidak dirawat dengan segera. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes kegagalan buah pinggang akut hanya berlaku dalam masa yang singkat dan kemudian akan hilang selepas dirawat. Sebaliknya, kegagalan buah pinggang kronik boleh menjadi lebih buruk sepanjang masa.
Kegagalan Buah Pinggang Akut
Kegagalan buah pinggang akut mungkin disebabkan oleh kecederaan langsung kepada buah pinggang, kehilangan aliran darah ke buah pinggang, dan juga keracunan. Penyakit akut yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang termasuk sindrom hemolitik uremik dan nefrotik sindrom.
Sindrom hemolitik uremik(HUS), adalah masalah yang jarang berlaku yang biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak di bawah 10 tahun. Ia adalah hasil daripada makanan yang telah tercemar oleh bakteria yang membawa kepada jangkitan pada saluran penghadaman. Racun yang dihasilkan oleh bakteria boleh merosakkan buah pinggang, yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut.
Nefrotik Sindrom
Ia adalah satu set tanda-tanda yang mungkin menunjukkan masalah buah pinggang. Nefrotik sindrom bukanlah penyakit itu sendiri. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi tanda pertama penyakit yang merosakkan struktur tertentu di dalam buah pinggang. Seorang kanak-kanak dengan keadaan ini boleh mempunyai tahap protein yang tinggi di dalam air kencing, bengkak sekeliling mata, kaki, dan perut, kencing kurang kerap, dan berat badan dari air yang berlebihan.
Kegagalan Buah Pinggang Kronik
Ada bermacam-macam sebab yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang kronik kepada kanak-kanak. Selalunya penyakit ini berlaku tanpa disedari selama bertahun-tahun sehinggalah buah pinggang telah rosak. Rawatan boleh melambatkan perkembangan beberapa penyakit. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes penyakit buah pinggang kronik, kanak-kanak itu akhirnya akan memerlukan dialisis atau pemindahan.
Sesetengah penyakit atau keadaan yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang kronik termasuk:
- Kecacatan ketika lahir. Sesetengah bayi yang dilahirkan dengan buah pinggang yang tidak normal bentuknya atau tanpa buah pinggang.
- Disekat aliran air kencing dan refluks. Keadaan atau sesuatu yang tidak normal yang menyebabkan aliran air kencing tersumbat boleh menyebabkan air kencing berpatah baik ke belakang (refluks) dan merosakkan buah pinggang.
- Mewarisi penyakit. Penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang polikistik (PKD) dan sindrom Alport boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kanak-kanak.
- Penyakit Glomerular. Beberapa keadaan boleh merosakkan glomeruli-iaitu unit-unit kecil penapisan di dalam buah pinggang. Kerosakan teruk kepada glomeruli boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
- Penyakit sistemik. Keadaan seperti kencing manis dan lupus boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang.
Rawatan Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-kanak
Menguruskan rawatan kegagalan buah pinggang akut melibatkan merawat dari puncanya. Apabila penyebab telah dirawat, fungsi buah pinggang biasanya kembali normal.
Jika buah pinggang kanak-kanak telah sama sekali rosak dan gagal sepenuhnya, rawatan untuk menggantikan kerja-kerja buah pinggang adalah perlu. Pilihan rawatan yang disediakan ialah dialisis dan pemindahan buah pinggang.
Dialisis
Dialisis adalah satu cara untuk membuang toksin, sisa, dan air dari darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Pemindahan buah pinggang
Dalam pemindahan buah pinggang, pakar bedah akan memindahkan buah pinggang yang sihat ke dalam tubuh kanak-kanak. Pendermaan organ buah pinggang boleh diterima sama ada daripada penderma hidup atau daripada seseorang yang baru sahaja meninggal dunia. Mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang perlu mengambil ubat, yang dipanggil ubat imunosupresif, untuk menghalang sistem imun badan dari menolak organ buah pinggang yang baru dipindahkan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh membuat pesakit mudah mendapat jangkitan.
Sumber rujukan artikel: http://goo.gl/yO3p4
Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Tunjukkan sokongan anda. Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

tak sangka keracunan makanan pun boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.
Jadi,mulai sekarang kenalah kita jaga segala makanan yang kita makan supaya agar terhindar dari segala kekotoran.
kesian dengan kanak2 yang menderita penyakit ni
kecil2 lagi dah terima ujian yang besar
Betul tu bro.Tapi ada hikmahnya.Mereka makhluk yang tidak berdosa,Allah akan lebih menyayangi mreka.
mana yang lebih berisiko kalau mengidap buah pinggang ni Bro.., kanak kanak atau dewasa..?
Pada saya kedua-duanya berisiko.
maksud saya dari segi peluang untuk pulih..
Itu bergantung kepada seteruk mana kerosakan buah pinggang dan juga kekuatan antibodi kanak-kanak tersebut.
kalau kanak2 dah terkena simptom begini… kesannya akan mengganggu hidup dimasa hadapan.. sebagai ibu bapa , dan juga abang, ataupun ahli keluarga.. pemakanan harus dipantau … jangan dibagi sangat makan jajan yang kerap…. elakkan lagi bagus…
Betul tu bro.Ibu bapa kena peka terhadap makanan harian yang diambil oleh anak-anak mereka.
Kalau kanak-kanak baru lahir boleh ke detect sakit buah pinggang diorg?
Pada pandangan saya mungkin boleh.Kalau pada kanak-kanak tersebut ada tanda-tandanya.Tetapi melihatkan zaman sekarang di mana seseorang itu mudah dijangkit penyakit,apatah lagi budak kecil,pemantaun yang dibuat sejak dalam perut lagi akan dapat mengesan sekiranya bayi tersebut mempunyai sebarang risiko penyakit.
Tak sangka, kanak-kanak pun boleh kena sakit buah pinggang walau pun di usia muda. Artikel yang amat bagus dan berinfomatif. Banyak info yng saya dapat. Thanks.
Penyakit buah pinggang menyerang tak kira usia.Sama-sama.Moga dapat membantu.
sy nk tye.. kalo doc ckp buah pinggan baby xberfungsi dgn normal, ape mksudnya? tanda2 nya..baby xkencing mcm biase..tp die berak spt biasa? baby br 4 hari…
Minta maaf.Saya pun tak dapat nak pastikan apa masalahnya kalau bayi sekecil itu.
Adakah berbahaya bayi umur 5bulan ada hydronephersis,…saya sangat takutlah sebab anak sy ada penyakit tu
Susi rika,saya belum ada maklumat tentang penyakit tersebut.Saya akan cuba cari maklumat tentang penyakit tersebut.
Ank sy berumur 7 tahun. Puncanya kencing x lawas. Sudah setahun anak sy melalui proses cic (kencing dibantu tiub).