Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Kanser buah pinggang merupakan jenis kanser yang terbentuk di dalam tisu buah pinggang. Ada beberapa jenis kanser buah pinggang termasuk sel renal karsinoma,renal pelvis karsinoma,dan tumor Wilms.Sel renal karsinoma adalah barah yang terbentuk di dalam lapisan nefron iaitu tabung yang sangat kecil di dalam buah pinggang yang mana fungsinya menapis darah dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan. Ini adalah jenis yang paling umum dari kanser buah pinggang yang berlaku pada orang dewasa.
Sel renal karsinoma juga dikenali sebagai adenokarsinoma buah pinggang atau hypernephroma.Renal pelvis karsinoma akan memberi kesan pada pelvis buah pinggang.Pelvis buah pinggang terletak di tengah buah pinggang di mana tempat urin dikumpulkan.Manakala tumor Wilms pula adalah dari jenis kanser buah pinggang yang biasanya akan dihidapi oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Apa penyebab kanser buah pinggang?
Hingga ke hari ini,pakar-pakar perubatan masih lagi tidak dapat memastikan mengapa kanser buah pinggang hanya akan dihidapi oleh sesetengah individu dan sesetengahnya tidak.Namun, kajian telah membuktikan bahawa ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengidap kanser buah pinggang.Dan pakar-pakar perubatan juga percaya bahawa kanser buah pinggang bukanlah sejenis penyakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.
Apa faktor risiko kanser buah pinggang?
Para penyelidik telah menemui beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mengidap penyakit kanser buah pinggang,iaitu:
- Merokok
- Obesiti
- Mereka yang menjalani rawatan dialisis dalam jangka masa yang panjang
- Mereka yang mempunyai sindrom Von Hippel-Lindau (VHL)
- Faktor persekitaran tempat kerja:Sesetengah individu berisiko untuk mengidap kanser buah pinggang disebabkan persekitaran kerja mereka yang terdedah dengan bahan-bahan kimia.
- Jantina:Lelaki lebih berisiko untuk mempunyai penyakit kanser buah pinggang berbanding perempuan.Menurut Institut Kanser Kebangsaan,sekitar 20.000 lelaki dan 12.000 wanita di Amerika Syarikat akan mengidap penyakit ini setiap tahun.
Apakah tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang?
Seseorang yang berisiko mengidap kanser buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda diperingkat awal penyakit.Tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang termasuk:
- Darah dalam urin (hematuria)
- Rasa sakit di bahagian tepi yang susah untuk hilang
- Terdapat benjolan di bahagian tepi atau perut
- Penurunan berat badan tanpa sebab
- Demam
- Kerap merasa letih yang amat sangat
Walaubagaimanapun,kadang-kadang tanda-tanda atau gejala yang disebutkan di atas tidak bererti bahawa seseorang itu menderita kanser buah pinggang.Kemungkinan juga ianya disebabkan masalah-masalah yang lain.Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa doktor untuk didiagnosis dan dapat diberikan rawatan seawal mungkin.
Rawatan Kanser Buah Pinggang
Soalan Berkaitan: Bagaimana kanser buah pinggang dirawat? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk kanser buah pinggang?
Rawatan untuk kanser buah pinggang bergantung pada tahap kanser tersebut.Apakah kanser tersebut telah merebak ke organ lain,selain dilihat pada tahap kesihatan seseorang dan umur.Sekiranya kanser buah pinggang dapat dikesan dan dirawat diperingkat awal,peluang untuk sembuh adalah tinggi. Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser buah pinggang, yang seorang doktor boleh syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembedahan, radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!

Tidak sangk pula kanser boleh menyerang buah pinggang. Sekali lagi merokok dikenalpasti punca kanser buah pinggang
akubiomed recently posted..Datuk D bukan kisah terlampau
Boleh saja bro.Penyakit sekarang semuanya cerdik-cerdik:). Ya,ucapkan tahniah kepada rokok kerana berjaya menjadi punca utama.
Terima kasih atas perkongsian…
disini kita nampak lagi merokok menjadi salah satu punca..
nizam recently posted..Anda Menguasai Kehidupan Atau Sebaliknya
Ye,betul tu bro.Memanglah rokok ni sangat merbahaya.Kenapalah kerajaan tak haramkan je benda ni.
ntahla..susah juga nak cakap lau bab2 kerajaan ni…
Nizam recently posted..Sunyinyer Kelas
gerun rasa bila baca2 bab kanser nie. amalkan gaya hidup sihat.
pesanan tambahan, jangan merokok. merokok membahayakan kesihatan.hehe
cikgu den recently posted..Nuffnang Cemburu Dengan Adsniaga
sakit buah pinggang juga berkait dengan sakit jantung,
sakit obesiti dan diabetes, memang banyak sekarang, lagi2 di negara nak membangun macam negara ni
tengkorak emas recently posted..Earth Hour 2011- Tak nak padam lampu- boleh
Pingback: Awas Perokok!Rokok Merosakkan Buah Pinggang Anda
Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy? l Buah Pinggang Sihat Dot Com