Assalamualaikum semua.Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada entri terbaru saya.Saya harapkan agar pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan orang tersayang.
Untuk entri terbaru kali ini,saya akan berkongsi pula artikel tentang jenis-jenis penyakit batu karang yang familiar dikalangan pengidap-pengidapnya.
Sebagaimana yang diketahui,sebahagian besar batu karang mengandungi kristal hasil daripada gabungan pelbagai reaksi kimia. Jenis yang paling umum pula ialah dari jenis yang mengandungi kalsium. Kalsium pula adalah merupakan komponen penting dari tulang dan juga merupakan bahagian integral dalam otot.
Antara jenis-jenis batu karang termasuklah:
1. Batu kalsium – Batu kalsium adalah dari jenis yang paling umum diantara jenis-jenis batu karang.Batu kalsium ini terbentuk kerana kadar kandungan kalsium di dalam air kencing sangat tinggi.Selalunya,kalsium akan bergabung dengan zat lain di dalam air kencing seperti oksalat dan fostat untuk menghasilkan pembentukan batu karang.
2. Batu urik asid – Batu ini adalah dari jenis batu yang terbentuk hasil dari sejenis zat yang dipanggil urik asid,iaitu suatu bahan yang terhasil daripada pemecahan protin.Individu yang gemar memakan makanan dari jenis yang tinggi kandungan protinnya adalah berisiko untuk mempunyai batu dari jenis ini.Batu urik asid ini lebih banyak kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.Urik asid juga adalah penyebab kepada penyakit gout.Inilah sebabnya mengapa individu yang mempunyai penyakit gout sangat berisiko untuk mendapat batu karang dari jenis ini.
3. Batu struvite – Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
4. Batu sistein – Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Itulah tadi pembaca sekalian antara jenis-jenis batu yang popular dihidapi oleh mereka yang mempunyai penyakit batu karang.Emmm…adakah anda rasa artikel yang saya tulis ini bermanfaat?Atau anda ada penambahan?Anda boleh kongsikan sebarang penambahan melalui ruangan komen yang disediakan.
Selamat membaca dan jagalah kesihatan buah pinggang anda.
P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.
penyakit dah tak mengira tua muda…yg muda pn ley kena..moga dijauhkan…
Betul tu fitri,
Saya yang muda ni pun dah kena.
[...] Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria. [...]
asalamualaikum, saya amat berminat dgn artikal ini,oleh kerana anak saya adalah pesakit batu karang,dalam kajian punca anak saya dpt batu adalah tinggi osalat,selepas di bedah,akan jadi batu semula,doktor masih menyelamatkan buah pinggang,nasihat dari anda. terima kasih.
Waalaikumussalam puan,
Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.Saya ni sebenarnya bukanlah seorang doktor untuk memberikan nasihat,namun sebagai meraikan,saya cuba bagi pandangan.Puan mengatakan bahawa punca anak puan mendapat batu karang adalah disebabkan tinggi osalat.Jadi pada pendapat saya puan mesti tahu apakah pula yang menyebabkan kandungan osalat boleh tinggi.
Dari yang saya tahu cara untuk kurangkan kandungan osalat ialah kurangkan minuman bersoda dan juga teh ais kerana ianya mengandungi asam osalat yang bolh menyebabkan pembentukan batu karang.Cuba puan berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor tentang punca-punca osalat tadi.
salam Encik, Terima kasih atas nasihat dan kongsi artikal ini,saya memang menjaga makanan anak saya,minuman tin bagi saya dan keluarga saya di haramkan.dengar memang pelik,itu lah yg diharapkan oleh seorg ibu utk kesihatan anak,dan juga jaga makanan,pembedahan akan dilakukan bulan feb, terima kasih.
Gout terjadi bila wujudnya lebihan asid dalam badan..Apa yg boleh meneutralkan asid? Alkali..
Cuba minum Alkaline Water Plus..Kemudian, nilaikan..
SILA LIHAT TESTIMONI
>>> http://alkalinewatertoyou.blogspot.com/p/testimoni.html
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!