Buah Pinggang Ektopik(posisi buah pinggang yang luar biasa)


Assalamualaikum pembaca semua.Bagaimana dengan kesihatan anda hari ini?Terima kasih diucapkan atas kesudian anda untuk terus membaca artikel-artikel di blog ini.

Pernah tak anda dengar tajuk di atas?Haa..kalau tak pernah pada entri kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang dikatakan dengan buah pinggang ektopik.

Apakah buah pinggang ektopik?

Buah pinggang ektopik adalah sejenis kecacatan sejak lahir yang berlaku pada saluran kencing  di mana buah pinggang berada dalam kedudukan luar biasa.Dalam keadaan yang normal,setiap satu buah pinggang terletak dibahagian sisi tulang belakang dan ianya akan dilindungi oleh tulang rusuk.

Dianggarkan bahawa buah pinggang ektopik akan berlaku sekali dalam setiap 1,000 kelahiran. Dan kebiasaannya satu buah pinggang akan terjejas.Seringkali,individu yang mempunyai masalah ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala.Walau bagaimanapun,dalam kes-kes tertentu,buah pinggang ektopik boleh menyebabkan penyumbatan pada aliran air kencing, jangkitan pada saluran kencing (ISK), atau masalah batu karang.

Namun,jika buah pinggang ektopik tidak menimbulkan sebarang komplikasi, mungkin ianya tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khusus.

Apakah penyebabnya?

Pada peringkat awal perkembangan fetus,buah pinggang bayi akan muncul sebagai tunas-tunas di dalam pinggul.Ketika fetus semakin membesar,buah pinggang tadi akan beransur-ansur naik ke arah posisi normal iaitu berhampiran dengan tulang  rusuk di bahagian belakang. Bagaimanapun , dalam beberapa kes , satu daripada buah pinggang tadi gagal untuk naik ke posisi normal.Manakala dalam kes-kes lain, satu buah pinggang ektopik boleh melintas dan menjadi bersatu dengan buah pinggang yang lain.

Apakah gejala-gejalanya pula?

Kebanyakan dari mereka yang mengalami gangguan ini langsung tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah buah pinggang ektopik.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa gejala pun.Namun bagi sesetengah orang akan muncul beberapa tanda  seperti benjolan di perut atau rasa sakit perut.

Apakah tanda-tanda,komplikasi dan gejalanya?

Baik.Antara komplikasi,tanda-tanda dan gejalanya ialah:

1.  Jangkitan pada saluran kencing

  • Rasa sakit atau selalu rasa hendak membuang air kecil
  • Rasa sakit di bahagian belakang atau di perut
  • Demam dan menggigil

2.  Batu Karang

  • Rasa kesakitan yang teramat sangat di bahagian belakang,di sisi dan di bahagian pinggang.
  • Darah di dalam air kencing dipanggil ‘hematuria’.
  • Demam atau menggigil
  • Muntah
  • Rasa mual
  • Rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing

3.  Kegagalan buah pinggang

  • Tubuh terasa sangat lemah
  • Berlaku pembengkakan di kaki atau perut
  • Sakit kepala
  • Mual

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan buah pinggang ektopik?

Oleh kerana buah pinggang ektopik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala,kemungkinan besar anda  merasakan  bahawa anda mungkin tidak mengalaminya.Selain itu,doktor anda juga mungkin tidak dapat mengesan sebarang keganjilan pada buah pinggang anda ketika membuat pemeriksaan kesihatan yang lain.

Apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan ujian imaging di mana ianya merupakan alat diagnostik yang penting dalam mengesan buah pinggang ektopik. Ini termasuk pemeriksaan USG, pyelogram intravena (IVP), atau untuk membatalkan cystourethrogram (VCUG).

Selain itu,ujian tambahan  seperti ujian darah, boleh juga disyorkan oleh doktor anda untuk menentukan sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

Bagaimanakah cara rawatan dan penjagaannya?

Rawatan mungkin juga tidak diperlukan sekiranya doktor anda mendapati bahawa tiada penyumbatan berlaku dan fungsi saluran kencing dalam keadaan normal.Namun,pemantauan berterusan mesti dilakukan sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan dilakukan sekiranya terdapat halangan yang menghalang aliran air kencing anda.Selain itu kedudukan buah pinggang anda akan diperiksa untuk memastikan saluran air  kencing berfungsi dengan baik.

Dalam beberapa keadaan  di mana kerosakan telah  berlaku, ahli bedah mungkin mengambil keputusan untuk membuang satu daripada buah pinggang anda. Tetapi anda tidak perlu risau kerana kehilangan satu buah pinggang bukan masalah selagi buah pinggang yang satu lagi berfungsi dengan baik

Walaupun menjalani kehidupan dengan satu buah pinggang tidak menjadi masalah,ianya masih perlu diberikan rawatan dan penjagaan yang baik supaya kerosakan tidak akan berlaku pada masa hadapan.Ramai individu yang menjalani kehidupan secara normal walaupun dengan satu buah pinggang,samada  kerana mereka telah menderma ataupun dilahirkan dengan satu buah pinggang.

Dengan menjalani ujian dan rawatan,sepatutnya buah pinggang ektopik tidak akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius kepada mereka yang menghidapinya.

Ok,kita sudah pun mengetahui apakah dia buah pinggang ektopik.Mungkinkah anda mempunyainya.Risau?Berjumpalah dengan doktor anda untuk memastikannya.Mudah-mudahan artikel ini membantu dan memberikan faedah kepada semua.

Jumpa lagi dalam artikel seterusnya.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

2 thoughts on “Buah Pinggang Ektopik(posisi buah pinggang yang luar biasa)

    • Betul fitri.Organ buah pinggang tak macam organ yang lain.Macam jantung ada orang hidup dengan jantung tiruan.Ada orang hidup dengan jantung yang menggunakan bateri.Tapi buah pinggang kalau dah rosak tiada gantinya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang