Batu Karang:Tanda-tanda & gejalanya


Assalamualaikum pembaca sekalian.Bagaimana dengan pengisian artikel tentang penjagaan buah pinggang di blog ini?Ok tak?Saya harap dapat memberikan anda informasi-informasi berguna kepada anda melalui blog ini sebab saya sedar betapa pentingnya untuk kita menjaga organ buah pinggang dengan sebaiknya.

Untuk entri kali ini masih lagi sekitar tentang penyakit batu karang.Untuk kali ini saya akan menerangkan pula tentang tanda-tanda dan gejala-gejala yang akan dilalui oleh mereka yang mempunyai penyakit ini.

Bagi sesetengah individu,mereka mungkin tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit batu karang.Ini disebabkan penyakit ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda diperingkat awalnya.Walaupun begitu,antara tanda yang paling umum ialah kadang-kadang mereka akan merasai kesakitan yang amat sangat.Hal ini kerana batu karang melalui lintasan sempit di saluran kencing.

Selain itu,tanda dan gejala-gejala berikut boleh berlaku:

1. Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut.Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal paha.Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.

2. Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.

3. Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah(hematuria).

4. Selalu rasa hendak membuang air kecil.

5. Selalu berasa mual dan muntah.

6. Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.

Haa..itulah dia antara tanda-tanda dan gejala yang akan dihadapi oleh mereka yang mempunyai penyakit batu karang.Kalau anda tahu lagi tanda-tanda dan gejala lain,bolehlah kongsikan bersama pembaca blog ini.Gunakanlah ruangan komen yang disediakan sebaik-sebaiknya.

Selamat membaca!

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

144 thoughts on “Batu Karang:Tanda-tanda & gejalanya

  1. SistemDuplicate

    Hai Geng,

    Sememang bagus kerana ada tuan mengwujudkan blog seperti ini. Sekali gus dapat membantu mereka yang hadapi masalah kesihatan terutama penyakit buah pingang..

    Good luck,

    Tq

    1. admin Post author

      Saya mewujudkan blog ni yang pertamanya adalah untuk mengumpulkan segala maklumat berkaitan dengan buah pinggang sebab saya sendiri pengidap buah pinggang.Dan yang keduanya ingin membantu masyarakat agar mengetahui secara mendalam tentang buah pinggang sekaligus mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya fungsi organ ajaib ini.

  2. Dila.13

    Hi RBPS.. Terima kasih atas perkongsian info tentang penyakit batu karang ni. Nenek saya dah beberapa kali masuk bilik bedah untuk buang batu karang yang ada dalam ginjalnya. tapi pelik.. macam mana ia boleh berulang ye?

    1. admin Post author

      Hai dila.Sama-sama.Oh,yerker.Saya pernah kena penyakit batu karang ni,tapi alhamdulillah taklah sampai kena bedah.Batu karang saya pun berulang datang tapi dia keluar waktu saya buang air kecil.

      Ada banyak sebab yang menyebabkan dia datang berulang.Macam saya jadinya batu karang disebabkan ubat buah pinggang yang saya makan.Makan dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama menyebabkan batu karang berulang.Ada tak nenek dila makan apa-apa ubat hospital dalam jangka masa yang lama?

      1. Dila.13

        saya rasa nenek saya ada makan ubat yang doktor sarankan sejak keluar dari hospital tu. tapi tak pasti berapa lama dia makan ubat yang sama sebab dah berkali jugak keluar masuk hospital. alhamdulillah dia sekarang ok dan insyaAllah hujung tahun ni dia akan ikut anak2 dia bercuti ke London. hehe :)

        1. admin Post author

          Alhamdulillah,dah boleh bercuti tu kira sihatlah,hehehe :-).Tapi kena jaga-jaga juga sebab boleh berulang.Saya kena batu karang sebab terlalu banyak dan lama makan ubat hospital.

  3. rara

    saya zura… umur 20 kebelakangan ni saya kurang shat..
    semalam bahagian bawah pinggang sebelah kiri rasa sakit sgt dan berlarutan selama 8 jam.. saya juga kerap terkencing dan air kencing juga berwarna keruh.. adakah saya mengalami sakit batu karang?
    saya takut hendak berjumpa doktor
    dan bahagian pinggang belah kiri masih lagi berasa sakit
    dan kadangkala belah kanan pon terasa jugak
    dan haritu juga saya mengalami demam dan masih belum sembuh sepenuhnya..apa patut saya buat?
    saya tkot nk beritahu ibu tentang sakit di pinggang tu..
    rara recently posted..hArUsKah Aku MatiMy Profile

    1. admin Post author

      Salam zura.Kemungkinan juga masalah tersebut disebabkan terdapatnya batu di dalam buah pinggang zura.Lebih baik zura lupakan segala ketakutan zura kerana kesihatan adalah paling penting.Pergilah buat pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

      Ingat,penyakit batu karang yang berlanjutan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang yang mana akan mengundang lebih banyak masalah.

      1. rara

        thanks
        saya masih lagi rahsiakan benda ni dari pengetahuan keluarga
        dn ahad ni saya akn pulang belajar di johor semula
        jadi saya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di sana
        saya masih khuatir untuk dedahkan apa yang saya alami
        rara recently posted..hArUsKah Aku MatiMy Profile

          1. admin Post author

            Tapi nanti katakanlah yang memang anda ada penyakit dan masuk hospital,lambat-launmereka akan tahu juga dan tentu akan susah hati.Lebih baik berbincang dengan mereka dari sekarang.

  4. sakitsangat

    hai,saya nurul…saya mengalami sakit yang amat sangat ketika hendak membuang air kecil dan kerap kali ingin ke tandas untuk membuang air kecil.setiap kali membuang air kecil,sedikit sahaja air kencing yang keluar.Malah ketika berdiri saya berasa seperti mahu kencing…hal ini kerap kali berlaku kebelakangan ini.saya juga merasa sejuk ketika waktu malam serta menggigil…hal ini mengganggu jadual harian saya sebagai seorang pelajar…adakah ini bermaksud saya mengalami batu karang? mengenai kencing berdarah saya tidak pasti kerana ketika ini saya sedang mengalami haid…apakah cara termudah untuk mengubatinya tanpa berjumpa doktor?

    1. admin Post author

      Salam nurul,saya minta maaf kerana lambat membalas komen anda.Dari apa yang nurul ceritakan,nampaknya seperti apa yang saya alami dulu.Selain dari susah nak buang air kecil,ada tak anggota muka dan kali nurul mengalami bengkak air?

  5. Mohd Roslee Md Ali

    A’kum disini saya ingin mengetahui perbezaan antara penyakit batu karang ginjal dan hempedu,dari segi tanda-tanda,dan ingin mengetahui rawatan alternatif selain hospital…dan bolehkah pihak tuan mengesyorkan ubat-ubat difarmasi untuk menhancurkan batu karang di buah pinggang…terima kasih

    1. admin Post author

      Wslm,

      Terima kasih kerana bertanya.InsyaAllah saya akan cuba menjawab semampu mungkin untuk membantu saudara.Saya akan menjawab dalam bentuk point untuk memudahkan saudara memahaminya.

      Perbezaan antara batu karang ginjal dan hempedu dari segi tanda-tandanya ialah:

      Tanda-tanda batu karang dalam ginjal:

      1. Rasa pedih ketika kencing
      2. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
      3. Rasa seperti pasir berada dalam badan
      4. Air kencing kotor & berbau busuk
      5. Rasa sakit di kawasan pinggang
      6. Rasa sakit pada alat sulit

      Tanda-tanda batu karang alam hempedu pula:

      1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
      2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
      3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
      4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
      5. Badan rasa tidak bermaya
      6. Kurang selera makan
      7. Demam
      * Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak.

      Sebagai seorang pesakit buah pinggang,saya pernah juga menghidapi batu karang di buah pinggang.Rawatan alternatif yang saya lakukan ialah saya mengambil suplement kesihatan selain dari ubat hospital.Mungkin juga saudara boleh mencubanya.Apabila saya mengambil suplement kesihatan,alhamdulillah batu tersebut keluar sendiri melalui kemaluan saya.

      Ubat di farmasi yang boleh saya syorkan untuk batu karang ni ialah cystone.Saudara boleh bertanyakan kepada ahli farmasi cara pengambilannya.Harap jawapan ini dapat membantu.

  6. azume

    askum, saya nak bertnya..
    ketika saya kencing, saya terasa sakit di bahagian sulit dan berasa mual hanya selepas makan.. adakan itu tanda2 batu karang kerana saya tidak selalu terasa mahu kencing pada waktu malam atau bila2.. demam juga tidak.. harap dapat memberi komen kerana sudah hampir seminggu saya terasa pedih.

    1. admin Post author

      Wslm,

      Terima kasih kerana bertanya.Berdasarkan kenyataan di atas,ada dua kemungkinan yang dapat saya simpulkan.Kemungkinan batu karang atau buah pinggang.Ada nampak apa-apa perubahan tak pada air kencing?Contohnya ada warna macam darah ke atau air kencing berbuihke?

      Saya cadangkan pergi buat pemeriksaan air kencing dan juga darah di mana-mana klinik atau hospital.Kerana hanya dengan ujian tersebut kita dapat mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan terjadinya kesakitan tersebut.

      Terima kasih,harap membantu.

  7. Rahim Razali

    Assalamulaikum,

    Musykil

    1. Ianya sering terjadi setelah saya mengambil makan tengahari atau pun makan malam pasti saya akan ketandas utk membuang kecil. Adakah ianya habit ataupun penyakit.Itulah yg berlaku setelah selesai mengambil makanan.

    2. Saya telah mengalami sakit pinggang disebelah kiri , kadang2 berdenyut-denyut. Saya telah mengadu hal ini dgn Doktor. Selanjutnya saya telah dirujuk dibahagian MRI, tapi takde apa yg kelihatan .

    3. Sejak 4 bulan kebelangkang ni bahu kanan saya pula mengalami kesakitan tak boleh membuat hayunan 360 darjah . Adakah ianya bersangkut paut dgn gejala buah pinggang.

    Sekian, terima kasih.

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam.

      1. Bila tuan pergi ke tandas selepas makan adakah apa-apa yang ganjil pada air kencing?Seperti air kencing sedikit,atau rasa sakit,atau air kencing berbuih.

      2. Tuan pernah buat ujian air kencing tak?

      3. Saya rasa itu bukan tanda sakit buah pinggang.Sebab ketika mula-mula saya sakit dulu,tiada pula saya alami macam yang tuan rasa sekarang.

      Yang terbaik saya cadangkan tuan pergi buat pemeriksaan air kencing dan darah.Perhatikan:

      1. Ada tak kandungan protin dan darah dalam air kencing.
      2. Berapakah nilai kretinin yang terdapat di dalam darah.

      Andainya terdapat protin dalam air kencing dan kandungan kreatinin tinggi ini bermakna buah pinggang tuan bermasalah.

      1. Rahim Razali

        Salam En. Admin,

        Berikut adalah jawaban saya.

        1. Air kencing sedikit tiada rasa sakit dan kencing berbuih.

        2. Memang benar setiap kali berjumpa dgn doktor pesakit wajib membuat pengujian air kencing dan FBC

        3. Bacaan protin dalam kencing ,
        Urine Protin = 1.5 g/l
        Urea ( Kinetic ) = 5.6 mmol/L , Range (2.5-6.4)
        Creantine (Buffered Kinetic Jaffe reactions w/o deproteinization ) 131 umol/L Range (62-106)

        4. Uric Acid (Enzymatic Uricase and Peroxidase colormetric) 585 umol/L (149-450).

        Yang ini saya tak tahu , Doktor ada menulis dlm tulisan tangan ” UPCI (0.07″ mungkin En. Admin boleh terangkan, sebab saya terlupa nak bertanya pd Doktor ketika itu.

        Keputusan ini saya ambil pd 10/3/2011 baru2 ini. Sekian, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dgn saya. Saya akan sentiasa berkunjung disini bila kelapangan masa.

        1. admin Post author

          Salam en rahim,

          Dari keputusan di atas menunjukkan bahawa buah pinggang encik masih lagi berfungsi dengan baik.Betul?

    2. Dirz

      Tuan,
      Saya telah dimasukkan ke hospital, 2 minggu lepas dan ujian mRI mendapati ada batu kecil dari buH pinggang yang kini berada di ureter. Menurut doktor, batu kecil tu boleh keluar melalui kencing.

      Selepas 2 minggu, saya berasa kurang selesa, berdasarkan maklumat dibawah :
      1. Rasa seperti pundi kencing penuh, tapi bila kencing, sedikit saya air kencing yg keluar, bergandingan dengan air yang diminum. Kepala sabar juga terasa sakit, seperti pedih dan nak terkencing.
      2. Berdasarkan ujian kencing yang dijalankan, protine adalah negative. Utk makluman, sebelum menjalankan ujian tersebut, sebelum sampel diambil, saya telah meminum byk air putih, dan air kencing kelihatan jernih kot. Soalan nya,kalaulah saya tidak meminum air putih sebelum itu, adakah kewujudan protein akan sama seperti yang saya minum air yhg banyak? Adakah protein dapat dikesan dalam jenis adapun air kencing yang diberi?
      3. Air kecing saya sekarang, berwRna kuning gelap dan terasa panas. Apakah penyebabnya?
      4. Adakah kewujudan batu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang atau buan pinggang rosak?
      5. Adakah batu boleh menyebabkan sembelit?
      Harap tuan dapat memberi jawapan.

      Sekian.

      1. admin Post author

        Salam tuan,

        Berikut adalah jawapan terhadap soalan tuan.

        1) Kemungkinan juga ianya disebabkan kewujudan batu di ureter menyebabkan air kencing keluar sedikit.Atau berlakunya jangkitan kuman pada buah pinggang.Sila buat pemeriksaan sekali lagi.

        2) Ujian urin negatif protin menunjukkan buah pinggang tuan memang bermasalah.Walaupun tuan minum air putih dengan banyak,kewujudan protin masih dapat dikesan.

        3) Sebarang perubahan warna atau bau yang ditunjukkan oleh urin adalah petanda kewujudan gangguan kesihatan dalam tubuh individu terbabit. Warna urin yang normal adalah kuning hingga kuning pekat dan ia boleh berubah mengikut makanan dan ubat-ubatan yang diambil.

        Pakar urologi Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Dr Thomas Griebling dan Dr Anthony Smith, menjelaskan urin berdarah akan dan agak gelap menjadi tanda infeksi dalam tubuh. Sedangkan urin berbau kuat menandakan penyakit buah pinggang. Manakala bau manis yang terkuap pada urin menunjukkan petanda diabetes.

        4) Ye,kewujudan batu atau penyakit batu karang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

        5) Dari pengalaman saya kewujudan batu tidak menyebabkan berlakunya sembelit.

        Harap jawapan saya membantu.

  8. purple

    salam, saya tak tau nak cerita macam mana apa yang saya rasa pada buah pinggang saya, tapi saya dapat rasa ada yang tak kenalah. setiap kali lepas minum air, rasa macam air tu melalui buah pinggang directly. dan bila nak buang air, seharusnya kita akan rasa pedih pada pundi kencing, but i feel like my kidney filled with water, so sometime i’ll get confused, ni nak buang air ke tak ni. and bila jadi macam tu, rasa takut nak minum air pun ada. saya juga ada mengalami kencing tak lawas dan kerap ke tandas. kalau ada penjelasan minta kongsi, terima kasih

      1. purple

        baru buat checkup tadi, doc kate xde masalah, coz blood pressure and urine test ok. tapi rase macam nak caye tak caye je. sebab rasa sakit kat srea buah pinggang tu

  9. Mahathir

    Tuan,

    Saya telah dimasukan ke hospital minggu lepas, kerana disyaki terdapat batu di ureter. Syukur, batu tersebut masih kecil dan doktor memberitahu, yang batu tersebut akan keluar dengan sendiri nya, ujian air kencing telah dibuat, dan keputusannya negatif protein.

    Soalan saya,

    1. katakanlah pada hari sampel air kencing diambil, saya telah meminum banyak air putih dan apabila dikencing, air kencing menjadi jernih, adakah keputusan kewujudan protein akan berubah jika saya tidak meminum air putih yang byk, atau tetap sama dan kewujudan protein dapat dikesan?

    2 selepas seminggu pulang, saya terasa sakit seperti mahu kencing. Kepala zakar terasa pedih, pundi kencing terasa penuh, tapi bila kencing, air yang keluar tak sebanyak yang saya minum, kenapa yea? Ada kena mengena dengan sakit buah pinggang? Saya ada memerhati jika kaki bengkak or etc, tapi biasa je.

    3 bolehkah kewujudan batu yang tidak diubati, akan menyebabkan kegagalan buah pinggang?

    4 warna air kencing kelihatan pekat, dan berwarna kuning pekat. Apakah penyebabnya?

    Krjasama tuan unggul menjawab tertanyaan ini, dirakamkan jutaan terima kasih.

    Wasalam.

    Mahathir

    1. admin Post author

      Tuan,

      Terima kasih kerana bertanya kepada saya.InsyaAllah saya akan cuba membantu.Sekiranya batu tersebut masih kecil,kemungkinan untuk keluar dengan sendiri adalah besar.Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dimana batu yang terdapat di dalam buah pinggang saya telah keluar dengan sendiri dan batu tersebut masih kecil.

      Jawapan kepada saoalan tuan.

      1)Berdasarkan pengalaman saya,walaupun tuan telah meminum air putih dengan banyak,kewujudan protin masih boleh dikesan.Ini kerana positif protin pada ujian air kencing menunjukkan buah pinggang bermasalah.

      2)Kalau dari tanda-tandanya seperti buah pinggang tuan bermasalah.Sudah berapa lama keadaan ini berlaku selepas daripada tuan membuat ujian air kencing.Kadang-kadang walaupun buah pinggang bermasalah diperingkat awal,memang tidak menunjukkan tanda-tanda.Saya cadangkan sebaiknya buat sekali lagi pemeriksaan air kencing dan buat ujian darah sekali untuk melihat tahap kreatinin di dalam darah.Sekiranya tinggi,itu menunjukkan bahawa buah pinggang tuan memang bermasalah.

      3)Ye,kewujudan batu di dalam buah pinggang yang tidak diubati boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

      4) Sebarang perubahan warna atau bau yang ditunjukkan oleh urin adalah petanda kewujudan gangguan kesihatan dalam tubuh individu terbabit. Warna urin yang normal adalah kuning hingga kuning pekat dan ia boleh berubah mengikut makanan dan ubat-ubatan yang diambil.

      Pakar urologi Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Dr Thomas Griebling dan Dr Anthony Smith, menjelaskan urin berdarah akan dan agak gelap menjadi tanda infeksi dalam tubuh. Sedangkan urin berbau kuat menandakan penyakit buah pinggang. Manakala bau manis yang terkuap pada urin menunjukkan petanda diabetes.
      Saya harap jawapan yang diberikan dapat membantu tuan.

      1. Dirz

        Thanks for the prompt response.

        Soalan 2, Dari ujian renal function, sodium 139, potassium 3.9, chloride 106′ urea 4.1, creatinine 81

        1. Dirz

          Utk makluman, ujian tersebut dibuat pd 28 Mac 2011. Tapi, hari ni kepala zakar dh takda rasa pedih, tapi pundi kencing rasa penuh, kencing tak byk…

          1. admin Post author

            Adakah batu yang berada di dalam saluran ureter sudah keluar?Saya juga baru membuat appoinment bersama doktor pada 23 Mac.Boleh saya tahu tuan tinggal di mana?

        2. admin Post author

          Kalau dilihatkan dari keputusan renal function,semuanya berada dalam range yang normal.Bacaan kreatinin juga berada pada bacaan yang normal.

          1. Dirz

            Jalan Tun Ismail. ujian dijalankan di Gleneagles Intan. Either batu dah keluar atau belum, saya tak pasti. Sebeb saya tak nampak dalam urine. Tapi, rasa tidak selesa bila pundi terasa penuh, tapi kencing sedikit. Mungkin juga byk urine sebab saya kecing berulang kali…

          2. Mahathir

            Ohh di Ipoh.
            Dah dari ujian urine analyysis, ph 6.5, specific gravityb1.014, luecocytesb -ve, nitriite – ve, protein – ve, glucose -ve, katone -ve, bilirubin -ve, bolos 2+

            Ok ke tak?

          3. admin Post author

            Setiap keputusan tu ada range normal diakan.Kita boleh tau berpandukan range tersebut.

  10. Ereen

    Salam,hye.. Saya selalu mngalami masaalah kencing yang tidak lawas seperti buang air dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih terasa hendak buang air kecil.. Sekarang sya dalam keadaan haid,tetapi haid kali ni sangat berbeza dgan yang sebelumnya.. Walaupun sudah masok hari ke-5 tapi masih mngeluarkan darah yang bnyak serta cair.. Sebulan sebelum ni sya mngalami sakit pangkal rahim yang teruk,rase seperti hendak buang air kencing dan rase senggugut,bila buang air sya dapat lihat darah tp bukan bersama dgan air kencing.. Macam darah haid tapi dalam kuantiti yang sedikit.. Knape yerk? Kencing berdarah,ape mksudnye? Skrang sya kerap sakit di bhagian belakang,seperti ade angin dan dibhgian tepi perut sebelah kiri dan effect sebelah kanan kadang2 terase,susah hendak berjalan,mudah berpeluh dan selalu pening kepala.. Sakit dibahagian pangkal pundi kencing mnyebabkan sya berfikir mempunyai pnyakit ini.. Perut kembung dan sakit.. Saya telah berjumpa doktor sebulan sbelum ni,tp doctor sahkan sya cuma kencing kotor tpi smpai sekarang penyakit ni masih ada dan seperti makin memburuk@teruk.. Knp ye?? Boleh tlong jelaskn adakah sya mempunyai penyakit ini..

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Banyaknya soalan.Tak tau nak jawab yang mana satu.Tapi saya akan cuba jawab satu persatu setakat yang saya mampu ye.Tapi yang mana saya tak tau tak dapatlah saya nak jawab, sebab nampaknya macam melibatkan masalah kaum wanita.

      1) Saya juga dulu pernah mengalami masalah kencing tak lawas ni. Ini boleh jadi tanda untuk penyakit buah pinggang atau batu karang. Perasan tak apa-apa perubahan luar biasa pada air kencing? Kalau air kencing berbuih dengan banyak dan lambat hilang, itu tandanya sakit buah pinggang.Kalau kencing mengeluarkan darah atau sakit ketika keluar air kencing itu tanda sakit batu karang.

      2) Berkenaan dengan keluarnya darah yang banyak dan cair itu saya tak pasti.Mungkin berkaitan dengan penyakit orang perempuan. Saya cadangkan pergilah berjumpa dengan pakar sakit puan.

      3) Maksud kencing berdarah tu ialah adanya darah di dalam air kencing. Ini selalunya disebabkan oleh batu karang.

      4) Boleh saya tahu saudari membuat pemeriksaan di hospital, klinik kerajaan atau di klinik-klinik pakar? Saya bukan nak merendahkan klinik-klinik kerajaan ni, tapi pengalaman saya mengajar bahawa kadang-kadang pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan ni sekadar melepaskan batuk di tangga je.Saya cadangkan buatlah pemeriksaan di klinik-klinik pakar atau pakar sakit puan.

  11. vera

    saya vera….saya berasa amat pedih ketika saya buang air kecil…selepas saja buang air kecil berasa kerap hendak kencing…tetapi air kencing saya sedikit saja.ini sudah berlaku 2 hari ini.Adakah saya mengalami batu karang?

    1. admin Post author

      Hai vera,

      Vera sudah buat pemeriksaan untuk masalah yang dihadapi tu? Kemungkinan juga ianya disebabkan oleh batru karang yang menghalang laluan saluran kencing.Ada perasan darah tak dalam air kencing?

      1. vera

        saya belum buat pemeriksaan lagi…sebab saya tak nak orang tua saya tahu tentang hal ini..tidak ada darah dalam air kencing saya cuma ada satu kali air kencing saya keruh dan masa itu air kencing saya ada banyak sikit.Apakah yang saya dapat buat selain daripada membuat pemeriksaan?

          1. vera

            saya tak nak orang tua saya tahu kerana pada pertengahan bulan ini saya ada membuat hubungan intim dengan tunang saya….Sory kalau saya masukkan perkara ini dlam komen saya.kerana saya nak kepastian sama ada saya mengalami sakit batu karang atau masalah lain.Tuan,adakah saya dapat mendapatkan ubat di farmasi untuk menghilangkan kepedihan saya ketika kencing?

          2. admin Post author

            Oh,cuba pergi ke farmasi dan cari satu ubat nama dia ural.Ubat ni untuk bersihkan buah pinggang.

    1. admin Post author

      Berdasarkan pengalaman saya memang tidak ada apa-apa kesan buruk yang berlaku. Yang ada cuma kesan pemulihan. Ianya berlaku dalam beberapa hari bergantung kepada kesihatan masing-masing. Berminatke untuk mendapatkannya? Sama-sama.

      1. vera

        berkemungkinan saya berminat utk mendapatkan ubat itu….2 hari ini…selepas saya kencing,urinary saya sentiasa berasa penuh…dan terasa nak kencing tetepi tak dapat.Adakah itu tanda-tanda penyakit batu karang?

  12. lyana

    salam.. sy lyana..
    sy berasa amat skit dbahagian pinggang. pinggang sy sedikit bengkak. sy juga tdk boleh duduk lama. ia akn rsa amat skit. sy tlah ke hspital beberapa kali. tpi dktor tdk dpat mengesan apa penyakit sy. sy mengalami skit ini slama 3 bulan. adakah sy mengalami skit buah pinggang?

    1. admin Post author

      Bila pergi ke hospital ada buat ujian darah dan air kencing tak? Saya tak pasti apakah lyana mengidap penyakit buah pinggang atau tidak. Sebab masa saya sakit dulu tak pernah bengkak dan sakit di pinggang. Sekarang ni kencing macam mana? Ok tak?

      1. lyana

        ada.. tpi dktor ckap tdak ada msalah apa-apa. cuma air kencing kotor. sy tdak ada rsa skit masa nak kencing. tpi sedikit berbau busuk dan amt kuning.

        1. admin Post author

          Doktor ada bagi ubat? Mungkin saudari memang betul mengalami masalah kencing kotor. Tunggu sehari dua lagi.Kalau masih berlarutan pergi semula buat pemeriksaan.

  13. sihatcantik

    salam,sy baru jumpa page ni dan kbtlan mengalami masalah yg berkaitan..pd mgu lps,sy ada menahan kencing sbb tmpt kerja ada masalah ketiadaan air yg kritikal :-( sy lupa sgguh masa tu yg tak boleh thn kencing sbnrnya…tup2 jumaat lps,sy mula rasa pedih dan ngilu bila buang air dan rasa tu ada sampai hari ini.pedih tu akn lg terasa bila air kncing dkt nk hbs keluar..dan mgrb smlm tiba2 sakit perut @ skit pinggang sblh kiri.sblm tu sy ada buang air besar..sebaik je buang air besar terus sakit tu dtg.mcm skit senggugut tp sy jrg2 dpt senggugut.apa yg sy buat ialah rebus air halia dan minum.sy juga sapukan krim halia di perut dan kaw pinggang kiri yg sakit.pastu bwk tido..pg td smpai skrg dh tak rasa sakit tu cuma pedih masa kencing tak hilang lg :-( apa ya sbnrnya???tq

    1. admin Post author

      Tanda yang saudari alami sama macam saya.Iaitu rasa sakit terutamanya dekat-dekt air kencing nak habis.Saya rasa ianya batu karang.Sudah buat pemeriksaan?Kalau belum buatlah pemerisaan dengan segera.Apa-apa keputusan maklumkanlah kepada saya di blog ni.

  14. ella

    Salam,

    Artikel yang bagus. Ramai yang tak sedar amalan pemakanan boleh menyumbang kepada pembntukan batu karang. Boleh tak ceritakan sket faktor-faktor penyumbang terhadap penyakit batu karang ni. Dan apa yang perlu dihindarkan.

    Terima kasih.

  15. Azahari

    Salam.
    Sy nak tahu apa beza tanda2 penyakit batu karang dgn kanser prostat. Ini kerana, berdasarkan pembacaan sy, kedua2 penyakit ini mempunyai tanda-tanda yg hampir sama. Sy jg mengalami simptom spt mereka2 yg bertnya tuan di atas. Antaranya kencing tak puas, sakit ketika buang air kecil, darah dlm air kencing (kadang2). kerap buang air dan aliran yg perlahan.
    Sekian. Terima kasih.

    1. admin Post author

      Penyakit batu karang berlaku di saluran kencing manakala kanser prostat bermula di dalam kelenjar prostat.Tanda-tandanya kemungkinan akan ada persamaan cuma permulaan penyakit tersebut dari tempat yang berbeza.

  16. Azahari

    Terima kasih. Tuan, baru2 ini sy telah berjumpa doktor krn tnda2 itu, dan doktor telah memberikan sy ubat pecah batu. Bagaimanakah sy dpt mengetahui ubat itu telah memberi kesan kepada penyakit ini? Adakah sy akan nmpak sesuatu yg pelik pd air kencing sy? & berapa lamakah biasanya ubat itu akan memberi kesan untuk mereka yg baru menyedari kehadiran batu karang dlm badan mereka.

    Sekian. Jawp tuan amat dihargai. terima kasih.

    1. admin Post author

      Kemungkinan akan keluar serpihan kecil batu-batu bersama dengan air kencing. Kesannya bergantung kepada individu juga.

  17. ingin sihat

    salam,saya tlh disahkan mhidap sakit batu karang baru2 ni..doc tlh memberi ubat ural dan ubat tersebut tlh saya habiskan tetapi nampaknye tidak ada perubahan..saya juga ada mencuba pil misai kucing tetapi masih tidak baik..pinggang saya masih berasa sakit shingga sekarang dan kerap kencing tetapi air kencing keluar sikit2 sahaja..mungkin batu tersebut belum keluar lagi..apa yang boleh tuan sarankan?bole tak saya mencuba cystone?
    jawapan dari pihak tuan amat dialu-alukan..sekian terima kasih

    1. admin Post author

      Wslm,Boleh juga anda mencuba cystone.Ubat ural saya rasa untuk masalah kencing kotor.Saya dulu juga mengalami masalah batu karang,tetapi ianya disebabkan oleh terlalu lama mengambil ubat buah pinggang.Sebenarnya saya tidak berani untuk menyarankan pengambilan apa-apa ubat,cuma di sini saya hanya dapat berkongsi pengalaman saya menggunakan produk kesihatan cellfood.Alhamdulillah,batu karang saya telah keluar dengan sendiri sebanyak dua kali.Dan hingga sekarang saya tidak lagi mengalami masalah batu karang.

  18. mala

    Saya mengalami kurang lawas kencing.dan sy telah membuat pemeriksaan.doc ckp hanya kerana sy nak period tp dh seminggu sy check period sy belum dtg.n sy rs sakit pinggang disebelah kiri dan kurang lawas kencing.adakah itu sakit buah pinggang atau batu karang?

    1. admin Post author

      Apakah jenis pemeriksaan yang dilakukan? Untuk mengesan penyakit buah pinggang atau batu karang adalah dengan membuat pemeriksaan urin.

  19. hafiz

    salam,baru td sy mengalami skit di bhagian belakang dan perut sebelah kanan n sy jg ad rse mual n muntah2..sy rase skit sgt td,adakah ini salah satu tnda2 awl penyakit batu karang

  20. ina

    Umur : 28thn
    Status : Bujang

    Thn 2007-2008 sy mengalami sakit di bahagian bawah rusuk di kiri & kanan, nak bergerak n bangun sakit sgt hingga perlu seseorang membantu. Bila ke klinik, doktor mengesahkan saya ada batu karang di kanan buah pinggang n saluran kencing. Walau pn tlh disahkan, saya tidak mengalami masalah sakit sewaktu kencing & tidak berdarah. Saya telah makan ubat yang diberikan tetapi masih sakit lagi & tiada rasa mcm pasir keluar ketika kencing. Akhirnya ayah saya telah bawa utk rawatan tradisional & menurut pengamal perubatan itu, memang ada batu karang & dia telah keluarkannya tanpa pembedahan, & saya melihat sendiri batu karang tersebut. Selepas itu, sakit berkurangan tapi tidak sembuh sepenuhnya. Sepanjang saya sakit, banyak kali saya keluar masuk wad tetapi punca sakit meragui. Akhirnya tahun 2009 saya dimasukkan ke dalam wad & telah dibedah kerana apendik. Sejak itu, sakit telah tiada.
    Awal tahun 2011 ini, sakit kembali lagi, bahagian bawah rusuk, sebelah kanan, sakit kadang2 menjalar hingga ke belakang pinggang, kadang2 berasa kejang, berdenyut2, menyentap, kadang2 rasa sakit pada bawah perut kanan (xkan apendik). Saya bangun setiap pagi dengan rasa sakit di bahagian pinggang kanan. Tetapi saya tiada masalah semasa kencing.
    Saya pernah merujuk masalah ini pada klinik, tetapi doktor beritahu, ia masalah otot pada tulang rusuk. Ubat sapu n tahan sakit diberikan, tetapi hingga hari ini sakit tidak kurang, malah saya rasa makin sakit. Sejak 2 bulan kebelakangan, saya kurang selera makan, sentiasa sakit kepala tiba2 n hilang tiba2 (saya memang ada migrain), rasa mual tapi xmuntah, muka kadang2 bengkak tiba2, dan sejak minggu lalu, demam saya sentiasa berulang walaupun suhu tidak tinggi.
    Saya banyak cari di internet, gejala yang saya alami ini merujuk masalah buah pinggang, n gejala kanser buah pinggang. Mungkin ADMIN ada pandangan….
    Saya pernah ada kawan (arwah), sakit tidak diketahui (walaupun pemeriksaan doktor dilakukan) penyakitnya di tahap 3 (tlh merebak ke anggota lain). Pembedahan dilakukan tetapi ajalnya menjemput.. Beberapa artikel telah saya baca, menurutnya kanser buah pinggang adalah pembunuh senyap, kerana tidak dapat dikesan hinggalah telah merebak pada organ dalaman yang lain..

    1. admin Post author

      Selain cara rawatan tradisional yang pernah dicuba seperti yang disebutkan di atas,ada tak ambil apa-apa pemakanan kesihatan?

  21. ina

    tiada apa2 makanan kesihatan yg saya ambil, cuma bulan 3 tahun lepas saya mgambil makanan kesihatan untuk memulihkan kembali parut cengkering (demam campak pada bulan feb). ianya berbentuk serbuk dicampur ke dalam air n diminum, saya hanya mengambilnya kadar 1 bln shj (30 paket), krn terlalu mahal bagi saya.. saya juga pernah mengambil multi vitamin (krn badan selalu letih n tidak bermaya), sebotol / 1 bln shj. saya tidak mengalami apa2 sakit di bahagian pinggang sepanjang mengambilnya..
    kini, sejak awal thn 2011 ni, saya tidak mengambil apa2 makanan kesihatan

  22. ina

    makan kesihatan yg di ambil itu adalah untuk mengelakkan keletihan… jadi tiada ada perubahan pd sakit yg di alami…
    harap beri pandangan…

  23. patient

    salam…sejak seminggu lalu sy Selalu rasa hendak membuang air kecil.dlm 5-10 minit sekali….bhgian perut juga kadang2 berasa sakit..mgkin ini disebabkan batu karang?

    1. admin Post author

      Bila kencing tu lawas tak?Kalau tak tanda yang anda alami sama macam mula-mula saya kena sakit buah pinggang dulu.Buat pemeriksaan urin dan juga darah.

  24. Pingback: Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  25. user

    Salam, tumpang tanya, kalau pergi test urin, adakah dia akan dapat detect sekali kalau urin tu positive dadah? adakah kaedah urin test yang digunakan utk kedua dua ujian air kencing itu sama?
    terima kasih.

    1. admin Post author

      Wslm,itu saya tak pasti.Kemungkinan boleh kot.Cumanya kalau anda minta untuk buat ujian urin nak tengok kandungan prtin,keputusan nanti doktor hanya akan keluarkan keputusan protin jelah.

  26. user

    terima kasih, masalah saya ialah setiap kali saya bangun tidur pasti rasa ingin kencing, tapi bila saya nak kencing, susah keluar dan air kencing yang keluar juga sedikit. adakah saya mengalami masalah buah pinggang atau batu karang?

    1. admin Post author

      Susah untuk nak dipastikan samada buah pinggang atau batu karang.Cara terbaik ialah buat pemeriksaan urin.Tapi kemungkinan ada kaitan dengan salah satu dari penyakit tersebut.

  27. akma

    admin, sy akma.. umur 20 tahun.. dalam bulan 11 ni saya kerap berasa sakit ketika kencing lebih2 lagi pada waktu malam.. pada mulanya saya kerap ingin membuang air kecil, tetapi sekarang saya membuang air kecil seperti biasa tetapi tetap sakit.. hal ni berlanjutan edalam 1 bulan ini.. saya selalu kena penyakit ini tetapi tidak seteruk sekarang

    1. admin Post author

      Dah pernah buat pemeriksaan tak? Sebab tanda tu boleh jadi penyakit batu karang dan boleh jadi masalah buah pinggang.Jalan terbaik ialah buat pemeriksaan.

  28. pija

    salam.thanx ngn info admin. skrg ni, e2 la yg pija rasakan. x sampi 5 min, da nk kna p toilet. pas2 bila kencing, xla byk sgt air kencing yg kuar dan x jgak berdarah. bila pija kencing, ya Allah sakitnya terasa. sakit sgt2 hinggakan pija ble menangis.huhuhu. ni pun, da terasa sakit kt tepi perut blah kanan.kdg2 2 terasa sakit kt bawah perut ni.huhuhu. so, ni tanda2 batu karang atau sakit buah pinggang?huhuhu. sblm pija mengalami sakit”kencing2″ ni, mmg pija da terasa sakit kt tepi perut dan bawh perut…

    1. admin Post author

      Boleh jadi salah satu dari kedua penyakit tersebut dan boleh jadi kedua-duanya sekali.Saya cadangkan buat pemeriksaan darah dan urin untuk kepastian.

  29. perihatinnsihat

    assalamualaikum..masalah sy…sy kerap buang air kecil.kurang 5mnt sy akan ke tandas semula.sy terasa pundi kencing sy sentiasa penuh dan setiap kali sy kencing,air kencing sy bnyk dan laju.wrnanya pulak ada yg jernih(sbb minum air putih),kuning air,kuning pekat(sbb kurang minum air putih).kadang2 ianya pekat(lbh bnyk) dan kadang2 cair.sy tak rasa sakit semasa buang air kecil.pinggang sy ada rasa sakit,lbh sakit di sblh kanan.sakit sprt org mengandung dan bila baring/duduk susah serta sakit pulak nak bangun.
    Sblh kiri pulak rasa tak selesa bila duduk/baring/mengereng.2 hari lepas sy ke klinik sbb tak blh tahan berulang ke tandas dlm tempoh kurang 5mnt dan sy kira hampir 20x sy ke tandAs………………………………….

  30. perihatin&sihat

    urine test sy ada sedikit darah,sedikit protien,kencing kotor dan pekat.doktor kata,kerap kencing mgkn sbb jangkitan kuman dan darah tu pulak mgkn luka sbb sy kerap kencing.sy minum air putih bnyk ke atau tak minum air atau cuma minum secwn milo panas pun ceritanya sama,kerap berulang ke tandas dan kuantitinya sama sahaja.thn lepas sy ada buat blood test sbb masalah sy ni dan keputusannya buah pinggang sy ok dan tiada kencing manis.klu sy tak ada apa2 knp sy masih lg hadapi masalah yg sama.mgkn en.admin blh bantu sy,wlupun sy dah bnyk baca artikel2 yg berkaitan tp sy ada sedikit keliru dgn apa yg sy alami…

    1.adakah sy berkaitan dgn buah pinggang/batu karang?

    2. Mcm mana nak hilangkan protein dlm air kencing?

    3.adakah ural sesuai utk masalah kencing kotor dan blh ke sy gunakan ural dlm keadaan sy skrg?

    4.adakah air yg sy minum masuk ke buah pinggang sy atau tidak?sbb air tu tak sempat simpan dia dah keluar semula dan ianya keluar lbh bnyk dari apa yg sy minum.

    5.cukup ke air dlm badan sy ni?sy sanggup tanggung risiko dgn minum air lg selepas 2/3x kali ke tandas utk elak dari kekurangan air.

    tq…

    1. admin Post author

      Kalau urin test ada protin yang saya tahu ianya adalah masalah buah pinggang.Berapa plus protin yang keluar?Macam saya dulu 4+.Ada tak encik tanya kan pendapat doktor berkenaan dengan masalah yang encik hadapi?

  31. perihatinnsihat

    sy baru saja lps call doktor,dia kata protein sy cuma 1 sahaja dan urine test tidak ada sebarang masalah.

  32. amal solehah

    salam. admin, saya seorang pelajar umur 18 tahun. sejak hampir 2 bulan lepas saya alami ini:
    1) sakit menyucuk di bahagian kemaluan, berlaku hanya beberapa saat, tapi kesakitan dia tu buat sy terduduk. sakit ni datang kadang2 setiap hari, kadang2 setiap beberapa minit, tak tentu.
    2) kerap menguap tanpa henti terutamanya selepas makan, dan seringkali menguap tak lepas. walaupun semasa saya tidak mengantuk.
    3) tulang belakang saya kadangkala datang sengal dan sakit tapi tak kerap.
    semalam saya ke hospital, doktor tekan di bahagian atas kanan dan bawah kanan perut, terasa sangat sakit, tapi bila tekan di bahagian kiri tak terasa. air kencing saya sangat pekat dan tak pasti keruh atau tidak. (bagaimana keadaan air kencing keruh?)
    doktor beri saya ubat gastrik dan sakit perut, dan menasihati supaya datang semula minggu depan jika tidak hilang.
    sekarang saya sedang mengalami haid, dan rasa berdenyut yang sakit di kemaluan terasa sehingga tidak selesa untuk duduk.
    saya harap admin dapat memberikan pandangan en admin, terima kasih.

    1. admin Post author

      Wslm,

      Pandangan saya ialah pergi buat pemeriksaan
      darah dan juga urin.Ujian ini akan dapat mengesan
      apa masalah yang saudari alami samada masalah
      buah pinggang,batu karang,jantung atau penyakit
      lain.

      Air kencing keruh ni warna dia macam-macam.Ada
      yang warna seperti teh dan ada juga warna seperti
      air sungai dan ada macam serbuk dalam kandungan
      air kencing.Dan ketika membuang air kecil,akan
      terasa seperti terbakar,rasa macam panas.

  33. ain

    sakit perut bila ditekan , baru beberapa hari lepas jumpa doktor . doktor kata ta ada apa . lah ni sakit berulang lagi . baru2 ni pergi tempat berubat depa kata sengugut teruk .

  34. aziey

    salam . nak tnye . klau asyik kncing byk kali uh sakit ape ha ? pastu sakit kt urinary bladder . kncing byk kali . tapi sikit jep keluar . pastu , kalau tahan kncing tuh kejap je , urinary bladder saya sakit . tu sakit ape ? pernah jugak sakit pinggang . selepas check kat doktor , dye cakap takde ape – ape . s0 ?

    harap dapt rply komen saya secepat mungkin .

    1. admin Post author

      Wslm,boleh saya tau buat pemeriksaan dekat mana dan bagaimana jenis pemeriksaan yang dilakukan?Macam tanda penyakit batu karang,kencing manis atau buah pinggang.

  35. tyah

    salam admin,,sy nk tny adakah sy ad pnyakit batu karang sebab time sy nk kecing sy rasa sakit dan kecing pom xlawas..lepas tu sy rasa nk buang air besar sgt2,tpi time nk buang sy rasa nk kecing je,,kluar pom ckit je air kecing.. rasa nk buang air besar pom hilang..lepas tu dia datang blik..air kecing sy pekat sgt.
    tlong sy..

    1. admin Post author

      Wslm,

      Penyakit batu karang memang boleh mendatangkan rasa sakit ketika membuang air kencing.Ada tak perasan darah dalam air kencing?Cuba buat ujian air kencing untuk dapatkan kepastian.

  36. yoyo

    salam….saya nak tanya 2 hari lps saya sakit sngt dibwh perut di sebelah kiri. bila nak kencing x adalh rasa skt…just hari nie bila saya bgn pg gi kencing,air kencing keruh n terdapat darah sdkt dlm air kencing…saya masih blm mbuat rawatan lg…adakah itu tanda penyakit batu karang…selain bjmpa doktor, blhkah saya dptkan ubat tue….

    1. admin Post author

      Wslm,berkemungkinan adanya darah di dalam air kencing tanda mengalami batu karang dan boleh jadi kencing kotor.Buat pemeriksaan dulu di hospital. Maksud cik cellfoodke?

    2. zam

      salam..baru-baru ni saya mengalami sakit pinggang dan perut sebelah kanan,buat pemeriksaan urien doktor kencing saya ada darah berkemungkinan ada batu karang,doktor bagi injuction dan bagi ubat lawas kencing, selain tu saya amalkan minum air lobak putih, makan buah tembikai alhamdulilah baik,lepas seminggu pinggang dan perut rasa tak selesa ,saya pergi buat urien test kat doktor krajaan dan semua nya ok.. adakah selepas semua batu2 tu hancur perut dan pinggang rasa tak selesa…minta pandangan tua..

      1. admin Post author

        Waalaikumusalam,

        Setakat yang saya tahu,apabila batu karang telah hancur ia biasanya akan keluar melalui air kencing anda.Saya tak pasti mengapa perut dan pinggang anda tidak selesa.Saya cadangkan anda bertanya dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat anda.

  37. tyra

    salam,saya berumo 21 ingin b’tny mengenai penyakit batu karang..sejak semalam bhgiaan bwh perot sy sakit dan sy perasan td ad darah keluar b’campo dgn air kencing..tp sy xpasti sama ada sy period atau memang air kencing sy b’campo dgn darah..saya ad mslh y serius ke..saya takot nk jmpe doktor..plz share something

    1. admin Post author

      Wslm,

      Dalam masalah ini anda tidak perlu takut untuk berjumpa doktor.Ini kerana perasaan takut itu akan membawa kesan yang lebih buruk.Jalan terbaik untuk mengetahui mengapa air kencing anda bercampur darah hanyalah dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian urin sahaja.Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana pemeriksaan tersebut tidak melibatkan prosuder yang menyakitkan.

  38. Nia

    Salam .
    Saya nak tanya , saya ada sakit di bahagian pinggang belah kiri pada mulanya .Lama kelamaan , di sebelah kanan . Tapi dia hanya datang sekejap sahaja bukan dalam tempoh masa yang lama . Yang pasti , jika saya makan makanan yang masam , tak sampai 5 minit , pinggang saya akan rasa sengal sengal yang teramat . Ada kah itu antara tanda nya ? Tqsm :)

  39. students

    dalam tempoh seminggu ni saya alami masalah sentiasa rasa hendak terkucil tetapi apabila saya pergi buang air kecil kuantiti yang keluar hanya sedikit. jadi bila berulang kali saya ke tandas menyebabkan di bahagian vagina saya terasa pedih..jadi sy ingin tahu adakah saya menghadapi masalah buah pinggang juga…?saya tiada rasa sakit di mana-mana bahagian abdomen saya melainkan rasa pedih yang dialami akibat sentiasa berulang kali membuang air kecil…

    1. admin Post author

      Saya kongsikan sedikit pengalaman saya ketika mula-mula mempunyai masalah buah pinggang.Saya juga merasa hendak terkencing tetapi bila kencing air kencing keluar sedikit sahaja.Disebabkan air kencing keluar sedikit sahaja menyebabkan badan saya menjadi bengkak-bengkak.Selain itu air kencing saya juga berbuih dengan banyak.Ada tak anda mengalami tanda-tanda begini?Sekiranya ada saya nasihatkan agar buat pemeriksaan di hospital dengan segera.

  40. fahmi

    Assalamualaikum , sy ingin bertanya beberapa soalan . sy mengalami kecing tidak lawas . sy bgi cotoh situasi , sebelum pergi solat sy masuk bilik air dan kencing . lepas tu amik air sembahyang tros solat dan semasa solat rukuk dan sujud sy mengalami terkencing tidak sengaja tp kuantiti sikit sahaja . tp jika tidak ke bilikair untuk krncing . Ok pulak tidak terkeluar kencing . Kdg2 bru lepas pergi bilik air dan keluar sy terasa macam ada ait kencing dekat dalam zakar sy . dan mangalami kencing tidak lawas dan pinggang terasa lemah .

  41. samsolsarijo

    assalamualaikum….saya ingin bertnya bahawa ank permpuan saya sering mngadu skit pinggng dibhagia kiri dan kdng kala diseblh kanan dan sukar bila mmbuang air kecil…adkah itu tanda2 batu karang???

    1. admin Post author

      Wslm,ye boleh jadi itu tanda penyakit batu karang.Selain sakit ada tak darah di dalam air kencing?Saya cadangkan buat pemeriksaan di hospital untuk mendapatkan kepastian dan rawatan lanjut.

  42. lia

    salam admin..before ni sy kena kencing tak lawas tp dah ok pas mkn ubat “ural” kat farmasi…tp sejak minggu lepas sy kerap rasa kencing tak lawas…air kencing tak keruh sbb sy mmg minum air masak lebih..rasa ngilu bila nak abis kencing then bila berdiri try tekan bawah perot rasa mcm nak kencing…lepas tu pinggang rasa sakit sgt2 sampai kena baring & bangun untuk hilangkan sakit..air kencing ok x de darah n jernih je..perut sy selalu berkeroncong mcm ada angin..nak mkn pun xde selera..bila mkn rasa nak muntah lak..tanda2 sakit buah pinggang jugak ke mcm ni??

      1. lia

        belum..jap lg baru nak pegi…mlm td x boleh tido…sakit pinggang sampai ke tulang belakang..sy telan pil bisa baru ok sket tp pg ni sakit semula…kat kaki n tangan kuar bintik2 mcm ruam..gatal..

  43. Zam

    Salam, nak tye…kalau kencing selalu berbuih adakah maksudnye ada permasaalahan pada buah pinggang?
    Saya belum pergi buat pemeriksaan dgn doktor lagi, cuma nak tanye pendapat saudara adakah ada apa2 yg boleh dilakukan untuk mengatasi masaalah kencing berbuih?

    TQ

    1. Zam

      Oh ye…sy baru jer terbaca artikel anda ttg hidronefrosis, tapi sy hanya kelihatan gejala kencing berbuih sahaja, dan air kencing tidak keruh…hanya kuning sedikit sahaja dan sy tidak demam atau sakit dibahagian lain, apa boleh dikatakan sy ada masaalah buah pinggang atau apa ye??

      1. admin Post author

        Dah buat ujian urin dan darah?Penting untuk melakukan dua ujian ini untuk melihat fungsi buah pinggang.

    2. admin Post author

      Wslm,selalunya air kencing berbuih disebabkan satu keadaan yang dikenali sebagai proteinuria. Ia menjadi tanda bahawa buah pinggang anda bermasalah. Tidak ada jalan lain melainkan perlu buat pemeriksaan urin terlebih dahulu untuk doktor memastikan apakah anda benar-benar mempunyai penyakit buah pinggang.

  44. simplemum

    Asalamualaikum,sy selalu mengikuti artikal ini,ingin sy berkongsi masaalah anak sy. anak sy yg ada batu dlm buah pinggang,mula mula dpt tahu semasa umur 3 tahun.sekarang sudah tahap ke empat,sudah 15 tahun berulang alik ke hospital,Alhamdulilah masih belajar di universiti,ALLAH MAHA KAYA,sihat dengan Rahmat ALLAH.masih p cek up dng doktor,berulang selepas dikeluarkan,oleh kerana tinggi nya oxsalate dlm air kencing,terimakasih segala artikal yg dikongsikan..

      1. simplemum

        dah lama dia tak mkn ubat,wlpun diberi ubat,dia dah boring mkn ubat,sy pun tak tau nk kata apa kat dia,buat masa skarang sy beri dia minum air zam zam,jaga mknan dia,skarang dia cek up sendiri ke hospital dari universiti,setakat ini Alhamdulilah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: