Awas serangan Kanser Prostat


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Menurut Institut Kanser Kebangsaan,kanser prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Menurut Institut Kanser Kebangsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser prostat adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.

Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak  di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi  bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.

Kelenjar prostat biasanya akan membesar sebagaimana juga manusia.Atas alasan inilah,pembesaran kelenjar prostat  kadang-kadang boleh menjadi sangat merbahaya.Contoh pembesaran yang tidak merbahaya seperti Benign Prostatic Hyperplasia (BPH),ianya bukanlah tergolong sebagai kanser dan biasanya tidak membahayakan jiwa.Ianya boleh dibuang dan biasanya tidak akan tumbuh kembali.Walaubagaimanapun,bagi kanser prostat,sel-sel kanser tersebut boleh menjadi ancaman.Aapabila dibuang,ianya boleh tumbuh kembali dan akan membentuk pula kanser yang lain. Sel-sel pada kanser prostat boleh merebak ke bahagian lain dari tubuh dan menyebabkan kanser. Sebagai contoh, kanser sel-sel di dalam kelenjar prostat boleh bocor keluar dan menyebabkan kanser dalam usus besar.

Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat

Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.

Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:

  • Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.

 

  • Sejarah keluarga: Risiko anda  lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
  • Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit  putih atau Hispanik / Latino.
  • Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
  • Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.

Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat  tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser prostat tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.

Para penyelidik juga mempelajari bagaimana kanser prostat boleh dicegah. Misalnya, mereka sedang mengkaji kemungkinan manfaat ubat-ubatan tertentu, vitamin E, selenium, teh hijau ekstrak, dan zat yang lain.Kajian ini dilakukan bersama individu lelaki yang belum mempunyai penyakit ini.

Tanda dan Gejala Kanser Prostat

Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser prostat diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:

1. Masalah kencing

  • Tidak boleh buang air kecil
  • Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
  • Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
  • Aliran air kencing menjadi lemah
  • Rasa sakit ketika kencing

2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi

3. Darah dalam urin atau air mani

4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.

Perubatan Kanser Prostat

Perubatan kanser prostat bergantung pada usia, tahap kanser , gejala, dan kesihatan umum. Pilihan rawatan boleh meliputi surveilans aktif , pembedahan, terapi radiasi, terapi hormon, dan kemoterapi. Kemungkinan juga kombinasi rawatan di atas akan dilakukan.

Adalah penting bahawa anda bekerjasama dengan doktor anda dalam memastikan rawatan yang diambil benar-benar sesuai dan memenuhi keperluan perubatan dan peribadi anda.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 thoughts on “Awas serangan Kanser Prostat

  1. benjy

    Bila orang bercerita tentang penyakit ? saya selalu ingin mendapatkan info penting berikut :
    1. Apakah jenis rawatan yang ‘MUJARAB’ bagi kenser tersebut ? … harap2 ada (mana tahu umur saya boleh mencecah 70 tahun) 2. Apakah tindakan2 pencegahan untuk mengelak dari terkenanya kanser ini ? … (harap2 tidak banyak pantang larang) … saya gembira berada di malaysia selain ada rawatan moden kita juga ada ‘BOMOH’ … (harap2 dimasa akan datang ada bomoh ‘BOLEH SATEL SEMUA’… kekeke)
    benjy recently posted..ORANG MEMBERI KITA MERASA JOM KONGSI-KONGSI LAH BERSAMAMy Profile

    1. admin Post author

      Nabi dah bagitau kepada kita bro bahawa semua penyakit ada ubatnya kecuali mati,jadi tugas kita ialah berusaha mencari ubatnya.Kalau pun ada ubat yang sememangnya mujarab,tapi tak semestinya ia berkesan kepada semua orang.

  2. www

    risau juga. saya kadang2 dalam 2-3 minggu akan ada satu malam asyik rasa macam nak buang air kecil je. dan ari tu, ade buat test urine, dan disahkan oleh dr terdapat sedikit campuran darah.

  3. Ismail N

    Leganya.. bila tanda-tanda di atas tiada pada kawe. Apa-apa penyakit pun memang menakutkan apalagi kanser yang semakin ramai kena di zaman ini. Pencegahan adalah lebih baik dari perubatan… Terima kasih atas info ini.
    Ismail N recently posted..alKitab Menanguk Ikan Di Air KeruhMy Profile

  4. nash

    salam singgah kat sini.. ishh3.. takut la pasal kanser ni.. sebab ni akan efek pada masa depan gak.. takut2 nanti menyulitkan hubungan intim suami isteri pasni.. heshhhh
    xmau la :(

    1. admin Post author

      Betul tu bro.Kena jaga semua tu.Kalau ada masalah hubungan dengan isteri,itu akan mengundang pula masalah rumahtangga.

    1. admin Post author

      Tapikan bro kenapa ye penggunaan baja kimia masih dibolehkan kalau dah tau kesan sampingan dia boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang merbahaya?

  5. akubiomed

    Selalunya apabila ada kajian yang keputusan mendatang kemudaratan kepada manusia barulah hendak diambil tindakan.

    Perkara sebegini bukan setakat sahaja berlaku di negara membangun turut berlaku di negara maju. Contohnya pencemaran merkuri di Penyakit Minamata di sebebuah daerah Minamata di Jepun. Boleh Google dengan keyword ‘Minamata disease’
    akubiomed recently posted..Kuasa minda mengatasi segala-galanyaMy Profile

    1. admin Post author

      Terima kasih bro atas penerangan di atas.Nampaknya kerajaan sebegini tidak mementingkan sangat keselamatan rakyatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: