Apakah Sebab Anda Sakit Ketika Membuang Air Kencing?


kidney painRasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.

Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit semasa kencing
  • mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • tekanan perut
  • keletihan
  • demam

Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.

Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.

Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • pembesaran prostat
  • pundi neurogenic
  • kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • radang pundi kencing
  • batu karang
  • dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter

Gejala berlakunya batu karang ialah:

  • sakit di bahagian bawah perut
  • sakit semasa kencing
  • kerap kencing
  • kesukaran membuang air kecil
  • kebocoran air kencing
  • darah dalam air kencing

Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.

Sumber: What Are The Cause Of Pain When Urinating?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Apakah Sebab Anda Sakit Ketika Membuang Air Kencing?

  1. hi nama saya neashiwin..saya mengalami sakit ketika kencing..umur saya sekarang 18..saya mengalami kesakitan itu ketika umur saya 13tahun..saya telah mendapat banyak rawatan dari doktor tapi sama..kesakitan ni menyusahkan saya sampai saya tak boleh kerja..kadang2 saya juga sakit pinggang..saya ingin mengubati penyakit saya ni..tolong saya apa caranya?

    • Ada banyak sebab yang boleh menimbulkan rasa sakit apabila anda membuang air kencing, contohnya seperti masalah batu karang atau pun jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Sekiranya masalah masih berlarutan, saya cadangkan cuba buat ujian imbasan seperti ujian x-ray,mri dan sebagainya.

      Kalau sudah, dan masih berlarutan sakit tersebut, saya cadangkan cuba kaedah alternatif iaitu amalkan produk kesihatan. Saya dulu juga ada masalah nefrotik sindrom dan akhirnya pulih setelah mengamalkan pemakanan kesihatan.

  2. salam..saya mengalami kesakitan pada bahagian pundi kencing di mana ketika membuang air kecil keadaan zakar terlalu pedih dan sakit. dan selepas membuang air kecil terdapat satu cecair yg berwarna seperti air mani (lebih terang dan tidak berbau ) keluar dari zakar dan ianya keluar setiap 3-4minit dalam kuantiti yang sedikit. namun saya pelik kenapa keadaan begini terjadi walhal saya tiada sebarang masalah buah pinggang dan kesihatan saya juga amat baik. mohon dapat penjelasan dari doktor.

    • Waalaikumussalam,

      Dikhuatiri berlakunya jangkitan pada pundi kencing atau pun saluran kencing anda.Ada buat pemeriksaan?Saya bukan doktor:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang